Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa diInstitut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk warga pendidik, jaga, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya juga perlu memahami budaya kerja di sekolah serta komuniti di situ.Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. Di samping itu, saya juga perlu sentiasa menyiapkan RPH sebelum sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Karenah murid yang terdiri daripada kanak-kanak yang pelbagai ragam juga perlu saya sedia hadapi kelak. Kesimpulannya, saya berharap untuk melakukan yang terbaik semasa menjalani praktikum yang ketiga kelak.

Annisa Ulhusna binti Hamden (890118145908)

You might also like