Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Model Memori Atkinson Dan Shffrin

Model Atkinson dan Shffrin (juga dikenali sebagai model memori yang mempunyai kelebihan untuk dipisahkan kepada beberapa sub-sub model memori: model memori pelbagai dan model Modal). Atkinson dan shfrrin menyatakan bahawa memori seorang manusia melibatkan kaitan antara tiga peringkat iaitu: 1. Memori Deria (SM) 2. Memori jangka pendek (STM) 3. Memori Jangka Panjang (LTM) Model memori pelbagai ialah penjelasan tentang bagaimana proses memori bekerja. Kita lihat, dengar dan rasa banyak benda, tetapi hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja yang diingat.

Memori Deria
Organ-organ deria mempunyai kebolehan yang terhad untuk menyimpan maklumat tentang dunia dalam cara yang seadilnya yang tidak diproses, dalam kurang dari sesaat. Sistem visual mengandungi memori ikon untuk rangsangan visual seperti bentuk, saiz, warna dan lokasi (yang tidak bermakna), manakala sistem pendengaran mempunyai memori tiru-bunyi untuk rangsangan pendengaran. Coltheart et al. (1974) telah memberikan pendapat bahawa pembekuan input visual seketika membolehkan kita untuk memilih aspek mana yang perlu dilalui oleh input tersebut untuk meneruskan proses memori yang seterusnya. Kewujudan memori deria telah didemonstrasikan secara eksperimental oleh Sperling (1960) dengan menggunakan tachistoscope.

Memori Jangka Pendek


Maklumat disimpan secara akustik dan secara visual dalam masa yang cukup lama untuk digunakan, contohnya dengan melihat satu nombor telefon dan mengingatnya dalam tempoh yang panjang untuk mendialnya. Peterson dan Peterson (1959) telah mendemonstrasikan bahawa STM bertahan kira-kira dalam 15 hingga 30 saat, melainkan jika seseorang itu selalu mengulang bahan tersebut. Manakal, Miller

(1956) mendapati bahawa STM mempunyai kapasiti yang terhad sekitar 7+ atau -2 potongan maklumat. STM juga muncul sebagai sebahagian besar penengkod memori akustik (yakni bunyi) seperti yang telah didemonstrasikan oleh Baddeley (1966), tetapi juga boleh menyimpan imej visuospatial. Walaubagaimana pun, dalam beberapa kes, STM boleh berada pada peringkat semantik.

Memori Jangka Panjang


LTM menyediakan simpanan maklumat yang kekal, dari minit kepada seumur hidup. Memori jangka panjang muncul sebagai memori yang mempunyai kapasiti yang hampir tiada terhad untuk menyimpan maklumat, tetapi ia mustahil untuk diukur kerana akan mengambil masa yang lama. Maklumat jangka panjang dilihat sebagai pengengkod utama dalam hal makna (memori semantic) seperti yang ditunjukkan oleh Baddeley, tetapi juga menyimpan kemahiran-kemahiran prosedur dan perbandingan. Memori juga boleh disalurkan terus dari memori deria kepada LTM jika memori tersebut menerima perhatian mendadak, seperti menyaksikan satu kebakaran pada rumah sendiri. Memori tersebut dikenali sebagai Flashbulb Memory. Kajian terkini menunjukkan bahawa Flashbulb Memory tersebut tidak boleh terlalu dipercayai kerana ianya hanya merupakan satu tanggapan.

You might also like