Tenis Nota

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

http://nisamokhtar591.blogspot.com/2011/08/tugasan-2-program-latihan-individu-1.html http://prasso.wordpress.

com/2007/09/17/teknik-servis/

Pengenalan Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Bola Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian Pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

CARA BERMAIN Memilih raket Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

Saiz gengaman tangan

Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.

Cara memegang raket tenis Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan. Tempoh permainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.
Servis tenis
1.0 Kemahiran Servis Tenis Servis merupakan pukulan pembuka permainan. Oleh kerana itu, pukulan pioner ini sangat penting bagi pemain dapat menguasainya. Untuk menentukan siapa yang mula-mula membuat servis dan memilih gelanggang permainan, satu undian dengan membaling duit syiling akan diadakan. Pemenangnya akan memilih salah satu daripada tiga perkara berikut :1. 1.Membuat servis. Oleh itu pemain lawan akan berpeluang memilih gelanggang. 2. 2. Memilih gelangang. Pemain lawan boleh membuat pilihan membuat servis atau menerima servis. 3. 3. Meminta lawannya memilih gelanggang. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas, American twist dan servis rata. Servis dimulakan di garisan belakang. Sekiranya menggunakan tangan kanan, letak kiri ke hadapan dan kaki ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35 cm di belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya. Terdapat enam fasa utama semasa melakukan servis.

Tentukan kedudukan dengan meletakkan kaki dengan selesa seluas bahu pada kedudukan sebelah di hadapan dan sebelah lagi dibelakang.
1. 2. Gerakkan tangan ke arah bawah bersama-sama. Tangan kiri meletakkan bola pada kedudukan semasa tangan kanan

menarik raket untuk melantunkan bola.


3. Pangkal raket ialah kira-kira pada kedudukan menegak ke arah bola dengan tindakan pergelangan tangan yang memeri.

Kedudukan bola yang betul di udara akan membolehkan perimbangan badan dikekalkan dengan baik. 4. Berat badan pembuat servis, di kaki belakang dalam kedudukan siap sedia sekarang berpindah ke depan apabila lutut dan badan menjadi lurus. Perhatikan bagaimana kaki belakang (kanan) dianjakkan ke belakang pada kedudukan ini.

5. Tindakan melambung dalam servis hendaklah dibuat pada bola. Gunakan pencapaian setinggi yang mungkin. Tu6. Hayunan

semula berakhir pada sebelah kiri pemain. Bahu kanan hendaklah terus ke arah lawan. Perhatikan bahawa walaupun berat badan telah berpindah ke depan, kaki kanan lambat bergerak ke depan untuk mendapatkan semula perimbangan badan.mpukan pandangan mata terhadap bola. 2.0 Permainan Individu Bagi permainan perseorangan, permainan dimulakan dengan pemain yang membuat servis berdiri di belakang garisan belakang antara tanda tengah lanjutan yang diadakan secara imaginasi dengan garisan perseorangan tangan kanan. Penerima pukulan boleh berada di mana-mana yang difikirkan paling sesuai untuk membalas pukulan.Pukulan servis berakhir apabila raket menyentuh bola ataupun orang yang menerima servis cuba untuk memukulnya. Servis masih lagi dalam permainan jika bola melepasi jaring tanpa melantun dan jatuh dalam gelanggang servis yang berpenjuru bertentangan dengan penerima servis (peraturan). Pembuat servis mempunyai cubaan kedua melakukannya dalam setiap mata jika servis pertamanya gagal. Selepas setiap mata dipungut, pukulan servis bertukar ke sebelah tanda tengah untuk mata berikutnya. Setelah selesai permainan pertama, pemain yang menerima servis akan menjadi pembuat servis dalam permainan berikutnya. Kemudian pemain-pemain akan membuat servis dalam permainan yang berselang-selang sehinggalah tamat enam set perlawanan. Ketika membuat servis, pemain yang melakukan servis tidak boleh melakukan servis sebelum lawannya bersedia. Jika penerima servis masih belum bersedia, maka pukulan semula akan diminta, bererti servis yang telah dilakukan dianggap batal dan tidak dikira. Bagaimanapun, sekiranya penerima bola sengaja untuk memainkan bola, pukulan semula tidak boleh dituntut untuk dilakukan semula. Di samping itu, pemain haruslah melontarkan bola ke udara (Peraturan 6) seterusnya memukul bola dengan raket sebelum bola jatuh ke tanah. Jika pemain yang melakukan servis meletakkan bola di udara tetapi tidak cuba membuat pukulan, maka pukulan semula akan dibuat. Tetapi jika pemain cuba membuat pukulan tetapi gagal, maka dia sudah melakukan satu kesalahan. Pemain juga hendaklah meletakkan kedua-dua belah kaki pada tanda tengah yang betul dan jangan menyentuh garisan belakang atau kawasan gelanggang dengan kaki sehinggalah bola dipukul. Jika tidak, satu kesalahan telah dilakukan.

Tambahan pula, pemain tidak bolah berjalan ataupun berlari sementara melakukan servis (Peraturan 7) tetapi pergerakan yang sedikit dibenarkan mengikut budi bicara hakim pertandingan (Peraturan 7A). Koordinasi tangan dan mata adalah perkara yang pertama perlu dilatih kerana untuk memulakan pukulan pembuka permainan atau servis. Pemain hendaklah melempar bola (toss) secara konsisten pada satu tempat yang sama. Toss bagi servis yang baik ialah di hadapan kepala dan dilempar lurus ke atas. Perkara ini boleh dilatih dengan menggambarkan lingkaran di lantai dan toss yang dilakukan dan tempat jatuhnya bola adalah pada tempat yang sama. (gambar) Tahap untuk melakukan servis adalah berdirilah di belakang garis baseline dan fokuskan fikiran untuk mengarahkan bola pada daerah servis lawan. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di belakang dengan arah kaki selari dengan garis baseline. Jika pemain melakukan servis yang salah, pemain mestilah membuat servis sebaik sahaja kesalahan tersebut dikesan. Semua mata yang telah diperolehi sehingga pengesanan ini akan dikira. Jika sesuatu permainan telah tamat sebelum pengesanan itu dibuat, maka perintah servis tetap, sebagai telah dipinda. (Peraturan 14) Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain ialah, servis pertama yang dilakukan adalah di bahagian yang betul adalah salah, maka pemain dibenarkan membuat satu lagi servis dari tempat yang sama. Selain itu, jika kesalahan pertama disebabkan membuat servis dari tempat yang salah, pemain juga berpeluang untuk membuat servis sekali lagi di tempat yang betul. Jika servis kedua masih juga salah, maka pemain yang membuat servis akan kehilangan mata. Selepas servis yang baik, permaianan diteruskan sehinggalah satu mata dicapai oleh mana-mana pemain. Bola servis yang mengenai jaring, dan melantun terus ke gelanggang servis yang betul dikira sebagai pukulan semula. Bola servis yang mengenai tempat lain daripada jaring dikirakan sebagai satu kesalahan. Selain itu, kesalahan kaki semasa servis turut dititikberatkan. Pemain yang melakukan servis boleh melompat semasa melakukan servis tetapi servis ia akan menjadi suatu kesalahan jika semasa memukul bola, pemain yang membuat servis menyentuh gelanggang ataupun garisan belakang dengan kakinya ataupun di kawasan yang salah iaitu pada tanda pusat garisan belakang ataupun melampaui garisan panjang.

3.0 Permainan Beregu Pasangan yang membuat servis pertama berpeluang membuat keputusan tentang pemain mana yang akan melakukan servis dalam permainan permulaan. Pasangan lawan pula akan membuat keputusan siapa yang akan membuat servis dalam permainan kedua. Katakan A dan B memenangi undi pada perlawanan pembukaan dan memilih untuk membuat servis. A membuat keputusan untuk membuat servis pembukaan dan C memilih hendak membuat servis dalam permainan kedua, B akan membuat servis dalam permainan ketiga dan D dalam permainan keempat. A membuat servis semula dalam permainan kelima dan servis diteruskan dengan A,C,B,D,A,C,B,D dan seterusnya sehinggalah set itu tamat. Pada permulaan set baru, perintah mungkin diubah jika perlu, tetapi tidak semasa permainan sesuatu set diteruskan.

Gambar Jika seseorang pemain melakukan kesalahan semasa servis ,pasangan yang membuat servis mestilah membuat servis sebaik sahaja kesilapan itu telah disedari. Tetapi apa juga mata yang didapati daripada sebarang servis salah sebelum pengesanan itu, tetap tidak berganjak. Jika permainan tamat sebelum kesilapan itu disedari, perintah servis akan kekal sebagai berubah. Orang yang membuat servis mestilah berdiri di garisan belakang antara satu tanda tengah garisan imaginasi yang berterusan dengan garisan tepi beregu. (Garisan Luar) Untuk menerima servis, pemain-pemain hendaklah membuat keputusan siapakah yang akan menerima servis di gelanggang kanan dan siapa pula di gelanggang kiri. Setelah pemain mengambil tempat masing-masing di dalam gelanggang, pemain tidak boleh bertukar kedudukan sehinggalah bermulanya set baru. Kesalahan yang sering dilakukan semasa menerima servis ialah pemain menerima servis di gelanggang yang salah, maka pemain akan terus bermain dalam gelanggang itu sehingga permainan tamat. Pemain hanya boleh beredar ke gelanggang yang betul dalam permainan penerimaan berikutnya dalam set tersebut. Tidak ada peraturan yang mengkehendaki pemain yang mula-mula membalas servis dalam permainan kedua. Sekiranya servis yang dilakukan mengenai rakan pembuat servis, maka servis tersebut dikira salah kerana bola menyentuh rakan membuat servis ataupun apa-apa yang dipakai atau dipegangnya. Manakala jika servis mengenai rakan penerima servis pula, maka pemain yang membuat servis akan mendapat mata.

You might also like