Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Silat Cekak Ustaz Hanafi

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kelantan (1906-08-KEL) Lot 1159-A, Kampung Jaya, Jalan Pasir Hor, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Web : www.silatcekakkelantan.org Email : chkelantan@gmail.com Laman Sosial : www.facebook.com/silatcekakkelantan Ruj. Kami Tarikh : CPH / SU / WDIRI2013 Bil : 05 Februari 2013

PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI , 59990 KUALA LUMPUR.

(u/p: Bahagian Hal Ehwal Pelajar)


Tuan/Puan, JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL WAJADIRI NASIONAL SILAT CEKAK USTAZ HANAFI IPT DAN SEKOLAH 2013 Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Kelantan buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi IPT dan Sekolah 2013. 2. Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kelantan dengan kerjasama dengan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Kelantan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Kelantan. Perasmian Pembukaan Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi 2013 ini di jangka akan disempurnakan oleh YB Dato Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Perasmian Penutupan Kejohanan pula di jangka akan sempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke V, Sultan Kelantan Merangkap Timbalan YDP Agong ke 14. 3. Untuk makluman pihak tuan juga, kejohanan ini merupakan salah satu persediaan ke arah misi 2015 nanti yang mana pihak persatuan mensasarkan untuk mengadakan persembahan daripada 50,000 orang pesilat Silat Cekak Ustaz Hanafi bagi mencatatkan sejarah di dalam Buku Rekod Dunia bagi kategori The Largest Martial Arts Display dan kami menjangkakan penyertaan sebanyak 150 pasukan daripada IPT dan sekolah seluruh Malaysia yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan nanti yang mana secara lazimnya akan melibatkan sekitar 2,500 orang peserta kejohanan.

Kejohanan Karnival Wajadiri Nasional Peringkat IPT & Sekolah 2013

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput serta mengalu-alukan kehadiran tuan/puan. Butir-butir karnival adalah seperti berikut:Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu) Masa : 7.00 Pagi (Pendaftaran) Tempat : Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu Kelantan. 5. Sila hubungi ahli jawatankuasa berikut jika terdapat sebarang pertanyaan:Sekretariat Pendaftaran & Jemputan Tengku Isma Fadhli Bin Tengku Ismail 013-6359952 AJK Induk (Pendaftaran & Jemputan) Mar Halim Bin Mohd Nor 013-9421821

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi atau e-mel kepada halim1821@gmail.com 6. Sehubungan itu, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon kelulusan daripada pihak tuan agar dapat memberi kebenaran kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk menyertai kejohanan wajadiri. 7. Bersama-sama ini disertakan jadual aturcara kejohanan wajadiri untuk tatapan dan rujukan pihak tuan. Akhir kata, perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam. WARISAN SEJATI ILMU DIBERKATI Sekian, terima kasih. Saya yang melaksanakan amanah,

Mohd Nasir Bin Mohd Nor Pengarah Program Karnival Wajadiri Nasional IPT Dan Sekolah 2013 Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Kelantan HP:019-9450118

Kejohanan Karnival Wajadiri Nasional Peringkat IPT & Sekolah 2013

You might also like