Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BAB 5

KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH

5.1

SBUB Bertapak di Sabah

5.2

SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah

5.3

SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah

5.4

Perubahan Sosial SBUB di Sabah

5.1

SBUB Bertapak di Sabah

Sabah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukan strategik dan kekayaan hasil bumi 1704, Sultan Brunei telah menyerahkan pantai timur dan utara Sabah kepada Sultan Sulu kerana membantunya mematahkan pemberontakan di Sabah

PERTAPAKAN SYARIKAT-SYARIKAT ASING DI SABAH

1865 Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat, C.L.Moses. Tempoh penyewaan 10 tahun

C.L Moses menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang diketuai oleh J.W. Torrey dan T.B. Harris. Torrey gagal memajukan penanaman kopi dan tebu di Kimanis. Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck

Overbeck menghadapi masalah modal. 1877, beliau meminjam wang daripada Syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan, W.H.Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah Kekuasaan British

Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein telah memperbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1877. Baginda menyerahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku

Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah adalah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam pada tahun 1878. Baginda menyerahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku

1880, Overbeck telah menjualkan semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Saham syarikat itu telah dijual kepada rakyat British bagi menambahkan modal perniagaan. Bagi memperkukuh kedudukan dan memajukan perniagaan, persatuan tersebut berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.

November 1881, kerajaan British telah menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. 1882, syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British. Melalui piagam tersebut, SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah. Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden pertama. Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Kepentingan pemberian piagam : 1. British dapat memperluaskan pengaruhnya 2. Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah 1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British British bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah

Sultan Abdul Mumein Sultan Jamalul Alam 3. Apakah persamaan tindakan yang dilakukan oleh sultan-sultan di atas ?

A B C D

Meluaskan pengaruh masing-masing di Sabah Mempengaruhi orang Inggeris memajak tanah di Sabah Mengukuhkan kuasa mereka di Sabah melalui pelantikan wakil Menyerahkan hak mereka di Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent D

You might also like