Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM PENDIDIKAN MORAL 2013 MENGGAPAI 'A'

1.0 PENGENALAN 1.1 Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran di peringkat SPM. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1 merupakan ujian bertulis dan Kertas 2 ialah Kerja Kursus Pendidikan Moral. 1.2 Pelajar perlu menguasai kesemua 36 nilai dan definisi nilai yang terdapat di dalam sukatan pelajaran serta teknik menjawab soalan Pendidikan Moral untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Penguasaan teknik menjawab soalan amat penting kerana skema pemarkahan mata pelajaran ini sangat ketat. 1.3 Pelajar juga harus membuat dan menyiapkan Kertas 2 iaitu Kerja Kursus Pendidikan Moral sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM. 1.4 Oleh itu kursus dalaman perlu diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 5 agar dapat menguasai teknik ini agar dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2013.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Memperkasakan penguasaan teknik menjawab soalan Pendidikan Moral SPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 Gemilang, Cemerlang, Progresif, Dinamik dan Inovatif. 2.2 Meningkatkan peratusan pelajar yang mendapat "A" dalam SPM 3.0 KUMPULAN SASARAN 3.1 Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Gemilang, Cemerlang, Progresif, Dinamik & Inovatif 4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT 4.1 Tarikh : 2 Julai 2013 (SELASA) 4.2 Masa : 8.00 - 10.30 pagi 4.3 Tempat : Pusat Sumber Sekolah 5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL BILANGAN PELAJAR 1 114 orang pelajar (Makan) 2 3 2 orang penceramah (Makan) Saguhati Penceramah JUMLAH KESELURUHAN HARGA SEUNIT RM4.00 RM5.00 RM100.00 JUMLAH RM4.00 x 114 = rm456.00 RM5.00 x 1 = RM5.00 RM100 x 1 = RM100 RM561.00

6.0 PENUTUP Diharapkan objektif kursus dalaman ini dapat dicapai oleh setiap pelajar Tingkatan 5 (Gemilang, Cemerlang, Progresif, Dinamik & Inovatif) agar dapat meningkatkan prestasi SPM kerana penguasaan teknik menjawab soalan amat penting untuk menjamin kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan SPM.

Disediakan oleh, . ( MEALNIE MARDEN ) Ketua Panitia Pendidikan Moral SMK Limbanak, Penampang

Disahkan oleh, ............................................. (PN. RAFIDAH HJ. KARAMAN) Pengetua Cemerlang SMK Limbanak, Penampang

You might also like