Uzlah Nabi Di Gua Hira Oriental Is

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

....... ...... - . , , , . . )) (( (( )) )) : , ((...! ))(( : : . ! ; ! : , .

TERJEMAHAN : Iftirah al-Musytasyriqn cAl al-Islm cIrd wa Naqd, muka surat 7 sahaja, sub title Nabi Muhammad s.a.w melakukan Uzlah di gua Hira. Adakah lari dari kepanasan dan kebahangan cuaca di kota Makah satu persoalan karangan Dr
c

Abd al-cAdhm Ibrhm Muhammad al-Muthicei.

1.0 PENDAHULUAN Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni,

sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat. Artikel ini menelaskan tuduhan yang dibuat oleh Prof William Montgomery Watt yang mendakwa faktor utama nabi berkhalwat pada bulan Ramadn di gua Hira ialah melarikan diri dari kepanasan cuaca di kota Makah pergi ke gua Hira yang bercuaca sejuk. 2.0 NABI MUHAMMAD S.A.W. BERUZLAH DI GUA HIRA. LARI DARI KEPANASAN KOTA MAKAH! SATU PERSOALAN. Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan tahannuf 1 atau beruzlah di puncak gunung yang terdapat sebuah gua yang bernama gua Hira 6 km dari sebelah Utara Makah pada setiap kali bulan Ramadhan selama empat tahun berturut daripada nabi berusia 36 tahun sehingga perlantikannya sebagai utusan Allah s.w.t. yang terakhir ketika menjangkau usia 40 tahun. Apa yang Nabi Muhammad s.a.w. lakukan ketika berada di sana? Selama berada di sana Nabi Muhamma s.a.w. berfikir atau bertafakur dan beribadah kepada Allah s.w.t dengan mengikut syariat Nabi Ibrahim a.s. bapa kepada semua nabi-nabi dan menjauhkan diri daripada gejala-gejala kemungkaran dan keburukan yang bermaharajalela di kalangan masyarakat arab pada ketika itu, serta menyucikan hati dan mengeratkan hubungan dengan Allah s.w.t dengan cara memerhatikan kehebatan ciptaan Allah s.w.t. Dr Salim menjelaskan tujuan Nabi Muhammad s.a.w memilih bulan Ramadhan bukan bulan yang lain ialah bulan ini dianggap sebagai bulan yang suci dan pada bulan itu diharamkan daripada berperang dan melakukan sebarang persengketaan. Nabi Muhammad s.a.w memilih gua Hira sebagai tempat baginda menyendiri kerana datuknya Abd al-Muthalib semasa hayatnya selalu melakukan tahannuf di sini di mana beliau tidak menyembah berhala seperti mana yang diamalkan masyarakatnya. Meskipun beliau dilantik sebagai ketua beliau tidak dapat mengubah tradisi penyembahan patung berhala Lat dan Uzza
1

Perkataan Tahannuf berasal dar kalimah hanf yang bermaksud cenderung kepada kebenaran atau dengan lain maksud meninggalkan berhala dan tidak mensyirikan Allah s.w.t. serta beribadah kepadanya.

kerana mempunyai risiko yang tinggi untuk menyeru masyarakat jahiliyah Makah melakukan anjakan paradigma iaitu dari menyembah perlbagai berhala yang tidak mampu memberi manfaat kepada menyembah Allah s.w.t yang esa yang maha berkuasa melakukan segala kehendaknya.
2

Ini adalah makna yang unik dan matlamat yang positif dari perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. melakukan uzlah atau tahannuf. Sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu perjalanan hidup yang menarik dan mempunyai nilai yang berharga kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Meskipun demikian terdapat individuindividu tertentu yang berusaha untuk menghilangkan dan menghapuskan kemurniaan dan keagungan sirah perjalanan yang mulia ini di antara mereka ialah seorang orientalis yang bernama Prof William Montgomery Watt telah membuat satu kenyataan yang mengelirukan dari perkara yang hakiki di mana beliau menulis di dalam bukunya berjudul Muhammad At Mecca yang diterbitkan di Universiti Oxford bahawa Nabi Muhammad s.a.w pergi bertahannuf di gua Hira bukan untuk melakukan ibadah tetapi tujuan sebenar baginda adalah untuk melarikan diri dari kepanasan dan kebahangan cuaca di kota Makkah pada ketika itu. Tindakan sebegini dipilih oleh orang-orang yang tidak mampu pergi ke kota Taif. Sebelum kita meneruskan perbincangan isu ini adalah perlu kita memahami beberapa perkara seperti mana di bawah ini bagi membantu kita memahami situasi yang sebenar. 2.1 GUA HIRA Kota Makah dikelilingi dengan bukit pasir dan gunung berbatu terjal yang wujud sehingga kini. Orang arab menamakan bukit atau gunung sebagai jabal. Salah satu daripada gunung yang telah diberi nama ialah jabal nur ( The Mountain of Light) di mana puncak gunung tersebut terdapat sebuah gua yang dinamakan Hira 3. Gua sempit ini terletak 6 km di sebelah Timur Laut kota Makkah di pinggir jalan menuju Jirnah.
2

Gunung Hira berupa batu terjal yang kering dan hampir tidak ditumbuhi

tumbuh-tumbuhan kecuali lumut halus. Untuk sampai ke puncak Hira memakan masa
Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore Pakistan, hlm 49
3

Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore Pakistan, hlm 49.

satu jam berjalan kaki dari kaki bukit melalui jalan setapak kira-kira 20 m. Jarak anatara gua ini dengan rumah Nabi Muhammad s.a.w. sejauh 2500m. Keluasan gua ini hanya dapat menampung 4 orang duduk atau tidak lebih daripada seorang berbaring dengan tidak sempurna. Tingginya sekitar 155 cm, di sekitarnya terdapat batu-batu besar berwarna hitam kemerah-merahan yang menutupinya kerana cahaya yang terhalang masuk oleh batu bata itu maka di dalamnya dalam keadaan gelap. Untuk masuk ke gua Hira sangat sukar kerana harus melalui jalan (pintu) sempit yang terletak antara 2 batu besar. Mulut atau pintu masuk gua ini mengahadap ke arah Ka cbah di mana Nabi Muhammad s.a.w. dapat melihat Ka cbah dan rumah baginda yang tidak jauh daripadanya. Kedudukan gua dan sekitarnya yang demikian menimbulkan rasa takut bagi orang-orang yang menyaksikannya. Kerana itu, jarang ada orang yang dapat bertahan lama di dalamnya kecuali orang yang berjiwa berani apalagi pada waktu malam.4 2.2 KOTA 'IF Sebuah kota tua yang terletak di sekitar 65 km di sebelah tenggara Makkah, Arab Saudi terletak di dataran tinggi Sarat sekitar 5,000 kaki di atas permukaan laut. Udaranya sejuk oleh sebab itu sejak dahulu sampai sekarang kota ini merupakan tempat peristirehatan para aristokrat (bangsawan) Makah. Tanahnya subur, menghasilkan kurma, anggur, semangka, buah pic (peach), badam, kapas dan madu. Al-Quran menyebut kota 'if antaranya pada surah al-Zukhruf ayat 31 yang ertinya Dan mereka berkata 'Mengapa al-Quran ini tidak diturunkan kepada seseorang yang besar dari salah satu dua negeri (Makkah dan 'if) ini?. Yang dimaksudkan dengan al-Qaryataini ialah kota Makkah dan 'if. Pada masa pra-Islam 'if merupakan tempat tinggal Bani Saqf yang terdiri daripada dua keluarga (suku) iaitu Bani Ahlaf dan Bani Malik. Bani Ahlaf menguasai bidang diplomasi, ketenteraan dan penyembahan terhadap berhala Lat. Daripada Bani ini lahir penyair-penyair unggul. Jika pada festival tahunan Ukaz (pasar di Makkah) tampil penyair-penyair ulung umumnya mereka berasal daripada Bani Ahlaf sedangkan Bani
4

Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, jilid 2, hlm 116.

Malik menguasai bidang ekonomi dan hartanah sebai tuan-tuan tanah. 'if disebuat dalam sejarah Islam ketika Nabi Muhammad s.a.w. diboikot, diusir, dihina dan disakiti oleh kaum Quraisy Makkah. Peristiwa itu terjadi 2 tahun sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke 'if dengan harapan mereka membantunya tetapi perlakuan yang tak kurang buruknya yang diterima Nabi Muhammd s.a.w. 5 2.3. Bulan Ramadhan Bulan Ramadhan adalah bulan ke sembilan dari tahun hijrah. Menurut pengertian bahasa Ramadn bererti amat panas. Nama ini diberikan oleh orang arab pada bulan ke sembilan kerana pada bulan tersebut padang pasir sangat panas dengan teriknya bahang matahari. Hal ini sesuai dengan kebiasaan bangsa Arab zaman dahulu yang memindahkan sesuatu istilah daripada bahasa asing ke bahasa mereka sesuai dengan keadaan yang terjadi pada masa tersebut. Misalnya pada bulan ke sembilan udara sangat panas maka bulan tersebut mereka namakan Ramadn.
6

2.4 Prof William Montgomery Watt Prof William Montgomery Watt dilahirkan pada tahun 14 Mac 1909 dan Meninggal dunia pada 24 Oktober 2006 di Edinburgh. Beliau seorang sarjana pengajian Islam dan orientalis dan salah seorang daripada ahli sejarawan mengenai Islam di Barat. Beliau pernah menjawat sebagai dekan jabatan pengajian Arab di Universiti Endiburgh.7 Prof Montgomery adalah seorang profeser dalam bidang arab dan pengajian Islam di Universiti Edinburgh dari tahun 1964-1979. Dia juga memegang jawatan Profeser di Universiti Toronto dan Universiti Georgetown dan telah diberi darjat kehormat DD dari Universiti Aberdeen. Dia adalah seorang paderi gereja dan pakar bahasa arab kepada ketua paderi Jerusalem dari tahun 1943-1946. Dia juga menjadi seorang ahli kesatuan gereja Iona di Skotland 1960. Para media mengelar dia sebagai
5

Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, jilid 5, hlm 38. 6 Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, hlm 162. 7 Muhammad Baha al-Din, al-Musytariqun wa al-Hadis al-Nabawi, Dar al-Infas, 1420-1999Uman, Jordan, hlm 100.

orientalis terakhir.

Beliau banyak mengkritik fahaman islam dan kristian. Selain

daripada penyelewengan fakta yang sedang kita bahaskan sekarang beliau juga turut membuat tohmahan terhadap sistem periwayatan melalui sanad-sanad daripada pembuku hadis sehingga kepada Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan sanad yang ada sekarang adalah sanad yang tidak asli dan dibuat-buat oleh ulama terdahulu berdasarkan kitab pertama hadis yang dikarang oleh Ibn Ishaq tanpa sebarang sanad yang lengkap pada pertengahan kurun ke dua. 8 Beliau telah mengarang lebih daripada 30 buah artikel dan buku ilmiah yang antaranya; 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dr
c

Muhammad at Mecca (1953) Muhammad at Medina (1956) Muhammad: Prophet and Stateman, a summary of the above two major works (1961) Muhammad: Seal of the Prophets Islamic Political Thought (1968) Muslim-Christian Encounters: Perceptions and Misperceptions (1991)9 Abd al-cAdhm Ibrhm Muhammad al-Muthi cei menjawab tuduhan yang

dilemparkan oleh Watt iaitu ini adalah fitnah dan konspirasi yang nyata daripada orientalis. Ada beberapa perkara yang perlu direnung dan difikirkan kerasionalanya dalam hujah yang ditimbulkan oleh Watt antaranya; Pertama. Adakah hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang berstatus faqr di Makkah alMukarramah. Sudah tentu tidak kerana ada ramai lagi orang-orang faqr miskin yang tinggal di kota Makkah. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh tidak diterima. Rentetan dari pada itu kenapa orang-orang faqr miskin membiarkan Nabi Muhammad s.a.w bersendirian menikmati suasana yang kononya nyaman dan selesa di gua Hira tersebut. Jika benar suhu di gua Hira itu nyaman dan selesa mengapa kita tidak
8

Muhammad Baha al-Din, al-Musytariqun wa al-Hadis al-Nabawi, Dar al-Infas, 1420-1999, cUman, Jordan, hlm 100-101. 9 http://en.wikipedia.org/wiki/William_Montgomery_Watt.

mendengar daripada perkhabaran sejarah yang menjelaskan adalah menjadi kebiasaan orang faqr miskin masyarakat arab Makkah pada bulan Ramadan akan meninggalkan rumah mereka kerana cuaca yang panas terik pergi ke gua-gua yang terdapat di sekeliling Makah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bagi mendapatkan kenyamanan dan suhu yang selesa di sana. Kedua: Sila lihat 2.1 Adakah logik berulang alik dari Makkah ke gua Hira semata-mata untuk mendapatkan udara yang sejuk, aman dan selesa. 3.0 TUJUAN NABI KE GUA HIRA Dr Muhammad Sacid Ramadhn al-Buthy dalam bukunya yang berjudul The Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The Orthodox Caliphate menyatakan tujuan Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke gua Hira ketika usianya hampir menjelang 40 tahun adalah untuk membersih jiwa daripada segala macam penyakit seperti sombong, bangga diri, dengki, riya dan cinta dunia yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perantaraan uzlah dalam suasana hening, jauh dari suasana riuh rendah dunia secara ritual dengan merenung hakikat dirinya, penciptanya dan sejauhmana iradahnya terhadap bantuan dan pertolongan serta taufiq Allah s.w.t. dalam setiap masa dan keadaan dalam kehidupannya. Selain dari itu memiditasi hal ehwal manusia di sekitarnya sejauh mana kelemahan mereka di hadapan pencipta dan memahami bahawa tidak ada apa-apa yang bermanfaat daripada pujian dan celaan manusia. Selain daripada memiditasi tersebut elemen renungan terhadap fenomena-fenomena keagungan Allah s.w.t. kehidupan selepas kematian serta pengadilannya dan lain-lain perkara. 10 Walaupun seorang itu alim dan banyak melakukan amal ibadah tetapi jika dia mengidapi penyakit ini maka segala pahala amalannya akan terhapus begitu sahaja serta dengan penyakit ini masyarakat manusia tidak dapat hidup dengan aman dan tenteram. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berketerampilan dan progresif seseorang itu perlu mempunyai
10

Muhammad Sacid Ramadhn al-Buthy,The Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The Orthodox Caliphate., First Edition, 2001-1422, Damascus, Syiria. Hlm 135

persediaan yang awal dan jiwa yang mantap bagi mengharungi segala macam ujian getir yang bakal dilaluinya. Dengan perantaraan uzlah perkara ini dapat dihasilkan. Selain tujuan tersebut faktor mahabbatullah yang ingin dimiliki sebagai natijah daripada amalan uzlah yang dijalankan. insan. Ini kerana pembinaan mahabbatullah dalam jiwa manusia merupakan mata air yang memberi roh pengorbanan jihad ke dalam jiwa Dengan berputiknya kecintaan kepada Allah s.w.t dalam jiwa insan segala macam masalah dan tribulsai dunia tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang menjalankan misinya sebagai utusan Allah s.w.t. yang terakhir. 11 Selain dariada tujuan tersebut Zainal cAbidin cArifin cAbbas menulis di dalam bukunya bertajuk Peri Hidup Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. terdapat tiga tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke gua Hira iaitu untuk mengumpulkan kekuatan berfikir, melatih diri hidup dalam keadaan kesusahan dan melenyapkan segala perasaan takut kepada segalah mahkluk yang ada di alam ini. 4.0 KESIMPULAN Setelah dikaji dengan penyelidikan yang teliti berdasarkan sirah al-Nabawiyah yang dinukilkan oleh ulama yang mukhlis nyatalah di sini segala penyelewengan fakta yang dilakukan oleh orientalis tidak rasional dan tuduhan yang melulu membuktikan niat sebenar mereka yang ingin menanm benih kesangsian ke dalam jiwa keimanan umat Islam terhadap kesucian sirah rasul yang mulia. Sebagai seorang yang diberi peluang mendalami ilmu agama perlu berusaha sedaya upaya mengetahui segala bentuk penyelewengan yang dibuat orientalis agar kekeliruan tersebut dapat dibuktikan kepalsuannya terhadap masyarakat yang tidak mendalami ilmu ini. 5.0 RUJUKAN 1. Hafizah Dasuki, Ensiklipedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur. 2. http://en.wikipedia.org/wiki/William_Montgomery_Wat

11

Muhammad Sacid Ramadhn al-Buthy,The Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The Orthodox Caliphate., First Edition, 2001-1422, Damascus, Syiria. Hlm 135.

3. Muhammad Baha al-Din, al-Musytariqun wa al-Hadis al-Nabawi , Dar al-Infas, 1420-1999, cUman, Jordan. 4. Muhammad Sacid Ramadhn al-Buthy,The Jurisprudence Of The Prophetic Biography & A Brief History Of The Orthodox Caliphate , Dar al-Fikr al-Mouaser, First Edition, 2001-1422, Damascus, Syiria. 5. Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore Pakistan.

You might also like