Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bandar diraja

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Bandar DiRaja) Lompat ke: pandu arah, gelintar Bandar diraja adalah merupakan bandar kedua terpenting selepas bandar atau bandar raya yang menjadi ibu negeri bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Selalunya bandar diraja ialah daerah yang menjadi tempat berdirinya Istana kediaman rasmi bagi Sultan atau Raja, dan daerah yang menjadi bandar diraja (Royal Capital) bukanlah daerah yang dipilih menjadi ibu negeri (State Capital). Istilah ibu negara (atau ibu negeri) yang digunakan ketika zaman penjajah menunjukkan kawasan yang menjadi ibu negara itu menempatkan pusat pentadbiran kerajaan dan lazimnya istana raja yang memerintah dibina di ibu negara, seperti yang terdapat di London dan negara-negara beraja yang lainnya di Eropah. Hal ini dilakukan bagi memudahkan urusan pentadbiran. (Capital juga boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia sebagai Pusat, bergantung kepada konteks ayat.) Namun di Tanah Melayu, atas sebab-sebab geografi dan ekonomi, di sesetengah negeri pihak British terpaksa mewujudkan pusat pentadbiran di tempat lain yang kadangkala jauh dari Istana rasmi. Contohnya di negeri Perak, baginda Sultan Perak bersemayam di Kuala Kangsar, namun Ipoh dijadikan ibu negeri kerana Ipoh menjadi kawasan yang paling pesat hasil daripada pembukaan banyak lomboh bijih yang mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada imigran. Lalu Ipoh dipilih menjadi ibu negeri dan Kuala Kangsar diangkat menjadi bandar diraja. Begitulah juga keadaan di negeri-negeri yang lain yang mempunyai situasi yang sama. Majlis-majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Pemasyhuran, Sambutan Tetamu Negeri, Perlantikan Menteri Besar dan pelbagai upacara yang melibatkan Raja atau Sultan dijalankan di bandar diraja. Walau bagaimanapun, ini hanyalah kebiasaan, dan bukanlah kemestian.

[sunting] Senarai negeri-negeri Malaysia dan bandar diraja


Perlis Indera Kayangan: Arau Kedah Darul Aman: Anak Bukit Perak Darul Ridzuan: Kuala Kangsar Selangor Darul Ehsan: Bandar Klang, sebelum itu Jugra Negeri Sembilan Darul Khusus: Seri Menanti Johor Darul Ta'zim: Bandar Johor Bahru, sebelum itu Johor Lama Kota Tinggi Pahang Darul Makmur: Pekan Terengganu Darul Iman: Bandar Kuala Terengganu Kelantan Darul Naim: Bandar Kota Bharu

You might also like