Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

'Kimaragang merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah.

Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Kimaragang ialah sebuah bangsa Dusunkadazan yang berasal di Utara Sabah, Pitas. Kimaragang juga boleh didapati di kawasan Kota Marudu, Malobang, Mendurian, Teluk Marudu dan Pitas. Ada sesetengah pihak yang menyatakan bah'wa Kimaragang berasal dari nama 'Nunuk Ragang' iaitu pokok ara yang mengatakan DusunKadazan mula menetap di Sabah.kimaragang juga dikatakan ber asal dari pada panaitan kawasan pitas/sandakan juga dikatakan wujudnya seorang pahlawan yang gagah perkasa iaitu tumunda,beliau juga dikatakan mempunyai ramai istri disetiap kampung.

Tarian Tradisional Tarian Pinakang merupakan tarian tradisi suku kaum KImaragang yang terkenal di Daerah Kota Marudu. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Pinakang ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.

Seni muzik dan seni tari orang bangsa Kimaragang (Momogun Kimaragang) agak berbeza dengan suku kaum lain kerana lebih lembut, merdu dan harmonis. Nama Tarian : Mongigol (Lelaki) - Mangandak (Wanita), Memiluk (Lelaki) Nama Muzik : Pinakang (yang menggunakan alatan tradisional seperti tagung, kulintangan, dan sebagainya) Nama nyanyian : tabai insi, todindot, dll. Nama sastera klasik : bo'or, rina'at, sunda'at dll.

Menangkuk Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas telapak tangan. Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring. Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih menarik.

You might also like