Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(i)(Ringkasan) Masa yang dicadangkan : 40 minit Markah : 20 Markah 1.

Soalan Bahagian A Kertas 2 PMR terdiri daripada: i) Ringkasan Bentuk soalan 1.Satu petikan diberikan sebagai bahan rangsangan 2.Petikan terdiri daripada pelbagai bidang ilmu. Jumlah patah perkataan yang diberi setiap petikan ialah 200 220 dan jumlah tersebut perlu diringkaskan kepada 80 patah perkataan sahaja. 3.Kunci soalan kemudian ringkaskan4.Ringkasan karangan tidak melebihi 80 patah perkataan Kehendak soalan 1.Peruntukan markah isi ringkasan (a) Isi 10 markah (b) Bahasa 10 markah (c) Markah keseluruhan 20 markah 2.Markah untuk bahasa akan ditolak sekiranya terdapat kesalahan dari segi ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Bagaimana mendapat markah yang maksimum? 1.Pelajar mesti membaca arahan soalan yang dikemukakan dengan teliti. Sekurang-kurangnya baca dua kali. Tujuannya ialah untuk mengetahui dan memahami maksud keseluruhan petikan. 2.Fahami arahan dalam soalan. Terdapat kata kunci dalam soalan. Contohnya ........tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berkebun. i) Semasa membaca, gugurkan ayat atau ayat-ayat yang memperlihatkan pertindihan makna. ii) Memendekkan frasa pada bahagian subjek atau predikat yang agak panjang. Gugurkan contoh-contoh atau misalan ii) Menggunakan suatu perkataan atau sesuatu frasa yang ringkas bagi menggantikan sesebuah penghuraian yang panjang. iii) Gariskan semua isi penting dalam petikan iv) Jangan salin ayat terus daripada petikan. Gunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ubah kepada perkataan seerti. 3.Jawapan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan kehendak soalan iaitu faedah-faedah

berkebun. 4.Pelajar mesti mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi berdasarkan kehendak soalan. Pelajar perlu menggunakan bahasa yang gramatis. 5. Jawapan hendaklah tidak melebihi 80 patah patah perkataan. Pelajar dikehendaki menulis jumlah perkatan selepas menjawab soalan ini. Bina ringkasan dalam satu perenggan sahaja. 5.1 Panduan mengira perkataan; - Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan, nama khas, penggunaan kata depan di dan ke, tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan, gelaran, kata perulangan/ganda. 6. Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal yang terdapat dalam petikan. 7. Soalan meringkaskan karangan adalah untuk menguji kelancaran bahasa dan kecekapan pelajar dalam mengecam isi-isi utama. 8. Bahan rangsangan yang dikemukakan ialah rencana yang dipetik daripada akhbar dan majalah. 9.Pelajar dikehendaki menulis isi-isi agar menjadikan karangan itu padat dengan maklumat, tetapi ringkas. 10. Isi yang dikemukakan mestilah isi utama yang terdapat dalam petikan. Jangan masuk pendapat sendiri dalam jawapan anda. 11. Ringkasan karangan tidak memerlukan pendahuluan dan penutup. 12. Markah akan dinilai berdasarkan isi dan bahasa. Sekirannya isi salah atau tidak ada dalam jawapan, maka markah untuk bahasa tidak dapat secara maksimum. 13. Tulis ringkasan karangan mengikut arahan soalan, iaitu tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah tidak dikira bagi jawapan yang ditulis selepas 85 patah perkataan. 14. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian bawah ringkasan. 15. Semak ejaan dan bahasa.

SISTEM PEMARKAHAN SOALAN BAHAGIAN A(i); 20 Markah Markah Bahasa (10 markah) Peringkat Ciri-ciri Markah Sangat baik Baik dan lancar Kosa kata luas 9-10 Baik Masih baik dan lancar Kosa kata masih baik 7-8 Sederhana Memuaskan/kurang lancar Kosa kata agak terhad 5-6 Lemah Tidak cekap/lemah Kosa kata terhad Menyalin bulat-bulat daripada petikan 1-4 Markah isi (10 markah) Bilangan Isi Markah 5 9-10

4 7-8 3 5-6 2 3-4 1 1-2

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(ii)(Pemahaman Petikan) Markah : 10 markah Bentuk Soalan 1) Pemahaman petikan umum: 3 items respons terhad - a) maksud rangkai kata - b) jawapan dalam teks - c) jawapan luar teks 2) Markah yang peruntukan ialah 10 markah 3) Semua soalan wajib dijawab Kehendak soalan: 1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar ditulis dengan lengkap dan ayat yang sempurna untuk memperoleh ayat yang penuh. 2.Pelajar tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat jawapan daripada petikan. Pelajar hendaklah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 3.Jawapan yang tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa dan ejaan akan di tolak markah. 4.Jawapan tidak boleh ditulis dalam bentuk poin atau frasa(ayat tergantung) Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Soalan A(ii) i peruntukkan markah maksimum bahagian ini ialah 2 markah. Bahagian ini memerlukan calon; i) memahami/menerangkan maksud sesuatu rangkai kata dengan tepat. Biasanya perkataan tersebut akan dimiringkan. ii) Pelajar tidak dibenarkan menulis jawapan dengan panjang lebar seperti jawapan pemahaman yang lain. iii) Jawapan mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan. 2.Dalam A(ii) ii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah. i) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan daripada petikan ii) Terdapat dua isi yang diperlukan dalam bahagian ini. Pelajar diminta mengemukan sekurangkurangnya 2 isi. Kalau lebih markah tidak akan dipotong. iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang tiada dalam petikan iv) Jawapan yang diberikan mestilah lengkap dan bertepatan dengan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan. 3. Soalan A(II) iii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah. Soalan dalam bahagian ini ialah soalan KBKK. i) Pelajar perlu berfikir luar dari teks tetapi masih membicarakan topik yang sama. ii) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan yang tiada dalam petikan. Biasanya soalan ini memerlukan langkah-langkah, cadangan, cara-cara penyelesaian, sebab-sebab dan lain-lain. iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang ada dalam petikan iv) Jawapan mestilah logik dan rasional v) Berikan jawapan seberapa banyak yang anda tahun dalam bahagian ini Strategi menjawab 1. Baca petikan dengan memahami keseluruhan idea, kemudian perhatikan soalan yang diberikan. 2. Tentukan kehendak soalan dan jawab soalan dengan memenuhi kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh. 3. Bina ayat yang lengkap dan elakakan menulis frasa atau ayat yang tergantung. 4. Semak ejan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah. 5. Jawab soalan yang mudah dahulu. PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B(Bahan Rangsangan) Masa yang dicadangkan: 25 minit Markah : 20 markah

Bentuk Soalan 1. Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik. 2. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang melebihi 120 patah perkataan. 3. Pada kebiasaanya, pelajar diminta membuat ulasan umm, menyatakan sebab, memberikan cara-cara mengatasi atau memberikan cadangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. 4. Masa untuk menjawab soalan ini ialah 25 minit. 3 minit untuk memahami soalan dan merangka jawapan dan dua minit untuk membuat semakan. 20 minit masa untuk menjawab soalan. 5. Soalan ini mula ditanya mulai tahun 2005. Kehendak soalan 1. Anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan 2. Jawapan yang dihasilkan mestilah melebihi 120 patah perkataan 3. Soalan ini wajib di jawab Bagaimana mendapat markah yang maksimum? 1. Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan yang diberikan. 2. Pelajar perlu meneliti bahan rangsangan yang diberikan dan mengaitkannya dengan kehendak soalan. 3. Pelajar perlu berhati-hati semasa membuat tafsiran untuk merangka isi dan seterusnya memulakan penulisan. 4. Pelajar perlu mengikut teknik menulis karangan yang betul, iaitu dimulai dengan perenggan pendahuluan, isi, da diakhiri dengan perenggan penutup atau kesimpulan. 5. Sekurang-kurang perlu ada tiga isi. Ini bermakna sebaiknya pelajar dapat membuat lima perenggan . 6. Untuk mendapatkan pencapaian cemerlang(16-20 M), semasa menjawab soalan ini, aspek berikut perlu dititikberatkan: a) Penggunaan kata dan ayat gramatis b) Penggunaan kosa kata luas dan tepat c) Penggunaan ejaan dan tanda baca betul d) Isi mestilah tepat berdasarkan tugasan

e) Huraian, isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan yang sesuai dan berkembang. f) Pengolahan menarik dan berkesan PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C(Karangan Respons Terbuka) Masa yang dicadangkan: 45 minit Markah : 40 markah Bentuk Soalan 1.Soalan karangan respons terbuka adalah soalan Bahagian C Kertas 2 PMR Bahasa Melayu. 2.Tajuk karangan respons terbuka adalah berdasarkan kombinasi bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika. 3.Terdapat lima soalan dalam bahagian ini. Jenis karangan yang ditawarkan terdiri daripada karangan berformat iaitu ceramah/ ucapan/ pidato/ perbahasan/wawancara@dialog/laporan/ rencana akhbar/Surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Karangan tidak berformat termasuklah perbincangan, ulasan, fakta, gambaran, peribahasa/cogan kata dan cerepen. 4.Masa yang dicadangkan ialah 45 minit 5.Pelajar hendaklah menulis karangan lebih daripada 180 patah perkataan. Bagaimana mendapat markah yang maksimum? PERINGKAT PENCAPAIAN DESKRIPSI Cemerlang ( 35 40) a)Sekurang-kurangnya terdapat tiga isi, huraian isi dan contoh yang relevan b) Perlu lebih 180 patah perkataan. - Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan(kata berimbuhan) gramatis -Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan ejaan dan tanda baca betul - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.Pengolahan menarik serta berkesan, pemerganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan -Terdapat ungkapan yang mudah seperti peri bahasa dan kata-kata hikmat. Bagaimana mahir mengarang? Gunakan semua pancaindera yang ada

- pembacaan yang meluas, mendengar, melihat, guna pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. - Beri perhatian semasa guru mengajar. Terima soalan dengan lapang dada. Jangan panik jika soalan yang keluar tidak bertepatan dengan cita rasa anda. 1. Analisis soalan sebelum mengarang. Mengapa? a) memastikan kita membaca soalan dengan teliti. b) Menentukan kata kunci dan kehendak soalan. c) menentukan format karangan. d) karangan tidak terpesong. 2. Takrif karangan/soalan Takrif soalan tidak difahami mengakibatkan pelajar menulis lain daripada apa yang dikehendaki oleh soalan (jawab mengikut kehendak soalan bukan jawab apa yang anda tahu) 3. Pastikan format karangan yang dikehendaki. Kelalaian anda tidak mengikut format yang betul, anda kehilangan tiga markah. 4. Pendahuluan karangan. Apa fungsinya? - memperkenalkan tajuk karangan. - menarik perhatian pembaca - memudahkan penulis meneruskan penulisan. Jenis-jenis pendahuluan Pendahuluan jenis pendapat Pendahuluan jenis definisi Pendahuluan jenis suasana Pendahuluan jenis persoalan Pendahuluan jenis peribahasa 5. Sistem Perenggan Perenggan yang sempurna sewajarnya mempunyai tiga komponen iaitu isi, huraian, dan contoh. 5.1 Kriteria menyusun perenggan dalam karangan - mendahulukan isi yang penting - setiap perenggan mempunyai urutan - huraian antara perenggan lancar dan berkembang - perenggan perlu seimbang

PMR Sekurang-kurangnya lima perenggan pendahuluan, tiga isi, dan penutup/kesimpulan/rumusan 6.Penutup/kesimpulan/rumusan Perkara yang perlu diberi perhatian i) kesimpulan mesti lembut tetapi berkesan. ii) jangan ulang isi yang telah dikemukakan. iii) Gunakan penanda wacana Kriteria semasa membuat penutup; i) Pendapat pengarang tentang kedudukan sesuatu isi yang diberi. ii) Kemukakan sokongan atau bantahan/positif atau negatif iii) Akibat atau kesan/implikasi iv) Cadangan atau nasihat yang berkaitan Secara mudah, ayat-ayat dalam bahagian penutup dapat disusun seperti berikut; Ayat 1: Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang isi perbincangan/huraian Ayat 2: Menyatakan cadangan ataupun saranan yang sesuai mengikut tajuk atau kehendak soalan. Ayat 3: Menyatakan harapan tentang isi yang telah dihuraikan dalam bahagian isi. Ayat 4: Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang telah dikemukakan dalam isi. Kepentingan Untuk menunjukkan sesuatu perenggan itu merupakan penutup dalam karangan mulakan dengan perkataan kesimpulannya atau berdasarkan huraian. Catatan: Masukkan juga ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, peri bahasa dan sebagainya asalkan bersesuaian. 7. Memanfaatkan statistik penting Tujuan: - gaya penulisan lebih menarik - meyakinkan pembaca. - pelajar membuat rujukan sebelum mengarang. 8.Pendapat tokoh tertentu Tujuan: - menguatkan hujah yang diberi - meyakinkan pembaca 9. Ayat dan frasa yang indah/peri bahasa/kata-kata hikmat/kata-kata pujangga/petikan daripada kitab suci/ petikan daripada Al-Hadis/pepatah daripada bahasa lain dan lain-lain.

Tujuan: - ayat menjadi lebih mantap dan tepat - menarik minat pembaca - kepelbagian gaya bahasa - mewujudkan perbendaharan kata yang luas. - Kematangan bahasa penulis Peribahasa: Simpulan bahasa; angkat kaki, buka mata Perumpamaan; bagai aur dengan tebing Bidalan: ada udang di sebalik batu Pepatah: ada kerak ada nasi Kata-kata hikmat tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat dan kesedaran tentang pentingnya sesuatu nilai hidup. Bahasa jiwa bangsa Ilmu pelita hati Kepentingan dalam penulisan karangan - ayat menjadi lebih mantap dan tepat - menarik minat pembaca - kepelbagaian kosa kata dan gaya bahasa - kematangan bahasa penulis Penggunaan penanda wacana dalam penulisan Kepentingan/Kegunaan/Manfaat - dapat menghubungkan ayat dengan ayat - menghubungkan antara perenggan untuk menunjukkan kesinambungan idea, dan penulisan menjadi lancar. Contoh penanda wacana; Dengan ini, sememangnya, sejajar dengan itu, sementelahan pula, pada kebiasannya, umumnya, meskipun demikian. 10. Ejaan Sangat penting dalam penulisan. Ejaan yang salah akan dipotong sebanyak 2 markah untuk ejaan yang salah. Kesalahan kata yang sama dalam penulisan tidak akan dikira. 11. Tata bahasa i. kesalahan dari segi kata kata ganti diri, kata bilangan, penjodoh bilangan, kata sendi, kata hubung, kata tanya, kata pemeri, kata nafi, kata majmuk, kata adjektif dan kata penguat.

ii. Kesalahan daripada segi frasa Frasa nama; bentuk jamak, hukum DM Frasa adjektif Penggunaan kata penguat, kata berawalan teR+kata penguat, penggandaan iii. Kesalahan daripada segi ayat Ayat tergantung, struktur ayat yang salah, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan penggunaan partikel kah dalam ayat tanya. iv. Kesalahan imbuhan - awalan beR, teR-, mempeR- akhiran an, -kan - apitan meN.....kan, mempe...kan,mempeR....I Kesalahan perbendaharaan kata - Penggunaan kata tidak tepat - Kata banyak makna - Kata hampir sama makna 12. Kesalahan kosa kata - kata tidak tepat - kata banyak makna - kata hampir sama makna 13. Tanda baca - noktah, koma, titik dua dan lain-lain Penyelesaian harus cermat dan berhati-hati semasa menulis. 14.Struktur ayat Tidak janggal dan dapat difahami oleh pemeriksa Mengikut kaedah tata bahasa yang betul. 15.Keseimbangan perenggan Setiap perenggan hendaklah hampir sama jumlah perkatannya. 16.Kematangan fikiran beri contoh yang sesuai 17.Tulisan tidak semestinya cantik tetapi dapat dibaca oleh pemeriksa Catatan Karangan yang melebihi 180 patah perkataan memberi imperision yang positif kepada pemeriksa.

Senarai semak (Selesai membuat karangan) Tujuan karangan menjadi lebih sempurna/baik i. mendapat markah yang maksimum 1. nombor soalan 2. takrif karangan 3. format karangan 4. pendahuluan karangan 5. pastikan sekurang-kurangnya tiga isi, huraian dan contoh. Bina Lima perenggan. 6. perenggan yang seimbang 7. ada statistik yang bersesuaian 8. frasa yang indah 9. penanda wacana 10. ejaan yang jelas 11. struktur ayat 12. kematangan fikiran 13. tulisan dapat dibaca 14. jumlah perkataan yang cukup (200 patah perkatan0 15. hantar jawapan 16. DOA Anda dilahirkan di dunia bukan untuk menjadi lemah. Carilah ubat/penawar yang mujarab untuk mengatasi segala masalah anda. PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D(Novel Komsas) Masa yang dicadangkan: 10 minit Markah : 10 markah Bentuk Soalan 1.Soalan novel merupakan soalan yang ditanya dalam bahagian D Kertas 2 PMR Bahasa Melayu. 2.Calon harus bersedia untuk ketiga-tiga novel yang dipelajari semasa di tingkatan 1, II dan III Kehendak soalan 1.Pelajar dinasihatkan membaca soalan dengan teliti bagi menentukan novel yang perlu dipilih. Senarai novel pilihan akan diberi. 2.Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 10 minit. 3.Soalan ini memperuntukkan 10 markah.

4.Mulai tahun ini calon harus bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk persamaan dan perbezaan bagi novel-novel yang dipilih. Bagaimana mendapat markah yang maksimum? 1.Soalan bahagian ini melibatkan beberapa konsep penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Seandainya pelajar berupaya menguasai konsep sastera yang ditetapkan atau dipelajari, pelajar boleh menjawab soalan dengan baik. 2.Aspek kajian: Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Plot, Latar, Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran. 3.Istilah penting; a) Sinopsis- inti pati atau ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya. b) Tema idea utama atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang menjadi tunjang kepada sesebuah karya sastera. c) Persoalan isu-isu sampingan lain yang diselitkan oleh pengarang dalam bentuk gagasan. d) Watak pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah cerita. Perwatakan merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak e) Plot jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita. Peristiwa yang dijalin mestilah berdasarkan sebab dan akibat. f) Latar ruang persekitaran tempat berlakunya sesuatu peristiwa, cerita, atau kejadian. Masyarakat kampung, bandar, adat, budaya, agama, ekonomi, dan politik. Tempat tempat peristiwa terjadi Masa pagi, ptg, malam dan lain-lain 7) Nilai ialah unsur yang cukup berharga dan boleh dijadikan ikutan. Nilai merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang positif. Kasih sayang, bertanggungjawab, hormat-menghormati, kebebasan, keberanian, jujur, rajin, bermasyarakat, hemah tinggi, berdikarari, baik hati, keadilan, kebersihan, amanah, bersyukur, rasional, patriotik 8) Pengajaran- peringatan pesanan atau nasihat yang boleh dijadikan iktibar oleh pembaca. Posted by Bahasa Melayu at 8:38 AM

You might also like