Soalan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

Siti Noor Aishah Bt.

Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Soalan 1: Bincangkan dapatan/ hasil lawatan tidak rasmi ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah yang berdekatan kampus Hasil Dapatan Lawatan Tidak Rasmi ke Bilik Kaunseling ke Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit, Kuala Lipis Kaedah: Temu bual 1. Hasil daripada temu bual yang telah kami lakukan bersama guru kaunseling Puan Rahmah Jamawi, kami mendapati bahawa memang pihak sekolah ini sedar bahawa terdapat 8 bidang kaunseling. Namun begitu hanya dua bidang yang telah dipilih untuk dijadikan aktiviti wajib dilaksanakan setiap tahun. Manakala bidang- bidang yang turut dilaksanakan tetapi menjadi aktiviti optional. Aktiviti yang wajib dilaksanakan di sekolah ini setiap tahun ialah: a. Kepimpinan ibu bapa dibawah bidang keibubapaan. b. Gangguan seksual dibawah bidang ............. Aktiviti yang menjadi optional ialah: a. Motivasi b. PINTAR c. Anti-Dadah d. Kitar Semula e. Kursus Kepimpinan Pengawas

2. Contoh program yang baru dilaksanakan di sekolah ini ialah Program Minggu Ilmuku Tatang, Sahsiahku Gemilang dimana program ini bertujuan untuk menambahkan minat dan meningkatkan semangat murid- murid sekolah ini dalam bidang akademik disamping menerapkan aspek sahsiah yang baik.

3. Selain, daripada melaksanakan program- program seperti yang telah dilaksanakan, antara fungsi lain yang dijalankan oleh bahagian bimbingan dan kaunseling di sekolah ini ialah dengan mewujudkan badan Tunas Rakan

Page | 1

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Sebaya yang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya jika di sekolah menengah.

4. Setelah melihat keadaan bilik kaunseling di sekolah ini, kami mendapati bahawa terdapat sebuah bilik untuk melaksanakan perkhidmatan kaunseling individu dan juga bilik untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling kelompok.

5. Bilik- bilik ini bukan sahaja diwujudkan untuk sekadar ada sahaja, akan tetapi ianya telah digunakan untuk tujuan yang menepati tujuan asal kewujudan bilik ini. Hal ini adalah berdasarkan temu bual yang kami buat bersama dengan Puan Rahmah.

6. Seperti di sekolah- sekolah lain, sekolah ini tidak lari daripada murid yang mengalami masalah- masalah seperi tidak hadir ke sekolah, tidak buat kerja rumah, pengambilan syabu, rokok, dan juga masalah perceraian keluarga.

7. Selain daripada memberikan perkhidmatan kaunseling kepada murid- murid, sekolah ini juga pernah memberikan khidmat kaunseling kepada seorang ibu.

8. Sebuah kes dimana seorang murid perempuan telah dirogol oleh ayahnya sendiri. Setelah disiasat, punca kes ini ialah hasil daripada perceraian ibu dan bapa murid ini. Murid ini kemudian diletakkan dibawah jagaan ayahnya. Semasa inilah ayahnya melakukan perbuatan keji ini. Kemudian ibunya mengetahui apa yang telah berlaku dan membuat laoran polis dan akhirnya hak penjagaan diberikan kepada ibu. Kemudian ibu membawa murid pindah ke sekolah ini. Apa yang menyebabkan guru di sini terpanggil untuk memberikan kaunseling kepada ibu bukanlah mengenai masalah yang dihadapi murid ini, tetapi mengenai sikap ibu yang mengambil kesempatan dengan meminta simpati daripada orang ramai untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Page | 2

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

9. Prosedur melaksanakan bimbingan dan kaunseling:

a. Hasil kenal pasti daripada guru- guru biasa ataupun guru kelas. b. Cadangan daripada guru- guru biasa ataupun guru kelas. c. Murid isi borang temu janji bersama guru kaunseling. d. Memandangkan guru kaunseling juga mengajar subjek lain, maka masa yang dipilih haruslah tidak berlanggar dengan masa mengajar guru kaunseling. e. Sesi perjumpaan tidak semestinya dilaksanakan 3 kali atau lebih. Hal ini kerana guru di sini melihat kepada perkembangan dan perubahan tingkah laku murid di dalam kelas. Sekiranya tidak terdapat perubahan, maka murid itu akan dipanggil untuk sesi kedua. f. Guru turut menyatakan Etika Kerahsiaan kepada murid sebelum sesi kaunseling dijalankan. Etika ini dilaksanakan secara lisan sahaja dan tidak dalam hitam putih. g. Untuk Kaunseling Kelompok pula, guru di sini hanya melaksanakan kaunseling ini dalam kumpulan 8 hingga 10 orang. Antara system yang digunakan oleh guru dalam kelompok ini ialah system buddy dan juga memberikan motivasi kepada murid.

Page | 3

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

10. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar kawasan bilik bimbingan & kaunseling di sekolah tersebut:

Page | 4

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Soalan 2: Buat carta aliran untuk mengenal pasti tingkah laku murid bermasalah oleh guru biasa.
2.0 PENGENALAN : MAKSUD TINGKAH LAKU BERMASALAH

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

Page | 5

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107) 2.1 CARTA ALIRAN MENGENALPASTI MURID BERMASALAH

Pemerhatian - pemerhatian dengan senarai semak - Pemerhatian di luar bilik darjah - Pemerhatian tingkah laku modifikasi tingkah laku Pentafsiran rekod prestasi

Temu bual dengan guru darjah/ibu bapa / penjaga murid. Ujian kertas dan pensel

Pentafsiran rekod profil

Page | 6

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107) 2.2 PENERANGAN

PEMERHATIAN . Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.

REKOD PROFIL Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

TEMU BUAL DENGAN IBU BAPA Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid : latar sosioekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

MODIFIKASI TINGKAH LAKU

UJIAN KERTAS DAN PENSEL Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.

1. Menetapkan matlamat 2. Menentukan strategi bertindak 3. Merancang prosedur atau plan bertindak 4. Melaksanakan bertindak 5. Memastikan pencapaian matlamat yang Page | 7 strategi mengikut plan

telah ditetapkan

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Soalan 3: Pilih satu teori kaunseling dan bincangkan kekuatan dan kelemahan teori berkenaan. TEORI BERPUSATAN KLIEN: CARL ROGERS Berpendirian bahawa manusia boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi

Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab

Menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien

Mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti yang baik dan mulia

Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syaratsyarat yang penting bagi mewujudkan perhubungan

Mewujudkan kepercayaan dalam diri klien terhadap kaunselor untuk meluahkan segala isi hati dan masalah yang dihadapi apabila wujudnya hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien

KEKUATAN

Memupuk pendapat bahawa klien merupakan rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

Page | 8

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Teknik ini tidak mempunyai teknik atau tatacara tertentu yang terdapat dalam beberapi teori yang lain

Tanpa panduan atau arahan, manipulasi proses kaunseling akan memakan tempoh masa yang panjang.

Kebanyakan konsep dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah kerana ianya terlalu abstrak.

KELEMAHAN

Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa kepada hasil yang tidak begitu memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur dan seterusnya boleh menghasilkan kesimpulan yang tidak tepat

Teori ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien
Page | 9

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Soalan 4: Bincangkan bagaimana guru biasa boleh mengaplikasikan kemahirankemahiran asas agar dapat mengenalpasti masalah / isu murid-murid mereka.

4.1 Pengenalan Kemahiran Asas dalam Bimbingan Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat, kemahiran mendengar dengan aktif, berempati, kemahiran menyoal, dan kemahiran membuat rumusan. 4.1.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif Guru mestilah menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan

menghormatinya, walaupun anda tidak bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya.

4.1.2 Kemahiran mendengar secara aktif

Mendengar sangat berkait rapat dengan memberi perhatian. Rogers (1951) merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda non-verbalnya, seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997]. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah mendengar dengan telinga, mata dan hati! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan
Page | 10

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

pelajar. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien, dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah: Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka, tetapi janganlah merenung klien. Air muka anda haruslah tenang, menunjukkan minat, dan konsisten dengan angin klien. Suara anda haruslah tenang, jelas, tidak terlalu kuat atau berdominasi, dan menggunakan intonsi perbualan. Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien seperti gugup, tertekan, sedih atau marah melalui pergerakan badan, air muka dan suaranya. Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka, tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya. Gunakan respon galakan yang minimum, seperti anggukan kepala, dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap.

Page | 11

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya: Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam? Kamu kelihatan tegang, tak perlu terburu-buru, kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu.

Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum): Uh-hmm ; Lepas itu? ; Sila teruskan ; Dan? Oh? Lepas itu apa yang berlaku..?

(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya. Dalam imbas kembali, anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat,

yang diluahkan klien.

bukannya kritikan atau sindiran atau merendah-rendahkan. Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi segala yang dikatakan oleh klien, seperti burung kakatua. Contoh kemahiran mengimbas kembali; Pelajar: Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Saya perlukan bimbingan Guru: Awak perlu bimbingan dalam Matematik? (fokus anda adalah terhadap situasi) ATAU Guru: Awak bimbang mengenai Matematik? (fokus anda adalah terhadap perasaan pelajar)

Page | 12

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

(iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa, anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien, supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda. Contoh memparafrasa ialah;
Pelajar: Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, mere ketawakan saya. Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu?

Guru:

Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah, dan membuang masa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, lalu memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya, ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini, anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya, supaya maksudnya menjadi lebih jelas, dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Kemahiran ini memastikan bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. Contoh respons yang meminta penjelasan daripada klien:
Pelajar: Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, kawan-kawan saya ketawakan saya. Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak, awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja, maksud awak begitu? Page | 13

Guru:

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

4.2.3 Kemahiran Berempati

Apabila anda berempati dengan seseorang, anda sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain. Rogers lebih suka menganggap

empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang, dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones, R., 1997]. Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya. Garis panduan menunjukkan empati: Respons anda haruslah selari dengan perasaan atau angin orang itu; Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya, dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat; Gunakan pandangan orang tersebut dan bercakap dari sudut

perspektif/pandangannya; Selalu semak semula dengannya sama ada anda telah memahami

pandangan/perasaannya dengat tepat, jangan buat andaian; Jangan memberi respons dengan menyatakan saya faham bagaimana anda rasa ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya. Kenyataan seperti saya rasa sama seperti kamu juga tidak membantu, ia merupakan simpati dan bukan empati!

Page | 14

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Contoh respons empati dalam sesi bimbingan Pelajar: Apabila saya cuba jawab dalam kelas, pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab. Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak.

Guru:

# Tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya.

Page | 15

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

4.2.4 Kemahiran Menyoal (Memudah Cara) Dalam bimbingan, kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir, serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga, atau sebagai soal siasat, atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Jangan menggunakan soalan

untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi. Ketika memudahcarakan, soalan dikemukakan dengan nada lembut, dan relaks, sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan

tertutup (lihat contoh di bawah), kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung, yang akan membantu untuk memulakan perbincangan. Contoh soalan terbuka.
Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita? Biasanya bagaimana awak belajar di rumah? Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?

Soalan mengapa selalunya tidak membantu contohnya mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah? kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih Soalan yang lebih baik harus berbunyi Apa

defensif, dan mendorongnya mencari alasan, dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. masalah anda dalam membuat kerja rumah? Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu, kerana ia menutup perbincangan, tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan).
Apa pekerjaan bapa awak? Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?

Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang berasa tertekan untuk memberi jawapan.

Page | 16

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

4.2.5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula. Ia juga membantu klien membuat tumpuan

terhadap matlamat dan keperluannya semula, serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. Semasa sesi bimbingan, anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit, atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya. Selepas membuat

rumusan, pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi:
Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama, dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Begitu?

Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi:


Liza, ketika kamu bercakap, saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat penting kepada kamu, sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu, walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Meskipun begitu, kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba, namun tiada orang yang berpuas hati. membuatkan kamu berasa tertekan Keadaan ini

dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu.

Dalam perbincangan seterusnya nanti, kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu, dan kita cuba cari jalan, cara lain untuk mendekati mereka. Boleh tak begitu?

Page | 17

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

TUTORIAL 5 :

KENDALIKAN SATU BENGKEL (HANDS-ON) UNTUK TERAPI BERMAIN, TERAPI BERCERITA, TERAPI SENI, TERAPI MUZIK DAN TERAPI BIBLIO

TERAPI BERMAIN Tujuan dan Kegunaan Bermain Membawa perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal,intelek dan sosioemosi secara seimbang dan menyeluruh. Bermain dengan objek membolehkan kanak-kanak membentuk konsep abstrak di samping pembelajaran hukum dan prinsip seperti prinsip pengabadian dan pengapungan. Melalui main sensorimotor dan permainan,kanak-kanak dapat membentuk kemahiran fizikal Melalui main asosiatif dan koperatif,kanak-kanak dapat membentik kemahiran sosial Melalui main simbolik dan sosiodramatik,kanak-kanak dapat menguasai situasi kehidupan harian di samping membuat persediaan untuk kehidupan dan peranan alam dewasa. Main sosiodramatik pula melatih kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur dan menggunakan bahasa yang sesuai Permainan bahasa pula membolehkan kanak-kanak membentuk kemahiran literasi Aktiviti pengayaan seperti permainan matematik membolehkan kanak-kanak memperkukuh dan mengaplikasi kemahiran mengira dalam situasi kehidupan harian

Page | 18

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Kepentingan Main dalam Perkembangan Kanak-kanak Melepaskan tenaga badan yang berlebihan.H.Spencer (1973) Mengurangkan emosi kebimbangan dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan yang salah sewaktu berada di dalam dunia khayalan.Sigmund Freud(1968) Menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak di samping memperkukuh pembelajaran yang baru diadakan sementara membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam suasana yang santai.Jean Piaget (1962) Membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan dan

menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung.L.Vygotsky(1 976) Aktiviti permainan memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi intelek,jasmani,rohani dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran yang dipelajari (Konteks pendidikan) Sesuatu permainan bahasa yang baik dan sangat berkesan untuk

menghilangkan kebosanan latihan congak di bilik darjah kerana ia membawa keseronokan serta mengurangkan ketegangan di dalam keadaan pembelajaran bahasa di samping mengukuhkan aktiviti pembelajaran tersebut.Julia

Dobson(1970)

Page | 19

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Definisi Terapi Bermain Persatuan Terapi Bermain mentakrifkan terapi bermain sebagai penggunaan secara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonel.Ini dilakukan apabila terapis bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik bermain untuk menolong klien mencegah atau menyelesaikan masalah

psikososial dan mencapai pertumbuhan serta perkembangan optimum. Terapi bermain merupakan suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanakkanak.Carmichael(2006)

Kegunaan Terapi Bermain Intervensi asas untuk pelbagai keadaan kesihatan mental seperti pengurusan marah,kesedihan,trauma,modifikasi gangguan tingkah laku misalnya,

kebimbangan,depresi,ADHD,autism,perkembanagan kognitif,sosial dan fizikal yang kurang kodusif Terapi bermain sering digunakan sebagai alat untuk diagnosis.Misalnya,terapis bermain memerhati klien bermain dengan objek mainan untuk menentukan punca gangguan tingkah lakunya.

Pendekatan Terapi Bermain Penggunaan proses desensitizasi secara sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubah gangguan tingkah laku kanak-kanak. Selepas kanak-kanak habis menggunakan alat penyelesaian masalah

sendiri,mereka menimbulkan tingkah laku bermasalah baik di rumah mahupun di sekolah.

Page | 20

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Maka,terapis akan menggunakan bermain untuk menilai atau memahami aktiviti bermain kanak-kanak di mana mengaplikasikan pendekatan terapi bermain untuk mnolong mereka mengadaptasi gangguan mental dan mengenalpasti penyelesaian masalah mereka.

Melalui kawalan masalah dalam klinik terapi bermain,kanak-kanak mendapat penyelesaian yang berkesan dan seterusnya mengubah dengan cara mereka berfikir sesuai.

Manfaat Terapi Bermain untuk Kanak-kanak Membantu kanak-kanak : Menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk lebih strategi berkesan Membangun penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain Belajar mengalami dan emosi yang dinyatakan Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan orang lain Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengan keluarganya Membentuk keberkesanan(effiacacy) kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehannya.

Page | 21

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

TERAPI MUZIK Pengenalan Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai terapi yang memulihkan. Seni Muzik dan masyarakat tidak boleh dipisahkan sejak dari zaman awal tamadun manusia hinggalah sekarang . Setiap lapisan masyarakat memiliki satu bentuk muzik kegemaran yang disebut genre yang muncul pada era yang berbeza Muzik atau lagu-lagu menjadi pilihan sebagai teman kerana dikatakan mampu merangsang rasa tenang, bersemangat, gembira dan memberontak mengikut selera masing-masing. Bagi yang resah gelisah dalam kesesakan jalan raya mendengar lagu-lagu berirama lembut dan perlahan boleh memelihara mood yang baik sebelum sampai kerumah dari tempat kerja.

Sejarah Terapi Muzik Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang. R Saoud dalam tulisannya bertajuk The Arab Contribution to the Music of the Western World menyebut al-Kindi sebagai psikologi Islam pertama yang mempraktikkan terapi muzik.
Page | 22

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Menurut Saoud, pada abad ke-9 M, al-Kindi sudah menemukan adanya nilai-nilai terapi dalam muzik.

Dengan terapi musik, al-Kindi mencuba untuk menyembuhkan seorang anak yang mengalami lumpuh sepenuhnya.

Terapi muzik juga dikembangkan ilmuwan Islam lainnya yakni al-Farabi (872-950 M) yang menjelaskan tentang terapi muzik dalam risalah yang berjudul Meanings of Intellect .

Terapi musik berkembang semakin pesat di dunia Islam pada era Kekhalifahan Turki Usmani berkuasa. Prof Nil Sari, sejarawan Perubatan Islam dari Fakulti Perubatan Universiti Cerrahpasa Istanbul mengungkap perkembangan terapi muzik di masa kejayaan Turki Usmani.

Menurut Prof Nil Sari, pemikiran yang dicetuskan ilmuwan Muslim seperti alRazi, al-Farabi dan Ibnu Sina tentang muzik sebagai alat terapi dikembangkan para ilmuwan di zaman kejayaan Turki Usmani.

Mereka antara lain ialah, Gevrekzade (wafat 1801), Suuri (wafat 1693), Ali Ufki (1610-1675), Kantemiroglu (1673-1723) serta Hasim Bey (abad ke-19 M).

Page | 23

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Definisi Terapi Muzik Terapi muzik merupakan suatu profesion penjagaan kesihatan yang

menggunakan muzik untuk menjaga keperluan individu dari aspek fizikal, emosi kognitif dan sosial. Dalam perubatan, terapi muzik disebut sebagai terapi pelengkap

(Complementary Medicine) Potter mendefinisikan terapi muzik sebagai teknik yang digunakan untuk penyembuhan suatu penyakit dengan menggunakan bunyi atau irama tertentu.

Tujuan Terapi Muzik Mengurus tekanan Memulihkan kesihatan Mengekspress perasaan Meningkatkan ingatan Menambahbaik komunikasi Menggalakkan pemulihan fizikal

Golongan Sasaran Kanak-kanak Remaja Dewasa Warga tua

Menghadapi masalah gangguan mental dan pembelajaran bermasalah. Penyakit Alzheimer. Masalah penyalahgunaan dadah. Kecerdasan otak. Kesakitan kronik. Ketidakupayaan fizikal. Bersalin.

Page | 24

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Teknik-teknik Terapi Muzik 1. Menilai kesihatan emosi, fizikal dan fungsi sosial. 2. Kebolehan komunikasi dan kemahiran kognitif melalui respons muzik. 3. Merancang sesi muzik untuk individu dan kumpulan berdasarkan keperluan klien dengan menggunakan improvisasi muzik 4. Mendengar muzik dengan hati terbuka. 5. Persembahan muzik. 6. Pembelajaran melalui muzik. 7. Perancangan rawatan. 8. Penilaian On-Going. 9. Tindakan Susulan.

Kriteria Rawatan Asas Terapi Muzik Berasaskan kajian Taigo (1992), beliau menyarankan kajian tiga criteria rawatan asas untuk orang autistic iaitu : 1) Sturktur gambaran secara keseluruhan antara muzik dengan sesinya 2) Mencerminkan pergerakan fizikal, nada atau kualiti suara emosi demi membawa penerimaan dan kefahaman klien 3) Diintegrasikan dengan teori integrasi sensori

Page | 25

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Strategi Umum untuk Terapi muzik Struktur Rancangan jadual waktu bergambar Hubungan Terapeutik Keperluan terapis mengkomprehen dan meramal perkembangan hubungan interpersonal dengan klien. Kawalan Emosi Menggunakan rangka kerja muzik yang sesuai untuk mengawal emosi kanakkanak autistik apabila mereka melepaskan emosi yang bukan normal. Interaksi Muzik Dimulakan dengan muzik sedia ada / pengubah. Integrasi Sensori Bagi klien autistik yang menghadapi masalah pemprosesan maklumat dengan sensori, terapis harus integrasi dengan pendekatan lain yang sesuai supaya mengurangkan tingkah laku yang menghalang keupayaannya memfokus dan berkomunikasi dengan orang lain.

Page | 26

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Proses Perancangan Pelaksanaan Terapi Muzik 1) Mendapat persetujuan klien dengan rancangan rawatan dan etika intervensi. 2) Mengatur prasesi untuk klien menghadiri di bilik terapi supaya membenarkannya memeriksa kemudahan-kemudahan yang sedia ada. 3) Mengadakan tempoh penilaian untuk menentukan strategi dan struktur sesi terapi yang sesuai. 4) Merekod secara terperinci semua aktiviti yang dilaksanakan setiap sesi terapi. 5) Refleksi atau tindakan terapis diadakan selepas setia sesi untuk mengubahsuai dan menambahbaikan teknik intervensi dalam sesi berikutnya. 6) Memberitahu klien dan penjaganya rancangan dan rawatan sesi yang berikutnya. 7) Mengakhiri sesi terapi dengan teknik yang sesuai dan membenarkan masa yang cukup bagi klien memahaminya.

Page | 27

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

TERAPI SENI Definisi Terapi Seni Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu,

kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Pekerjaan terapi seni adalah berdasarkan pengetahuan tentang teori

perkembangan dan psikologi manusia yang dilaksanakan sepenuhnya mengikut penilaian dan rawatan model spektrum termasuk pendidikan, psikodinamik, kognitif, transpersonal dan maksud terapuetik lain yang mendamaikan konflik emosi, mendidik keinsafan diri, memperkembangkan kemahiran social,

mengurus tingkah laku, menyelesaikan masalah, mengurangkan kebimbangan, membantu penyesuaian kenyataan dan meninggikan sanjungan diri. (AATA, 1999) Tujuan Terapi Seni Keinsafan diri Kemahiran pertahanan diri yang sihat Kebebasan memperbaiki komunikasi Penyembuhan jiwa Perkembangan kognitif Memperbaiki kawalan gerak hati Memperbaiki kepuasan diri Terapi Seni Adalah berpusat kepada klien

Page | 28

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Membenarkan kepada ekspresi yang selamat dari kesukaran Adalah berbentuk semulajadi dari ekspresi kanak-kanak Menolong orang dewasa membuka laluan dalaman diri mereka Tidak memerlukan pengalaman seni atau bakat

Sejarah Terapi Seni Pada kebudayaan tradisional, dipercayai seni menyembuhkan dunia, bukan sahaja individu. Mereka mempercayai bahawa seni mengubah cara memburu, kesuburan, tanaman, cuaca, usia sesuatu kaum dan bumi. Hari ini kebanyakan ahli terapi seni juga mempercayai karya mereka menolong menyembuhkan bumi. Mereka berkarya tentang alam sekitar atau eko-art untuk menyembuhkan tetangga, sungai atau mencipta keamanan dunia.

Mengapa Terapi Seni Digunakan? Terapi seni amat menolong kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang mempunyai masalah untuk menyuarakan perasaan mereka. Mereka yang bergelut dengan kehilangan signifikan, trauma, penderaan silam, resah yang berpanjangan, penyesuaian terhadap masalah keluarga, mereka atau yang mempunyai masalah imej tubuh atau penyakit fizikal. Ia juga bertepatan kepada mereka yang mempunyai kemahiran lisan atau condong kepada intelektual di mana seni dapat menolong lintas lansung pada bahagian yang ingin disuarakan. Kanak-kanak memilih seni sebagai bahasa bersahaja untuk ekspresi diri menjadikan mereka sentiasa lebih selesa meneroka gejolak perasaan menerusi seni. Remaja pula pada peringkat kapisiti kreativiti dan sambil mereka bergelut mencari identiti individu di dunia yang keliru, seni bolehmemudahkan eksplorasi

Page | 29

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

diri, memperbaiki keinsafan diri, dan menggalakkan pemilihan tanggungjawab dan perkembangan positif. Terapi seni bermunafaat walaupun seseorang itu tiada masalah. Ia menolong meninggikan nilaI perkembangan personal, menambahkan dan mendalami keinsafan diri, kreativiti dan imiginasi. Menghasilkan karya di dalam terapi seni memudahkan eksplorasi identity, membuat pilihan kehidupan yang positif dan menyokong seseorang di kala menghadapi peralihan kehidupan. Setiap insane mempunyai kreativiti di dalam diri: terapi seni dapat menolong membuka kesenian dalaman untuk pengayaan banyak aspek pada kehidupan seseorang.

Tugas Terapi Seni 1) Penasihat o Bekerjasama dengan guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah mengenai pembelajaran, social dan masalah tingkah laku. o Menolong orang ramai memahami perkembangan kanak-kanak dan pertaliannya kepada pembelajaran dan tingkah laku o Menguatkan ikatan pertalian antara para pendidik, ibu bapa dan masyarakat.

2) Mendidik o Menyediakan program pendidikan untuk : strategi pengurusan kelas, kemahiran keibubapaan, bekerja dengan pelajar yang memerlukan pemerhatian khas, strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan seni sebagai penilaian informal di dalam kelas, dan perkembangan kanakkanak dan pertalian kepada kognitif dan perkembangan emosi.

Page | 30

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

3) Menilai o Bekerja rapat dengan ibubapa dan guru, terapis seni di sekolah menggunakan pelbagai teknik untuk menilai. o Perkembangan kognitif dan emosi o Kekuatan dan kelemahan akademik o Program kelas dan sekolah o Perkembangan sahsiah

4) Skop Tugas o Bekerja secara terus dengan pelajar dan keluarga untuk menyelesaikan konflik dan permasalahan di sebabkan pembelajaran dan penyesuaian. o Menyediakan kaunseling dan latihan kemahiran sosial, pengurusan tingkah laku dan lain lain campur tangan. o Menolong keluarga melayan krisis kesukaran seperti penceraian atau kehilangan.

5) Mengkaji o Menaksir keberkesanan program akademik, perjalanan prosidur

pengurusan, dan perkhidmatan lain yang disediakan di sekolah. o Menjalankan kajian untuk menghasilkan pengetahuan baru bagi

memperbaiki pembelajaran dan tingkah laku.

Page | 31

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Elemen dalam Gambar yang Perlu Diberi Perhatian Apa yang ganjil Cari objek yang melambangkan halangan Pantau sesuatu yang kurang/hilang Apa yang berada di tengah/centre point Saiz Bentuk yang terpesong Perspektif Bayangan Perhatikan sempadan/tepian Banding dengan persekitaran Penambahan Kesan dipadam Perkataan Garis sempadan Perkara kabur Warna Maklumat/objek yang

Page | 32

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

TERAPI BERCERITA Pendahuluan Suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan

menggunakan perkataan, imej dan suara. Cerita sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya dan pemupukan nilainilai moral. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak dan perwatakan, pandangan dan nilai-nilai murni.

Bercerita Untuk Terapi Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi muridmurid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. Hal ini demikian kerana melalui derita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita.

Page | 33

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Kegunaan Cerita Untuk Terapi Cerita menggambarkan hidup emosi dalaman Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka member kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan suatu konteks untuk menolong mereka memahami perasaan tersebut. Oleh itu, kana-kanak tersebut menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian. Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatif Lazimnya, setiap cerita mempunyai masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah atau konflik tersebut. Dengan cara ynag demikian, cerita mengajar kreatif dan ketabahan. Cerita menunjukkan tindakan dan akibat Cerita memberikan contoh kegagalan dan kejayaan, kesedihan dan

kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak sama ada positif atau negatif. Ini member tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positif pada masa kelak.

Matlamat Teknik Bercerita Membolehkan kanak-kanak yang mengalami pengalaman traumatik memproses pengalaman yang diceritakan. Supaya kanak-kanak dapat belajar sifat kepercayaan dan perasaan keselamatan dengan menggunakan proses modeling atau peniruan. Hanya boleh dicapai di bawah keadaan tanpa defensif.

Page | 34

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Kanak-kanak yang mempersepsikan watak cerita yang berjaya menangani hanlangan yang serupa akan mendorong keyakinan bahawa kejayaan boleh dicapai dan perubahan positif adalah realistic.

Teknik Terapi Bercerita Sensitif Terapis yang berpengalaman akan menggunakan teknik supaya cerita itu tidak akan seakan-akan menyamai situasi yang dialami klien. Kreatif Cerita haruslah disampaikan dengan penuh kreatif, semangat dan sepenuh perasaan. Seeloknya pemilihan nada dan bahan sokongan juga perlu ada. Positif Akhiri cerita dengan peristiwa positif, kejayaan watak menyelesaikan masalah. Galakkan kanak-kanak reka cerita Selepas mendengar cerita, kanak-kanak digalakkan untuk mereka cerita serupa dengan tema cerita yang tadi.

Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita 1) Memilih cerita yang sesuai dengan minta, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. 2) Sebelum sesi bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. 3) Alat bantu mengajar juga harus disediakan dan diikuti dengan soalan-soalan.

Page | 35

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

4) Pastikan murid sudah bersedia sebelum memulakan cerita. 5) Guru boleh berdiri atau duduk. 6) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi. 7) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. 8) Pastikan suara guru jelas, lantang dan adanya variasi suara. 9) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami cerita dengan lebih jelas. 10) Guru boleh menanyakan soalan untuk menggalakkan murid meramal

perkembangan cerita selanjutnya. 11) Pastikan pemilihan perkataan dan ayat boleh difahami oleh murid. 12) Isi cerita haruslah disampaikan dengan gerak-geri semulajadi. 13) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus dijalankan. Contoh : soal jawab.

Peringkat Aktiviti Bercerita 1) Perancangan dan Persediaan Guru bermula dengan memilih tajuk cerita yang sesuai. Kriteria : a. Tema : mengandungi nilai moral yang murni. b. Isi : menarik dan perkataan yang dipilih sesuai dengan pengalaman murid. c. Tempoh : panjang cerita sesuai dnegan peruntukan masa. Selepas cerita dipilih, guru hendaklah : a. Cuba berlatih menghafaz dan bercerita sendiri tanpa pendengar. b. Menyediakan alat bantu mengajar semasa bercerita.
Page | 36

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

c. Menyediakan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah : a. Menyusun tempat duduk murid agar mereka dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. b. Tempat bercerita dihias dengan alatan atau gambar yang sesuai.

2) Sesi Bercerita Dimulakan dengan satu set induksi yang menarik dan berkaitan. Guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid. Pastikan setiap murid telah member perhatian sepenuhnya. Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dnegan menggunakan soalan-soalan membimbing.

3) Penutup Tujuan : membantu murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan. Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya : a. Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan. b. Menyuruh murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. c. Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. d. Membimbing murid berlakon berdasarkan isi cerita yang telah disampaikan. e. Menyuruh murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar.

Page | 37

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

TERAPI BIBLIO

Definisi Terapi ini melibatkan penggunaan buku-buku untuk membantu individu menyelesaikan masalah. Merupakan satu teknik menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien. Pemudahcara dnegan klien berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur yang dibaca. Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bacaan bahan penulisan yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak (peroleh ilmu, luahkan perasaan dna selesaikan masalah). Ia juga dikenali sebagai bimbingan murid.

Sejarah Mula dikesan dari masa orang Yunani : o Terdapat sebuah papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat sumber dengan kata-kata : Tempat Merawat Jiwa. (Zaccaria dan Moses dalam Nyystul, 2003) Diaplikasikan selepas Perang Dunia Kedua : o Anggota tentera yang cedera membaca dalam tempoh pemulihan. o Mempercepatkan pemulihan.

Page | 38

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Konsep Fleshman dan Fryrear (dalam Nystul, 2003) menyatakan bahawa konsep utama kaunseling biblioterapi berasal daripada teori psikoanalisis Freud iaitu : o Unsur kesejagatan o Indentifikasi o Catharsis o Celik akal o Penyelesaian masalah

Rasional : Memupuk konsep kendiri positif individu. Menambahbaik kefahaman tingkahlaku manusia dengan motivasi. Memupuk penilaian dan refleksi kendiri individu secara jujur. Melepaskan tekanan emosi atau mental. Menunjukkan kepada klien terdapat pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Menimbulkan minat terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling. Menolong individu merancang tindakan konstruktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Menunjukkan kepada klien bukan dirinya sahaja yang menghadapi masalah tersebut. Menolong individu membincangkan masalah secara senang hati.

Page | 39

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Prosedur Pelaksanaan 1) Memotivasikan individu menyertai aktiviti pengenalan. 2) Mempunyai masa yang cukup untuk membaca bahan berkaitan. 3) Membenarkan masa refleksi dan penilaian. 4) Menyediakan masa tindakan susulan. 5) Penutup merangkumi penilaian kaunselor dna penilaian klien.

Contoh situasi : 1) Seorang kanak-kanak bersedih atas pemergian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan. Kanak-kanak tersebut berasa sangat kesunyian dan tiada tempat bergantung. 2) Kanak-kanak membaca atau dibacakan dnegan cerita dan sesuatu bahan bacaan yang menarik. 3) Terhibur dan kesunyian yang dirasakan akan berkurangan. 4) Kesimpulannya, ia adalah proses mengenal manusia melalui ekspresi dalam literatur dan seni.

Page | 40

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Kebaikan dan Kelemahan Kebaikan Bagus untuk individu yang tidak boleh ditegur / cepat terasa, proses dalaman secara tidak langsung. Memupuk sikan membaca. Konsep do it yourself. Kelemahan Tidak boleh dijalankan kepada

individu yang tidak boleh membaca. Lebih efektif kepada individu yang lebih dewasa, lebih matang untuk memahami dan mengaplikasi apa yang dibaca.

Jenis Buku Cerita pendek Biografi Buku bantu-kendiri Cerita dongeng Buku gambar

Page | 41

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Soalan 6 : Bincangkan bagaimana seorang pemudah cara dalam sesi kaunseling kelompok boleh membantu ahli-ahli kelompok boleh membantu ahli-ahli kelompok.

Antara peranan pemudah cara dalam sesi kaunseling kelompok boleh membantu ahliahli kelompok yang lain ialah: 1. Pengarah Belian dikehendaki menentukan matlamat dan tujuan kelompok, serta

menjalankan proses pemilihan ahli dengan sempurna. Perancangan yang rapi juga merangkumi aspek-aspek pemilihan tempat, dan penentuan masa yang sesuai. Kemudian, pada peringkat orientasi kelompok, pemudahcara mengubah peranan menjadi seorang pemerhatiuntuk mengenalpasti apa yang ditunjukkan, arah mana yang sedang ditujui oleh kelompok, dan adakah arah tersebut akan membawa kepada pencapaian matlamat kelompok.

2. Orang yang berkecuali Semasa sesi kauseling kelompok berlaku, pemudahcara berperanan sebagai seorang yang berkecuali bererti bahawa beliau harus bersifat objektif terhadap isu perbincangan ahli. Dengan ini, beliau dapat menumpukan perhatian kepada proses dan dinamika kelompok.

3. Orang yang tidak campur tangan. Di dalam teori pemusatan perorangan Rogers, seseorang kaunselor perlu memiliki sifat empati, tulen dan menerima klien secara positif tanpa syarat. Oleh itu, di dalam sesi kauseling kelompok ini juga, pemudahcara ini perlu mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam membincangkan tentang kandungan isu yang berkenaan.

Page | 42

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

4. Manipulator Sekiranya kelompok menemui jalan buntu, pemudahcara perlu memainkan peranan sebagai manipulator untuk membawa ahli-ahli kembali ke pangkuan yang betul. Tambahan dari itu, pengiktirafan dan penghargaan secara positif kepada sumbangan semua ahli hendaklah tidak bersifat pilih kasih. Tetapi, pemudahcara perlu berhati-hati dan peka dengan niat buruk di sebalik idea yang dikemukakan.

5. Pengurus Pemudahcara perlu bertindak sebagai pengadil demi memastikan perbincangan kelompok berjalan dengan lancer dan tidak menyimpang dari tajuk. Pada masa tertentu, beliau mungkin perlu berhentikan perbincangan tajuk yang tidak akan mendatangkan apa jua hasil atau manfaat kepada mana-mana ahli. Peranan ini hendaklah dimainkan dengan diplomasi agar tidak menyinggung hati sesiapa pun dalam kalangan kelompok.

6. Pemangkin Oleh kerana ahli-ahli dalam sesi kaunseling kelompot terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mana mungkin akan menimbulkan masalah seperti memonopoli masa, bersikap agresif terhadap yang lain dan seumpamanya, maka pemudahcara perlu memastikan supaya mengoptimumkan pencapaian kelompok dan kepuasan ahli-ahli. Peranan ini akan terbukti apabila matlamat kelompok dan matlamat ahli secara peribadi dapat tercapai.

Ringkasnya, peranan pemudahcara dalam satu sesi kaunseling kelompok bukanlah mudah. Oleh itu, setiap pemudahcara perlu memahami serta mendalami ilmu-ilmu atau teori-teori yang berkaitan kaunseling serta memiliki cirri-ciri peribadi yang baik.

Page | 43

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

Soalan 7: Bincangkan analisis satu inventori personaliti yang telah dilakukan dengan menekankan kepada implikasi inventori berkenaan kepada diri pelajarpelajar APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INVENTORI PERSONALITI? Sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait psikologi seperti kebolehan am, potensi, personaliti) Ujian yang mengukur potensi murid/pelajar untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka Satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan

IMPLIKASI INVENTORI PERSONALITI KEPADA DIRI PELAJAR Hasil daripada analisis inventori personaliti ini, ia amat membantu para pelajar

mengetahui dengan lebih mendalam mengenai personality yang ada dalam diri masingmasing. Pengetahuan tentang personaliti dan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang pelajar dapat dijadikan panduan oleh pelajar berkenaan dan pihak sekolah untuk membantu mereka memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang. Dapatan analisis ini boleh membantu pelajar mengenal pasti gaya pembelajaran mereka dan dapat meningkatkan keberkesanan pelajar tersebut dalam pembelajaran. Dengan mengenal pasti sesuatu gaya pembelajaran, pelajar dapat mengeksploitasikan kekuatan yang terdapat dalam gaya pembelajaran tertentu. Selain itu, dapat digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam gaya pembelajaran

Page | 44

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

mereka. Melalui kaedah ini pelajar dapat merancang pembelajaran mereka berasaskan kemampuan diri dan kelebihan yang terdapat pada diri mereka. Selain itu para guru juga dapat mengetahui jenis-jenis personaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya pelajar. Manakala gaya pembelajaran pula sangat penting kepada guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian akademik yang seterusnya

memerlukan pelajar-pelajar mengetahui jenis-jenis gaya pembelajaran yang mereka amalkan untuk memperolehi kecemerlangan. Melalui analisis ini juga dapat membantu pihak sekolah untuk melihat sama ada faktor personaliti atau gaya pembelajaran mempunyai kaitan lebih kuat terhadap Gaya pembelajaran yang diamalkan juga dapat

pencapaian peperiksaan pelajar.

dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Ia juga dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan yang boleh menghubungkan jenis-jenis personaliti pelajar dengan pemilihan kerjaya mereka. Panduan ini boleh digunakan untuk menentukan demikian, minat pekerjaan pelajar sejak awal persekolahan. Oleh yang

pihak sekolah dapat merancang lebih awal tentang pemilihan kelas

berdasarkan personaliti pelajar dan gaya belajar untuk tujuan perancangan awal pemilihan kerjaya setelah tamat persekolahan. Inventori ini berguna kepada pihak kaunselor sekolah kerana dapat menentukan ciri-ciri personaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya. Hal ini dapat

digunakan oleh pihak kaunselor untuk merancang program bimbingan dan kaunseling kerjaya kepada pelajar-pelajar. Program bimbingan ini boleh distrukturkan lebih awal

Page | 45

Siti Noor Aishah Bt. Mahamood PISMP PAI Semester 7 (EDU 3107)

berdasarkan ciri-ciri personaliti yang telah diketahui .

Oleh itu, kesedaran

kerjaya

pelajar dapat diterapkan lebih awal dan akan membolehkan pelajar merancang kerjaya mereka sejak alam persekolahan. Analisis inventori ini juga boleh digunakan sebagai panduan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan untuk menentukan pakej-pakej pengkhususan bidang atau mata-mata pelajaran tertentu di sekolah-sekolah. Hal ini dilaksanakan mengikut kesesuaian personaliti pelajar dengan aliran yang sesuai dengan mereka. Secara tidak langsung boleh digunakan untuk mengkhususkan

pelajaran yang diajar dengan ciri-ciri personaliti dan minat pelajar yang memfokuskan kepada aspek kerjaya setelah pelajar tamat persekolahan. Selain itu, dapatan analisis ini juga boleh digunakan untuk pelaksanaan kursus-kursus kepada guru-guru supaya gaya belajar pelajar didedahkan kepada guru sehingga dapat melaksanakan programprogram kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah.

Page | 46

You might also like