Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Pengertian aurat dari segi bahasa : Segala perkara yang dirasa malu ( jika dilihatkan didedahkan ) juga memberi

makna aib, cacat, cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong -lorong jalan di bukit. Aurat juga ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada perhatian orang lain. Ini adalah pengertian menurut syarak. Dalam Hadis ada menyatakan. Wanita itu adalah aurat . Maksudnya wanita itu menjadi aurat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. Justeru, kita diwajibkan menjaga aurat kita daripada menjadi perhatian orang lain kerana boleh mendatangkan dosa. Kemaksiatan, keskes jenayah juga adalah berpunca daripada aurat yang tidak dijaga. Terdapat hujah-hujah wajib menutup aurat diantara nas-nas syarak yang menyatakan aurat itu wajib ditutup ialah Allah menyebut dalam ayat 31 surah al-Nur Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka ( daripada memandang perkara-perkara yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya. Maksud ayat ini ialah wanita dilara ng untuk menonjolkan atau menunjukkan perhiasan yang dipakai melainkan perhiasan yang bukan berada ditempat aurat yang perlu dijaga. Justeru anggota yang boleh didedahkan ialah muka dan tapak tangan. Ia juga dinyatakan wanita harus menjaga aurat daripada kepala hingga ke paras dada. Ertinya, tengkok dan leher tidak boleh didedahkan. Selain itu, Allah berkata dalam ayat 59 surah al-ahzab : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuannya serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya. Ayat menunjukkan bahawa Rasulullah memerintahkan para isterinya dan semua wanita islam melabuhkan pakaian di tubuh mereka. Para lelaki dan wanita perlu menjaga aurat mereka daripada didedahkan kerana apabila aurat tidak dijaga kita akan mendapat dosa dan dimurkai Allah S. W. T. . Yang pertama adalah aurat lelaki di dalam sembahyang mereka iaitu pendapat dari majoriti para ulama mengenai aurat lelaki dalam sembahyang adalah anggota yang berada di antara pusat dan lutut. Terbatal sembahyang seseorang lelaki itu jika auratnya didedahkan semasa menunaikan sembahyang. Pakaian bagi lelaki ialah baju melayu dan kain pelekat dalam masyarakat Melayu Islam Malaysia manakala pakaian seperti baju t-shirt dan seluar panjang juga sudah sempurna bagi menutup aurat lelaki dalam sembahyang yang menjadi contoh bagi sahsiah diri lelaki islam. Manakala aurat lelaki diluar sembahyang pula ialah Aurat lelaki di luar sembahyang pula adalah sama dengan aurat semasa dalam sembahyang iaitu anggota antara pusat dan lutut. Tetapi ada juga segolongan pengikut Mazhab Hanafi (Hanafiyah) berpendapat bahawa aurat lelaki di luar sembahyang adalah seluruh tubuh. Justeru, seelok-eloknya kita menjaga aurat kita daripada terdedah supaya amalan yang baik yang kita lakukan setiap hari diterima oleh Allah S. W. T. dan mendapat keredhaan-NYa. Yang kedua ialah aurat wanita dalam sembahyang mereka iaitu aurat wanita adalah seluruh tubuh mereka dalam sembahyang kecuali muka da kedua tapak tangan mereka. Malah, seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah aurat wanita dalam sembahyang termasuklah tempat wanita memakai gelang termasuklah kekura tangan hingga ke sendi yang memisahkan tapak tangan dengan tangan. Allah tidak menerima sembahyang wanita yang didatangi haid kecuali dengan mengenakan tudung. ( oleh Abu Daud ). Kebiasaannya kaum wanita memakai kain telekung untuk menutup seluruh anggota tubuh mereka tetapi memakai baju kurung yang menutup aurat juga sudah sempurna menutup aurat perempuan dalam sembahyang. Pakaian amatlah penting kerana apabila anggota lain daripada muka dan tapak tangan terdedah semasa menunaikan sembahyang, sembahyang wanita itu batal. Manakala aurat diluar sembahyangnya pula ialah aurat wanita di luar sembahyangnya adalah sama sahaja dengan auratnya di dalam sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita islam digalakkan memakai pakaian yang labuh untuk mengelakkan aurat daripada terdedah dan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh mengelakkan berlakunya maksiat di merata tempat. Hingga ke hari ini ada yang masih tertanya-tanya adakah kaki wanita itu aurat ? Sebenarnya bahagian aurat kaki wanita adalah mulai daripada pergelangan termasuklah buku lali, kekura kaki hingga ke hujung jari, tumit dan tapak kaki. Melalui pendapat majoriti ulama, kaki wanita adalah aurat. Hujah yang, mereka pegang adalah hadis yang melaporkan oleh Ibn Umar, Rasulullah berkata : Allah tidak melihat kepada sesiapa yang mengheret pakaiannya yang labuh kerana bermegah. Ummu Salamah bertanya : Bagaimana wanita patut lakukan dengan hujung-hujung pakaian mereka yang labuh ?. Beliau menjawab : Labuhkanlah kadar sejengkal. Dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah memerintahkan supaya wanita

melabuhkan pakaian mereka kadar sejengkal bagi menutup bahagian kaki mereka. Justeru, perintah ini menunjukkan kaki wanita adalah aurat dan ia wajib ditutup. Bagi menjaga maruah diri dengan lebih sempurna perkara ini amatlah penting untuk dititik beratkan supaya kita terhindar daripada dosa-dosa yang dimurkai oleh Allah S. W. T. . Dalam agama islam atau yang termaktub dalam ayat Al-Quran, aurat juga terbahagi kepada aurat pandang dan aurat sentuh. Aurat pandang ini bermaksud aurat yang boleh dipandang oleh sesiapa pun tetapi tidak boleh disentuh aurat yang dipandang itu. Apabila disentuh ia merupakan satu dosa dan boleh terbatal wuduk seseorang itu. Aurat ini dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui hokum lelaki memandang aurat wanita iaitu Melalui pendapat-pendapat yang diberikan oleh 3 mazhab terkemuka iaitu mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi mengatakan bahawa lelaki ajnabi haram melihat aurat seseorang perempuan itu sama ada dengan syahwat atau tidak. Lelaki ajnabi hanya boleh melihat muka dan tangan wanita sahaja kerana itu merupakan luar batasan aurat mereka. Aurat wanita adalah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan tangan mereka. Tidak dosa seseorang lelaki itu jika memandang aurat di luar batasan aurat wanita tetapi syaratnya mestilah tidak timbul sebarang fitnah dan juga tidak mempunyai niat atau tujuan untuk menikmati tubuh wanita itu. Malah, bukan melihat dengan nafsu. Sabda Rasulullah S. A. W. . Dua mata itu berzina dan zinanya adalah pandang. Berdasarkan sabda Rasulullah ini, terdapat hukum mengenai pandangan terhadap aurat wanita ini iaitu haram melihat anggota aurat perempuan ajnabiyah melainkan muka dan tapak tangan mereka samada dengan syahwat ataupun tidak. Hal ini kerana, anggota aurat haram dilihat kecuali dalam keadaan darurat. Selain itu, boleh melihat aurat anggota bukan aurat jika tiada fitnah dan tidak ada syahwat. Kita mesti mematuhi hukum ini kerana ia merupakan sabda Rasulullah S. A. W. . Terdapat juga pandangan lelaki kepada wanita islam iaitu Daripada pandangan umum islam terhadap hubungan lelaki dan wanita dan kaedah-kaedah asas yang mendasari cara pengeluaran hukum dalam masalah pandangan lelaki dan wanita ajnabi kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut tidak harus melihat atau memandang bahagian aurat wanita (selain dari muka, tangan dan kaki ) sama ada dengan syahwat atau tidak. Bagi bahagian yang bukan aurat seperti melihat wajah dan tangan wanita ajnabi (yang halal nikah) hukumnya harus jika tidak dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Walaupun yang lebih afdhal ialah menyerongkan pandangan. Jika pandangan melibatkan bahagian aurat hukumnya harus jika kerana hajat atau darurat. Keadaan-keadaan yang dikecualikan kerana keperluan atau darurat : a. Pandangan saksi untuk mengenalpasti orang yang didakwa. b. Pandangan kerana keperluan muamalat seperti jual beli dan sebagainya. c. Pandangan kerana merawat penyakit. Aurat yang patut dijaga juga ialah aurat sentuh sentuh antara jantina ajnabi tanpa alas. Berdasarkan sepakatan daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Hanba li dan syafii, lelaki haram menyentuh seluruh anggota wanita tanpa alas, termasuk muka dan dua tapak tangan meskipun muka dan tapak tangan boleh dipandang kerana ia bukan aurat. Sentuh sesama lelaki Bagi aurat sentuh lelaki boleh menyentuh anggota yang bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat. Juga haram menyentuh anggota aurat dengan syahwat ataupun tidak. Sentuh sesama wanita islam Dijelaskan bahawa Pandang dan sentuh pada anggota bukan aurat adalah sama Aurat sesame wanita islam adalah anggota di antara pusat dan lutut. Anggota daripada pusat ke atas dan daripada lutut dan ke bawah bukan aurat. Keadaan Luar Biasa pandang sentuh

Keadaan luar biasa adalah seperti darurat dan haajah, berlainan jantina boleh memandang dan menyentuh anggota aurat dan bukan aurat. Malah ada yang berpendapat, dalam keadaan ini boleh pandang dan sentuh semua anggota sekalipun dengan syahwat. Kes-kes luar biasa adalah : a) Kerana menjadi saksi, kadi atau hakim b) Kerana urusan muamalat c) Kerana rawatan perubatan Hukum sentuh bukan mahram kerana darurat atau perubatan Darurat ialah keperluan yang sangat diperlukan oleh manusia. Adapun darurat menurut ulama fiqh adalah berhajatnya manusia itu kepada batasan ( perkara yang dilarang oleh syarak ) dan jika sekiranya tidak mengambil perkara yang dilarang itu maka akan binasalah manusia tersebut.

Di antara keadaan yang boleh dikatakan sebagai darurat adalah terpaksa melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketika mengubati pesakit dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Darurat yang dimaksudkan disini ialah ketikamana tiada doctor sejantina untuk merawat pesakit yang kronik iaitu pesakit yang jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan kematian dan kesakitan, maka dibolehkan doctor yang bukan sejantina merawat pesakit tersebut dengan beberapa syarat yang telah digariskan oleh syarak.

Tiada khilaf keempat-empat mazhab mengenai keharusan melihat aurat perempuan jika doctor lelaki, ketika mana di dalam keadaan darurat. Namun di sana diletakkan syarat-syarat yang perlu diikuti bagi keharusan melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketika darurat untuk merawat pesakit. Contoh dalilnya ialah : Firman Allah Taala bermaksud : Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah di dalam perkara agama. ( Surah al-Hajj : Ayat 78 ) Harini ramai yang tidak mengetahui bahawa suara wanita juga telah menjadi isu sama ada suara mereka itu aurat atau tidak. Majoriti para ulama termasuk al-Jaafari berpendapat, suara wanita bukan aurat, kerana para sahabat mendengar suara para isteri Rasulullah bagi mendapatkan hukum-hukum syarak, terutama daripada Saidatina Aisyah. Tetapi haram kita mendengarnya apabila disertakan dengan rentak dan lagu, sekalipun dengan membaca Al-Quran kerana ia mendatangkan fitnah. Alasannya adalah kerana dikhuatiri bahawa para lelaki terfitnah. Lelaki haram mendengar suara wanita apabila ada kemungkinan mereka boleh tergoda dengan suara wanita itu. Antara hadis yang menunjukkan para sahabat mendengar suara kaum wanita adalah : Kata-kata Ummu Atiyyah : Rasulullah mengambil baiah ( perjanjian ) daripada kami. Beliau pun membacakan kepada kami : kami tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatud an melarang kami daripada perbuatan meratapi si mati. Lalu seorang perempuan di kalangan kami menggengam tangannya dan berkata : Si fulanah menggembirakan aku, aku ingin membalasnya. Lalu dia pergi dan kembali semula. Hadis ini menunjukkan, percakapan wanita ajnabi boleh didengar oleh lelaki dan suaranya juga bukan aurat. Malah, ada juga ulama yang berpendapat suara wanita yang tinggi itu juga adalah aurat. Oleh itu, wanita ditegah melaungkan azan, kerana azan bertujuan memberitahu. Pada masa dahulu, azan memerlukan laungan yang sungguh kuat. Hukum ini jelas. Cuma yang perlu dipastikan adalah takat mana yang diambil oleh seseorang wanita itu mengangkat suara yang tinggi. Dengan kata lain, suara wanita menyanyi itu boleh didengar jika tidak mendatangkan fitnah kepada kaum adam iaitu lelaki kerana apabila timbulnya fitnah haram lelaki mendengarnya.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya pergaulan silang jantina dalam kalangan masyarakat pada hari ini perlu diambil berat. Kesan buruk daripada pergaulan bebas ini ditandai oleh hubungan-hubungan sumbang mahram dan perlakuan zina yang berleluasa dalam masyarakat. Bertepuk tampar bergurau senda antara jantina yang berlawanan sudah menjadi perkara yang terlalu biasa. Ia seolah-olah bukan satu dosa lagi. Siapa pun tidak mampu menafikan hakikat ini. Berdasarkan sedikit sebanyak perkongsian saya ini harap dapat membantu mengetahui lebih mengenai isu tentang aurat ini. Aurat hendaklah sentiasa dijaga tidak kira di mana saja kita berada kerana hukum menutup aurat adalah wajib. Pendapat daripada Imam Hanafi dan Imam Hambali : Sebagaimana dilarang seorang mukallaf ( Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan ) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika darurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha hajat atau ketika mandi. Ketika darurat diharuskan membukanya.

RUJUKAN 1. 2. 3. Buku Islam Yang Mudah / Alias Othman, Anisah Bt Ab. Ghani Www. pmm. edu. my http://abdazizharjin. blogspot. com

PERGAULAN DENGAN NON-MUSLIM


Posted 14 Julai 2011 by darululumonline in Sembang Hukum. 1 Komen

Rate This Soalan 34 . Saya ingin bertanya tentang pergaulan dengan non-muslim? Secara umumnya Islam telah menggariskan beberapa adab tertentu dalam masalah pergaulan dengan non-muslim terutama sesama jantina bagi menjamin kehormatan dan rahsia diri serta agama terjaga dengan baik. Islam membenarkan umatnya bergaul dengan non-muslim atas dasar tanggungjawab kemanusiaan dan dakwah. Cuma hubungan itu ada had yang lebih khusus berbanding hubungan dengan saudara seagama. Umat Islam mesti faham perbezaan agama agar tidak terikut-ikut dengan kepercayaan dan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam. Umat Islam tidak ditegah untuk menuntut ilmu daripada non-muslim apatah lagi untuk bergaul dengan mereka asalkan kita dapat menghindar diri daripada dikhianati di mana yang paling penting ialah ilmu agama agar setiap diri kita dapat memberi faham kepada non-muslim tentang ajaran Islam yang sebenar. Kita dibenarkan memberi dan menerima hadiah daripada mereka apatah lagi memberi bantuan kemanusiaan yang diperlukan agar keindahan Islam dapat digambarkan kepada mereka dengan mudah. Soalan 35 : Saya juga ingin tahu tentang aurat wanita islam dengan wanita bukan islam. Batas aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam menurut kebanyakan ulama adalah seperti aurat wanita dengan lelaki yang halal kahwin (ajnabi) iaitu keseluruhan tubuh kecuali tangan dan muka.

Ini bukan untuk membezakan agama tetapi bagi menjaga kehormatan dan rahsia diri. Kita bimbang maruah diri kita akan tercemar atau diaibkan jika didedahkan di hadapan wanita bukan Islam akibat perbezaan agama. Ada juga ulama yang berpendapat aurat wanita dengan wanita bukan Islam ialah apa yang boleh nampak pada zahir seperti pakaian orang yang sedang berkerja bila berhadapan dengan perempuan bukan Islam. Soalan 34 : Bagaimana pula hubungan seseorang yang telah masuk islam dengan keluarganya yang bukan islam? Islam tidak membatalkan hubungan kekeluargaan seperti seorang lelaki yang masuk Islam tidak batal wudhunya jika bersentuh dengan adik perempuannya yang belum Islam kerana mereka terus haram nikah. Seseorang yang telah masuk Islam mesti menghormati keluarganya dan menjaga maruah mereka walau pun berlainan agama. Taatilah segala perintah yang tidak bercanggah dengan Islam

atas-Batas Aurat Dalam Islam


Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)". Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..

AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN

Para alim ulama mazhab telahpun mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang berbezabeza bagi aurat ketika bersendirian,baik lelaki mahupun perempuan.

Bagi Imam Hanafi dan Imam Hambali,mereka berpendapat bahawa aurat ketika bersendirian adalah sebagaimana yang telah di larang terhadap seorang yang mukallaf(orang yang telah dituntut untuk beramal dengan suruhan dan meninggalkan segala bentuk larangan) daripada mendedahkan auratnya dihadapan orang yang diharamkan untuk melihatnya.Makanya dengan itu jualah di larang kepada kita supaya jangan mendedahkan aurat ketika bersendirian sekalipun.Kecuali apabila kita berada di dalam keadaan dharurat atau di dalam keadaan terpaksa membukanya.seperti mana yang kita semua sedia maklum tentang keadaan ketika kita sedang qodho hajat atau ketika sedang mandi.Maka apabila ketika sedang kita di dalam keadaan yang dharurat,bolehlah kita membukanya.

Manakala sementara bagi pendapat dan pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie,aurat ketika kita sedang bersendirian adalah tidak diharamkan mendedahkan auratnya bahkan hanyalah makhruh sahaja kecuali pada ketika kita sedang di dalam keadaan yang dharurat.Makanya apabila kita sedang di dalam keadaan dharurat,diharuskan kepada kita untuk membukanya.

BATAS-BATAS AURAT KAUM LELAKI

Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam At-Turmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya: "Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya". Para alim ulama mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya. Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya. Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram

dengannya.(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh Ala Al-Mazahib AlArbaah).

BATAS-BATAS AURAT PEREMPUAN

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami 2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa 3.Ayah mertua 4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan 5. Anak-anak suami Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami karena wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya. 6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa 7. Anak saudara lelaki karena mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya 8. Anak saudara dari saudara perempuan 9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama 10. Hamba sahaya 11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh,wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudarasaudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuanperempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,sebagaimana firmanNYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklahmereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman,ALLAHberfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah merekamenahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecualiyang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kaintudung ke dadanya. (an-Nuur : 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlahkepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mukmin:Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yangdemikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidakdiganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu DaudSaid al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat auratwanita.

3.Ada nya pembatas antara lelaki dengan wanita Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harusdisampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabilakalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah daribalik hijab.(al-Ahzaab : 53)4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulul lah SAW bersabda:Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecualibersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurahberkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (HadisRiwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita d ilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepadasuaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklahseperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tundukdalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orangyang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataanyan g baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etikayang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepadapara wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan oranglain tanpa suara merdu, dialam pengertian janganlah seorang wanitaberbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.

Adab-Adab Pergaulan Atau Perbualan Yang Betul Dalam Islam

Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.

Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.

Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.

Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau

keluargamu.

Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masakmasak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

Read more: http://www.rahmanbashri.com/2012/09/adab-adab-pergaulan-atau-perbualanyang.html#ixzz2WG8z1hib

ETIKA PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT ISLAM


Oct

31

1. Menundukkan Pandangan ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (anNur:30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; dan katakanlah kepada yang beriman, hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:31). 2. Menutup Aurat ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nur:31). Juga firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan

jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nur:59). 3. Adanya Pembatas Antara Lelaki Dengan Perempuan Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari sebalik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab (al-Ahzaab:53). 4. Tidak Brdua-duaan Di Antara Lelaki dan Perempuan Dari Ibnu Abbas r.a. berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi). 5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan) Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (al-Ahzaab:32). Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah betapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertiann janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia bebicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir:3/350). 6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabarani dalam Mujam Kabir). Berkata Syeikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah:1/44). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Pergaulan Dalam Islam


Firman Allah taala dalam surah Al Isra ayat 32 yang maksudnya, Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan cara yang tidak baik.

Seandainya diteliti kepada keseluruhan agama samawi, maka kita akan dapati bahawa semuanya mengharamkan penzinaan, tanpa mengira sama ada Yahudi, ataupun Kristian. Kalau ditinjau dari segi logiknya penzinaan itu dapat menjurus kepada pengaburan masalah keturunan, menghancurkan rumah tangga, meretakkan perhubungan, berleluasanya penyakit dan bermacammacam lagi. Islam, sebagai suatu agama yang syumul, apabila mengharamkan suatu perkara, maka ditutupnya jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa sahaja perkara yang menjadi mukaddimah kepada suatu pekerjaan yang haram itu. PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM Diantara perkara yang diharamkan oleh Islam adalah bersendirian dengan seorang perempuan lain (bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwini untuk selama-lamanya, seperti ibu, adik-beradik, ibu saudara dan sebagainya). Ini bukanlah bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satu daripadanya tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang lazimnya lahir apabila dua insan yang berlawanan itu bertemu, tanpa ada orang yang ketiga. Sepertimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiga adalah syaitan. Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang maksudnya, Hindarilah keluar masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang lelaki ansar bertanya: Ya Rasulullah. Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab nabi, Bersendirian dengan ipar itu, bersamaan dengan menjumpai mati. Ketahuilah bahawa semua larangan nabi ini adalah demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Mungkin kita akan berasa seronok apabila melakukan sesuatu kejahatan terhadap orang lain tetapi pernahkah kita berfikir seandainya sesuatu kejahatan itu dilakukan terhadap kita, adakah kita akan berdiam diri? Seperti mana dalam suatu kisah di zaman nabi Muhammad s.a.w. Seorang pemuda yang baru memeluk Islam datang kepada nabi lalu meminta keizinan untuk berzina. Lalu nabi bertanya kepadanya, mahukah kamu seandainya seeorang itu berzina dengan ibumu atau saudara perempuanmu? Selepas daripada peristiwa tersebut, perkara yang paling dibencinya adalah zina. MELIHAT JENIS LAIN DENGAN BERSYAHWAT Diantara suatu perkara yang diharamkan oleh Islam ialah gharizah iaitu pandangan seorang lelaki terhadap perempuan dan begitu juga sebaliknya. Mata adalah kunci hatinya dan pandangan adalah jalan yang membawa fitnah dan sampai kepada perbuatan zina. Bak kata seorang penyair arab, Semua

peristiwa asalnya kerana pandangan, Kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil. Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas memberi salam, kemudian berbicara, lalu berjanji. Dan sesudah itu ia bertemu. Lantaran itu, Allah memerintahkan kepada hamba-hambanya di dalam surah AnNur, ayat 31-32 agar menjaga pandangannya diiringi dengan perintah untuk memelihara kehormatan dirinya. Sesungguhnya pandangan yang terpelihara ialah apabila memandang kepada jenis lain, tidak mengamat-amati kecantikannya dan tidak lama menolah kepadanya serta tidak melekat pandangannya kepada yang dilihatnya itu. Oleh itulah, nabi berpsan kepada Saidina Ali yang bermaksud,Hai Ali, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, adapun pandangan yang berikutnya adalah tidak boleh. (HR Ahmad) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menganggap pandangan liar dan menjurus kepada lain jenis sebagai suatu perbuatan zina mata. Sabda baginda lagi yang maksudnya, Dua mata itu bisa berzina dan zinanya adalah melihat.(HR Bukhari) Ia dinamakan berzina kerana memandang itu adalah slah satu bentuk bersenang-senang dan memuaskan nafsu syahwat dengan jalan yang tidak dibenarkan oleh syara. Larangan Allah ini bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat dan sia-sia kerana pandangan yang terdorong oleh nafsu ini bukan sahaja membahayakan kemurnian budi bahkan akan merosakkan kestabilan berfikir dan ketenteraman hati. Maka berkatalah seorang penyair:Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati.Pada satu saat pandanganpandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak bisa tahan. HARAM MELIHAT AURAT Di antara yang harus ditundukkan pandangan, ialah kepada aurat. Kerana Rasulullah saw telah melarang walaupun antara sesama lelaki dan antara sesama perempuan untuk mendedahkan aurat masing-masing, sama ada dengan syahwat ataupun tidak. Sabda nabi saw yang mafhumnya, Seseorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain ... (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi). Aurat lelaki yang tidak boleh dilihat oleh lelaki atau aurat perempuan yang tidak boleh dilihat oleh perempuan ialah antara pusat hingga ke lutut. Manakala aurat perempuan dalam perhubungannya dengan lelaki ialah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.

Bantuan pernafasan mulut ke mulut : CPR


kelas diteruskan dengan pembelajaran tajuk baru..iaitu CPR atau dalam bahasa pernafasan mulut ke mulut... tetapi untuk mendalami ilmu CPR ini, kita terlebih dahulu perlu memahami maksud dan mengeskploidtasikan langkah-langkah keselamatan ini dengan cekap serta mahir mengendalikannya.. Maksud bagi CPR ialah "Cardiopulmonary Resuscitation" bantuan awal ini amatlah penting bagi pesakit sebelum tibanya bantuan hospital kerana peratusan pesakit untuk mati adalah tinggi! Selain itu juga, bantuan awal dapat memberikan semangat untuk hidup kepada pesakit. Untuk memulakan bantuan awal ataupun CPR, sebagai penyelamat beliau harus memastikan samada pesakit dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Seterusnya, sebagai panduan, beliau mesti tahu langkah "DR ABC." maksudnya;D - Danger R - Respond A - Airways B - Breathing C - Circulation Sebagai contoh kejadian, pesakit baru sahaja terlibat dalam kejadian jalan raya, mangsa menunggang motosikal dan mengalami pendarahan. Langkah pertama untuk penyelamat ialah, mendapatkan bantuan lain seperti menelefon ambulans.Sesudah itu, penyelamat harus memastikan pesakit berada dalam keadaan yang selamat "D". Contohnya, pesakit tidak berada di tengah jalan raya yang boleh dilanggar kenderaan lain, sekiranya pesakit dalam keadaan yang bahaya, alihlah pesakit di tempat yang selamat... "R" penyelamat harus sedarkan pesakit untuk memastikan samada pengsan ataupun tidak. "A" penyelamat meletakan pipi dan telinga di muka pesakit untuk merasa pernafasan, dalam masa yang sama mata melihat dada pesakit samada naik ataupun tidak.. "B" penyelamat perlu tahu pesakit masih bernafas ataupun tidak.. "C" periksa nadi pesakit masih berdenyut ataupun tidak

Untuk lebih jelas membuat bantuan CPR mari lihat video ini

P/S : Walaupun kita mahir untuk membuat bantuan awal ini, tetapi kita masih perlu untuk mendapatkan bantuan lain seperti telefon hospital dll...selamat belajar!

You might also like