Cooling Down

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Soalan 2 Adakah aktiviti cooling down dijalankan dan diberikan penjelasan kepada murid-murid? Ya.

Fasa ini dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot. Pentingnya cooling down ialah menurunkan suhu badan secara beransur-ansur, menjajar semula otot-otot, mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman, menggalakkan pengaliran darah ke jantung membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan dan menenangkan diri.

You might also like