Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

____________________________________________________________________________

LAPORAN BIRO DOKUMENTASI


____________________________________________________________________________ Pada 13 April 2013 yang lalu, seramai 19 orang guru pelatih PISMP PJ Sem 3 Ambilan Januari 2012, IPG Kampus Perlis telah mengikuti program Pendidikan Luar (PL) selama 6 hari 5 malam di Pulau Tuba, Langkawi iaitu dari 13 April 18 April 2013. Program ini akan diadakan kepada setiap guru prlatih yang menduduki subjek PJM 3108 Pendidikan Luar. Kami berada di bawah kawalan En. Badrul Zaman Bin Abdul Latiff, iaitu pensyarah bagi subjek PJM 3108. Sebelum kami mengikuti program Pendidikan Luar, terlebih dahulu kami telah memilih ahli jawatankuasa tertinggi dan biro-biro sampingan untuk menjalankan tugas masing masing sebelum, semasa dan selepas Program Pendidikan Luar (PL). Dua orang telah dipilih untuk menjalankan tugas sebagai biro dokumentasi. Nama kedua-dua orang tersebut ialah Mohd Afif Bin Saidon dan Ling Hee Kiew. Tugas-tugas yang perlu biro dokumentasi lakukan ialah merekod segala aktiviti dalam bentuk gambar, membuat banner dan membuat buku program. Biro aktiviti perlu menyiapkan banner dan buku program sebelum pergi ke amali pendidikan luar. Manakala bagi merekod segala jenis aktiviti kami perlu merekod dari sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Bagi memudahkan kerja, kami telah membahagikan tugas dimana penyediaan buku program dilakukan oleh saya manakala penyediaan banner dilakukan oleh Ling Hee Kiew. Bagi merekod pula kami berdua sepakat untuk merekod sendiri dan menggabungkannya setelah tamat amali. Apabila amali pendidikan luar tamat, rakan saya mengumpul soft copy gambar dari semua kamera yang mengambil gambil dan memberikannya kepada saya untuk dimasukkan kedalam laporan biro dokumentasi. Kesemua gambar yang diambil serta laporan boleh dilihat di lampiran 1,2 dan 3.

Yang menjalankan tugas, . (MOHD AFIF BIN SAIDON) Biro Dokumentasi, Pendidikan Luar, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 3 (Ambilan Januari 2012).

22 APRIL 2013

You might also like