Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Sinonim + Antonim

SINONIM
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan. Makna yang sama atau hampir sama. Disebut sebagai perkataan seerti . Terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Sinonim Pinjaman
Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

Sinonim Konteks
Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

Sinonim Laras Sosial


Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

ANTONIM
Pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup.

Antonim pasangan komplemen


Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya. Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.

Antonim hubungan darjah


Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

Antonim hubungan bertentangan


Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu.

You might also like