Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh. Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini. Ayat Aktif 1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah. 2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar. 3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi. 4. Ayah membelah kayu api itu. 5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu. Jenis-jenis Ayat Aktif Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:1. Ayat aktif transitif 2. Ayat aktif tak transitif a) Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Perhatikan binaan ayat aktif transitif di bawah ini. Predikat Subjek Kata Kerja Transitif memancing membajak memarahi mematuhi merasmikan Objek ikan. sawah itu. anaknya. ajaran guru. bangunan baru itu. Ayat Pasif 1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan. 2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar. 3. Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya. 4. Kayu api itu dibelah oleh ayah. 5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.

1. Dia
2. Pak Samad 3. Sazali 4. Kami 5. Beliau

b) Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini. 1. Anak kecil itu pandai menyanyi. 2. Ibunya sedang mandi. 3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta) 2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb) 3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb) Perhatikan penerangan di bawah ini. a) Ayat Pasif Diri Pertama Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh: b) Rumah itu saya bina. b) Kereta itu kami beli. b) Jambatan itu aku robohkan. b) Ayat Pasif Diri Kedua Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Jam tangan itu kamu beli? 2. Kasut kulit itu awak gilap? 3. Buku novel itu anda baca? c) Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka. 2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam. 3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia. Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya. Contoh: 1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X) b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. () 2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X) b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. () 3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X) b) Nasi itu telah saya tanak. () 4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X) b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? ()

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

You might also like