Kaedah Pengawetan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

7.0 PENGAWETAN 7.1 JENIS-JENIS PENGAWETAN i. pengawetan basah ii.

pengawetan kering

PENGAWETAN BASAH Spesimen-spesimen boleh diawet dalam jangkaan masa tertentu di dalam larutan F.A.A (Formalin-aseto-alcohol solution).Bermacam-macam jenis larutan yang ditambah dengan kuprum telah disyorkan untuk mengawet tumbuhan namun begitu tidak ada yang boleh mengekalkan warna hijau untuk jangka masa yang lama. Penyediaan larutan F.A.A BAHAN Ethyl Alkohol 70% Formalin, Formaldehyde Asid Asitik glacial KUANTITI 90 ml 5 ml 5 ml

Bagi tumbuhan yang berkayu lembut digunakan 50% manakala gunakan 3ml asid asitik dan 7 ml formalin bagi tumbuhan-tumbuhan keras seperti berkayu.

PENGAWETAN KERING Tumbuhan boleh dikeringkan dalam penekanan tumbuhan (plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium.Kulat segar termasuk cendawan boleh dikeringkan di bawah matahari atau bawah pencahayaan terang.Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam bekas-bekas yang dimana dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang serangga memasuki dan

merosakkannya . Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering Langkah-langkah : Menyediakan bahan-bahan seperti: 1. Alat penekan (plant press) Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3cm x 48cm

panjang.Tumbuhan ini kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit.Anda perlu menyediakan dua belah alat ini.

2. Tali pengikat Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit.Boleh diperbuat daripada nilon atau jerami dan mestilah cukup panjang untuk diikat di sekeliling alat pengapit.

3. Kadboard (corrigated boards) Sediakan beberapa keping berukuran 33cmx50cm.Kadbod ini digunakan untuk mengapit specimen yang telah disususn di antara helain kertas sebelum dikapit dengan pengapit.

4. Lapisan kertas Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit specimen.Boleh juga menggunakan surat khabar.

5. Kertas herbarium

Kertas ini tebal iaitu berukuran 16 x 10 dan berwarna putih.Penyediaan specimen herbarium melibatkan proses mengutip,menekan (mengapit), melekat, melabel dan akhirnya mengecam specimen.

PROSES PENGAPITAN Seelok-eloknya memilih specimen yang mempunyai daun,bunga atau buahnya yang tidak dimakan ulat.Kemudian susunkan specimen ini di antara lapisan

kertas.Pastikan keratan specimen ini tidak melebihi kertas kadbod yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti.Sisinkan daunnya agar tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkannya jika perlu, cukup sekadar mempamerkan bahagian batang,daun dan bunga.Selepas itu anda perlu susun specimen di dalam kertas ini di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu.Dengan menggunakan tali dengan kuat, kepitkan specimen ini seelok-eloknya disekelilingnya beberapa kali pada pengapit tadi MENGERING SPESIMEN Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama spesimen dalam alat pengapit perlu didedahkan di bawah cahaya matahari. Pada keesokkan harinya anda perlu

membukannya

pengapit ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke lapisan kertas-

kertas baru. Betulkan dan atur semula daun-daun atau bunga yang terlipat semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu minggu. Kaedah pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat. Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan terus kedalam ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pad itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila perlu.

MELEKATKAN SPESIMEN (MOUNTING) Selepas anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah sedia untuk dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard adalah berukuran 16 1/2 x 10 1/2. Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan spesimen dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu mengubah mana-mana bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan bawah daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat dilihat perbezaanya. Batang tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herbarium dengan menggunakan benang jahitan. Anda perlu menebuk kertas herbarium ini dan jahitkan benang dengan menggunakan jarum. Disamping itu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam resin/emulsi. Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan membuat satu ikatan di belakang kertas herbarium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di batangnya atau digam terus pada kertas. Setiap tumbuhan mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan. MELABEL SPESIMEN Sesudah melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebalkannya selepas ini. Biasanya label ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang perlu adalah seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama pengutip, tarikh ianya dikutip dan nombor herberiumnya bagi tujuan rekod atau rujukan.

You might also like