Teknologi Assingment BR

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

ARTIKEL PERTAMA

Artikel yang dikaji bertajuk Involvement in TradIsional and Electronic Bullying Among

Adolescent melalui jurnal perkembangan psikologi. Artikel ini ditulis oleh Raukaskas dan
D.Stolz pada tahun 2007. Artikel ini berkenaan dengan dua jenis buli iaitu buli tradisional dan elektronik dan bagaimana jenis-jenis buli ini mempengaruhi remaja. 1.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan diantara membuli elektronik dan bagaimana penganiayaan jenis buli ini berlaku, serta membuli secara tradisional dan bagaimana penganiayaan jenis buli ini berlaku. Kajian ini mengkaji dua jenis buli iaitu secara elektronik dan tradisional. 1.2 KAEDAH KAJIAN 1.2.1 Peserta Kajian yang dilakukan mempunyai 84 peserta. Kesemua peserta adalah remaja diantara umur 13 dan 18 tahun. Majoriti golongana muda yang terlibat ialah golongan caucasion (89.3%) manakala yang selebihnya ialah Hispanic ( 3.6%), African American ( 3,6%), Asian (2.4%) dan lain-lain (1.2%). Peratus peserta yang dilaporkan menggunakaan devise untuk akses bagi tujuan melakukan elektronik buli adalah seperti komputer melalui email (90.5%), telefon dengan teks mesej (64.3&), laman web (34 %), dan gambar ditelefon (27.4%). 1.2.2 Pemarkahan Maklumat demografik yang dikumpul daripada remaja termasuklah umur, tahun, dan etnik. Maklumat juga dikumpul daripada setiap remaja yang mengaksess internet, email, dan telefon dengan menggunakan teks mesej atau mengambil gambar. Soalan selidik internet dilakukan dalam kajian. Soal selidik berdasarkan pengalaman internet termasuk dalam Apendiks A. Ia dibentuk untuk kajian ini sebagai asas kajian terhadap tingkah laku internet dan pelaku buli ( Finkelhor et all., 2000; Maxwell, 2001). Soalan selidik terdiri daripada 28 item mengenai laporan diri berkenaan soalan bagaimana mereka mempunyai pengalaman bagi setiap bentuk internet dan tradisional buli. Bentuk elektronik buli termasuklah teks mesej, laman web atau chatroom dan mengambil atau menyebarkan gambar seseorang tanpa kebenaran. Item tradisional buli adalah berasaskan empat item skala oleh Kochenderfer and Ladd (1996). Format item adalah sama dan disoal

sama ada remaja pernah mempunyai pengalaman dipukul, disepak, diusik dengan panggilan sesuatu nama, dan ditinggalkan untuk maksud tertentu. 1.2.3 Prosedur Remaja yang berusia 13 hingga 18 tahun telah dijemput mengambil bahagian untuk dijadikan sampel kajian. Remaja diberitahu tentang satu kajian akan dijalankan tentang pengalaman mereka dengan internet, telefon, dan ketika berada di sekolah. Sebuah sekolah menengah bertempat di luar Bandar dengan jumlah 12 000 orang dengan pendapatan purata isi rumah $57 000 setiap tahun. Seramai 96 pelajar yang menghadiri majlis pembangunan belia yang dilaksanakan di sekolah cuma seramai 33 peserta melibatkan diri dalam kajian ini. Sekolah menengah yang kedua dijalankan adalah sekolah yang terletak dipinggir bandar daripada bandar besar pantai barat dengan populasi seramai 88,000 dan purata pendapatan isi rumah $45 000 setiap tahun. Daripada 114 remaja yang menghadiri majlis itu hanya 51 diterima menjadi peserta dalam kajian ini. Persetujuan daripada ibu bapa disediakan kepada 92 pelajar. Setiap peserta diberi salinan persetujuan kecil semasa menjalankan kajian yang perlu dibaca terlebih dahulu sebelum disoal sama ada berminat menjadi peserta. 88 remaja bersetuju untuk menjadi peserta kajian ini, tetapi 4 hari kemudian terdapat sampel yang di buang kerana kehilangan data bagi soalan mengenai buli. Data daripada 84 orang remaja adalah termasuk laporan. soal selidik perlu diselesaikan oleh peserta selama 10 hingga 15 minit. 1.3 KEPUTUSAN KAJIAN Kajian yang dilakukan berbentuk Kualitatif. Soalan soal selidik mendapati bahawa 38 daripada 41 atau 93% mangsa menyatakan bahawa elektronik buli memberi kesan negatif kepada mereka seperti berasa sedih, mengalami kemurungan, dan takut untuk kesekolah. 16 daripada 18 remaja telah menyiapkan soalan terbuka dan tertutup mengenai item mengapakan remaja menggunakan internet atau telefon untuk membuli. Analisis daripada jurnal ini mendapati bahawa 38% responden mengatakan bahawa buli elektronik dilakukan untuk tujuan keseronokan manakala 25 % mengatakan bahawa mereka melakukan buli elektronik kerana marah kepada seseorang. Sementara itu, 6% mengatakan buli dilakukan kerana mereka rasa tidak senang. Tradisional buli melalui kajian yang terdahulu telah lama menunjukkan bahawa buli secara tradisional memberi kesan negatif kepada mangsa.

2.0 ARTIKEL KEDUA Artikel yang di kaji bertajuk Leadership and Role Stressor as departmental Level Predictors

of Workplace Bullying. Di tulis oleh Dehue, Bolman, Vollinink, dan Pouwelse pada tahun
2012. Artikel ini berkenaan kajian mental dan kesihatan fizikal kesan akibat daripada dibuli ditempat kerja. 2.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji buli di tempat kerja dengan melihat kesihatan mental dan juga fizikal akibat daripada kesan dibuli ditempat kerja serta mengkaji bagaimana pihak pekerja di organisasi menangani masalah ketika dibuli. 2.2 KAEDAH KAJIAN 2.2.1 Peserta Sampel sebanyak 1000 orang diambil secara rawak dari pejabat Pos Dutch yang mengalamatkan pekerja yang bekerja sekurang-kurangnya lapan jam seminggu di manamana organisasi di Netherland. Sampel terdiri daripada 196 lelaki dan 162 wanita dan tiga lagi pekerja yang tidak mendedahkan jantinanya. Umur sampel adalah dalam lingkungan dari umur 18 hingga 67 tahun atau dengan purata tahun 43.1%. Tahap pendidikan sampel adalah terdiri daripada 33.2% mempunyai ijazah, 46.1% mempunyai diploma dan 20.7% peserta tidak menghabiskan persekolahan. 2.2.2 Pemarkahan Bagi mengukur tingkah laku buli Dutch Leidse Mobbing Scale-II digunakan. Skala ini dihasilkan oleh Hubert dan Furda (1996). Skala ini digunakan untuk mengukur pengalaman peribadi pekerja ketika dibuli. Selain itu bagi mengukur cara menangani buli, 25 item Coping

Style section digunakan melalui Dutch Occupational Stress Indicator (DOSI).

Manakala

tahap kesihatan pula diukur dengan menggunakan soal selidik Dutch Physical health. Bagi mengukur kemurungan sampel pula Beck Depression Inventory digunakan. Manakala kesejahteraan pekerja diukur menggunakan soalan selidik General Health Questionnaire (GHQ) 2.2.3 Prosedur Peserta diminta untuk menyiapkan soal selidik selama 25 minit. Data yang diperolehi di proses secara sulit. Di akhir soal selidik yang telah disiapkan peserta diminta untuk menulis 3

nama dan alamat. Borang soal selidik yang telah siap dihantar melalui sampul surat yang telah dikirim. 2.3 KEPUTUSAN Daripada 361 pekerja, 139 dilaporkan telah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk buli yang disenaraikan dalam soal selidik iaitu sekali sebulan dan 64 dilaporkan telah mengalami sekurang-kurangnya buli sekali dalam seminggu. Hasil dapatan melaporkan buli yang berlaku sekali seminggu mempunyai masalah kesihatan yang tertinggi dan kesejahteraan yang lemah dihadapi serta pekerja kerap tidak hadir bekerja berbanding dengan pekerja yang dilaporkan dibuli secara bulanan atau tanpa buli langsung. Mereka yang telah dibuli secara mingguan cenderung mempunyai banyak masalah dalam menangani buli berbanding mereka yang tidak dibuli. Strategi menangani buli adalah berdasarkan item penafian, dan sikap positif terhadap keadaan masalah mempunyai hubungan yang sederhana diantara menjadi mangsa buli, masalah kesihatan, kesejahteraan, dan ketidakhadiran.

3.0

ARTIKEL KETIGA

Artikel yang dikaji bertajuk Workplace Bullying: the Role of Psychosocial Work Environment

Factors. Artikel ini ditulis oleh R.Tuckey, F.Dollard, J. Hosking dan H. Winefield pada tahun
2003. 3.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan Kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor peranan persekitaran kerja psikososial di tempat kerja serta memberi tumpuan kepada kesan kawalan sederhana dan sokongan sumber terhadap tuntutan kerja. 3.2 KAEDAH KAJIAN 3.2.1 Peserta Satu kaji selidik secara mel telah dihantar kepada sampel secara rawak daripada pegawai polis dari sebuah organisasi polis Australia. Sampel telah diambil daripada pangkalan data anggota polis Australia. Sampel terdiri daripada semua Sarjan, dan 50% daripada semua Konstabel, Konstabel Kanan, dan ketua Konstabel Kanan yang bekerja di balai polis di metropolitan viktoria. Bagi melindungi kerahsiaan, pek kajian telah diposkan kepada alamat rumah setiap ahli persatuan polis. Kaji selidik yang telah lengkap dipulangkan oleh 716 4

pegawai polis yang terdiri daripada 615 lelaki dan 101 wanita yang berumur dalam lingkungan umur 22-64. 3.2.2 Pemarkahan Tuntutan kerja diukur dengan menggunakan 16 item daripada Demand-induced Strain

Questionnaire (DISQ). Soalan kaji selidik ini mempunyai tiga jenis permintaan iaitu
permintaan kognitif contohnya, "Buat keputusan yang kompleks". Seterusnya permintaan emosi contohnya, mengawal emosi bagi menyelesaikan tugas dan tuntutan fizikal contohnya, "Lakukan banyak tugas fizikal berat". Peserta menjawab borang selidik pada skala Likert 5-mata, dari 0 (sangat jarang / tidak) dan 4 (sangat sering / selalu). T-test digunakan untuk mengkaji perbezaan persekitaran kerja psikososial seperti tuntutan kerja, kawalan, dan sokongan bagi setiap jenis buli. Persekitaran kerja berlaku diukur secara subjektif dengan memberikan definisi buli dan mendapatkan laporan tahap penganiayaan yang dilaporkan. Akhirnya, analisis chi-persegi telah digunakan untuk menyiasat pelaku buli. 3.3 KEPUTUSAN Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan bahawa polis tidak muncul sebagai pekerjaan berisiko tinggi untuk membuli. Pekerjaan polis mungkin merupakan salah satu disiplin dalam hierarki. Tingkah laku buli lebih cenderung dilakukan seseorang pegawai yang berjawatan tinggi berbanding dengan pegawai polis pangkat rendah. Berdasarkan model

Demands control support (DCS), menunjukkan bahawa corak susunan persekitaran kerja
dikaitkan dengan peningkatan kepada berlaku buli. Hal ini demikian kerana berlaku ketidakseimbangan antara tahap tuntutan kerja, kawalan, dan kerja sokongan.

4.0

ARTIKEL KEEMPAT

Artikel seterusnya yang dikaji adalah bertajuk Differentiating Cyber Bullying Perpetration

from Non- Physical Bullying: Commonalities Across Race, Individual, and Family Predictors.
Artikel ini dihasilkan oleh Low dan Espelage pada tahun 2012. 4.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini mengukur hubungan pelaku cyber buli terhadap buli bukan fizikal berdasarkan bangsa, individu, dan keluarga.

4.2 KAEDAH KAJIAN 4.2.1 Sampel Model mediation dianalisis menggunakan analisis regrasi berganda merentasi tiga mata masa bagi setiap enam bulan untuk memeriksa ramalan buli di kalangan 1023 remaja. Sampel terdiri daripada 49.8% perempuan pelajar yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun. Pelajar menyiapkan kajian yang diberikan bagi mendapatkan maklumat mengenai sikap dan pengalaman mereka terhadap keganasan fizikal dan bukan fizikal yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam tempoh masa enam bulan. Pelajar menyiapkan soalan selidik dengan menilai pelaku buli, konflik keluarga, pemantauan ibu bapa, permusuhan, simptom kemurungan, empati, alkohol dan penggunaan dadah. 4.2.2 Prosedur Kesemua ibu bapa pelajar diberikan surat pemberitahuan tujuan kajian. Ibu bapa diminta menandatangani perjanjian sekiranya mereka bersedia membenarkan anak mereka dijadikan peserta kajian ini. 4.2.3 Pemarkahan Pertama sekali pelajar di minta untuk menyiapkan demografik soalan kaji selidik. Bagi menilai tingkah laku buli skala Illinois Bully digunakan. Skala ini terdiri daripada 9 item yang dinilai berdasarkan kekerapan berlaku buli bukan fizikal yang berlaku disekolah seperti diusik, panggilan nama, pengecualian sosial, dan penyebaran khabar angin. Pelaku cyber buli dinilai berdasarkan empat item skala yang digunakan dalam kajian ini. Selain itu, keganasan yang berlaku dalam keluarga, diukur menggunakan The Family Conflict and

Hostility Scale. Manakala bagi menilai ciri-ciri individu, enam item subskala hostility
digunakan. Skala ini mengkaji permusuhan yang berlaku sehingga menyebabkan berlaku kejadian buli. Seterusnya simptom kemurungan pula dinilai dengan menggunakan skala

orpinas Modified Depression Scale. Daripada skala-skala ini maklumat dikumpul dan
seterusnya diukur dengan menggunakan SPSS. Empathy pula dinilai dengan menggunakan lima item Teen Conflict Survey-Empathy. Skala ini digunakan untuk mengukur keupayaan remaja untuk mendengar, prihatin, dan mempercayai antara satu sama lain. Drug and

Alcohol use (AOD use) digunakan untuk menilai lapan item bagi mengetahui berapa jumlah
yang di perolehi ketika dibuli.

4.3 KEPUTUSAN Sebagai keputusan yang diperolehi daripada data yang terkumpul menunjukkan bahawa buli cyber mempunyai hubungan yang signifikan dengan membuli bukan secara fizikal. Pemantauan ibu bapa dikaitkan dengan tahap tertinggi buli secara cyber. Buli bukan secara fizikal dikaitkan dengan dua faktor iaitu keganasan rumah tangga yang berlaku dan juga kurang pemantauan daripada ibu bapa yang seterusnya menyebabkan permusuhan dan kemurungan kepada mangsa buli.

5.0

ARTIKEL KELIMA

Artikel seterusnya ialah Participant roles in Bullying Behavior and their associations with

thoughts of Ending Ones Life. Artikel ini ditulis oleh Rivers dan Norest pada tahun 2010.
5.1 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan tingkah laku buli dan implikasi kesan daripada buli yang berlaku. Selain itu kajian ini melihat hubungan tingkah laku buli dengan masalah mental sehingga boleh membunuh diri. 5.2 KAEDAH KAJIAN Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kedah tinjauan keratan rentas berdasarkan sampel yang terdiri daripada 2002 pelajar iaitu 55% lelaki dan 45 % perempuan berumur 12 hingga 16 tahun. Tinjauan dilakukan kepada 14 sekolah di utara England. Pemarkahan dilakukan terhadap pelaku, mangsa dan status peninjau. Pemarkahan dilakukan dengan menggunakan inventori anti-buli bagi mengkaji pelajar sama ada mempunyai pengalaman buli atau menjadi pelaku buli. Selain itu bagi mengukur aspek pemikiran iaitu menamatkan riwayat hidup brief symtom inventory digunakan. Terdapat 53 item dalam inventori ini. Bagi kajian ini, analisis statistikal dilakukan untuk melaporkan hubungan diantara jantina dan peranan peserta terhadap tingkah laku buli, serta melihat tahap kerisauan jantina antara lelaki dan perempuan. Akhir sekali analysis of covariance (ANCOVA) digunakan untuk membandingkan skor nilai min bagi pemikiran ingin menamatkan nyawa. Kesemua data yang terkumpul dianalisis menggunakan SPSS versi 15.0.

5.3 KEPUTUSAN Berdasarkan hasil yang diperolehi daripada statistik deskriptif terhadap buli, mangsa dan peranan peninjau menunjukkan bahawa 27.6% pelajar dengan jumlah 549 tidak terlibat dengan tingkah laku buli di sekolah. Manakala status peninjau pula dilaporkan sebanyak 30.4% iaitu dengan jumlah 605. Selain itu, 6.7% dengan jumlah 133 dilaporkan menjadi mangsa buli dan 1.5% dengan jumlah 29 dibuli oleh pelajar lain. Hanya 1.3% dengan jumlah 25 dilaporkan melakukan buli dan menjadi mangsa buli. Walaubagaimanapun 15.2 % dialporkan menjadi mangsa buli dalam sesuatu keadaan dan menjadi peninjau jika berlaku kejadian buli. 10.7% dengan jumlah 213 dilaporkan menjadi mangsa, kadangkadang menjadi pembuli, dan kadang-kadang menjadi peninjau. Jumlah missing data ialah 12. Keseluruhan data menunjukkan bahwa 34.5% pelajar melihat keadaan langsung fizikal buli. Sementara itu hanya 11.4% yang dilaporkan telah menjadi mangsa dan 75% menjadi pelaku buli. 6.0 ARTIKEL KEENAM Artikel seterusnya yang dikaji ialah An Application of Affective Events theory to Workplace

Bullying. Ditulis oleh Glaso, L., Vie. T.L., Holmdal, G.R., & Einarsen, E pada tahun 2011.
6.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini meneliti sejauhmana personaliti trait iaitu sifat bimbang, sifat marah, mempunyai hubungan diantara pendedahan buli dan emosi sasaran serta mengkaji hubungan antara pendedahan kepada buli dan kepuasan kerja serta niat untuk meninggalkan organisasi. Untuk menangani isu ini, Affective Events Theory (AET) digunakan sebagai kerangka rujukan. AET memberitahu apa yang berlaku antara situasi kerja dengan sikap pekerja . 6.2 KAEDAH KAJIAN 6.2.1 Sampel Data telah dikumpul melalui borang soal selidik laporan diri dan diedarkan kepada 837 pekerja di maritim syarikat pengangkutan di Norway. Sebanyak 462 respondent selesai menyiapkan kajian. Hanya 13.8 % adalah wanita dengan lingkungan umur 17 hingga 66 tahun. Dengan jumlah 57. 6% daripada sampel adalah ketua dan 42.4% adalah pengikut.

6.2.2 Alat kajian Pendedahan kepada buli ditempat kerja diukur dengan menggunakan versi Negative Acts

Questionnaire (NAQ). NAQ terdiri daripada 12 item buli yang mengukur tingkah laku buli.
Trait kemarahan dan trait kebimbangan diukur oleh inventori Spielbergers iaitu state-Trait

Anxiety Inventory (STAI) dan State-Trait Anger Expression Inventory. Jumlah skala terdiri
daripada 32 item di mana 20 item mengukur trait kebimbangan dan diikuti oleh 12 item trait marah. Selain itu, bagi mengukur emosi pula positive and negative Affect Schedule (PANAS) digunakan sebagai alat kajian ini. PANAS terdiri daripada dua skala iaitu merujuk kepada 10 negatif emosi dan 10 lagi positif emosi. Disamping itu, kepuasan kerja pula diukur dengan menggunakan alat kajian Brayfield dan Roths (1951). Alat kajian ini terdiri daripada 5 item yang digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja peserta. Alat kajian terakhir digunakan ialah intention to leave the organization. Alat kajian ini terdiri daripada tiga item skala dengan nilai Cronbachs alpha, = 0.87. Akhir sekali, data analisis statistik diselenggarakan dengan menggunakan statistical Package for social science (SPPS) dengan mengukur kekerapan reliabiliti, korelasi dan analisis regrasi dengan membentuk sebuah data. 6.3 KEPUTUSAN Berdasarkan hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 68.4% daripada responden yang dikaji melaporkan pendedahan kepada beberapa jenis buli semasa enam bulan sebelumnya. Selain itu, 7.3% melaporkan pendedahan kepada sekurang-kurangnya satu perbuatan negatif berlaku setiap minggu atau lebih dalam tempoh 6 bulan yang lepas. Dapatan kajian mendapati bahawa buli mempunyai hubungan korelasi yang negatif dengan kepuasan kerja dan juga korelasi positif untuk Intention to leave organization. Negatif korelasi ditemui diantara pendedahan buli dan positive Affect (PA) manakala positif korelasi diperolehi diantara buli dan Negative Affect (NA)

7.0

ARTIKEL KETUJUH

Artikel ini bertajuk Personality Profiles Among Targets and Nontargets of Workplace Bullying. Artikel ini ditulis oleh Lind, Glaso, Pallesen, dan Einarsen pada tahun 2009.

7.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini ialah mengkaji profil personaliti dikalangan sasaran dan bukan sasaran buli di tempat kerja. Personaliti pekerja diukur dengan menggunakan NEO-Five Factor Inventory (NEO-FFI) berdasarkan dimensi utama mengikut model lima faktor personaliti iaitu

Neurotisme, extraversion, conscientiousness, Agreeableness, dan Openness.


7.2 KAEDAH KAJIAN 7.2.1 Sampel Sampel kebanyakannya adalah wanita (89%), berkahwin (68%), dengan kanak-kanak (74%), Umur min sampel ialah 41.8 (SD =12.4). Sebanyak 71% bekerja separuh masa atau lebih dan 69% tidak mempunyai tanggungjawab kepimpinan. Majoriti sampel bekerja siang dan syif malam (60%). 7.2.2 Prosedur Data dikumpul daripada sampel 496 pekerja jururawat. klien di unit-unit ini mempunyai masalah kesihatan yang teruk dengan kebanyakan penduduk di tempat tersebut mempunyai jangka hayat yang kurang daripada 3 tahun. Sebanyak 1022 borang selidik telah diedarkan dengan kadar respon sebanyak 48.5 %. Borang soal selidik diagihkan kepada peserta di tempat kerja mereka. Penyertaan dalam kajian ini adalah secara sukarela dan kajian ini adalah tanpa nama kerana tidak ada data yang boleh dikesan kepada mana-mana peserta tertentu. 7.2.3 Alat kajian Instrument yang digunakan bagi mengkaji buli di tempat kerja ialah berdasarkan soalan standard yang dikemukakan. Sebelum menjawab soalan itu, responden telah dibentangkan dengan definisi buli. Selain itu, instrument bagi mengukur personaliti sampel pula ialah menggunakan NEO-Five Factor Inventory (NEO-FFI). Inventori ini digunakan untuk mengukur personaliti Neuroticism, Extroversion, Openness, Agreeableness dan Conscientiousness. Setiap dimensi personaliti diukur berdasarkan 12 item. Inventori ini terdiri daripada 60 item kesemuanya. Data yang telah dikumpulan di kod dan diproses menggunakan SPSS versi 14.0.

10

7.3. KEPUTUSAN Hasil kajian menunjukkan bahawa min, Sisihan Piawai, Saiz Sampel, dan pekali korelasi bivariate merupakan antara pembolehubah dalam kajian ini. Tujuh daripada 10 pekali korelasi antara pembolehubah personaliti berbeza secara signifikan dengan jumlah kosong diperolehi. Neuroticism mempunyai korelasi yang negatif dengan Extraversion dan

Conscientiuosness.

Extraversion

mempunyai

korelasi

positif

dengan

Openness,

Agreeableness, dan Conscientiuosness. Conscientiuosness juga mempunyai korelasi positif dengan Agreeableness. Sebagai kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak
terdapat korelasi yang signifikan diantara dimensi NEO-FFI dengan pendedahan pada buli. 40 sasaran buli adalah dikenalpasti menjawab 2 daripada 5 pada soalan mengenai buli.

7.0

ARTIKEL KELAPAN

Tajuk artikel ialah Preservice Teachers: Responses to Bullying Scenario: Comparing Physical,

Verbal, and Relational Bullying. Artikel ini ditulis oleh Bauman dan Del Rioo pada tahun 2006
8.1 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk meniru dan memanjangkan kajian terhadap sampel persediaan yang dilakukan oleh guru dan juga melanjutkan penemuan dengan mengkaji bagaimana guru campur tangan dengan mangsa buli. Soalan-soalan dibina bagi melihat perbezaan dalam cara di mana guru-guru melakukan tindakan dengan melihat kepada keseriusan insiden buli berlaku, perasaan terhadap mangsa dan melihat hubungan keperluan guru untuk campur tangan berdasarkan jenis buli fizikal dan verbal. Soalan seterusnya melihat adakah tindakan guru tersebut percaya bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap pembuli dan mangsa-mangsa buli berbeza mengikut jenis buli. Adakah tindakan yang dilakukan oleh guru terhadap buli berberbeza dengan guru lain.

8.2 KAEDAH KAJIAN 8.2.1 Peserta Pelajar yang mengambil kursus psikologi pendidikan diperlukan oleh guru bagi program yang dilaksanakan di Universiti Southwestern. Sampel kajian terdiri daripada 82 peserta.78 adalah perempuan dan empat adalah lelaki. Umur peserta dalam lingkungan 19 hingga 45 11

tahun. 41 sampel merupakan golongan Caucasians dan 12

adalah sampel golongan

hispanik latin, 2 lagi sampel adalah dari golongan African American dan 2 lagi adalah daripada etnik lain. kebanyakan peserta adalah daripada golongan muda iaitu dengan jumlah 38 manakala 36 adalah golongan tua. Lima daripada peserta adalah pelajar siswazah dan seorang lagi adalah mahasiswa. Selain itu, Sampel seterusnya dilaksanakan sebagai lanjutan daripada sampel pertama. 8.2.1 Pemarkahan Soal selidik yang digunakan terdiri daripada 6 Vignettes telah digunakan dalam kajian yang dilakukan oleh Yoon dan Kerber pada tahun 2003. Yoon dan Kerber menyesuaikan soal selidik daripada Bullying Attitude Questionnaires oleh Craig dan Henderson pada tahun 2000. Lampiran A mengandungi Vignette. Dua daripada Vignette menggambarkan senario buli fizikal, dua lagi mengambarkan kejadian buli verbal. 8.2.1 Prosedur Semasa mengumpul data, peserta telah disediakan dengan maklumat persetujuan dan arahan diberikan secara lisan kepada peserta dan soalan kaji selidik yang tidak diketahui. Para penyelidik memasukkan semua data ke dalam SPSS untuk dianalisis. Berikutan dengan kemasukan data awal, skor bagi dua item bagi setiap jenis buli telah dijumlahkan dan dibahagikan untuk menghasilkan buli fizikal, buli verbal dan hubungan skor mean buli. 8.3 KEPUTUSAN Sampel kajian bagi guru-guru preservice mengganggap relational buli adalah kurang serius berlaku berbanding dengan bentuk buli yang lain. Guru mempunyai empati yang kurang terhadap mangsa buli, kurang berkemungkinan untuk campur tangan dalam hubungan buli dan akan mengambil tindakan yang kurang teruk untuk menangani masalah buli ini. Apabila data telah dikaji semula terhadap sampel lanjutan daripada sampel pertama, mendapati terdapat perbezaan antara jenis fizikal dan lain-lain buli. Data yang diperolehi mengesahkan bahawa buli fizikal dilihat sebagai suatu perkara yang serius. Yoon dan Kerber (2003) melaporkan pekali konsistensi bagi setiap jenis soalan bagi setiap enam Vignettes iaitu item serius (.65), empati (.78), kemungkinan penglibatan (.62) dan penglibatan dengan buli (.55). Selain itu bagi sampel semasa yang dilakukan oleh guru di sekolah menengah dengan jumlah 94 pelajar menunjukkan pekali keseriusan (.74), empati (.85), kemungkinan peglibatan (.67) dan penglibatan dengan buli (.60). Terdapat

12

dua sampel kajian yang telah dilakukan keatas pelajar bagi mengkaji lanjutan hasil kajian terhadap buli.

9.0 ARTIKEL KESEMBILAN Artikel seterusnya berkenaan tentang Development of a measure of the of the Experience of

Being Bullied in Youth. Artikel ini ditulis oleh Hunt dan Peters bersama dengan M. Rapee
pada tahun 2012. 9.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini mengkaji tentang pengalaman golongan dewasa dibuli meliputi semua jenis tingkah laku buli yang berlaku, termasuklah bentuk perhubungan buli yang tidak diketahui dan buli cyber. 9.2 KAEDAH KAJIAN 9.2.1 Sampel Sampel kajian adalah melibatkan 647 kanak-kanak sekolah manakala sampel kedua pula adalah seramai 218 kanak-kanak yang diminta menyiapkan Personal Experiences Checklist PECK dan batteri pengukuran buli yang melibatkan kemurungan, dan harga diri bagi menyokong bukti. Kebolehpercayaan ujian-retest telah dinilai dalam sampel lagi dengan jumlah 78 orang pelajar. Kedua-dua sampel yang dikaji adalah daripada sekolah menengah di Australia. Sampel pertama terdiri daripada 301 lelaki dewasa dan kanak-kanak serta perempuan 346 bagi kanak-kanak dan dewasa. Umur sampel adalah dari lingkungan 8 hingga 15 tahun. 9.2.1 Prosedur PECK-1 telah diberi penilaian oleh pelajar-pelajar di dalam sampel yang pertama dengan jumlah 647 pada dua skala iaitu kekerapan berlaku bagi setiap item berdasarkan 5 mata iaitu tidak pernah, jarang, kadang-kadang, seminggu sekali, kebanyakan hari. Empat skala bagi PECK telah dihasilkan. Ciri-ciri skala tersebut berdasarkan item relational-vervbal buli, cyber buli, fizikal buli dan buli berdasarkan budaya.

13

9.2.2 KEPUTUSAN Berdasarkan hasil kajian mendapati bahawa pelajar dikenal pasti mengalami tahap buli yang ketara dilaporkan iaitu telah dibuli 2 atau 3 kali sebulan atau lebih berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi daripada Olweous Bully/ Victim Questionnaire (OVBQ). Lima perkara dianalisis dalam kajian ini iaitu pengukuran tingkah laku buli global daripada sampel laporan buli, item buli verbal yang termasuk dalam kumpulan atau telah diabaikan dari kumpulan dan juga khabar angin yang salah. Pelajar yang mempunyai skor norma sebaya dikategorikan mempunyai buli norma sebaya yang signifikan berdasarkan kajian terhadap sampel mengenai buli iaitu memukul , menendang, dan menolak dengan peratus 10.6% dan 10.1% memanggil nama, mengetawakannya. Manakala 14.3 peratus mengatakan sesuatu dan tidak mempedulikan atau meninggalkan.

10.0 ARTIKEL KESEPULUH Artikel yang seterusnya yang dikaji bertajuk Observing Bullying at School: The Mental Health

Implications of Witness Status. Ditulis oleh Rivers, Noret, Poteat dan Arhurst pada tahun
2009. 10.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan Kajian ini mengkaji impak buli terhadap masalah kesihatan mental pelajar.

10.2 KAEDAH KAJIAN 10.2.1 Peserta Sampel kajian ini terdiri daripada wakil sampel seramai 2,002 murid yang terdiri daripada 55% budak lelaki, 45% budak perempuan berdasarkan lingkungan umur 12 hingga 16 tahun yang menghadiri sekolah awam di Utara England. 10.2.2 Prosedur Terdapat 14 sekolah yang telah dihubungi dan dijemput untuk menjadi peserta dalam kajian ini yang dilaksanakan oleh Local Education Authority (LEA) dibawah projek The social Inclusion. Penyertaan sekolah dalam kajian ini melihat sosio-ekonomi pelajar, latar belakang, jantina dan etnik. Sebelum pengumpulan data, ibu bapa dan penjaga menerima 14

surat persetujuan daripada guru besar. Selain itu, sebelum pengumpulan data berlaku penyelidik telah memperkenalkan kepada pelajar oleh guru kelas yang membincangkan bagaimana data akan dikumpulkan dan jenis soalan-soalan yang dijawab oleh mereka. Soal selidik perlu diselesaikan dalam masa 40 hingga 60 minit. Setiap kelas semasa kajian di jalankan diselia oleh ahli penyelidik dan disokong oleh guru. Pada akhir pengumpulan data, soal selidik telah diletakkan di dalam sampul surat. 10.2.3 Pemarkahan Bagi mendapatkan data, 15 item bagi inventori antibuli diberikan kepada peserta untuk dijawab dan memberi peluang kepada peserta untuk menjawab jika pernah mempunyai pengalaman dibuli atau menjadi pelaku buli. Inventori ini termasuklah senarai tingkah laku buli yang dilakukan seperti memanggil nama bangsa atau warna kulit, memukul atau ditendang, dipanggil nama lain, menyebarkan khabar angin, tidak ada yang bercakap, mengancam dengan keganasan, tugasan dimusnahkan, graffiti bertulis, diberi rokok tobako, minuman alkohol, atau pengambilan dadah dengan skor 0= No, 1= yes. Pelajar juga diminta untuk menjawab kekerapan berlaku buli berdasarkan skala 1=tidak pernah hingga skala 5 = beberapa kali dalam seminggu. Selain itu, 53 item bagi inventori brief symtom inventory (BSI) digunakan untuk mengkaji kesihatan mental peserta.

10.3 KEPUTUSAN Berdasarkan keseluruhan kajian, kira-kira 20% daripada murid yang dilaporkan melakukan perbuatan tingkah laku buli dalam tompoh semasa, dan kira-kira 34% daripada jumlah murid juga dilaporkan pernah menjadi mangs buli. Sebaliknya, majoriti murid iaitu 63% dilaporkan menyaksikan rakan sebaya dibuli semasa tempoh tertentu. Selepas Sembilan minggu dilaporkan 1.4% menjadi pelaku buli sahaja, 6.7% yang dilaporkan menjadi mangsa buli sahaja, 30.4% adalah saksi sahaja, 1.3% adalah dikenalpasti sebagai mangsa buli. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan bahawa membuli adalah sebahagian daripada kehidupan seharian majoriti pelajar. Berdasarkan keputusan menunjukkan bahawa memerhati kejadian buli di sekolah meramalkan risiko kepada kesihatan mental melebihi apa yang diramalkan untuk pelajar yang telah terlibat secara langsung dalam tingkah laku buli sama ada sebagai si pesalah atau mangsa buli. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa memerhatikan rakan-rakan dianiaya boleh memberi kesan negatif yang besar ke atas pelbagai masalah kesihatan mental.

15

11.0 PERBINCANGAN Berdasarkan artikel yang dikaji menjurus kepada kes buli yang berlaku ditempat kerja dan juga buli yang dialami oleh pelajar di sekolah. Berdasarkan dapatan artikel kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis tingkah laku buli iaitu buli fizikal yang melibatkan tingkah laku memukul, menendang. Selain itu, tingkah laku verbal sebagai contoh menyebarkan khabar angin, memanggil nama yang tidak baik, mengejek. Terdapat juga tingkah laku buli secara cyber yang dilakukan oleh pelaku buli. Tingkah laku buli ini memberi kesan kepada masalah kesihatan mental. Kajian dilakukan oleh para pengkaji dengan memberikan borang selidik untuk disiapkan oleh peserta. Berdasarkan borang kaji selidik ini pengkaji ingin mengkaji pengalaman peserta ketika menjadi mangsa buli, pelaku buli, atau menjadi pemerhati ketika kawan dibuli oleh orang lain serta cara yang dilakukan untuk menghadapi masalah buli ini. Berdasarkan hasil kajian menunjukkan bahawa tradisional buli diramalkan

mempunyai persamaan dengan elektronik buli berdasarkan kesan terhadap mangsa buli. Dapatan menujukkan bahawa menjadi mangsa buli di internet atau melalui teks mesej mempunyai hubungan dengan menjadi mangsa buli disekolah. Manakala di tempat kerja pula mendapati bahawa tingkah laku buli dilakukan oleh golongan atasan kepada golongan bawahan ketika berada ditempat kerja. Persekitaran kerja menyebabkan pekerja didedahkan dengan tingkah laku buli disebabkan oleh ketidakseimbangan tuntutan kerja, kawalan kerja, dan kerja sokongan. Kajian mendapati bahawa buli cenderung berlaku ditempat kerja kerana tuntukan persekitaran kerja. Disamping itu, berdasarkan kajian terhadap strategi cara menangani buli yang dilakukan seperti mendapatkan pampasan, menafikan, sikap positif ketika menghadapi masalah ketika dibuli menyebakan berlaku masalah kesihatan mental, masalah kesejahteraan diri, dan ketidakhadiran di tempat kerja. Kajian terhadap buli juga mendapati bahawa pelajar yang menjadi pelaku buli dan menjadi mangsa buli lebih cenderung untuk menamatkan riwayat hidup berbanding dengan hanya menjadi mangsa buli, membuli, dan pemerhati buli. Masalah buli yang berlaku ditempat kerja menyebabkan berlaku ketidakpuasan terhadap kerja dilakukan. keadaan ini seterusnya akan menjejaskan pencapaian pekerja dan kesan yang lebih teruk lagi ialah berhenti dari kerja. Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji juga mendapati bahawa skor yang rendah diperolehi oleh peserta terhadap personaliti trait iaitu Agreeableness merupakan salah satu faktor berlaku buli. Skor trait personaliti Agreeableness yang rendah menyebabkan individu 16

cenderung untuk bersikap biadap, mencurigakan, tidak memberi kerjasama, kejam, pemarah, dan manipulasi. Justeru itu, individu yang menghadapi trait personaliti jenis ini selalu menghadapi konflik dalam diri mereka.

17

You might also like