Abs Trak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran mengeja perkataan yang

mengandungi huruf digraf dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 Meranti. Seramai 9 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya telah memfokuskan kepada tiga huruf digraf, iaitu ng, ny, dan sy. Tinjauan awal yang dibuat melalui pemerhatian dan ujian telah menunjukkan bahawa murid tidak tahu untuk mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf digraf. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna dan nyanyi untuk membantu murid mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi huruf digraf. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan mendapati bahawa penguasaan murid untuk mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi huruf digraf memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga telah menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

You might also like