Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

OBJEKTIF PENGHASILAN MEDIA VIDEO Objektif penghasilan media video bagi cerita Cik Mut Yang Mengenang Jasa

ialah untuk mengajar ciri-ciri luaran haiwan bagi tahun 3 iaitu topik haiwan yang bertemakan Mempelajari Benda Hidup. Penghasilan media video ini juga bertujuan untuk menarik minat murid. Melalui tayangan video mengenai jalan cerita berkenaan haiwan, murid akan lebih berminat untuk memberikan tumpuan. Mereka akan lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran yang guru ingin sampaikan melalui video yang mampu menarik perhatian mereka. Ia juga memberikan keseronokan belajar kepada murid. Contohnya, dalam menyampaikan ciri-ciri haiwan, telah diselitkan unsur penceritaan dalam video. Objektif penghasilan media video ini juga adalah untuk mengenal pasti tahap fokus murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dapat mengetahui sama ada murid fokus atau sebaliknya melalui tayangan video yang dihasilkan. Guru akan memantau murid melalui catatan yang dibuat murid berkenaan media video yang telah dihasilkan. Contohnya, guru dapat mengetahui tahap fokus murid melalui ciri-ciri yang dicatatkan murid semasa mereka menonton media video yang telah dihasilkan. Selain itu, objektif penghasilan media video ini juga adalah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran murid. Murid akan lebih mudah untuk memahami topik yang diajar melalui video berkenaan haiwan. Guru juga akan lebih mudah untuk mengajar kerana murid dapat melihat dan menyaksikan video berkenaan Cik Mut Yang Mengenang Jasa. Ia menjimatkan masa dan tenaga guru. Contohnya, penghasilan video Cik Mut Yang Mengenang Jasa ini menjimatkan masa guru dan murid kerana proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah kerana murid lebih cepat faham. Di samping itu, objektif penghasilan media video ini juga untuk menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih berkesan, mudah dan cepat. Penghasilan media video ini kerana ia merupakan media penyampaian mesej yang jelas. Ia memberikan keberkesanan terhadap hasil dan objektif pengajaran . penggunaan media video ini membantu guru menjelaskan maklumat yang ingin disampaikan kepada murid.

Contohnya, guru akan lebih mudah menyampaikan maklumat berkenaan ciri-ciri haiwan iaitu berkaki dua dan enam melalui tayangan media video. Objektif penghasilan media video ini ialah untuk melibatkan penggunaan pelbagai deria murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media video sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada murid. Penggunaan deria lihat dan dengar membantu daya ingatan murid. Contohnya, murid dapat melihat ciri-ciri haiwan dalam video yang ditayangkan.

You might also like