Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

BAHASA MELAYU PENULISAN 012

1 JAM 15 MINIT

3 BAHAGIAN : BAHAGIAN A : BAHAGIAN B : MEMINDAHKAN MAKLUMAT MENULIS KARANGAN

BAHAGIAN C :

MEMBINA ULASAN

BAHAGIAN A Masa yang diperuntukan 15 minit Memindahkan maklumat berdasarkan bahan rangsangan Bina lima ayat

Bilangan perkataan tidak ditetapkan


10 markah Biasanya terdapat tiga jenis arahan iaitu : a) b) c) Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar. Bina lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar. Bina lima ayat berdasarkan situasi di dalam gambar.

TEKNIK/CARA MENJAWAB BAHAGIAN A

Memahami kehendak soalan


Melihat dan memahami bahan rangsangan Catatkan nombor/bulatkan gambar Bina PMR Membina ayat

Menyemak ejaan dan tanda baca

AYAT CEMERLANG Gunakan ayat lengkap/gramatis Pastikan ada ayat tunggal dan ayat majmuk

Pastikan penggunaan kata hubung yang betul


Pastikan penggunaan kosa kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik

Pastikan tiada kesalahan dalam penggunaan tanda baca dan ejaan

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Contoh ayat : 1. Beberapa orang murid sedang beratur untuk membeli makanan di kantin.

2. Ali dan Azlin sedang mencuci tangan di singki sebelum makan.


3. 4. 5.

BAHAGIAN B Masa yang diperuntukan 40 minit Tiga soalan dan perlu dijawab satu soalan sahaja

Bilangan perkataan tidak kurang daripada 80 patah perkataan


Karangan lengkap 30 markah

4 KEUTAMAAN
Pilih tajuk Merangka karangan peta minda Menulis karangan Menyemak semula

CARA/TEKNIK MENJAWAB
Baca dan fahamkan tugasan soalan Garis/bulatkan arahan penting Rangka karangan/susun isi mengikut keutamaan Satu isi, satu perenggan sahaja

Gunakan bahasa yang mudah


Semak semula jawapan/ayat yang telah ditulis/tanda baca

PENDAHULUAN
Bincangkan tajuk Jangan lebih satu perenggan Tepat kepada soalan Memadai tiga hingga enam ayat Jangan masukkan isi ISI-ISI Ada isi utama + huraian + contoh Sekurang-kurangnya empat isi atau lebih Setiap perenggan satu isi sahaja

Memadai tiga hingga enam ayat dalam satu perenggan

PENUTUP Memberi kesimpulan atau rumusan Memadai tiga hingga enam ayat sahaja Mengemukan peribahasa/ungkapan/pantun jika perlu dan sesuai KARANGAN YANG BAIK Penyatuan idea baik jika menggunakan PENANDA WACANA yang tepat Ketepatan isi Lengkap

Tiada sebarang kesalahan tanda baca dan ejaan

BENTUK-BENTUK SOALAN Peristiwa persekitaran sekolah lawatan sambil belajar Hari Anugerah Cemerlang Hari Kantin/Perkhemahan/Kokurikulum/Terbuka Hari Kanak-Kanak/Sambutan Hari Guru Majlis Persaraan Guru Besar Majlis perpisahan Tahun 6 Keceriaan sekolah Kehilangan buku teks Tidak hadir ke sekolah Rakan sakit Pinjam padang/peralatan Persediaan menghadapi UPSR Temu ramah (Guru Besar/Tokoh Murid/Guru Disiplin) Perasmian Pusat Sumber Perlawanan persahabatan Menganjurkan pertandingan di sekolah Suasana hari pertama persekolah/sekolah baru

Peristiwa persekitaran murid/keluarga pasar malam/pasar tani Sambutan hari jadi Hobi Menghormati ibu bapa/orang tua Menjaga kebersihan diri, gigi, tempat tinggal Faedah berkebun sayur Menziarahi ahli keluarga di hospital Faedah komputer Sambutan perayaan (sebelum, semasa dan selepas) Telefon kenderaan

Peristiwa persekitaran masyarakat Aktiviti gotong-royong Fenomena alam Majlis kenduri Aduan Membantu orang dalam kesusahan Faedah menjaga kemudahan awam Temuramah doktor/polis/ketua kampung

JENIS KARANGAN : KARANGAN BERFORMAT : Dialog/temu ramah Laporan Surat rasmi/tidak rasmi Ucapan Syarahan Berita Perbahasan Ceramah Catatan KARANGAN TIDAK BERFORMAT : Cereka/imaginasi Perbincangan Fakta Gambaran/keperihalan Penerangan Autobiografi Peribahasa

CONTOH SOALAN BAHAGIAN B Pilih 1 daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Pada cuti sekolah yang akan tiba, kamu bercadang hendak bercuti di rumah rakan kamu yang tinggal di negeri lain. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menyatakan hasrat kamu itu

Atau
2. Kamu dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam majlis Hari Guru yang diadakan di sekolah kamu. Tulis ucapan kamu selengkapnya. Atau 3. Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah. Aku bersyukur kerana barang kesayanganku telah kutemui.

PROSES MENGARANG Baca soalan

Semak tatabahasa

Fahami soalan

Tulis karangan

Pilih soalan

Buat rangka

CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK : Pendahuluan yang berkesan Isi yang teratur Satu isi bagi satu perenggan Huraian isi yang padat Memberikan contoh yang tepat Kesinambungan isi yang lancar Penutup yang sesuai

BAHAGIAN C : Masa diperuntukkan 20 minit Memahami dan mengulas Bilangan perkataan tidak lebih daripada 50 patah perkataan 20 markah FORMAT : 1 soalan (wajib dijawab) Arahan :

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh dariapda petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

KAEDAH MENJAWAB : Baca dan fahami kehendak soalan. Lihat sama ada amalan baik, pengajaran atau nilai murni. Baca dan fahami petikan yang diberi ayat demi ayat. Gariskan ayat dan perkataan yang penting terutamanya memenuhi kriteria kehendak soalan. Cari sikap, nilai dan pengajaran yang ada. Tulis dan ulas dengan menggunakan gaya dan tatabahasa yang mudah difahami dan jangan terlalu panjang. Tuliskan juga penanda wacana yang sesuai (mengikut keperluan). Jika nilai yang diberi negatif, ulas dengan menggunakan nilai yang positif. Patuhi arahan soalan semasa.

NILAI-NILAI MURNI Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kasih sayang Keadilan Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Patriotisme

Kebebasan
Keberanian Kebersihan

Rasional
Semangat bermasyarakat

BACA DAN KENAL PASTI NILAI Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, baikketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Tatacara menyusun ayat dalam membina ulasan (Bahagian C)


Penanda wacana Antaranya Seterusnya Selain itu Di samping itu Akhir sekali Kata bantu kita mestilah kita haruslah kita hendaklah kita sewajarnya kita dikehendaki Aspek nilai Huraian

Nilai yang didapati antaranya kita mestilah............................................................... Seterusnya,kita haruslah....................................................................Selain itu, kita hendaklah.................................................................................. Di samping itu, kita sewajarnya............................................................... ......................Akhir sekali, kita dikehendaki..............................................................................................................

You might also like