Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DASAR PECAH DAN PERINTAH

Semasa zaman kolonial British di Tanah Melayu, dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan telah mewujudkan jurang perbezaan ekonomi dan menghalang kepada proses perpaduan dikalangan masyarakat di negara ini. Kedatangan dan kemaraan British di Tanah Melayu telah membuka peluang mereka untuk menguasai beberapa tempat utama antaranya dengan pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light (1786), Pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles (1815) dan pengambilan Melaka daripada kuasa Belanda menerusi perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Kedatangan pihak British telah mengubah bentuk, sistem, dan aktiviti ekonomi masyarakat setempat. Tujuan Kolonial British berbuat demikian adalah kerana untuk memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Juga mengekalkan penduduk peribumi di kampungkampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi menggelakkan pendudukan pribumi meninggalkan aktiviti pertanian. Kesan dasar Pecah dan Perintah telah membuatkan penduduk Melayu dibiarkan di kawasan pendalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan dan kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British. KONSEP AKOMODASI, AMALGAMASI, AKULTURASI, ASIMILASI DAN

SEGREGASI DALAM KONTEKS MASYARAKAT MALAYSIA PADA HARI INI Akomodasi: Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman,

Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Akomodasi di Malaysia berkembang dengan baik mengikut kaum dan mengamalkan budaya serta agama masing-masing. Contohnya kaum cina mempunyai tokong untuk bersembahyang, mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan merayakan Tahun Baru Cina setiap tahun. Juga kaum india juga kuil, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan merayakan perayaan deepavali. Dari segi budaya, masing-masing sentiasa mengekalkan budaya dan mempersembahkan kepada dunia luar. Amalgamasi: Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan-kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka

satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. Di Malaysia amalgamasi di wujudkan dengan mencipta Sekolah Wawasan iaitu belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran akan ditempatakan dalam kawasan yang sama tetapi dihubungkan menggunakkan jambatan penghubung (link-way). Dan salah satu matlamat Sekolah Wawasan adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Di Melaka, amalgamasi yang terjadi melalui kaedah percampuran budaya Portugal dan budaya Melayu lalu terjadinya percantuman budaya terbentuk budaya baru.

Akulturasi: Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza. Asimilasi: Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di

Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan, amalan dan kepercayaan.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Segregasi: Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994 pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Segregasi mula berlaku di Malaysia hasil daripada penjajah yang memisahkan kaumkaum di Tanah Melayu, masyarakat melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaumyang terkaya. Hal ini talah menimbulkan asa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah pribumi di Malaysia. Akibat dari itu berlaku permusuhan dan salah faham yang mencetuskan pergaduhan kaum pada peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah lama berlalu, tetapi masih di perkatakan sehingga saat ini. Dan masyarakat Malaysia pada hari ini sentiasa berhati-hati antara kaum dan cuba untuk tidak menimbulkan perselisihan faham antara kaum walaupun pelbagai agenda yang ditimbulkan oleh golongan fanatik, kesedaran untuk mencapai integrasi perpaduan semakin menebal di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.

ETNISITI DAN EKONOMI ZAMAN KOLONIAL BRITISH

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Pada zaman kolonial british hubungkait yang jelas antara ekonomi dan etnisiti, khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum. Daripada keadaan ini, timbul persepsi yang kemudian menjadi sterotaip bahawa majoriti etnik Melayu terdiri daripada petani dan nelayan, etnik cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala sebilangan besar etnik india merupakan buruh di estet. Di Sabah dan Sarawak pula, kelompok pribumi terus menetap di kawasan pedalaman dalam keaadaan serba-serbi mundur sedangkan sektor ekonomi dikuasai oleh etnik cina. Ertinya apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan menyentuh secara langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu juga sebaliknya. Pada abad ke-20, pihak kolonial british telah memperkenalkan tanaman getah bagi tanaman komersial bagi memenuhi keperluan pemintaan barangan getah seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah menjadikan Tanah Melayu dijadikan tumpuan kerana kesesuai pokok getah subur di iklim Tanah Melayu. Oleh itu pihak kolonial british telah membawa masuk pekerja asing khasnya dari selatan India untuk bekerja dengan gaji yang murah. Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku pada pertengahan abad ke-19 tetapi dikawal oleh pembesar Melayu tempatan sehingga la pada abad ke-20 dikuasai oleh British. Kepesatan pembangunan sektor perlombongan telah menyebabkan pihak British membawa masuk buruh dari China secara besarbesaran dari wilayah China seperti Kwangtung, kwangsi dan Fukien. Kerajaan penjajahan British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam kerangka ekonomi penjajah. Enakmen Tanah Padi 1917 telah diperkenalkan oleh British untu melarang penanaman getah di kawasan padi. Ianya bertujuan mengurangkan penyertaan pekebun kecil daripada kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah. Pada tahun 1930-an, pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh pihak British. Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik, sarjana dan pemerhati mengenai masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak dapat dinafikan

akan peri pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi mereka anak kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis. Menurut mereka lagi, sekiranya hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa juga turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan ekonominya memuaskan dan kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini dinyatakan dengan jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000) dan penerima anugerah nobel (bidang ekonomi), 2001:

"I had the opportunity to talk to Malaysia's Prime Minister after the riots in Indonesia. His country has also experienced ethnic riots in the past. Malaysia has done a lot to prevent their recurrence, including putting in a program to promote employment for ethnics Malays. Mahathir knew that all gains in building a multiracial soceity could be lost, had he left the IMF dictate its policies to him and his country and then riots had broken out. For him, preventing a severe recession was not just a matter of economics, it was a matter of the survival of the nation."

Kenyataan Stiglitz inimenekankan bahawa dalam konteks Malaysia, apabila berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi yang tenat (seperti yang terjadi pada tahun 1997-1998), penyelesaian ekonomi sahaja ternyata tidak mencukupi kerana seperti yang kita sedia maklum akan hubung kait ekonomi dan etnisiti amat rapat. Ertinya, jika masalah ekonomi terjadi, maka dengan sendirinya masalah ini akan menjadi masalah etnisiti. Maka sebarang penyelesaian terhadap sesuatu masalah ekonomi di Malaysia mesti diambil kira impaknya terhadap hubungan etnik. Hubungan timbal balik antara ekonomi dan etnisiti merupakan satu ciri penting sistem sosial Malaysia yang hingga sekarang masih bertahan dengan baik, sehingga mendapat pujian daripada beberapa negara mundur, membangun dan maju di dunia hari ini. Malahan, beberapa negara telah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh.

Intipati daripada huraian tersebut ialah hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai kehidupan harian semua rakyat Malaysia. Cuma, seluas dan sedalam manakah pengetahuan setiap rakyat Malaysia mengenai dinamika yang menjadi landasan proses hubungan etnik tersebut, iaitu pengetahuan yang melewati pandangan mata kasar dan pendapat popular? Hal ini masih diragui kerana kita tidak pernah mengkaji atau mencipta indeks untuk mengukur paras kefahaman tersebut. Kalau ada pun aspek ini masih dalampercubaan dan belum diaplikasikan. Tambahan pula, untuk

mengukur erat longgarnya perpaduan etnik di Malaysia bukan suatu tugas yang mudah berbanding dengan menilai kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam bidang ekonomi, kita mampu menjelaskan bagaimana kita membina asas ekonomi yang kukuh dan akhirnya mampu menempatkan kedudukan ekonomi pada tahap yang dihormati di seluruh dunia. Kenyataan ini mudah disokongoleh angka pertumbuhan ekonomi yang sihat. Sebaliknya, petunjuk dalam bidang hubungan etnik kita masih memerlukan suatu pendekatan yang mudah difahami, mantap dan realitistik untuk menghuraikan kejayaan Malaysia secara umum dalam mengekalkan keharmonian antara kaum.

Walaupun kita menghadapai kesukaran dalam mengukur tahap perpaduan nasional, namun negara-negara asing seluruh dunia masih melihat Malaysia secara perbandingan sebagai sebuah negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pemilihan Malaysia beberapa tahun lalu sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mempunyai kaitan langsung dengan prestasi baik ekonomi dan kestabilan politiknya yang terbina dalam acuan hubungan etnik yang harmonis. PENUTUPAN Keharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masyarakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina masjid dan rumah ibadat lain. Masjid kapitan kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina Cina, Melayu, Arab dan India. Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan Melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, Arab dan India serta Cina. Pada masa ini pula Kementerian kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaina tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Misalnya, makanan etnik Melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Begitu juga dengan masakan etnik Cina seperti nasi goreng Cina, mi hailam dan masakan India seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar buka Melayu tidak berasa jangggalmemakai baju kurung dan baju Melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambuatn tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia seperti pakaina dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu

juga perbarisan kontijen sukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan telah memaparkan kesenian rakyat Malaysia. Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus menggelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

You might also like