Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

1/4 Pertama 1 hingga 5 Julai 2013 Minggu Pertama Di SK LB Johnson

Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan praktikum melapor diri kepada Puan Rohana bt Mohd Zin, Guru Besar, SK LB Johnson. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Selepas selesai perhimpunan pagi, kami pergi kembali bertemu dengan guru besar. Beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : - sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; - struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; - latar belakang murid dan masyarakat setempat; - tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; - pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Selepas selesai sesi taklimat, kami telah dibawa berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Encik Zakaria. Beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya tentang projek yang akan kami jalankan di sekolah ini. Selepas itu kami masuk ke bilik guru bagi melihat tempat duduk kami. Selepas itu kami telah diberikan jadual kelas masing-masing oleh guru penolong kanan 1. Pada hari kedua saya telah berjumpa dengan guru pembimbing bagi mendapatkan rancangan pengajaran tahunan. Selepas itu saya terus masuk ke kelas bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ketiga saya dan rakan yang lain telah ditugaskan untuk mengemaskan bilik menyimpan bahan bantu mengajar. Bilik ini adalah berdekatan dengan pusat sumber sekolah. Tugasan ini sebenarnya telah pun diberikan kepada kami semenjak praktikum yang lepas untuk dijalankan pada program internship kali ini. Pada hari keempat, saya telah memasuki kelas yang kedua dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar sekali. Pada hari kelima, saya dan rakan praktikum ditugaskan untuk melatih murid tahun 4 bagi menjalankan aktiviti senam robik. Senam robik ini merupakan salah satu projek internship kami pada kali ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

You might also like