Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Contoh Soalan: SET 1 Bahagian A 1.

Jelaskan EMPAT (4) aspek aplikasi yang dititikberatkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mendefinisikan teknologi pendidikan 2. Torkelson (1972) telah membahagikan media kepada TIGA (3) bahagian. Senaraikan DUA (2) daripada bahagian tersebut. 3. Jelaskan salah satu aspek utama dalam analisis model ASSURE yang mempengaruhi pemilihan media pengajaran 4. Guru dibekalkan dengan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan mereka mengajar dengan berkesan. Jelaskan DUA (2) daripada prinsip-prinsip yang dimaksudkan. 5. Nyatakan DUA (2) sebab kenapa objektif pengajaran penting. 6. Terangkan secara ringkas peringkat mewatak dalam domain afektif. 7. Huraikan secara ringkas maksud pengurusan bilik darjah 8. Senaraikan DUA (2) cara guru menangani tingkah laku negatif pelajar di dalam bilik darjah. 9. Bezakan di antara ganjaran dan hukuman 10. Nyatakan DUA (2) cara menggunakan warna untuk menggalakkan pembelajaran. Bahagian B 11. Pemikiran kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk menerokai dan menghasilkan yang baru dan luar biasa. (a) Nyatakan TIGA (3) ciri-ciri seorang pelajar yang kreatif. (b) Huraikan EMPAT (4) tahap dalam kemahiran kreatif (c) Kemahiran menjana dan menghasilkan idea baru bertujuan mencipta sesuatu yang baru dan kreatif. Huraikan EMPAT (4) cara yang boleh diamalkan oleh seseorang dalam mengembangkan idea.

12. Penglihatan boleh memainkan peranan penting didalam pengajaran dan pembelajaran. (a) Nyatakan TIGA (3) bentuk visual dalam rekabentuk visual. (b) Bezakan di antara visual analogik dan visual organisasi (c) Penggunaan carta menbantu guru dalam pengajaran. Huraikan ciri-ciri carta yang baik yang boleh digunakan dalam pengajaran anda. 13. Sebagai pendidik, seorang guru juga perlu tahu bagaimana menanam minat dikalangan pelajarnya. (a) Berikan definisi ringkas enthusiasm atau bersemangat. (b) Anda akan mengajar geografi di SMK Sri Intan pada hari Selasa depan. Tajuk yang anda akan ajar ialah Perkembangan Ekonomi Asia Tenggara. Jelaskan LIMA (5) perkara yang perlu diambil kira memastikan pengajaran anda berkesan. (c) Pengajaran berkesan bergantung kepada kemahiran guru menggunakan papan hitam dan kemahiran variasi rangsangan. Huraikan perbezaan antara kedua-dua konsep ini. 14. Warna juga penting di dalam pendidikan. (a) Warna terbahagi kepada DUA (2) kumpulan yang besar. Nyatakan DUA (2) kumpulan tersebut? (b) Huraikan perbezaan antara warna sekunder dan warna tertiar. Berikan contoh. (c) Huraikan bagimana anda boleh menggunakan warna untuk memperkayakan pengalaman pelajar anda. 15. Pengajaran yang efektif juga bergantung kepada penggunaan media pengajaran yang betul dan efektif. (a) Jelaskan maksud media pengajaran (b) Jelaskan perbezaan mesej, bentuk mesej, dan saluran mesej (c) Bincangkan EMPAT (4) kelebihan menggunakan media pengajaran

SET 2 Bahagian A 1. Setengah-setengah pakar pendidikan berpendapat bahawa teknologi pengajaran dan teknologi pendidikan adalah perkara yang sama dan ia boleh digunakan secara bertukar ganti. Adakah anda bersetuju bersetuju dengan pendapat tersebut? Jelaskan. 2. Media Pengajaran dikatakan boleh berfungsi untuk Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera. Jelaskan maksuad ungkapan tersebut. 3. Media dikatakan boleh berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran. Satu daripada fungsinya ialah penggunaannya dalam Pengajaran Tematik. Huraikan maksudnya. 4. Di antara ciri-ciri pelajar kinestatik ialah lebih suka membuat aktiviti, susah duduk diam dan belajar dengan lebih baik jika ada pergerakan fizikal. Sebagai seorang guru, nyatakan DUA (2) daripada kaedah mengajar yang berkesan untuk pelajar-pelajar kinestatik ini. 5. Warna Sekunder itu boleh dikategorikan kepada Warna Pertengahan dan Warna Tertiar. Apakah perbezaan warna-warna tersebut? Bahagian B 6. (a) Jelaskan apa yang anda fahami dengan prinsip Simplisiti sebagai satu daripada prinsip-prinsip grafik. (b) Warna adalah dipilih untuk digunakan dalam sesuatu bahan visual berdasarkan fungsinya. Ia mempunyai EMPAT (4) fungsi penting. Jelaskan fungsi-fungsi warna warna tersebut. (c) Huraikan bagaimana anda menggunakan warna-warna berikut iaitu: (i) warna panas (ii) warna sejuk (iii) warna psikologi Untuk melahirkan kesan-kesan tertentu dalam reka bentuk visual yang anda gunakan dalam proses pengajaran anda.

7.

(a) Media Pengajaran mampu untuk berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian keperluan dan perkembangan pengajaran masa kini. Huraikan bagaimana media berfungsi dalam bantuk Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar. (b) Brunner telah mentafsir Kon Pengalaman Dale dengan mengklasifikasikannya semula dengan menggunakan kategori Enaktif, Ikonik dan Abstrak. Huraikan ketiga-tiga kategori tersebut. (c) Elton (1997) telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada TIGA (3) kumpulan yang besar, iaitu: (i) Pengajaran beramai-ramai (ii) Pengajaran kendiri; dan (iii) Pengajaran berkumpulan Seorang guru mengajar bahasa Inggeris kepada murid-muridnya yang berjumlah 40 orang dengan menggunakan kaedah pengajaran beramairamai. (a) Berikan pendapat anda tentang kaedah pengajaran yang digunakan, dan (b) Sekiranya anda guru berkenaan apakah kaedah pengajaran pembelajaran yang akan gunakan?

SET 3 Bahagian A 1. Konsep pengajaran mempunyai banyak erti dan ia boleh dikategorikan kepada EMPAT (4) kategori. Berikan DUA (2) daripadanya. 2. Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, analisis para pelajar adalah amat penting. Nyatakan DUA (2) perkara penting yang perlu dilakukan terhadap pelajar sebelum menggunakan sesuatu media. 3. Nyatakan DUA (2) daripada kelebihan yang ada pada media pengajaran yang dapat memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. 4. Jelaskan DUA (2) daripada prinsip grafik supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. 5. Apakah yang anda faham tentang Kemahiran Variasi Rangsangan? Bahagian B 6. (a) Apakah definisi teknologi pendidikan yang diberikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1991? (b) Nyatakan sebab mengapa Reiser (2001) telah mencipta satu lagi definisi teknologi pengajaran yang beliau telah namakan bidang ini sebagai instructional design and technology. (c) Apakah maksud teknologi pengajaran hendak diterangkan, terdapat DUA (2) pekara penting yang perlu dijelaskan dahulu. Jelaskan apakah perkara-perkara penting itu. 7. (a) Apakah maksud bentuk tiga dimensi tiruan? (b) Warna kromatik mengandungi TIGA (3) sifat iaitu hiu, valiu dan kroma. Jelaskan KETIGA-TIGA sifat tersebut. (c) Warna adalah dipilih berdasarkan fungsinya. Jelaskan fungsi-fungsi warna tersebut.

SET 4 Bahagian A 1. Apakah EMPAT (4) kelebihan Media Pengajaran? 2. Satu daripada ciri-ciri guru yang berkesan ialah memiliki ciri kecekapan bidang. Apakah maksud kecekapan bidang yang dinyatakan? 3. Apakah yang anda fahami dengan istilah Kemahiran variasi rangsangan? 4. Berikan EMPAT (4) prinsip grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. 5. Jelaskan konsep Domain Psikomotor. 6. Apakah maksud Pendekatan Modifikasi Tingkah Laku Pelajar? 7. Nyatakan SATU (1) daripada halangan-halangan kepada kemahiran berfikir. 8. Apakah fungsi sumber pembelajaran 9. Jelaskan maksud mewatak. 10. Jelaskan maksud Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Bahagian B 11. (a) Jelaskan maksud Folio Bermedia. (b) Bezakan antara Media tayang kaku dan Bahan Grafik. (c) Selain daripada faktor-faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan media, terdapat juga EMPAT (4) faktor lain yang mempengaruhi pemilihan media tersebut. Jelaskan faktor-fakor tersebut. 12. (a) Nyatakan EMPAT (4) kriteria pemilihan media pengajaran yang tersedia. (b) Penilaian pelajar adalah terbahagi kepada beberapa aspek penting. Jelaskan aspek-aspek penilaian tersebut. (c) Kualiti media selalu dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Huraikan ciri-ciri penting yang patut wujud dalam media yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan berkualiti.

13. (a) Dalam teknik penyoalan Socratic, terdapat beberapa jenis penyoalan yang telah beliau ketengahkan. Berikan EMPAT (4) jenis penyoalan Socratic tersebut. (b) Huraikan perbezaan antara soalan bertumpu dan soalan bercapah. Berikan SATU (1) contoh bagi soalan-soalan tersebut. (c) Mengapakah peringkat Sintesis dan Penilaian dikategorikan sebagai dua peringkat yang terakhir dalam Aras Soalan Taksonomi Bloom? Berikan SATU (1) contoh soalan bagi kategori-kategori tersebut. 14. (a) Dalam pengurusan bilik darjah, terdapat pendekatan yang dinamakan Pendekatan Autoritarian. Huraikan pendekatan ini. (b) Nyatakan EMPAT (4) perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang baik (c) Dalam proses pengurusan tigkahlaku pelajar, terdapat beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan bahawa sahsiah positif dapat diwujudkan. Huraikan SATU (1) aktiviti penting yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku pelajar yang positif. 15 (a) Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir secara kritis. (b) Dalam bentuk pemikiran kritis, jenis-jenis pemikiran mikro yang perlu dikenalpasti supaya dapat dioperasikan. Huraikan DUA (2) daripada kemahirankemahiran tersebut. (c) Huraikan fasa-fasa dala kemahiran pemikiran kreatif.

SET 5 Bahagian A 1. Nyatakan dengan ringkas EMPAT (4) cara bagaimana pengurusan grafik dapat membantu proses pemikiran 2. Berikan EMPAT (4) jenis soalan yang terdapat dalam teknik penyoalan Socrates 3. Nyatakan dengan ringkas EMPAT (4) ciri individu yang kreatif 4. Apakah EMPAT (4) operasi dalam membuat keputusan yang dikemukakan oleh Wales, Nardi dan Stager (1986) 5. Terangkan maksud DUA (2) prinsip reka bentuk visual berikut: (a) simplisiti (b) dominan 6. Huraikan DUA (2) peringkat berikut yang terdapat dalam domain afektif Krathwohl. Bloom & Masia 1964: (a) menerima (b) mewatak 7. Apakah sumbangsaran? Nyatakan DUA (2) langkah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sumbangsaran. 8. Emmer dan rakan-rakan (1989) menyatakan terdapat dua kategori perlakuan yang penting di dalam bilik darjah. Nyatakan DUA (2) kategori tersebut. 9. Kemahiran berfikir sering dikaitkan dengan kemahiran seseorang menggunakan domain kognitif dan afektif. Nyatakan pengertian kedua-dua domain tersebut. 10. Apakah peta minda Nyatakan TIGA (3) kegunaannya. Bahagian B 11. (a) Huraikan dengan ringkas EMPAT (4) fasa yang terdapat dalam kemahiran berfikir kreatif (b) Apakah metafora ? Apakah fungsinya?

(c) Apakah pengertian mencipta analogi? (d) Nyatakan dengan ringkas tujuan membuat analogi. Berikan SATU (1) contoh analogi. (e) Berikan SATU (1) contoh metafora yang dicipta dari satu analogi 12. (a) Huraikan dengan ringkas LIMA (5) cara bagaimana anda menggunakan kaedah perbincangan yang berkesan di dalam proses pengajaran (b) Apakah inkuiri? Nyatakan elemen-elemen yang terdapat dalam kaedah inkuiri 13. (a) Nyatakan dengan ringkas LIMA (5) ciri guru yang berkesan (b) Nyatakan secara ringkas LIMA prinsip yang memandu penggublan KBSM (c) Berikan LIMA (5) perkara yang perlu diberi perhatian apabila seseorang guru ingin memberi penerangan tentang sesuatu fakta atau perkara di dalam bilik darjah. (d) Berikan secara ringkas LIMA (5) perkara yang harus menjadi panduan oleh sesorang guru dalam kemahiran menyoal di dalam bilik darjah. 14. (a) Nyata dan huraikan ENAM (6) peringkat pembelajaran kognitif yang telah disusun oleh Bloom 1956 (b) Apakah domain psikomotor? Huraikan dengan ringkas peringkat-peringkat pembelajaran domain psikomotor yang dipelopori oleh Simpson 1972. 15. (a) Nyatakan dengan ringkas caramengnal pasti dan tip pembelajaran untuk setiap stail pembelajaran di bawah (i) pelajar visual (ii) pelajar auditori (iii) pelajar kinestatik (b) Kunci kualiti sesuatu media pengajaran terletak pada perancangan yang rapi. Senarai dan huraikan dengan ringkas langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses penyediaan atau penerbitan bahan.

SET 6 Bahagian A 1. Apakah yang dimaksudkan harmoni dalam reka bentuk bahan pembelajaran visual? 2. Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi dalam pengajaran? 3. Apakah peranan warna dalam reka bentuk bahan visual untuk pengajaran? 4. Bincangkan DUA (2) ciri guru berkesan. 5. Beri DUA (2) sebab guru perlu menyediakan rancangan pengajaran. 6. Apakah kepentingan set induksi di dalam pengajaran? 7. Nyatakan DUA (2) kepentingan objektif pengajaran. 8. Apakah perbezaan di antara domain kognitif dan domain afektif? 9. Bincangkan secara ringkas kaedah inkuiri. 10. Apakah yang dimaksudkan dengan metakognisi? Bahagian B 11. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran elah diperkenalkan. Setiap kaedah dan strategi mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan tujuan mencapai hasil pembelajaran yang berlainan. a) Nyatakan DUA (2) tujuan penyoalan dalam bilik darjah. b) Huraikan secara ringkas bagaimana anda akan menggunakan sumbangsaran dalam bilik darjah. c) Jelaskan secara ringkas TIGA (3) faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan kaedah mengajar. 12. Perkembangan kemahiran berfikir murid merupakan salah satu matlamat penting kurikulum pendidikan sekolah rendah. a) Apakah perbezaan di antara pemikiran kritis dan pemikiran kreatif?

b) Huraikan secara ringkas TIGA (3) halangan kepada perkembangan kemahiran berfikir di sekolah rendah. c) Bagaimana pengurusan grafik dapat digunakan oleh guru untuk membantu perkembangan pemikiran murid? 13. Selain mengajar, guru juga terlibat mengurus bilik darjah, menguatkuasa peraturan serta mengurus tingkah laku murid. a) Jelas secara ringkas maksud pengurusan bilik darjah. b) Apakah yang anda perlu mengambil kira apabila merancangan peraturan untuk bilik darjah. c) Huraikan DUA (2) bentuk hukuman dan DUA (2) bentuk ganjaran yang boleh diberi sekiranya terdapat murid yang melanggar peraturan atau mematuhi peraturan

SET 7 Bahagian A 1. Teknologi tidak semata-mata sesuatu peralatan tetapi kaedah menggunakan peralatan berkenaan untuk matlamat tertentu. Jelaskan. 2. Apakah kelebihan penggunaan media pengajaran dalam pengajaran? 3. Huraikan secara ringkas maksud Kon Pengalaman Dale yang diperkenalkan oleh Edgar Dale pada tahun 1946. 4. Apakah reka bentuk pengajaran? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan analisis pelajar di dalam model ASSURE? Bahagian B 6. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi dan memainkan peranan penting dalam P&P. a) Apakah media pengajaran? b) Berikan SATU (1) contoh bagaimana anda telah menggunakan media pengajaran dalam P&P. c) Huraikan secara ringkas TIGA (3) faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran. 7. Visual digunakan untuk meningkatkan P&P. a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahan grafik? b) Bincangkan DUA (2) elemen grafik dengan memberi contoh. c) Huraikan DUA (2) prinsip grafik yang berkaitan dengan cara mereka bentuk bahan visual.

You might also like