3101

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai:

Murid-murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah;

1. Sindrom down 2. Autisme ringan 3. Hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorders/ADHD) 4. Terencat akal minima 5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability) 6. kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Disleksia)

Kanak-kanak yang mengalami autisme juga merupakan salah satu masalah pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini memerlukan pendidikan khas pemulihan. Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Dalam proses pengendalian pendidikan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran khusus kanak-kanak autisme, pelbagai kemudahan disediakan untuk membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pendidikan yang sewajarnya. Adalah agak sukar menyediakan garis pemisah yang jelas pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak.

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998), tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif atau negatif yang menjejaskan keberkesanan dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku bergantung, tingkah laku distruptif (merosakkan) dan tingkah laku disruktif (anti sosial). Manakala tingkah laku bermasalah positif ialah seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Tingkah laku bergantung merupakan tingkah laku yang merbahayakan dirinya sahaja tetapi tidak mengganggu pelajar. Manakala tingkah laku disruptif pula, bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan pelajar lain kerana murid yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir kesannya. Bagaimanapun, tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat merbahaya kerana mengancam keselamatan dan kemudahan sekolah dan orang ramai. Pergantungan berlebihan merujuk kepada satu keadaan di mana seseorang individu amat bergantung pada orang lain atau tidak dapat berdikari. Ia sering cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya. Kecenderungan atau tabiat ini susah dihilangkan dan kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun begitu, hal ini tidak mustahil berlanjutan sehingga individu tersebut mencapai peringkat akhir remaja.

Seorang guru boleh membantu kanak-kanak yang sangat bergantung melalui beberapa cara antaranya mengadakan sesi penglibatan konsep kendiri agar dapat

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

memupuk keyakinan dalam dirinya. Guru juga hendaklah mengadakan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan murid. Murid juga perlu didedahkan teknik membuat keputusan dengan bijaksana. Guru juga perlu memberikan layanan yang sewajarnya kepada murid tersebut. Manakala bagi mengurangkan kebimbangan yang dialami oleh seseorang murid, guru mestilah sentiasa membantu murid, memberi dorongan dan ganjaran atas perlakuan positif yang mereka lakukan. Guru perlu memastikan murid penglibatan murid di dalam kelas terutamanya adalah menyeluruh. Di samping itu, guru hendaklah mewujudkan suasana dan persekitaran yang menggalakkan pelajar mencapai kejayaan. Jangan sesekali membeza-bezakan murid dan mengeluarkan kata-kata negatif. Sebaliknya guru mestilah meluangkan masa bersama mereka dan menunjukkan kasih sayang. Untuk mengurangkan masalah pengunduran dan pengasingan yang di kalangan sesetengah murid, guru hendaklah bijak merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai aktiviti yang pelbagai dan menarik.

Guru perlu peka dan memberi bantuan kepada murid yang menghadapi kesulitan. Galakkan penyertaan murid yang maksimum di samping menyediakan ganjaran dan pujian atas perlakuan yang positif. Individu yang dikatakan mempunyai tingkah laku disruptif pula adalah seseorang yang sentiasa mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jenis-jenis tingkah laku mengganggu ini antaranya hiperaktif, terlalu membuat bising, mengganggu rakan sebaya dan sebagainya. Hal ini mungkin berpunca daripada teknik pengajaran guru yang tidak menarik, sifat guru yang kurang tegas,suasana sosio emosi yang kurang sihat dan kesihatan murid yang kurang sihat. Guru boleh membantu mengurangkan tingkah laku mengganggu dengan memastikan ketekalan dalam melaksanakan peraturan bilik darjah. Guru perlu bersifat tegas dan adil. Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah hiperaktif, guru hendaklah menggunakan teknik pengubahsuaian tingkah laku. Guru perlu berbincang dengan ibu bapa murid selain merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling jika timbul masalah.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Guru boleh membantu mengurangkan tingkah laku distruktif di kalangan murid-murid dengan memberikan perhatian kepada mereka dan mengenalpasti punca sebarang masalah yang ditimbulkan. Jelaskan punca hukuman yang diberikan tetapi elakkan hukuman secara fizikal. Selain itu, guru hendaklah cuba mempercayai murid tersebut dan membimbingnya agar menyalurkan perasaan marah kepada sesuatu yang membina. Tingkah laku bermasalah positif juga boleh menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengatasi masalah tersebut dengan mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dan memastikannya sejajar dengan aras kebolehan murid. Bahan-bahan perlu menarik dan mencabar minda mereka serta memperbanyakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Latihan juga perlu diperbanyakkan. Guru hendaklah memastikan dorongan dan motivasi kepada murid tersebut tidak terjejas. Elakkan mereka berasa bosan kerana boleh menyebabkan mereka hilang kepercayaan dalam sistem pendidikan.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH PEMBELAJARAN MUHAMMAD ARIF SEBAGAI KANAK-KANAK AUTISME Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, sejak dilahirkan, adik Muhammad Arif telah dikenal pasti sebagai kanak-kanak berkeperluan khas dalam kategori masalah pembelajaran. Muhammad Arif adalah kanak-kanak autisme. Punca yang menyebabkan Muhammad Arif dikategorikan sebagai kanakkanak autisme tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun, berdasarkan ilmu pengetahuan serta rujukan yang telah saya lakukan daripada pelbagai sumber, saya dapati berkemungkinan, faktor kelewatan usia kedua ibu bapa Muhammad Arif adalah penyebab masalah ini. Di dalam buku mengurus kanak-kanak yang susah belajar, halaman 42, menjelaskan ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan mempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang dikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah yang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat mereka berada di bawah jagaan doktor pakar. Berdasarkan nombor kad pengenalan kedua ibu bapa Muhammad Arif, Ibu Muhammad Arif berusia 48 tahun ketika melahirkan Muhammad Arif, manakala ayahnya berusia lewat 70-an. Daripada temubual saya dan ibu Muhammad Arif, ibunya mengakui bahawa kurangnya memberi perhatian serta penjagaan yang baik terhadap bayi di dalam kandungan kerana memandangkan tahap ekonomi keluarga mereka ketika itu tidak stabil, maka ibunya membanting tulang pagi dan petang untuk membantu menyara keluarga. Maka, ibunya kurang mendapatkan rawatan doktor sepanjang kehamilannya. Bukan itu sahaja, menurut ibu Muhammad Arif, Norlia bt Md Isa, anaknya mempunyai alahan terhadap makanan. Muhammad Arif tidak dapat minum susu lembu apabila diberikan. Dalam buku pengenalan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran, ada mengaitkan bahawa kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkab protein daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi resptif, tumpuan perhatian, dan tingkah laku . (Jamila K. A Mohamed, 2005). Maka dapat disimpulkan bahawa alahan terhadap susu lembu ataupun berasaskan haiwan adalah salah satu faktor Muhammad Arif mengalami autisme.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

CIRI-CIRI MASALAH MUHAMMAD ARIF MENGALAMI AUTISME Semasa sesi berbual dengan Muhammad Arif, saya perhatikan terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak autisme pada Muhammad Arif. Dari aspek komunikasi, Muhammad Arif merupakan kanak-kanak yang sukar diajak bercakap. Ini adalah kerana Muhammad Arif lebih suka mendiamkan dirinya serta tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Apabila saya menyoalnya, Muhammad Arif lebih gemar mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi. Bukan itu sahaja, Muhammad Arif sering mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. Apabila saya bertanyakan Muhammad Arif sayang emak tak? Maka dia tidak akan menjawab pertanyaan itu, malah bercakap bahasa yang tidak difahami serta bunyi-bunyi yang agak sukar untuk dimengertikan. Daripada aspek gangguan deria pula, menurut ibunya, Muhammad Arif akan menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu. Muhammad Arif tidak mahu bercakap akan apa yang dikehendakinya, malah menggunakan bahasa badan untuk menunjukkan kemahuannya itu serta berkomunikasi dengan orang lain. Kadang kala Muhammad Arif dapat menuturkan sesuatu buat beberapa ketika sahaja. Berdasarkan pemerhatian saya, apabila saya meminta Muhammad Arif mengira dan menulis nombor 1,2,3,.. maka Muhammad Arif dengan baiknya dapat membuat arahan mudah itu. Akan tetapi, apabila saya memintanya mengulang semula, Muhammad Arif akan mengelakkan dari menjawab. Apa yang menarik perhatian saya adalah apabila Muhammad Arif sedang membuat apa yang saya suruh, Muhammad Arif akan melakukannya sehinggakan air liurnya meleleh. Maka saya memintanya untuk mengelapnya. Muhammad Arif akan mengelap air liurnya dengan sapu tangan yang ada di poket bajunya. Saya tertarik untuk menanyakan guru Muhammad Arif, adakah Muhammad Arif akan mengeluarkan air liur tersebut selalu, gurunya memberitahu bahawa perkara itu adalah normal. Apabila Muhammad Arif gemar melakukan sesuatu perkara yang diminatinya, maka air liurnya akan meleleh sepanjang membuat kerja tersebut. Manakala, dari aspek interaksi sosial, saya dapati, Muhammad Arif lebih suka bersendirian. Di dalam kelas, Muhammad Arif bersebelahan dengan

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Muhammad Ridzuan seorang kanak-kanak hiperaktif. Namun, apa yang saya dapat perhatikan, Muhammad Arif langsung tidak bergaul dengan Muhamad Ridzuan, malah rakan-rakannya. Muhammad Arif sering dikasari oleh Muhammad Ridzuan, namun Muhammad Arif tidak membalas semula apa yang dilakukan Muhammad Ridzuan, malah menjauhkan diri dari pelajar tersebut. Apabila berinteraksi, saya perhatikan Muhammad Arif tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Pada suatu ketika, saya menyuruhnya memandang saya, tetapi Muhammad Arif tidak menghiraukan perbualan saya. Ini mungkin kerana terlalu lama interaksi saya bersama Muhammad Arif, jadi membuatkan pelajar berkenaan hilang tumpuan serta minat. Di samping itu, Muhammad Arif suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut sahaja. Ketika sesi interaksi dengan Muhammad Arif, dia gemar bangun dari tempat duduknya serta berdiri di sudut almari. Malah, Muhammad Arif tidak suka dipegang atau dipeluk oleh sesiapa sahaja. Hal ini adalah kerana saya ingin memegang dan melihat parut di tangannya yang terkena air panas ketika kecil, tetapi dengan pantasnya Muhammad Arif menarik tangannya daripada disentuh oleh saya. Dari situ, dapat saya tafsirkan bahawa kanak-kanak autisme seperti Muhammad Arif tidak gemar disentuh. Ini menunjukkan Muhammad Arif sensitif pada sentuhan. Melalui pemerhatian saya, daripada aspek pola bermain, Muhammad Arif tidak suka bermain dengan rakan sebayanya, serta tidak suka bermain gaya yang sama seperti rakan-rakannya. Malah Muhammad Arif tidak suka orang mengambil barangnya. Apa yang saya dapat perkatakan, Muhammad Arif akan merengek apabila pensilnya diambil oleh Muhammad Ridzuan. Muhammad Arif tidak mahu berbuat apa-apa sehingga dia dapat kembali pensil tersebut. Dari aspek tingkah lakunya, Muhammad Arif kerap melakukan perbuatan atau gerakan yang sama dan berulang-ulang. Muhammad Arif akan memutarmutarkan pensil ditangannya berulang-ulang kali. Fikirannya pun tidak akan ada di tempat tersebut. Muhammad Arif juga dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apaapa dan tanpa sebarang reaksi. Menurut ibu Muhammad Arif, anaknya sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab serta mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN BANDING BEZA DENGAN KANAK-KANAK YANG NORMAL Berdasarkan aspek perkembangan, saya lebih tertarik untuk mengkaji aspek perkembangan bahasa Muhammad Arif. Bahasa individu kanak-kanak autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur, mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan berbanding kanak-kanak normal, iaitu secara kefahaman. Topik perbualan kanak-kanak autistik adalah terhad di samping bermasalah dalam bahasa badan yang sesuai. Manakala bagi kanak-kanak normal, bahasa mereka adalah meluas. Masalah bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan kepada empat, iaitu nonsegmental phonology, bahasa idiosinkratik, masalah bahasa kata ganti nama dan ekolalia. Kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang

nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi. Semasa berbual dengan Muhammad Arif, saya dapati intonasi percakapan yang digunakan oleh Muhammad Arif adalah sekata. Manakala, kanak-kanak normal akan menggunakan intonasi percakapan yang berirama yang sesuai dengan konteks ayat. Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka sendiri. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi baru. Bagi kanak-kanak normal, mereka dapat membuat banding beza sesuatu ayat apabila hendak digunakan dalam situasi yang berlainan. Dari aspek bahasa idiosinkratik, kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu yang bermaksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik berbanding kanak-kanak normal yang mampu membezakan struktur ayat yang hendak disampaikan. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Ini akan menyebabkan pendengar akan mengalami kekeliruan apabila bersama kanakkanak ini ketika berinteraksi. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi baru. Ini bermakna, mereka tidak dapat membeza sesuatu perkataan dengan situasi yang berlainan. Ini adalah berbeza dengan kanak-kanak normal kerana mereka cenderung dapat membezakan makna perkataan berdasarkan situasi yang dilaui. Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti he atau she. Kata ganti nama kedua you digunakan untuk dirinya dan I untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks. Sebaliknya, kanak-kanak normal dapat membezakan antara kata ganti nama tersebut kerana mereka mudah memahami konteks ayat serta apa yang hendak disampaikan. Dan ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme akan mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Akan tetapi, kanak-kanak normal tidak akan mengulangi apa yang mereka cakapkan kerana mereka memahami apa hendak disampaikan mereka.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Antara aspek perkembangan kanak-kanak autisme yang lain adalah perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognititf yang lemah, terdapat pula sebahagian kecil mereka yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Kebanyakan individu autisme mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad, namun begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka memberi tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Apa yang diperhatikan pada Muhammad Arif, apabila dia memberi tumpuan yang berlebihan terhadap sesuatu perkara seperti mewarna, dia tidak akajn sedar bahawa air liurnya melelah sehinggakan perlu diberi teguran untuk mengelapnya. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau ransangan yang diberikan secara berlebihan. Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh. Misalnya hanya tertarik dan menumpukan perhatian kepada warna merah dan barang permainan tanpa mempedulikan bentuk dan kegunaannya. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemprosesan maklumat, keupayaan mereka untuk bermain ataupun belajar adalah terhad. Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini akan dikekalkan dalam bentuk yang asal. Mengikut kebiasaan proses yang berlaku dalam otak manusia, input yang diterima akan diproses dan disimpan dalam bentuk ingatan jangka masa pendek atau jangka masa panjang dan akan dikeluarkan semula apabila diperlukan. Namun, bagi kanak-kanak autisme, mereka tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran. Kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkaraperkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali. Selain itu, kanak-kanak autistik juga tidak mampu melihat perkaitan antara maka kegagalan mengenal pasti aspek yang bersesuaian bagi permainan tersebut menyebabkan

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

dua perkara. Sebab itulah mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi, dan tidak memahami kiasan. Namun begitu, terdapat individu autistik yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum, misalnya kecerdasan yang tinggi atau mempunyai bakat yang luar biasa, misalnya dalam matematik, seni lukis dan muzik. Dalam aspek perkembangan komunikasi, di antara ciri uatama bagi kanakkanak autistik adalah mereka tidak mempunyai sebarang niat atau keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autistik juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah. Secara perkembangan emosi pula, kanak-kanakautistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Sebagai contoh, kanak-kanak autistik dianggap telah menunjukkan emosinya apabila kelihatan ketawa geli hati seorang diri. Namun, persoalannya adalah sama ada tingkah laku itu wujud dalam keadaan sosial yang betul. Individu autistik juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu, individu autistik menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan badan yang kaku, dan suara yang mendatar atau monotonous. Dapat disimpulkan di sini bahawa ketidakfungsian, kurang berperaturan, dan emosi yang keterlaluan yang ditunjukkan oleh individu autistik adalah kerana sememangnya secara semula jadi mereka kurang berminat untuk berkomunikasi.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

PROGRAM INTERVENSI AWAL YANG BOLEH DIIKUTI Tidak ada satu rawatan yang sesuai untuk semua kanak-kanak autistik, tetapi antara intervensi yang lazim digunakan ialah Penggunaan Analisis Tingkah Laku (Applied Behaviour Analysis). Kaedah ini diperkenalakan oleh B.F. Skinner pada tahun 60-an dan menekankan penggunaan prinsip peneguhan positif dalam memperkukuhkan komunikasi, hubungan sosial, pencapaian akademik serta pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dalam kalangan kanak-kanak autistik. Melalui pendekatan ini, kemahiran yang ingin digalakkan diperincikan kepada beberapa langkah kecil. Kanak-kanak diberi peluang untuk mempelajari dan mengamalkan kemahiran berkenaan dalam pelbagai situasi dan sentiasa diberi peneguhan positif apabila kemahiran yang diingini dipamerkan atau dilakukan. Prestasi diukur berterusan melalui pemerhatian dan intervensi diubahsuai jika data yang diperolehi menunjukkan pelajar tidak dapat membuat kamajuan yang memuaskan. Tujuan penggunaan analisis tingkah laku ialah untuk membolehkan pelajar berkenaan berfungsi dengan tidak bergantung kepada orang lain dan berjaya dalam pelbagai situasi atau persekitaran. Antara intervensi lain yang kebiasaannya digunakan ialah Terapi Floortime. Terapi Floortime diperkenalkan oleh pakar psikiatri kanak-kanak, Stanley Greenspan. Pendekatan ini berdasarkan kepercayaan bahawa kanak-kanak autistik boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan seorang dewasa. Dewasa berkenaan hendaklah bermula pada tahap kanak-kanak itu berada dan membawanya ke tahap yang seterusnya dengan menggunakan kekuatan kanakkanak itu. Oleh kerana kanak-kanak autistik bercenderung untuk mengasingkan diri, terapi Floortime bertujuan untuk membawa kanak-kanak autistik melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan emosional iaitu pengawalan kendiri dan menimbulkan minat terhadap dunia sekeliling, dewasa dan kanak-kanak menjadi lebih rapat dan melahirkan keinginan berinteraksi dengan orang lain, mempertingkatkan kamahiran komunikasi dua-hala di mana kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi kepada orang lain, mempertingkatkan pengendalian komunikasi kompleks, idea emosional, iaitu kebolehan melahirkan perasaan serta pemikiran emosional, iaitu kebolehan berfikir tanpa beremosi.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Dewasa berkenaan akan meyakinkan kanak-kanak autistik itu beredar daripada hanya bersendirian kepada interaksi lebih kompleks dengan orang lain. Terapi Floortime mementingkan perkembangan emosional dan dipanggil Floortime ialah kerana dewasa berkenaan akan turun ke lantai dan berinteraksi dengan kanakkanak bermasalah itu pada tahapnya. Selain itu, Intervensi Pembinaan Hubungan yang diperkenalkan oleh ahli psikologi Steven Gutstein yang berfokus kepada peningkatan kualiti hidup individu autistik pada jangka panjang. Intervensi ini melibatkan ibu bapa dan bertumpu kepada masalah mencari kawan, merasa empati, menunjukkan kasih saying dan kebolehan berkongsi pengalaman dengan orang lain. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, Gutstein dapati kanak-kanak autistik kekurangan kemahiran mengurus persekitaran yang sentiasa berubah. Beliau menyifatkan kemahiran dan kebolehan ini sebagai kecerdasan dinamik yang terdiri daripada aspek rujukan emosional iaitu kebolehan menggunakan sistem maklum balas emosi untuk mempelajari daripada pengalaman orang lain. Di samping itu, kordinasi sosial yang merupakan kebolehan memerhati dan mengawal tingkah laku seseorang untuk membolehkannya bercampur gaul dengan orang lain dan berkongsi emosi. Aspek lain adalah bahasa deklaratif di mana menggunakan bahasa dan komunikasi bukan bahasa untuk berkongsi pengalaman dan perasaan dengan individu lain. Antara lain ialah pemikiran fleksibel iaitu kebolahan menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah dan mengaturkan strategi yang sesuai dengan keadaan yang berlainan serta refleksi iaitu keadaan mengimbas kembali dan menggunakan pengalaman lampau untuk menjangka senario masa hadapan. Bukan itu sahaja, Terapi Pertuturan merupakan salah satu intervensi awal yang dikenalpasti. Masalah komunikasi yang dihadapi kanak-kanak autistik adalah berbeza. Ada di antara mereka yang dapat bercakap dengan lancar terutama bagi topic-topik yang nereka minati. Sebaliknya terdapat kanak-kanak autistik yang tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan. Lazimnya, mereka tidak mempunyai masalah menyebut perkataan tetapi menghadapi masalah menggunakan bahasa. Contohnya, mereka menghadapi masalah menggunakan bahasa yang betul apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka mungkin menggunakan bahasa yang betul

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka mungin menyebut sesuatu yang tidak ada kaitan dengan situasi. Yang lain pula mengulang sebutan yang telah mereka dengari atau sebut berulang kali sesuatu yang mereka telah hafal. Sesetengah kanak-kanak autistik bercakap dengan nada yang tinggi atau bercakap seperti robot. Oleh itu, usaha menggunakan terapi pertuturan hendaklah bermula dengan penaksiran kemahiran bahasa kanak-kanak berkenaan oleh pakar pertuturan dan patalogis bahasa. Terapi pertuturan berfokus kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial seperti tumpuan mata apabila bercakap dengan orang lain. Terapi ini juga memberi perhatian kepada penggunaan gerak tangan dan bahasa bukan verbal ketika bertutur dengan orang lain. Bagi sesetengah kanakkanak ini boleh dicapai dengan menggunakan bahan visual. TEACCH(Training and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children) ialah program pendidikan khas yang digubal khusus untuk kanak-kanak autistik. Program latihan ini diamalkan sejak tahun 60-an oleh Schopler, Reichler dan Lansing. Tujuan program ini ialah untuk melahirkan kanakkanak yang boleh berdikari dan tumpuan ialah kepada kewujudan suatu persekitaran fizikal dan sosial yang menggalakkan komunikasi. Persekitaran dibina dengan mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak autistik dan melatih mereka bertindak dengan cara yang sesuai dan diterima masyarakat. Memandangkan kebanyakkan kanak-kanak autistik adalah pelajar visual, TEACCH menggunakan bahan visual untuk mempertingkatkan kefahaman, organisasi dan kemahiran berdikari. Kanak-kanak diajar dalam persekitaran yang berstruktur termasuk penyusunan perabot secara teratur, kawasan aktiviti yang dinyatakan dengan jelas, penggunaan bahan visual dan dipandu untuk mengikuti urutan aktiviti yang tersusun dan jelas. Adalah dipercayai bahawa struktur bagi kanak-kanak autistik adalah asas bagi pembelajaran. Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi, mereka boleh dilatih untuk pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu seperti mekanik kereta, pembetul alatan muzik,

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

jurukomputer, jurukira dan sebagainya berdasarkan kebolehan yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka. Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour midification techique). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak autisma supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari di rumah. Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objektif-objektif latihan dan rawatan untuk anak mereka. Kadang kala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak autistik. Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanakkanak autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat. Bukan itu sahaja, cabaran ibu bapa yang mempunyai anak autistik memang besar kerana sukar untuk memahami kelakuan anak mereka. Gangguan tingkah laku kanak-kanak autisme juga berbeza antara individu dan ibu bapa perlu belajar cara menanganinya. Apabila bercakap dengan anak, bercakaplah mengikut tahap pemikirannya. Contohnya jika anak berusia 12 tahun, tetapi tahap pemikirannya mungkin sama seperti kanak-kanak berumur lapan atau enam tahun, maka layanlah mereka seperti lapan atau enam tahun kerana ini merupakan fitrah kejadian mereka.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Pendekatan penting untuk membentuk perlakuan baik ialah meningkatkan kefahaman anak terhadap kehidupan dan peranan mereka dalam dunia ini. Puji anak apabila mereka berkelakuan baik kerana ada kanak-kanak sengaja membuat perangai hanya untuk mendapatkan perhatian daripada orang tua mereka. Jangan sesekali menghukum anak apabila mereka buat perangai, sebaliknya gunakan pendekatan lebih positif. Contohnya dengan mengalihkan perhatian, melakukan aktiviti digemari atau melengahkan memberi apa yang diminta. Jika kesemua kaedah tidak berjaya dan anak masih mengamuk, biarkan seketika hingga perasaan mereka reda. Mendidik anak autistik memerlukan kesabaran tinggi. Ada kanak-kanak yang meniru setiap perlakuan atau kata-kata ibu bapa. Jika anda berdepan masalah sebegini, anda boleh mengajar anak melalui mimik muka. Jika marah, buat mimik marah. Cara ini sebenarnya sangat berkesan kerana ia bukan sahaja mengajar anak belajar mengenali ekspresi wajah, bahkan menimbulkan suasana pembelajaran tidak langsung yang lebih positif. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak terhindar daripada rangsangan yang boleh menyebabkan mereka terganggu untuk mengelakkan tindak balas atau kelakuan yang tidak diingini. Antaranya ialah dengan memastikan anak anda sentiasa berasa dalam keadaan selesa. Kadangkala pakaian, kasut dan persekitaran boleh menyebabkan mereka berasa terganggu. Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini. Malah, pastikan anak anda tahu sesetengah tindak balas yang boleh diterima dan tidak apabila berdepan satu-satu keadaan. Ajar anak cara berkomunikasi yang boleh diterima dan mereka tahu komunikasi agar difahami orang lain. Serta, ajarlah anak untuk mengenal satu-satu keadaan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan mengikut masa, tempat, cara dan apa bakal terjadi selepas itu. Paling penting, ibu bapa atau penjaga perlu menjaga diri supaya tidak tertekan. Dapatkan bantuan dan sokongan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa lain atau doktor. Ibu bapa juga memerlukan masa untuk diri sendiri supaya anda lebih kuat dan tabah untuk mendidik anak anda. Dengan kata lain, terimalah kehadiran anak dengan hati yang terbuka.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

KHIDMAT SOKONGAN Keperluan pendidikan bagi kanak-kanak autisme memerlukan perkhidmatan sokongan yang bersesuaian. Antara khidmat sokongan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebegini adalah khidmat nasihat. Khidmat nasihat di sekolah diberikan kepada guru pendidikan khas, pembantu, penggubal kurikulum, pentadbir dan ibu bapa dalam menguruskan kanak-kanak tersebut. Di antara khidmat nasihat yang diberi adalah tentang bahan-bahan khusus dan prosedur, kursus dalaman, tunjuk cara dan aktiviti lain yang membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam latar semulajadi iaitu sekolah dan rumah. Perkhidmatan individu dan sokongan antara ibu bapa dan kanak-kanak. Di samping itu, guru mengadakan pengajaran sistematik dan kemahiran yang penuh makna serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berstruktur serta kurikulum istimewa diterjemahkan untuk bahasa dan kemahiran sosial. Di negaranegara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatuan untuk membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga. Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat. Bukan itu sahaja, hendaklah mengajar anak untuk mengenal satu-satu keadaan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan mengikut masa, tempat, cara dan apa bakal terjadi selepas itu. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak terhindar daripada rangsangan yang boleh menyebabkan mereka terganggu untuk mengelakkan tindak balas atau kelakuan yang tidak diingini.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Di negara kita Malaysia, kanak-kanak autisme boleh mendapat pendidikan melalui tiga cara mengikut tahap masalah yang mereka hadapi, iaitu sekolah kerajaan bagi kanak-kanak autisme ringan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta pusat-pusat pendidikan swasta seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang dan sebagainya. Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai. Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang mungkin berguna apabila dewasa.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

REFLEKSI

Berdasarkan pengalaman sepanjang saya melaksanakan tugasan projek ini, saya merasakan tugasan projek pelaksanaan dan penilaian kerja kursus berasaskan ilmu ini iaitu Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran adalah sangat mencabar fizikal dan mental. Dengan ini, akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang lebih realistik mengenai masalah bahasa dan komunikasi oleh kanak-kanak bermasalah berpembelajaran. Khususnya, kanak-kanak bermasalah berpembelajaran dalam kategori autisme . Bagi melahirkan warganegara yang berilmu, sebagai bakal pendidik, saya merasakan bakal guru terlatih hendaklah sanggup memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasannya. Sebelum memulakan tugasan, pensyarah pembimbing, Puan Harlina bt Hj. Ishak telah memberi taklimat mengenai panduan dalam melaksanakan tugasan ini secara ringkas.

Setelah menerima taklimat, saya telah memulakan kajian terhadap seorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang telah ditempatkan di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) yang telah diintergrasikan dengan Sekolah Kebangsaan Tunjang di negeri Kedah. Saya berada di kelas tersebut Selain itu, sepanjang sepanjang sesi persekolahan untuk mengkaji sejauh mana masalah kanak-kanak bermasalah berpembelajaran dalam kategori Autisme. berkaitan dengan masalah pembelajaran. menjalankan projek ini, saya turut mengaitkan beberapa teori pembelajaran yang

Antaranya

adalah

Teori

Pembelajaran

kognitif

Jean

Piaget

yang

dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi di Switzerland yang terkenal bidang pendidikan. Menurut Piaget, dalam Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

sekitar, pembelajaran sebenarnya, telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Sehubungan itu, sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif. Hal ini adalah kerana, menurut Piaget, murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi, mentransformasinya dan struktur kognitif (skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada. Melalui proses asimilasi ini, pengalaman yang sedia ada dapat diperkukuh dan ditambah.

Selain itu, teori pembelajaran yang boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab utama. Sebagai contoh, teori pembelajaran daripada mazhab behavioris. Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh ialah Pavlov, Thorndike, dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal, dan diramal. Oleh sebab itu, bagi mengenalpasti tingkah laku, ciri-ciri, masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang telah dipilih, saya telah telah membuat pemerhatian selama tiga terhadap kanak-kanak tersebut.

Seterusnya, menerusi teori pembelajaran sosial, pembelajaran merupakan interaksi di antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan persekitarannya. Mengikut Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu, secara tidak langsung, mempelajari pula tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model, dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai pemodelan (modelling). Oleh sebab itu, melalui pemerhatian dan perspektifnya sendiri, Muhammad Arif mudah terpengaruh dengan pelakuan yang ditonjolkan oleh orang sekelilingnya.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

Secara tuntasnya, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik secara mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari dalam kelas perkembangan kanak-kanak iaitu teori pemabelajaran kognitif , teori pembelajaran mazhab behavioris , dan teori pembelajaran sosial. Selain itu, dengan kerjasama dan kritikan membina serta idea-idea yang bernas daripada beberapa pihak seperti pensyarah pembimbing, guru kelas Muhammad Arif, rakanrakan dan sebagainya turut membantu saya dalam menjayakan tugasan ini.

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

5.0 BIBLIOGRAFI BAHAN ILMIAH Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa . Selagor : PTS Profesional Mak Soon Sang. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus kanak-kanak yang susah belajar . Selangor : PTS Profesional Pengenalan Pendidikan Khas (HBSE 1103) :Open University Malaysia Prof. Dr. Ansary Ahmed. (2007). Psikologi dan perkembangan kanak-kanak masalah pembelajaran. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Prof. Dr. Mansor Fadzil. (2007). Pengenalan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran. Kuala Lumpur : Open University Malaysia

Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

2009

INTERNET http://www.spe-ed.net/pk-sejarah.php http://72.14.235.132/search? q=cache:_lc9jE0E_yoJ:www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/supiahKP M.pdf+intervensi+awal+dan+khidmat+sokongan+kanakkanak+bermasalah+pembelajaran&cd=7&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a http://66.218.69.11/search/cache?ei=UTF-8&p=perkembangan+kanakkanak+mengikut+teori+pembelajaran&rd=r1&meta=vc %3Dmy&xa=2yEStJow_CfrF3BETe90Mw--%2C1237689444&fr=yfp-t501&fp_ip=MY&u=attachments.wetpaintserv.us/EJtbbaYqkDwdoQNa%24v0UMg%3D %3D289792&w=perkembangan+kanak+kanak+mengikut+teori+pembelajaran&d=SB56AJ2 uScZB&icp=1&.intl=us

You might also like