Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Contoh Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala

Lipis, Pahang. No. Tel : 09-8591349 _____________________________________________________________________ Ruj kami : SKPT/09/01/01(1) Tarikh : 01 Januari 2005 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Tuan , PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ( nama). berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku mulai 5 Januari 2009. 2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 2.1 Draf Perlembagaan. 2.2 Draf Aktiviti Asas. 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN Saya yang menurut perintah, (Tengku Yusnor b. Tengku Yusof) Guru Penasihat, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan. Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku. Kuala Lipis, Pahang. ____________________________________________________________________ Ruj kami: SKPT06/09/01/(01) Tarikh : 08 Januari 2009 Guru Penasihat, Persatuan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Tuan, KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA MELAYU Merujuk surat tuan SKPT 09/01/01( 01) bertarikh 01 Januari 2005 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan: 2.1 Draf Perlembagaan 2.2 Draf Aktiviti Asas 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN Saya yang menurut Perintah,

(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN) Pendaftar Kelab Dan Persatuan, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,, Kuala Lipis Pahang s.k. - Fail Timbul

You might also like