Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KHI KUASA DUA

Ujian khi kuasa dua merupakan satu ujian yang menggunakan data berbentuk ketegori atau kekerapan bagi menguji hipotesis daripada sesuatu sampel untuk menentukan sama ada terdapat pertalian atau hubungan (associasion) yang signifikan antara dua pembolehubah berkategori dalam sesuatu populasi yang diuji. Ia sesuai digunakan untuk menganalisis data kualitatif (pemboleh ubah nominal) atau data kuantitatif. Ujian Khi kuasa dua juga ialah untuk mengenalpasti situasi yang memerlukan perbandingan dua atau lebih min dan kadar, Selain itu, ujian khi kuasa dua juga boleh digunakan untuk melihat samada dua pengelasan data yang sama adalah bebas diantara satu sama lain ataupun tidak. Khi kuasa dua juga digunakan untuk memeriksa samada satu pengumpulan data tertentu diperihalkan dengan baik oleh suatu taburan tertentu. Penggunaan taburan khi-

kuasadua bagi selang keyakinan dan pengujian hipotesis bagi satu varian populasi juga sering dijadikan salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah. Idea disebalik ujian ini ialah untuk membandingkan kekerapan yang diperhati dengan kekerapan yang dijangka sekiranya hipotesis nol tidak ditolak ataupun secara statistiknya tidak bersandar adalah benar. Dengan menganggap variabel adalah tidak bersandar, kita juga dapat membuat pengandaian berkaitan dengan kekerapan yang dijangka bagi setiap sel di dalam jadual. Didalam ujian hipotesis khi kuasa dua terdapat dua ujian iaitu ujian penyesuaian terbaik dan ujian perkaitan. Ujian penyesuaian terbaik digunakan untuk menguji sama ada taburan kekerapan (frequency distribution) sesuai dengan taburan spesifik (specific distribution). Terdapat beberapa langkah untuk menjalankan ujian khi kuasa dua.

Antara langkah-langkahnya ialah : Langkah 1 : Menyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif. contohnya : Ho : Dadu itu adil H1 : Dadu itu tidak adil.

Langkah 2 : Menyatakan aras keertian. = 0.01 Langkah 3 : Menyatakan taburan pensampelan. Taburan Khi Kuasa Dua Langkah 4 : Mencari nilai kritikal / Langkah 5 : Mencari kawasan penolakan

Langkah 6 : Mencari ujian statistik Langkah 7 : Membuat keputusan Ujian Statistik hipotesis nol. Langkah 8 : Menginterpretasi keputusan Penyataan menerima/menolak hipotesis nol. Wujud/Tidak wujud hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. jatuh/tidak jatuh dalam kawasan penolakan. Menolak/menerima

Dalam satu tinjauan, seramai 1528 penduduk Kampong Bahagia telah ditanya sama ada mereka menyokong pembinaan blok-blok kondominium di kampong mereka. Jadual berikut menunjukkan semua respon mengikut taraf pendidikan. Sokong Tidak menyokong Sarjana Muda dan ke atas Pendidikan Menengah Pendidikan Rendah Tiada Pendidikan Formal Jumlah 1220 205 103 1528 290 81 56 427 461 81 34 576 205 26 7 238 264 17 Tiada Pendapat 6 287 Jumlah

Pada aras keertian 1%, adakah wujud hubungan di antara respon dan taraf pendidikan penduduk Kampong Bahagia? I) Nyatakan ujian hipotesis. Melalui soalan ini, saya dapat tahu bahawa taburan yang digunakan ialah taburan ChiKuasadua di mana soalan menanyakan adakah wujud hubungan di antara dua pembolehubah. Ujian Chi-Kuasadua ialah ujian untuk menentukan samaada dua

pemboleh ubah adalah bersandar atau tidak bersandar. Oleh yang demikian, hipotesis yang sesuai bagi soalan ini ialah :Ho : Hubungan di antara respon dan taraf pendidikan penduduk Kampong Bahagia tidak bersandar. H1 : Hubungan di antara respon dan taraf pendidikan penduduk Kampong Bahagia

bersandar.

II) Nyatakan darjah kebebasan dan nilai kritikal untuk menguji hipotesis ini. Bentuk lengkungan graf adalah bergantung kepada bilangan pembolehubah bebas yang terlibat iaitu darjah kebebasan atau dikenali sebagai degrees of freedom, v. Darjah kebebasan bagi bagi taburan Chi-Kuasadua ialah (4-1)x(3-1) = 6 d.f. Seterusnya dengan melihat pada jadual, pada aras keertian 1% iaitu = 0.01 dan 6 d.f., nilai kritikal ialah16.8119. v=

16.8119

III) Kirakan nilai ujian statistik.

Observed Frequency, O 264 17 6 205 26 7 461 81 34 290 81 56

Expected Frequency, E

= 77.837

IV) Apakah keputusan yang boleh dibuat berdasarkan soalan (iii)? Melalui ujian statistik, = 77.837 jatuh dalam kawasan penolakan. Oleh yang

demikian, cukup bukti untuk menolak hipotesis nol.

V) Tuliskan kesimpulan bagi ujian tersebut. Kesimpulannya, hubungan di antara respon dan taraf pendidikan penduduk Kampong Bahagia adalah bersandar. Ini bermakna wujud hubungan di antara respon dan taraf pendidikan penduduk Kampong Bahagia.

You might also like