K.kerja Bengkel Blog 2010

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

FASILITATOR SCHOOLNET

KERTAS CADANGAN PROGRAM BENGKEL MEMBINA BLOG 2010 FASILITATOR SCHOOLNET DAERAH TENOM

TEMPAT: PUSAT KEGIATAN GURU, TENOM TARIKH: 15 NOVEMBER 2010 ANJURAN: FASILITATOR SCHOOLNET DAERAH TENOM KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA: PEJABAT PELAJARAN DAERAH TENOM

FASILITATOR SCHOOLNET
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

BORANG CADANGAN MENJALANKAN AKTIVITI

Nama Aktiviti

Bengkel Membina Blog 2010

Penyelaras Aktiviti En. Wong Nyek Kiong Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Tenom Kumpulan Sasaran : 18 Guru ICT sekolah rendah dalam daerah Tenom

Tempat dan Kumpulan Sasaran Jangkamasa Aktiviti Anggaran Belanja Cadangan Jawatankuasa

Mula : 15 November 2010

Ditanggung oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tenom Pengerusi Sharif Asri Bin Sharif Alam Cop & Tandatangan: Setiausaha Bendahari

Mohd. Samizul Samad

Mohd. Aizam Bin Siman

Diisi oleh Pejabat

Tarikh:

BAHAGIAN A

1.0.

PENGENALAN

PROGRAM BENGKEL BLOG 2010 merupakan aktiviti perintis berkaitan bidang Laman Sesawang Blog yang ditujukan khusus buat para guru terutamanya Guru ICT di sekolahsekolah rendah seluruh Tenom. Program ini diinspirasikan melalui inisiatif pendekatan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membudayakan ICT di peringkat sekolah. Justeru itu, Pegawai Fasilitator SchoolNet dihantar ke sekolah-sekolah terpilih [buat masa sekarang] melalui usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM] dan Government Integrated Technology Network [GITN] Sdn. Bhd. yang merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan [GLC]. Bersesuaian dengan matlamat MEMBUDAYAKAN ICT, program ini diharap dapat dijadikan suatu katalis atau anjakan paradigma buat warga guru khususnya Guru ICT untuk menimba atau meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam selok-belok dunia Blog. Dalam usaha untuk menjayakan hasrat ini, beberapa pendekatan dan gerak-usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan secara holistik dan berhikmah. Sebagai contoh dalam konteks program ini, kerjasama dari warga guru di semua peringkat [Guru berkaitan ICT,pentadbiran sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah] amatlah diperlukan untuk menjayakan program ini. Sikap cintakan ilmu pengetahuan, semangat kerjasama, ketabahan dari segi intelek dan emosi serta cabaran yang timbul perlu ditempuhi sebaik-baiknya bagi mencapai objektif PROGRAM BENGKEL BLOG 2010.

2.0.

OBJEKTIF PROGRAM

a. Memperkenalkan Blog, b. Menarik minat untuk membina Blog terutamanya laman blog sekolah, c. Memperkenalkan langkah untuk membina Blog dan pengurusannya,

d. Sebagai suatu usaha untuk menambah pautan sekolah atau yang berkaitan pendidikan dari sekolah masing ke laman sesawang Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tenom (Cadangan). 3.0. KUMPULAN SASARAN a. 20 orang guru ICT sekolah yang ada Pusat Akses dan Makmal Komputer dalam daerah Tenom. 4.0. TEMPOH

a. Masa : 8.00 pagi 5:00 petang b. Tarikh : 15 November 2010 5.0. PELAKSANAAN Manakala peserta

Program berlangsung selama sehari yang mana terbahagi kepada 5 slot. program akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

FS turut menjemput Pegawai Pelajaran Daerah untuk merasmikan Bengkel Membina Blog 2010. Slot 1 akan dibentangkan oleh FS Aizam (SJK(C) Chung Hwa) berkenaan dengan Pengenalan Kepada Blog secara teori. Slot 2 akan disambung oleh FS Sharif Asri (SK Mandalom Lama). Pada bahagian ini, peserta akan membina blog masing-masing dengan dibantu oleh FS sebagai pemudahcara. Slot 3, FS Mohd Samizul (SK Paguokon) akan menerangkan berkenaan dengan rekabentuk dan pengurusan blog secara terperinci. Peserta akan didedahkan secara teori dan praktis. Peserta diberi peluang menguruskan blog masing-masing secara praktis. Dengan dibantu oleh FS sebagai pemudahcara. Slot 4 diteruskan dengan pembentangan hasil rekaan terpilih kumpulan masing-masing. Slot 5 akan diakhiri dengan penerangan dasar dan pekeliling peraturan membina laman web/blog sekolah disampaikan oleh En. Wong Nyek Kiong, Penyelia Pelajaran dan Penyelaras Bengkel Membina Blog 2010 Jadual menyeluruh dan modul pembelajaran disertakan pada Bahagian C.

6.0.

PENUTUP

Dengan terlaksananya PROGRAM BENGKEL BLOG 2010 ini, ianya akan mendorong warga guru khususnya yang terlibat dalam bidang ICT di sekolah untuk meningkatkan lagi kemahiran insaniah [softskill] melalui pelaksanaan dan pendekatan objektif program ini. Penerapan ini amat diperlukan bagi mencapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi, maju, dan seimbang dari segenap aspek. Diharapkan agar segala perancangan akan berjalan lancar. Oleh itu, segala kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung amatlah diperlukan bagi melicinkan lagi perjalanan program ini agar dapat direalisasikan dengan jayanya.

AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA TERTINGGI PENASIHAT : ENCIK AJMAL HJ. JUMAH Pegawai Pelajaran Daerah Tenom : En. Wong Nyek Kiong Penyelia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) PPD Tenom : En. Sharif Asri Bin Sharif Alam Fasilitator SchoolNet SK. Mandalom Lama, Tenom : En. Mohd. Samizul Bin Samad Fasilitator SchoolNet SK. Paguokon, Tenom

PENYELARAS

PENGERUSI PROGRAM

SETIAUSAHA

PERALATAN

: En. Mohd. Aizam Bin Siman Fasilitator SchoolNet SJK(C) Chung Hwa, Tenom

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA FASILITATOR : Mohd. Aizam Bin Siman Mohd. Samizul Bin Samad Sharif Asri Bin Sharif Alam

BAHAGIAN C
MODUL BENGKEL 1. PENGENALAN KEPADA BLOG 1.1. Tujuan 1.2. Jenis Blog (peribadi, perkongsian, info, artikel, dll) 1.3. Faedah 1.4. Blog Sekolah dan P&P Interaktif 2. MEMBINA BLOG (PRAKTIKAL) 2.1. Mendaftar gmail 2.2. Mendaftar di blogger.com 2.3. Memilih jenis blog (Tajuk dan deskripsi) 2.4. Memulakan catatan 2.5. membuka halaman baru 2.6. menambah foto dalam penulisan 2.7. menambah pautan dlm penulisan **Pratonton blog guru masing-masing. 3. REKABENTUK DAN PENGURUSAN BLOG 3.1. Apa itu Header, Sidebar, Lower Bar, Footer? 3.2. Profil Blogger (sidebar) 3.2. Pengikut/Followers/Readers (sidebar) 3.3. Ruang pautan/capaian/link (sidebar) 3.4. Senarai blog yang diikuti/Bloglist (sidebar) 3.5. Ruang HTML (sidebar) 3.6. Ruang sembang (sidebar) 3.7. Ruang Foto (sidebar) 3.8. Ruang teks & nota (sidebar) 3.9. Header & Footer **Pratonton blog guru masing-masing. 4. PEMBENTANGAN BLOG TERPILIH DAN SOALAN LAZIM - Dibentangkan oleh kumpulan dan blog terpilih. 5. PEKELILING dan PERATURAN MEMBINA LAMAN WEB DAN BLOG SEKOLAH - Oleh Encik Wong Nyek Kiong, Penyelia Pelajaran Unit ICT Pembentang /Pemudahcara: En. Mohd. Aizam Bin Siman En. Sharif Asri Bin Sharif Alam En. Mohd Samizul Bin Samad

JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MEMBINA BLOG 2010


Masa Tarikh 15/11/2010 8:00 pagi 10:00 pagi Pengenalan Kepada Blog FS Mohd. Haizam 10:00 pagi 10:30 pagi 10:30 pagi 12:30 pagi Mendaftar dan Membina Blog FS Sharif Asri 12:30 tg.h 1:30 ptg 1:30 ptg 3:30 ptg Rekabentuk dan Pengurusan Blog FS Mohd. Samizul 3:30 ptg 4:20 ptg Pembentangan blog terpilih dan soalan lazim 4:20 ptg 5:00 ptg Pekeliling Peraturan membina Laman Web dan Blog Sekolah (En. Wong Nyek Kiong)

Rehat

Rehat

Senarai Sekolah Yang Terlibat

BAHAGIAN D
Perakuan Penyelaras Aktiviti Ulasan Penyelaras Aktiviti:

Nama &Tandatangan: Tarikh:

Perakuan/Komen dan Kelulusan Guru Besar / PPD Keputusan: ________________ ________________ Ulasan / Komen : Diperakukan / Diluluskan Tidak Diperakukan / Tidak Diluluskan

Nama & Tandatangan: Tarikh:

LAMPIRAN: JUSTIFIKASI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PENYELARAS 1. 2. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti/program yang dirancang dan ditetapkan. Membuat keputusan bersama-sama dengan pengerusi/pengarah program terhadap sesuatu perkara yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana lain. Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna seperti mana yang telah dirancang. Bersama-sama mengadakan perbincangan dengan pihak luar [sekiranya aktiviti tersebut melibatkan pihak luar]. Sebagai bahan rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.

3. 4. 5.

PENGERUSI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Membuat keputusan bersama-sama dengan Penyelaras terhadap sesuatu perkara yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana lain. Melengkap, menghantar, dan membuat tindakan susulan terhadap Borang Cadangan Menjalankan Aktiviti. Bertanggungjawab dalam menyemak perjalanan program dan tugas AJK. Memastikan segala kerja yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi Sekolah. Membuat pengesahan terhadap laporan akhir aktiviti. Melaporkan keputusan mesyuarat dan perkembangan projek kepada penyelaras projek.

SETIAUSAHA 1. 2. 3. 4. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat. Memaklumkan kepada ahli tentang panggilan mesyuarat. Menyediakan kertas kerja dan surat-surat rasmi yang berkaitan. Menyediakan laporan akhir aktiviti untuk dihantar kepada Pejabat Sekolah.

PERALATAN 1. 2. 3. 4. 5. Merangka dan merancang keperluan peralatan yang perlu untuk program. Membuat permohonan penggunaan barang atau peralatan yang perlu. Menjaga dan memastikan peralatan dalam keadaan yang baik. Membantu menyediakan segala keperluan untuk kelancaran program. Berperanan sebagai juruteknik ketika program berlangsung.

AJK PELAKSANA (PEMBENTANG DAN FASILITATOR) 1. 2. 3. 4. Memastikan program berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Membentangkan dan menerangkan isi kandungan kursus berasaskan modul yang ditetapkan. Memastikan modul kursus telah disiapkan dan menjalankan T.O.T bersama fasilitator. Menyediakan laporan akhir AJK Modul dan Pengisian.

SENARAI SEMAK JADUAL KERJA: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 10 11 Justifikasi Kerja 1 Perbincangan awal antara Pengarah Projek dengan Guru Besar / PPD. Sediakan borang cadangan menjalankan aktiviti. Perjumpaan Penyelaras aktiviti bersama jawatankuasa [lantikan, mesyuarat pertama dan melengkapkan kertas kerja oleh jawatankuasa program]. Semakan kertas kerja oleh Penyelaras aktiviti dan pembetulan semula kertas kerja oleh jawatankuasa program. Kertas kerja diajukan kepada Guru Besar / PPD untuk mendapat kelulusan. Pembetulan semula kertas kerja dan diajukan semula kepada Guru Besar / PPD [jika berkenaan]. Mendapat kelulusan daripada Guru Besar / PPD serta mula menjalankan aktiviti. Aktiviti dilaksanakan [Tarikh : 1-2 November 2010] dan pemantauan berkala oleh Penyelaras aktiviti. Mesyuarat post mortem antara Penyelaras aktiviti dengan jawatankuasa program. Pengerusi/Pengarah Program membentangkan laporan aktiviti beserta laporan kepada Pihak Pengurusan Sekolah / PPD. Bulan [10] 2 3 Bulan [ 11 ] 2 3

Senarai Semak (sila tandakan ): Justifikasi kerja setiap ahli jawatankuasa. Pengesahan Penerimaan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Ulasan dan tandatangan Penyelaras Program. Ulasan dan pengesahan daripada Guru Besar Sekolah / PPD. Carta Alir kerja [Carta Gantt] disediakan.

You might also like