Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

25hb Jun 2013 Pegawai Daerah Pelajaran Bintulu, Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, KM.

5, Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu.

Tuan, JEMPUTAN KE PROGRAM KURSUS KLINIK & KEJURULATIHAN RAGBI Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 1. Sukacita dimaklumkan, bahawa Kesatuan Ragbi Bintulu & Kesatuan Ragbi Bahagian Miri dengan sokongan Kesatuan Ragbi Sarawak akan menganjurkan Kursus Klinik & Kejurulatihan Ragbi dimana tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk memperkasakan jurulatih-jurulatih pasukan ragbi terutamanya guru-guru dan pegawai-pegawai sukan di institusi pendidikan di sekitar Bintulu dan Miri dengan pengetahuan asas ragbi dan kejurulatihan ragbi. 2. Butiran lanjut mengenai program tersebut adalah seperti di bawah: 24-25 Ogos 2013 Padang Pusat Belia, Miri, Sarawak RM 150/ seorang

Tarikh: Tempat: Yuran:

3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur adalah dengan berbesar hati ingin menjemput institusi-intitusi pendidikan di Bintulu untuk menghantar wakil seramai dua (2) orang dari setiap institusi untuk menghadiri kursus ini. Ini adalah sebagai persiapan untuk institusi-institusi pendidikan di sekitar Bintulu dan Miri untuk menghadapi sebarang temasya sukan yang akan dianjurkan Majlis Sukan Sekolah Malaysia mahupun badan-badan sukan yang lain di masa hadapan. 4. Sebarang makluman ataupun pertanyaan, bolehlah berhubung dengan kami di 012-3466000 (Hilman Syazwan Setiausaha Kesatuan Ragbi Bintulu), 012-8774927 (Sylvia Lian Setiausaha Kesatuan Ragbi Bahagian Miri). Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Yang benar,

(MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD RADZUAN) Presiden, Kesatuan Ragbi Bintulu. Salinan Kepada: 1. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu 2. Kesatuan Ragbi Sarawak

Borang Penyertaan: Kursus Klinik & Kejurulatihan Ragbi Anjuran Kesatuan Ragbi Bintulu & Kesatuan Ragbi Bahagian Miri 24-25 Ogos 2013 Padang Pusat Belia, Miri, Sarawak Nama Institusi: ________________________________________________________________________ Alamat Institusi: _______________________________________________________________________ No. Telefon: ___________________________________ Faks: __________________________________ Butir-butir pegawai yang menyertai program:

Nama No. K/P 1 No. Telefon E-mail Saiz Baju Nama No. K/P 2 No. Telefon E-mail Saiz Baju
Borang penyertaan ini hendaklah dikembalikan kepada urusetia penganjur pada atau sebelum 1 Ogos 2013 di bintulurugby@gmail.com atau s.vialian@gmail.com . Bayaran penuh boleh dibuat pada hari
program dijalankan.

----------------------------------------------------- kegunaan pejabat------------------------------------------------

Diterima pada:

You might also like