Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

2.

0 PENYATAAN MASALAH Demi membolehkan Malaysia melonjak ke tahap sebuah negara maju, kerajaan sepatutnya memberi banyak sumbangan ke dalam perbelanjaan pembangunan. Walaupun begitu, sejak dulu lagi Malaysia telah wujudnya satu keadaan yang tidak sihat, iaitu perbelanjaan mengurus banyak melebihi perbelanjaan pentadbiran. Sebagai contoh yang lebih senang difahami, andaikan pentadbiran mengurus ialah belanja beroperasi di dalam sebuah kilang, misalnya bayaran air dan elektrik, gaji pekerja, insurans, faedah pinjaman, sewa dan sebagainya dan perbelanjaan pembangunan merupakan wang yang digunakan untuk proses pengeluaran. Demi membawa keuntungan kepada kilang, apakah yang telah dihasilkan sepatutnya melebihi belanja yang telah dibelanjakan. Walaupun begitu, Malaysia sememangnya berada dalam keadaan yang terbalik dengan contoh di atas. Salah satu contoh belanjawan yang mengalami masalah di atas ialah belanjawan tahun 2013. Jumlah belanjawan bagi tahun tersebut ialah RM251.6 billion, tetapi perbelanjaan mengurus telah mengandungi 80.25%, iaitu RM201.9 billion. Hal ini bermaksud perbelanjaan pembangunan hanya merupakan RM49.7 billion sahaja. Oleh itu, saya ingin mengkaji bahawa struktur perbelanjaan mengurus demi mengenal pasti jumlah perbelanjaan yang telah diperuntukan kepada pelbagai sektor dan juga peratusnya mengikut sektor dalam jumlah perbelanjaan mengurus. Selain itu, saya juga ingin mengenal pasti arah aliran perbelanjaan mengurus bagi setiap sektor, supaya mengenal pasti manakah sektor yang menyebabkan perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan meningkat pada setiap tahun. Saya juga berharap dapatan kajian ini boleh membantu kerajaan untuk mengenal pasti masalah untuk menambahbaikkan dalam belanjawan yang akan datang pada masa yang akan datang.

You might also like