Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Reka Bentuk Pengajaran

Definisi
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Reka bentuk pengajaran ialah proses sistematik dalam merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran (Dick & Reiser, 1989)

Kategori Reka Bentuk Pengajaran


Proses

Disiplin

Sains

Proses
Reka bentuk pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran (Briggs, 1977) Proses tersebut adalah merangkumi menganalisis keperluan P&P, membina sistem penyampaian, menyediakan bahan dan aktiviti P&P, melaksanakan perancangan P&P, membuat penilaian

Disiplin
Reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran, termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran (Duffy dan Jonassen, 1991)

Sains
Reka bentuk pengajaran merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran, baik kecil ataupun berskala besar pada semua peringkat.

Peranan Reka Bentuk Pengajaran


Meningkatkan pencapaian pelajar Menjadikan p&p bilik darjah lebih teratur Dapat mencapai objektif p&p dan hasil pembelajaran Menjadikan penyampaian p&p standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai Menjimatkan masa dan wang

MODEL ADDIE
A

Analysis (Analisis) Design (Reka Bentuk) Development (Perkembangan) Implementation (Perlaksanaan) Evaluation (Penilaian)

MODEL ASSURE
A

Analyse Learner (Analisis Ciri Pelajar)

State Objectives (Nyatakan Objektif P&P)

Select Method, Media And Materials (Pilih Media Dan Bahan P&P)

Utilise Media And Materials (Gunakan Media Dan Bahan P&P) Require Learner Response/Participation (Libatkan Pelajar Dalam Proses P&P)

Evaluate And Revise Materials (Nilai Dan Semak Semula)

Analisis Ciri Pelajar


a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,

b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.

Nyatakan Objektif P&P


a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. c) Pilih media dan bahan. Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

Pilih Media Dan Bahan P&P


a) Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai b) Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih c) Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran

Gunakan Media Dan Bahan P&P


a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. b) Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan. c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajan e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

Libatkan Pelajar Dalam Proses P&P


Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).

Nilai Dan Semak Semula


Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan: a. Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? c. Adakah suasana pembelajaran selesa? d. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

Bibliografi
Noriati etc. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Dajar Sdn. Bhd. Norasial etc. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://mycikgu.blogspot.com/2010/12/konsep-dandomain-teknologi-pendidikan.html

Terima Kasih

You might also like