Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

HUJAN ASID

KONSEP Merujuk kepada sejumlah hujan yang turun sebagai kerpasan & mengandungi tahap keasidan yang tinggi dan nilai pH kurang daripada 5 CARA PEMBENTUKAN Bahan pencemar yang terampai di udara bercantum dengan wap air dalam udara dan akhirnya membentuk hujan asid Cth bahan pencemar ialah sulfur dioksida dan nitrogen dioksida Asid sulfurik dan asid nitrik dihasilkan daripada asap kilang perindustrian dan biasanya terbentuk di kawasan yang mengalami kadar perindustrian yang pesat cth ialah Kuala Lumpur,Shah Alam,Petaling Jaya,Seberang Perai,Bayan Baru dan Senai

PUNCA DARIPADA KEGIATAN MANUSIA


KEGIATAN PERINDUSTRIAN Asap yang dilepaskan ke uadara mengandungi bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida Bahan-bahan ini bercampur dengan wap air dan membentuk kerpasan akhirnya turun sebagai hujan asid Cth negara yang terdedah kepada hujan asid hasil daripada kegiatan ini ialah Amerika Syarikat,Jerman,Perancis dan Jepun PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL Gas sulfur dioksida yang menyebabkan pemendapan asid berpunca daripada pembakaran api fosil di kilang khasnya arang batu yang mengandungi 2-3% sulfur dan apabila dibakar ia membebaskan gas sulfur dioksida

Kegiatan ini membebaskan gas nitrogen dalam bentuk oksida nitrik Cth Stesen jana kuasa elektrik yang menjalankan pembakaran arang batu,petroleum dan gas asli sebagai bahan baker arang batu yang bermutu rendah dapat menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak PROSES PELEBURAN BIJIH LOGAM Kira-kira 6 juta tan gas sulfur dioksida dibebaskan setiap tahun hasil daripada kegiatan ini Peleburan timah adalah peleburan utama yang menghasilkan banyak sulfur dioksida Setiap tan kuprum yang dileburkan membebaskan @ tan sulfur dioksida dan kemudian bertindak balas dengan air hujan Cth negara yang gagal mengawal pelepasan gas sulfur dioksida ialah Australia,Amerika Selatan Afrika dan Asia kecuali Jepun ASAP KENDERAAN MOTOR Jumlah peningkatan kenderaan dapat mendorong pertambahan hujan asid dengan lebih banyak lagi Pembebasan gas hidrokarbon melaui ekzos menyebabkan kandungan udara pencemar di udara meningkat Asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida ketika pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta dan menyebabkan gas nitrogen dan oksida bergabung menjadi nitrik oksida kemudian bergabung dengan oksigen lalu membentuk nitrogen dioksida dan bergabung dengan air akhirnya membentuk hujan asid

PEMBAKARAN TERBUKA Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai menyebabkan kadar pembuangan sampah juga meningkat Kegiatan ini menyebabkan gas beracun seperti sulfur dioksida,karbon monoksida dan bahan pencemar lain sebagai partikulat terampai bertindak balas dengan wap air Pembakaran ke atas plastik baja dan sisa kayu dapat membebaskan sulfur dioksida manakala penggunaan baja nitrogen pula dapat membebaskan gas nitrogen Pereputan najis lembu juga dapat membebaskan gas metana dan oksida nitrus yang dapat menghasilkan hujan asid nitrik

PUNCA DARIPADA KEGIATAN SEMULA JADI


LETUSAN GUNUNG BERAPI Kegiatan ini membebaskan banyak gas sulfur dioksida,nitrogen dioksida dan karbon dioksida Asap dan debu letusan gunung berapi mampu mencapai ketinggian 1800 meter dan boleh bergerak sehingga beratusratus kilometer apabila ditiup angin PENGURAIAN BAHAN ORGANIK Aktiviti bakteria menukarkan nitrat kepada nitrit seterusnya kepada gas nitrogen Gas ini bertukar menjadi asid apabila berlaku hujan lebat berserta kilat Penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik menyebabkan penurunan sulfat seperti desulfovibrio menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida dan akhirnya bergabung dengan oksigen lalu membentuk sulfur dioksida

HUJAN LEBAT YANG DISERTAI KILAT Menyebabkan gas nitrogen atmosfera bergabung dengan oksigen dan menghasilkan asid nitrogen Nitrogen + Oksigen = Nitrus Oksida Nitrus Oksida Nitrogen Dioksida Nitrogen Dioksida + Air Hujan Asid Nitrik Dan Asid Nitrus KEBAKARAN HUTAN Membebaskan banyak gas pencemar cth nitrogen dioksida,karbon monoksida,karbon dioksida dan hidrokarbon Disebabkan oleh beberapa faktor seperti kegiatan pertanian pindah yang membakar pokok yang ditebang Pembukaan kawasan ladang di Indonesia yang menyebabkan pembakaran 176 kawasan perusahaan ladang pertanian Kegiatan pembalakkan juga turut menyebabkan kawasan hutan terbakar akibat percikan api dari alat gergaji elektrik

KESAN HUJAN ASID


KEMUSNAHAN EKOSISTEM HUTAN Berpunca daripada kandungan hujan asid yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 cth pada tahun 1982 kiar-kira 8% hutanm Black Forest di Jerman telah dirosakkan oleh hujan asid dan meningkat kepada 34% pada tahun 1983 Hutan mengalami keguguran daun yang luar biasa dan hujung daun menjadi kuning ini dinamakan waldsterben dan ia juga

dapat menyebabkan pokok menjadi lemah akibat kekurangan nutrien Pelepasan aluminium hasil dari hujan asid boleh merosakkan akar sehingga menghalang pokok menyerap nutrien dan menyebabkan pokok mudah dipatahkan apabila angin kencang Hujan asid juga boleh menyebabkan organisma tanih mati menyebabkan nutrien tanih tergangu dan proses penguraian bahan organik terjejas Keadaan ini menyebabkan pokok tidak subur kerana kekurangan nutrien dan juga dapat menjejas kan proses fotosintesis KEMUSNAHAN EKOSISTEM AKUATIK Hujan asid menyebabkan kandungan asid berlebihan di dalam air seperti tasik,sungai,kolam dan paya Alga dan plankton tidak dapat hidup dalam nilai pH5 dan ia merupakan asas makanan untuk organisma lain Keasidan yang tinggi menyebabkan rantaian ekosistem akuatik musnah terutamanya zooplankton dan fitoplankton yang menjadi sumber utama makanan Nilai pH kurang dari 5 menghalang pembiakan ikan dan amfibia kekurangan sumber makanan menjejaskan hidupan akuatik lain ini dapat menjejaskan pendapatan nelayan KESAN TERHADAP MANUSIA Masalah kepada aktiviti pertanian Kandungan asid dalanm tanah menjadi tinggi Menjejaskan kesuburan tanah dan aktiviti pertanian tergangu Tanaman sayuran,bijirin dan buah-buahan akan musnah cth ladang gandum yang terletak berhampiran dengan kilang yang membebaskan sulfur dioksida mengalami penurunan hasil

pengeluaran sebanyak 49% berbanding kawasan tanaman gandum yang terletak 25 km jauh dari kilang

You might also like