Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEPENTINGAN AIR

Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Mutu air yang kita minum mempengaruhi mutu air yang terkandung di dalam tubuh kita. Tubuh kita mengandungi sel-sel. Begitu juga dengan bakteria Kehilangan air mengakibatkan kita kehilangan tahap tenaga Tanpa air, darah tidak dapat mengalir, oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat diangkut, sisa-sisa kumuhan tidak dapat disingkirkan dan organ badan tidak dapat berfungsi dengan lancar. Jikalau klorin membunuh bakteria, apakah yang anda jangkakan kesan klorin keatas sel-sel tubuh kita ? Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rectum dan usus termasuklah penyakit jantung, atherosclerosis ( pengerasan saluran darah ), anemia ( kekurangan sel darah merah ), tekanan darah tinggi dan reaksi alahan. Ianya juga menyebabkan kerosakan kepada kulit dan rambut. Hanya terdapat satu jawapan - singkirkan klorin daripada air minuman & makanan. Penyakit bawaan air seperti Taun, Demam Kepialu, Hepatitis Berjangkit,Radang Perut dan Usus, Radang Membran Mata, penyakitpenyakit berkaitan cirit-birit, keracunan kulit, kanser dan ulser. Tanda utama kekurangan air adalah seperti pening kepala, kesukaran untuk tidur, keletihan, dan kurang daya kepekaan. Oleh yang demikian, kita perlu minum air yang sihat dan berkualiti tanpa dipengaruhi barangan tercemar, jika tidak ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Nota/fakta : Klorin digunakan hampir di seluruh dunia untuk merawat air minuman yang dibekalkan kepada awam kerana kesan toksiknya ke atan bakteria. Merbahaya dan lain-lain kuman bawaan air yang boleh meyebabkan

penyakit. Tetapi terdapat bukti saintifik yang semakin berkembang yang menunjukan bahawa klorin di dakam air. Minuman mungkin boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang lebih buruk daripada kesan yang cuba di halang dengan penggunaannya. Kesan-kesan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan secara terus atau penyerapan melalui kulit. Kajian saintifik telah menggabungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser organ utama, penyakit jantung dan kesan-kesan sebagainya yang disebut di atas. Terdapat juga bukti yang menunjukan kesan kemusnahan klorin terhadap protein di dalam tubuh dan kesan buruk kepada kulit dan rambut. Kehadiran klorin dalam air boleh juga menyebabkan pembentukan kloramin didalam air yang boleh menyebabkan masalah rasa dan bau . semenjak kehadiran klorin didalam semula bekalan air minuman diwajibkan oleh peraturan oihak kesihatan awam., ianya terpulanglah kepada setian individu untuk menyingkirnya dilokasi penggunaan di rumah dan kediaman. Dr. Riddle, Ph. D.

Kepentingan air terhadap kesihatan manusia


oleh: puteriandalusia

Pengarang : puteri andalusia

Summary rating: 2 stars (94 Ulasan) Lawatan : 4794 Perkataan:600

Kepentingan air te

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja. Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu,

kesihatan kulit dan rambut akan terjaga. Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin. Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.
Air adalah sumber kehidupan yang di anugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Firman Allah SWT bermaksud dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda hidup surah Al- Anbiyaa ayat 27. Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga air supaya ia sentiasa selamat dan tidak tercemar. 75% tubuh manusia terdiri dari cecair, hanya 25% sahaja dari pepejal. Melalui beberapa proses seperti pepeluhan dan pernafasan tubuh kita akan kehilangan 10 gelas air sehari. Jika tidak diganti dengan air yang bersih dan selamat, manusia akan mati dalam tempoh beberapa hari sahaja. Tahukan anda dunia sekarang sedang menghadapi krisis air bersih yang disebabkan oleh kerakusan manusia sendiri. Di anggarkan 50 tahun akan datang manusia akan menghadapi zaman getir. Punca air akan merosot. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengganggarkan 2010, l/kurang satu billion manusia akan menghadapi masalah kekurangan air untuk di minum. Dianggarkan 2030 lebih 3 bilion manusia menghadapi krisis air ini. Oleh sebab kerakusan manusia memenuhi tuntutan kehidupan moden sekarang menyebabkan kita terpaksa membayar pada harga yang sangat tinggi untuk mendapatkan air pada masa hadapan. Kita perlu menukar cara hidup kita dengan mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Kita perlu menjaga semua

punca air dari gunung ganang, bukit bukau dan kawasan2 tadahan air supaya ia sentiasa terjaga dan terkawal .

You might also like