Kerja Kursus Sejarah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Telebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

keluarga atas segala sokongan dan tunjuk ajar.

Terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Pn Siti Zahara bt

Kadir kerana memberi saya peluang kepada saya untuk menjalankan kerja kursus Sejarah PMR 2008.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada guru sejarah saya, Pn Norazizan Abd Aziz

atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau yang diberikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu, Husnie

Shahriza, Muhd Hazmi, Luqman Hafiz, Muhd Affizul, Amirul Firdaus, Haikal Ryan dan lain – lain

yang turut sama - sama membantu saya melaksanakan kerja kursus Sejarah PMR 2008.
1. Penyelidikan di perpustakaan

Saya telah membuat penyelidikan di perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Seraya (SMKTS) untuk mencari buku – buku yang berkenaan dengan permainan tradisional

wau.

2. Lawatan dan pemerhatian

Saya dan beberapa ahli keluarga telah pergi membuat lawatan di Muzium Layang – Layang,

Pasir Gudang untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan permainan tradisional wau.

Saya juga telah membuat pemerhatian tentang permainan tradisional wau di situ.

3. Temuramah

Saya dan ahli keluarga telah membuat temuramah bersama seorang yang berpengalaman di

Muzium Layang – Layang, Pasir Gudang. Dengan cara ini, dapat memudahkan saya untuk

menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR 2008.

4. Analisis dokumen

Menganalisis dokumen merupakan salah satu kaedah kajian yang telah saya gunakan. Saya

menganalisis dokumen bagi mengenal pasti maklumat yang diperlukan untuk dimuatkan ke

dalam kerja kursus Sejarah PMR 2008.


Buku Ilmiah

Ramlah binti Adam, 2005. Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rashid Aman dan Lee Veen, 2008. Nexus Target Sejarah PMR. Petaling Jaya: Sasbadi.

Wan Basiron Wan Ahmad, 2002. Wau Tradisional Malaysia. Pasir Gudang: Muzium Layang –

Layang.

Melawat Tempat Kajian

Muzium Layang – Layang Pasir Gudang, Jalan Bandar, Pasir Gudang, Johor

Internet

Maklumat mengenai wau, http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

Jenis – jenis wau, http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/montage/kite/types_wau2.htm


Sumber Akhbar

Nama Akhbar : Utusan Malaysia

Tarikh : 28/01/2007

Halaman : 14
Sumber Majalah

Nama Majalah : Wau! Oh Wow!

Tarikh : 10/5/1990

Halaman : 1-10
Modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui sukan dan permainan kerana sukan dan

permainan memainkan peranan yang penting sebagai asas kehidupan seharian kita. Ia dapat melahirkan

masyarakat yang baik dari aspek jasmani dan rohani. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai

dan mengamalkan tradisi budaya bangsa serta berbangga menjadi rakyat Malaysia agar warisan turun

temurun tidak ditinggalkan.

Sebab inilah modal insan di Malaysia mundur kerana kurang semangat patriotik. Kita mestilah

menanamkan semangat patriotik seperti bersemangat setia negara. Semangat setia negara merupakan

semangat yang berunsurkan cinta akan negara, menghargai negara dan akan mempertahankan negra

dengan seadanya. Kerana adanya semangat ini, masyarakat di Malaysia dapat hidup dengan aman dan

harmoni.

Melalui aktiviti sukan dan permainan juga dapat melahirkan semangat kekitaan kerana pelajar

yang biasa terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan akan dipupuk dengan semangat kesukaran yang

tinggi, mempunyai semangat sabar, bertolak ansur, bertolenrasi dan bersatu padu. Kita haruslah

bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana berada dalam sebuah negara yang aman dan makmur.

Berdisiplin juga dapat menjadi tunjang kepada asas menjadi modal insan yang patriotik.

Berdisiplin meliputi kehidpuan seharian. Ia juga dapat menjadikan kita seorang yang berguna kelak jika

berdisiplin. Berdisiplin akan menjadikan seseorang berfikiran wajar, berlaku adil, amanah dan lain –

lain lagi.

Melakukan aktiviti sukan dan bermain permainan terutamanya permainan tradisonal

mendatangkan banyak faedah kepada palajar. Oleh sebab itu, permainan tradisional haruslah

disebarkan supaya anak generasi akan datang terus mengenali dan mengetahui permainan warisan
Melayu ini.

Sebagai rakyat, kita haruslah berganding bahu untuk mengekalkan warisan Melayu ini. Di

samping itu, banyak faedah yang diperoleh hasil daripada permainan ini. Sebagai rakyat, kita haruslah

berganding bahu untuk mengekalkan warisan Melayu ini. Di samping itu, banyak faedah yang

diperoleh hasil daripada permainan ini.

You might also like