Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JENIS-JENIS PENGANGKUTAN Pengangkutan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis.

Jika dikaitkan dengan mod atau ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air, dan juga pengangkutan udara. 1. PENGANGKUTAN DARAT

Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas mini, teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler. Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segi kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan darat mengikut jenis. 2. PENGANGKUTAN UDARA Pengangkutan udara mempunyai kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan kepada penumpang. Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan. Antara syarikat perkhidmatan udara di Malaysia adalah Malaysia Airline System (MAS) dan jugaAir Asia. 3. PENGANGKUTAN MARITIM

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah pesat. Hai ini terbukti dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di Malaysia. Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk kapal perdagangan seperti pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya digunakan untuk menghubungkan kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.

You might also like