Mrcs Manual First Aid Update

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 62

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (MALAYSIAN RED CRESENT)

NOTA PERTOLONGAN CEMAS

SITI NORHASIDAH BT MOHD YUSUF, PJK, PJB, PPL JURULATIH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (JL 1000628) TEL: 019-4274302 / 014-9060989, Email: shidah2008@hotmail.com
(Pen. Kanan Pentadbiran, SK Panggas / Jurulatih BSMM Pusat Kokurikulum UNIMAP)

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. Definisi Pertolongan Cemas Peranan Pasukan Bantuan Kecemasan Kit BantuanKecemasan Kemalangan Boleh Berlaku Bila-Bila Masa Penilaian Mangsa Penilaian Pantas Ke Seluruh Badan Mangsa Sistem Peredaran Darah Sistem Pernafasan Kulit Pendarahan Amputasi Renjatan Kecederaan Kepala dan Tulang Belakang Kecederaan Dada Kecederaan Abdomen Sistem Rangka Patah Kecederaan Sendi Terbakar dan Melecur Kecederaan Elektrik Serangan Sakit Jantung AIDS Fakta Mengenai Penyakit Keracunan Makanan Menilai dan Mengendalikan Mangsa Strok Menilai dan Mengendalikan Mangsa Tersedut Asap Demam Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Tercekik m.s. 3 5 5 7 10 11 13 17 19 19 23 24 26 28 32 34 35 36 37 39 40 42 46 49 51 54 55 59

Menilai dan Mengendalikan Mangsa Keracunan Karbon Monoksida 52

Definasi : Bantuan yang diberikan kepada mangsa kecemasan


sebelum bantuan perubatan tiba.

Definition: First Aid is the first assistance that is given


to a patient before the arrival of the ambulance

Tujuan : Untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan


kesan daripada kemalangan dan memulakan proses pemulihan seawal yang mungkin.

Objective: To save and sustain lives also to reduce the


effects of the accident and to initiate the recovery process as soon as possible

Garis Panduan Bantuan Kecemasan:


1. Pastikan tempat kemalangan selamat kepada penyelamat dan mangsa dari punca bahaya 2. Pastikan nyawa mangsa dulu , periksa nadi dan nafas mangsa. Beri bantuan kalau perlu 3. Beri bantuan masalah lain yang mungkin akan mengancam nyawa mangsa.

Nadi karotik

The guideline in First Aid:


1. Establish the safety of the accident scene. Ensure your own safety first 2. Always check if the victim is alive. Check the victims pulse and breathing. Give assistance if necessary. 3. Assess for any other injuries or any life-threatening condition that might affect the life and give necessary assistance

Prinsip Ahli Pertolongan Cemas: 1. Beri bantuan hanya kalau tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang bantuan kecemasan. 2. Jika ada pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang bantuan kecemasan. Jangan beri bantuan. 3. Jika tiada pengetahuan dan kemahiran, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Principles of First Aid
1. Give assistance if you are trained and have knowledge and proper skills in first aid 2. If you have knowledge only without proper skills in first aid, DO NOT give any assistance this might bring more harms to the victim 3. If you are not trained, call for medical assistance or ambulance

JANGAN beri bantuan kalau tak tahu ini boleh menjadikan kecederaan mangsa yang sedia ada menjadi lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa mangsa DO NOT give assistance if not sure this might bring more harm to the victim

Sebagai seorang pasukan Bantuan Kecemasan, anda mungkin orang yang pertama tiba di tempat kemalangan dan kecemasan. Oleh itu anda mempunyai potensi untuk menyelamatkan nyawa atau mengurangkan kemungkinan kecederaan menjadi lebih teruk. Anda mempunyai lima tugas utama di tempat kemalangan, iaitu :

1. Mengawal tempat kemalangan untuk menyelamatkan diri anda dan pesakit anda dan mencegah kemalangan seterusnya dari berlaku 2. Mencari jalan supaya dapat berhubung dengan pesakit 3. Mengenalpasti masaalah pesakit dan memberikan bantuan kecemasan dengan peralatan yang sedia ada 4. Mengangkut dan menggerakkan pesakit hanya jika perlu, dan bertindak tanpa menyebabkan kecederaan menjadi bertambah teruk 5. Memindahkan pesakit dan menyampaikan keterangan mengenai keadaan pesakit kepada anggota ambulan bila mereka tiba di tempat kejadian

Perkara 1 topeng poket (pocket mask) 1 liter larutan garam (saline solution) atau air steril 4 Pembalut bergulung 3 4 Pembalut bergulung 2 2 Pembalut Elastik (crepe bandage) 1 Plaster dari kain 1 Plaster transpor 2 pek kain kasa 3 x 3 2 pek kain kasa 4 x 4 4 kepingan sarung plastik 1 pad cincin 6 kain segi tiga 2 Tuap 6 penekan lidah dari kayu 1 Gunting Trauma Lampu suloh pen Antiseptik solution (Savlon)

Fungsi Untuk bantuan pernafasan mulut ke topeng Untuk menyejukan anggota yang terbakar atau mencuci mata yang terkena kekotoran Sebagai pembalut untuk balutan Sebagai pembalut untuk balutan Sebagai pembalut untuk balutan Untuk menahan balutan Untuk pesakit alahan kepada plaster biasa Menutup luka Menutup luka Serba guna Untuk melindungi objek terbenam/terlekat Sebagai Pembalut dan balutan serbaguna Mengampu anggota yang patah Untuk memeriksa ruang mulut Untuk memotong pakaian , pembalut, plaster dan sebagainya Untuk menilai respon anak mata dan menilai ruang mulut Cecair pembunuh kuman untuk mencuci luka kecil 5

PENILAIAN TEMPAT KEJADIAN: PASTIKAN KEADAAN PERSEKITARAN SAMA-ADA BAHAYA ATAU TIDAK PASTIKAN JIKA TERDAPAT SEBARANG BENDA YANG BAHAYA ATAU TIDAK PASTIKAN MEKANISMA KECEDERAAN MANGSA

STABILKAN KEPALA, LEHER DAN TULANG BELAKANG, JANGAN GERAKKAN MANGSA JIKA TIDAK PASTI KECEDERAAN YANG DI ALAMI. JIKA HENDAK DI GERAKKAN, STABILKAN LEHER MANGSA DENGAN KOLAR LEHER, DAN GUNAKAN PAPAN UNTUK MENSTABILKAN TULANG BELAKANG.

PASTIKAN TAHAP KESEDARAN : A - ALERT SEDAR V VERBAL RANGSANGAN SUARA P PAIN RANGSANGAN SAKIT U UNCONSCIOUS - PENGSAN

PASTIKAN SALURAN PERNAFASAN MANGSA TIDAK TERSEKAT OLEH LIDAH, DARAH, LENDIR , MUNTAH ATAU BENDA ASING

PASTIKAN MANGSA BERNAFAS, JIKA TIDAK BERNAFAS, BERI BANTUAN PERNAFASAN

PASTIKAN NADI MANGSA, JIKA TIADA, LAKUKAN CPR

PASTIKAN TAHAP KESEDARAN MANGSA - PRINSIP A, V, P, U A Alert (sedar sepenuhnya) V - Verbal (respon terhadap suara) P - Pain (respon terhadap kesakitan / sentuhan U - Unconcious (tiada apa-apa respon)

PASTIKAN KEPALA DAN LEHER PERLU DI STABILKAN, TANGGALKAN TOPI KESELAMATAN JIKA DI PAKAI DAN PERIKSA JIKA TERDAPAT LUKA, BENGKAK DAN LAIN TANDA KECEDERAAN

JIKA SYAK TERDAPAT KECEDERAAN PADA KEPALA DAN LEHER, STABILKAN KEPALA DAN LEHER MANGSA DENGAN KOLAR LEHER

BUAT PEMERIKSAAN JIKA TERDAPAT SEBARANG KECEDERAAN PADA BAHAGIAN MUKA

BUAT PEMERIKSAAN KEPADA MATA TELINGA DAN HIDUNG UNTUK MENGENALPASTI KECEDERAAN OTAK

PERIKSA LEHER UNTUK MENGENAL PASTI KECEDERAAN LEHER

PERIKSA DADA UNTUK MENGENAL PASTI KECEDERAAN DADA

PERIKSA ABDOMEN UNTUK MENGENAL PASTI KECEDERAAN ABDOMEN

PEMERIKSAAN PADA KAKI UNTUK MENGENAL PASTI JIKA TERDAPAT BENGKAK, LEBAM ATAU PATAH

PERIKSA BAHAGIAN TULANG BELAKANG UNTUK MENGENAL PASTI KECEDERAAN TULANG BELAKANG

PERIKSA BAHAGIAN TANGAN UNTUK MENGENAL PASTI KECEDERAAN DAN PERIKSA NADI SERTA RANGSANGAN SARAF KEPADA TANGAN

S A M P L E

Sign / symptom ( tanda / gejala ) Alergi ( alahan ) Medication ( ubatan yang diambil ) Past History ( penyakit yang sedia ada ) Last Meal ( makanan terakhir yang diambil ) Event ( punca kejadian )

1. Darah beredar ke seluruh anggota badan dengan pusingan satu hala yang berterusan. Darah yang mengandungi oksigen dan segala zat makanan akan di pam keluar dari jantung untuk di edarkan ke seluruh badan melalui saluran darah kepada tisu-tisu untuk kegunaan dan hasil penggunaan bahan-bahan tersebut terhasilnya karbondioksida dan bahan buangan lain yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita yang perlu dikeluarkan dari tubuh badan kita. 2. Sistem peredaran darah ini di bantu oleh : Jantung. Jantung adalah sebesar genggaman tangan kita yang bertindak sebagai pam. Jantung terletak di rongga thorax di bahagian tengah antara dua paru-paru. Di bahagian depan terdapat tulang dada (sternum) dan di bahagian belakang terdapat tulang belakang (thoracic vertabrae). Di bahagian atas terdapat salurnadi (Aorta) dan di bahagian bawah terdapat satu lapisan yang memisahkan organ dada dan abdomen yang di kenali sebagai diafragma. Bahagian apex jantung lebih sedikit kebahagian kiri. Jantung mempunyai tiga lapisan otot bahagian luar dipanggil pericardium, bahagian tengah myocardium dan di bahagian dalam endocardium. Darah di bekalkan kepada otot ini oleh salurnadi koronari.

Jantung terbahagi kepada kiri dan kanan yang di bahagikan oleh dinding yang di panggil septum. Terdapat empat bahagian pada jantung, dua atrium dan dua ventrikal di kiri dan kanan. Terdapat empat injap dalam jantung Injap trikuspik, injap palmonari, injap mitral dan injap aorta.

Saluran Darah Terdapat tiga jenis saluran darah : Salurnadi (arteri) Saluran darah yang mempunyai dinding yang berotot kuat dan kenyal yang membawa darah dari jantung yang mengandungi oksigen ke seluruh badan menuju ke tisu-tisu. Salur Pembuluh (Vena) Saluran darah berdinding yang nipis tetapi mempunyai injap satu hala yang bertanggungjawab membawa darah dari tisu balik semula ke jantung dengan bantuan otot-otot di sekeliling dan injap satu hala yang terdapat dalam salur pembuluh tersebut Salur rerambut (Kapilari) adalah saluran darah yang halus yang membentuk jaringan yang dihasilkan oleh salurnadi berdinding nipis yang terdapat dalam tisu-tisu yang bertanggungjawab penukaran gas dan bahan-bahan lain antara sel-sel badan dan darah. Salur rerambut ini akan bercantum semula dengan salur pembuluh.

KANDUNGAN DARAH ADALAH 7% BERAT BADAN (LEBIH KURANG 5.6 LITRE SETIAP 70 KG LELAKI)
BLOOD CONSTITUTES ABOUT 7% OF BODY WEIGHT (ABOUT 5.6 LITRES IN A 70 KG MAN)

SEL DARAH MERAH (RED BLOOD CELLS)

PLASMA 90% KANDUNGAN PLASMA ADALAH AIR (WATER) GARAM GALIAN (MINERAL SALTS) ZAT MAKANAN (NUTRIENT MATERIAL) VITAMIN A E HORMON-HORMON GAS-GAS : OKSIGEN, KARBONDIOKSIDA PROTEIN PLASMA : ALBUMIN, FIBRINOGEN ENZIM : con. VARIOUS CLOTTING FACTORS (PLATELET) SEL DARAH PUTIH ANTIBODI

SEL DARAH PUTEH (WHITE BLOOD

1. Sistem pernafasan bermula apabila udara yang kita sedut masuk keparu-paru di mana oksigen akan di serap oleh paru-paru dan di hantar keseluruh badan melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu. Di tisu oksigen akan di gunakan dan hasil pengunaan tersebut, karbondioksida akan di keluarkan dan di hantar semula kejantung dan paru-paru di mana karbondioksida akan di keluarkan melalui hembusan nafas keluar. 2. Bahagian yang bertanggung jawab dalam sistem pernafasan :

Saluran pernafasan Rongga hidung Nasofaring Larinks Trachea Bronkus Bronkial

Saluran pernafasan berfungsi untuk menyalur, menapis, memanas dan melembabkan udara yang masuk. Ia juga mengawal isi padu udara yang masuk.

Paru-paru - Adalah struktur yang berspan mengandungi berjuta-juta karung-karung udara (aveolus) yang halus. Di aveolus terdapat rangkaian salur rerambut yang halus dan mempunyai dinding yang nipis yang membolehkan oksigen di serap masuk kedalam saluran darah dan karbondioksida di keluarkan. Paru-paru orang dewasa boleh menampung kirakira 6 liter udara. Terdapat dua bahagian paru-paru kiri dan tiga bahagian di sebelah kanan. Otot interkosta dan Diafragma - Kedua-dua otot ini yang membantu pergerakan rongga toraks untuk mengembang dan menguncup semasa kita bernafas.

Kandungan Udara: Kandungan Udara Oksigen Karbondioksida Nitrogen Wap Air % Udara 21 0.03 78 % Pernafasan Masuk 5 0 0 % Pernafasan Keluar 16 5 78 1

Orang Dewasa bernafas antara 12 16 kali seminit Kanak-kanak 20 30 kali seminit Bayi 30 50 kali seminit

KULIT (THE SKIN) THE SKIN

Pendarahan terbahagi kepada pendarahan luar dan pendarahan dalam. Pendarahan luar boleh di lihat melalui luka di kulit, pendarahan dalam hanya dapat di kesan melalui tanda dan gejala.

Pendarahan Luar
Pendarahan dari salur nadi darah berwarna merah cerah kerana mengandungi oksigen dan mengalir keluar secara memancut mengikut denyutan jantung. Kehilangan darah amat cepat dan boleh menyebabkan kematian.

Pendarahan dari salur pembuluh - darah berwarna merah gelap kerana mengandungi karbondioksida dan mengalir keluar berterusan dan boleh menjadi banyak. Pendarahan salur rerambut - darah keluar dengan perlahan dari saluran darah rerambut, luka tidak dalam pada kulit.

TINDAKAN ANDA

Mengawal perdarahan luar


Sentiasa pakai sarung tangan getah sebelum menyentuh darah, cecair badan mangsa dan basuh tangan selepas menyentuh mangsa. Kalau darah sedang memancut keluar dari mangsa, gunakan pelindung mata. Anda boleh mengawal perdarahan luar dengan dua cara :

1.

Tekanan tepat/langsung
Jangan buang masa untuk mencari balutan Letakkan tapak tangan anda dengan mengunakan sarung tangan getah atau sebarang bahan yang boleh melapik tapak tangan anda dan tekan tepat di atas luka Tekan sehingga perdarahan berhenti Tutup luka dengan balutan yang steril atau bersih unakan pembalut untuk membalut balutan dan pastikan perdarahan telah berhenti.

2.

Angkat anggota yang cedera


Untuk mencepatkan perdarahan berhenti, angkat anggota yang luka lebih tinggi dari paras jantung. Ini kalau berlaku kepada tangan dan kaki Jangan gunakan kaedah ini jika terdapat patah, objek tertikam atau kecederaan tulang belakang

Cara memasang balutan dan pembalut dengan betul


Bila perdarahan sudah berhenti, anda boleh memasang balutan dan pembalut pada luka. Kedua-dua istilah ini selalu mengelirukan. Balutan dan pembalut mempunyai fungsi yang berbeza :

Balutan
adalah bahan untuk menutup atau melindung luka bagi mengawal pendarahan dan mengurangkan jangkitan kuman serta menolong menstabilkan objek yang tertikam. Sebaiknya balutan hendaklah tebal, lembut dan boleh mampat untuk menyerap cecair atau darah dan memberi tekanan. Kalau boleh hendaklah steril, lebih besar dari luka dan boleh memberikan perlindungan

LUKA Cuci kulit di sekeliling luka, bermula dari bahagian luka keluar Letak gauze diatas luka, kemudian letak pad tebal dan balut dengan kemas Pastikan pesakit dan bahagian kecederaan di rehatkan Pastikan pesakit tidak dalam keadaan renjatan dan dapatkan rawatan perubatan

Pembalut di gunakan untuk


Mengikat balutan pada sesuatu kedudukan Mengadakan tekanan langsung/tepat pada luka perdarahan Memberikan sokongan atau mengampu anggota yang patah dan cedera sebagai andoh dan mengikat tuap.

Apabila memasang pembalut, ambil perhatian perkara berikut :


Jika kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat atau kebiruan, Pesakit mengadu sakit bertambah teruk selepas pemasangan pembalut Kulit di sekeliling pembalut menjadi sejuk

Pesakit berasa kebas dan sengal di paras bawah pembalut

* Jika keadaan di atas berlaku, secepat mungkin longgarkan pembalut yang di buat.

Pendarahan Dalam
Pendarahan dalam kalau tidak diberikan perhatian yang rapi akan mengancam nyawa mangsa dalam waktu yang singkat. Anda perlu mengambil tindakan yang pantas, kerana kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan renjatan dan kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi dan akhirnya kematian akan berlaku.

Tanda dan gejala


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Sakit , bengkak dan lebam di tempat yang cedera Pucat dan berpeluh sejuk Kebiruan pada bibir dan kuku jari Nadi cepat tetapi lemah Nafas cepat dan cetek Tahap kesedaran semakin menurun dan mangsa boleh pengsan bila-bila masa Muntah darah mungkin merah atau hitam Najis mungkin bercampur darah mungkin merah atau hitam Jika kecederaan pada paru paru, mangsa mungkin batuk darah Jika kecederaan pada buah pinggang atau pundi kencing, kencing mungkin bercampur darah Jika kecederaan berlaku pada bahagian peranakkan, perdarahan akan berlaku di bahagian kemaluan Dalam keadaan teruk, mangsa mungkin pengsan dan kematian akan berlaku

TINDAKAN ANDA
1. 2. 3. 4. 5. Bantu mangsa mengikut kecederaan yang di alami (sila lihat tajuk-tajuk yang bersangkutan) Jangan biarkan mangsa bergerak kalau tidak perlu Kendalikan pesakit seperti pengendalian renjatan. Sentiasa buat pemeriksaan kepada tahap kesedaran, nadi dan pernafasan mangsa Hantar mangsa secepat mungkin ke hospital untuk rawatan selanjutnya

Definasi :

Bila anggota badan putus atau terkoyak dari tubuh badan yang kadangkala mungkin boleh di sambung semula sekiranya keadaan mengizinkan.

1. 2. 3.

TINDAKAN ANDA

Kawal perdarahan jika berlaku. Buat balutan tekanan Rawat untuk renjatan jika berlaku Selamatkan bahagian yang putus seperti berikut : Balut bahagian yang terputus dengan kain yang bersih dan kering Masukkan kedalam bekas plastik yang kosong dan ikat dengan ketat Masukkan plastik tersebut kedalam satu lagi bekas atau kontena yang lain yang mengandungi ais dan air Bawa mangsa dan bahagian yang terputus tersebut secepat mungkin ke hospital

4.

Jangan cuci atau rendam anggota yang terputus dalam air dan jangan balut dengan kain basah

JANGAN !

Definisi :

Berlaku bila sistem peredaran darah gagal berfungsi menyebabkan bekalan darah dan zat makanan tidak sampai ke tisu-tisu menyebabkan fungsi organ mustahak gagal berfungsi..

Tanda dan gejala : 1.


2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Pucat, kulit, kuku bibir kebiruan Kulit sejuk dan basah Nadi laju tetapi lemah Pernafasan laju dan pantas tetapi lemah Rasa loya/muntah Rasa dahaga Rasa gelisah / lemah Jika bekalan oksigen semakin berkurangan ke otak, mangsa akhirnya akan pengsan dan jantung serta pernafasan mungkin akan terhenti

Sebab-sebab renjatan :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pendarahan yang berlebihan Kekurangan Plasma terbakar/melecur Kurang air dalam badan cirit-birit dan muntah yang teruk Serangan sakit jantung Tekanan emosi yang berlebihan Darah terkumpul dengan banyak di kaki Kecederaan Eletrikal Sengatan binatang berbisa Jangkitan kuman Kecederaan dalaman Kesemua kecederaan yang teruk Penyakit yang melarat

1. 2. 3. 4. 5.

TINDAKAN ANDA

6. 7. 8. 9.

Baringkan mangsa atas belakangnya Longgarkan pakaian mangsa yang ketat terutama di bahagian saluran pernafasan untuk mengelakkan gangguan pernafasan Tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Kalau tiada, lakukan CPR Jika mangsa tiada kecederaan dan masih sedar, tinggikan kaki mangsa lebih tinggi dari paras jantung Jika mangsa tiada kecederaan tetapi dalam keadaan pengsan, letak mangsa dalam keadaan separuh tertiarap (kedudukan pemulihan) Jika mangsa masih sedar tetapi mengalami kesukaran bernafas atau di serang sakit jantung, letak pesakit dalam kedudukan bersandar tetapi tinggikan kakinya sedikit. Periksa kecederaan yang nyata dan rawat sepatutnya Jika mangsa masih sedar, sentiasa tenangkan dan beri keyakinan kepadanya dari masa kesemasa Sentiasa periksa nadi dan pernafasan setiap 5 minit dan sedapat mungkin jangan tinggalkan mangsa tanpa jagaan,

Jangan selimut mangsa dengan selimut yang tebal Jangan beri apa-apa makanan atau minuman pada mangsa

JANGAN !
10. Hantar pesakit secepat mungkin ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

TENGKORAK

SKULL
OTAK (BRAIN)

MEKANISMA KECEDERAAN (MECHANISMS OF INJURIES)

MEKANISMA KECEDERAAN TULANG BELAKANG (MECHANISM OF SPINAL INJURIES)

TANDA DAN GEJALA : PENGSAN, ANAK MATA TIDAK ADA RANGSANGAN KECEDERAAN PADA KEPALA, SAKIT, (UNEQUAL OR UNRESPONSIVE PUPILS ) BENGKAK, LEBAM, LEBAM PADA MATA, CECAIR JERNIH ATAU BERCAMPUR DENGAN DARAH MENGALIR MELALUI TELINGA DAN HIDUNG. SIGNS AND SYMPTOMS : UNCONSCIOUS, INJURY TO SCALP, PAIN, SWELLING ,BRUISE, BLACK EYES, CLEAR OR BLOODY FLUID FLOWING FROM EARS AND NOSE

PENGENDALIAN KECEDEAAN KEPALA, LEHER DAN TULANG BELAKANG ( MANAGEMENT OF HEAD, NECK AND SPINAL INJURIES)

STABILKAN KEPALA DAN LEHER GUNAKAN KOLAR LEHER (STABILISE THE HEAD AND NECK USING CERVICAL
COLLAR)

AMPU KEPALA, LEHER DAN SPINE GUNAKAN PAPAN SPINA (IMMOBILISE THE HEAD, NECK AND SPINE USING SPINAL BOARD)

GUNAKAN PAPAN, GULINGKAN MANGSA KEATAS PAPAN DENGAN SERENTAK.. (USE PLANK OR HARD BOARD, ROLL THE VICTIMS ENTIRE BODY AS A UNIT ONTO THE BOARD)

BERI BANTUAN OKSIGEN (GIVE OXYGEN TO THE VICTIM))

TEKNIK MENANGGALKAN HELMET (HELMET REMOVAL

Kecederaan dada mungkin boleh membawa maut kerana ia boleh mengganggu pernafasan atau menyebabkan pendarahan yang banyak termasuk :
Luka tisu lembut dada Patah tulang rusuk dan tulang dada Kecederaan organ-organ di dada

Chest injuries are potentially fatal because they may interfere with breathing or cause severe bleeding. They include :
Wounds of the soft tissue of the chest Fractures of the ribs and sternum Injuries to the organs of the chest

Kecederaan dada terbahagi kepada dua : Kederaan terbuka di sebabkan oleh objek yang tertusuk kedada atau tulang rusuk patah tertusuk keluar Kecederaan tertutup tidak terdapat luka atau nampak kecederaan di luar tetapi tulang rusuk, paru-paru, jantung dan organ dada yang lain mungkin cedera teruk. Semua kecederaan dada akan menyebabkan kesukaran untuk pesakit bernafas dan akan mengancam nyawa, mangsa perlu di pindahkan secepat mungkin ke hospital. Chest injuries can be divide into two types :

In Open Chest Wounds an external object or a fracture rib has penetrated the chest wall. Close Chest Wounds may show no external signs of injury, but the ribs, lung, heart and other internal organs may have been seriously damaged

All chest injuries will cause some breathing difficulty. They are life-threatening emergencies, and patients must be transported immediately to a medical facility.. Kecederaan yang biasa berlaku: Patah tulang Rusuk Dada kulai Kecederaan menusuk dada The most common injuries: Fractured Ribs Flair Chest Penetrating wounds of the chest

Patah tulang rusuk (Fractured Ribs) Patah tulang rusuk adalah kecederaan tertutup. Ia akibat dari retak atau patah satu atau lebih tulang rusuk . di sebabkan kemalangan jalanraya, di pukul, dan lain lain kecederaan. Fractured ribs are a closed chest injury. They result from a crack or break of one or more ribs caused by fall, motor vehicle accidents, assaults, and other kinds of trauma. Tanda dan gejala
Sakit di tempat yang patah Bengkak dan lebam di tempat yang patah Sakit di tempat yang cedera meningkat bila mangsa bergerak atau menarik nafas dalam dengan kuat. Mangsa memegang tempat yang cedera dengan tapak tangan

Signs and symptoms include the following:


Pain at the site of the fracture Tenderness over the site of the fracture Increased pain at the site when the patient moves or breathes deeply. Patient holding the site of the injury with hand or arm.

Dada Kulai (Flail Chest)


Ini berlaku bila dua atau lebih tulang rusuk pada sebelah yang sama ada patah pada dua atau lebih tempat. Bahagian dada yang cedera tidak bergerak secara normal semasa pernafasan. Dada kulai adalah keadaan kecederaan yang amat menyakitkan. Ia berlaku dalam kemalangan jika dada pemandu terhentak dengan kuat kepada roda stering pada kelajuan yang tinggi The results from two or more ribs on the same side of the chest are broken in two or more places. The injured section of the chest wall, called a flail segment, does not move normally during breathing. Flail chest

is a very painful condition. It is often seen in motor vehicle accidents when drivers hit the steering wheel at high speed.

Tanda dan gejala


Kegagalan sebahagian dari dinding dada untuk bergerak bersama dengan bahagian dada yang lain bila mangsa bernafas Pernafasan cetek Runsing dan resah gelisah Lebam di tempat patah

Signs and Symptoms:


Failure of a section of the chest wall to move With the rest of the chest when the patient breathes. Very shallow breathes Anxiety and restlessness Bruising over the fracture site

Luka menusuk dada (Penetrating wounds of the chest)


Luka menusuk dada adalah luka yang teruk di mana diding dada koyak atau patah Penetrating wounds are severe chest wounds where the chest wall is torn or punctured.

Tanda dan gejala


Bunyi sedutan setiap kali pesakit bernafas Buih yang berdarah pada luka bila mangsa bernafas Pesakit mungkin batuk darah berbuih

Signs and symptoms


A sucking sound each time the patient breathes Bloodstained bubbles at the wound while the patient is breathing out Patient may cough up frothy blood

Pengendalian mangsa kecederaan dada terbuka dan tertutup serta objek terlekat
Pastikan mangsa boleh bernafas secukupnya Berikan oksigen aliran tinggi pada kadar 10 liter seminit Kalau mangsa boleh bergerak dengan selesa, letak pesakit dalam kedudukan duduk bersandar Sokong anggota yang cedera dengan balutan tebal dan pembalut lebar Bagi luka menusuk dada, letak kepingan plastik pada anggota yang cedera dan pasang plaster pada keempat bahagian plastik tetapi biarkan satu penjuru sebelah atas terbuka yang akan bertindak sebagai injap. Jika objek terlekat, jangan cabut keluar kerana ini akan menyebabkan perdarahan yang lebih teruk. Letak balutan yang tebal sekeliling objek dan kalau boleh tambah dengan balutan cincin pada objek tersebut. Balut dengan kemas agar tiada udara boleh masuk.

Management of patients with open or closed chest injuries


Make sure the patient can breathe adequately Provide high flow oxygen at 10 liter/minute if available. If the patient can move comfortably, place him or her in a semi-sitting position inclined to the injured side. Apply a thick pad of dressings over the side. Use large strips of tape to hold the pad in place. If penetrating wounds of the chest, place a plastic sheet over the wound and secure it. Tape down all the four sides of the dressing but exposed one corner as a valve. Do not embedded objects, as this may stimulate bleeding. Place dressings around the object and make the wound as airtight as possible. Leave the object in place.

Kecederaan disebabkan hentakan benda yang tumpul pada bahagian abdomen boleh menyebabkan keadaan renjatan yang mengancam nyawa kalau limpa, hati dan usus pecah. Luka terbuka yang mendedahkanorgan dalaman dan menyebabkan terkeluar dari badan adalah lebih bahaya tetapi jarang berlaku. Matlamat utama anda adalah untuk melindungi organ-organ tersebut dari kerosakan selanjutnya dan menjadi kering dan mati. Blunt abdominal injuries is very common. It can lead to life-threatening shock if the splint, liver or bowel is ruptured. Open wounds that expose the internal organs and cause them to protrude from the body are more dramatic but less common. Your objective should be to protect the exposed organs from further damage and from drying out.

Pengendalian mangsa
Letak pesakit terlentang dengan lututnya di bengkokkan dan kepala serta bahu di angkat sedikit untuk mengurangkan tekanan keatas otot abdomen Potong baju sekeliling tempat kecederaan untuk mendedahkan bahagian kecederaan Jangan cuba menolak balik organ-organ yang terkeluar ke dalam kaviti abdomen semula Tutup semua organ yang terdedah dengan kain kasa yang steril. Kalau air steril boleh di dapati, basahkan balutan tersebut terlebih dahulu sebelum memasangnya

Manage victims of abdominal injuries


Position the victim on his or her back with knees flexed and with head and shoulders slightly raised to take pressure off the abdominal area Cut away all clothing around the injury side to fully expose any wound. Do not try to return the abdominal organs into the cavity. Cover exposed organs with sterile gauze. If clean or sterile water is available, wet the dressing before applying them. Cover the gauze with plastic wrap to keep the moisture in. Cover the plastic wrap with abdominal pads to maintain warmth. Place bulky dressing around protruding organs for extra protection. Bandage or tape the dressings in place with securing ties over the upper and lower ends of the dressings. The ties should not touch the organs. Do not put any pressure on exposed organs. This may cause the patient pain or make the patient vomit Always check for pulse and breathing. Take victim at once to the nearest hospital.

TULANG TENGKORAK BELAKANG (SPINE) (SKULL) RONGGA THORAX (THORACIC CAVITY)

TULANG BELAKANG (SPINE)

RONGGA THORAX (THORACIC CAVITY)

TERDAPAT DUA JENIS PATAH

PATAH SECARA LANGSUNG

PATAH TERBUKA

PATAH TERTUTUP

PATAH BERLAKU TIDAK LANGSUNG

Bagaimana patah berlaku : 1.


2. 3.

Hentakan langsung (patah di tempat hentakan) Hentakan tidak langsung (terhentak di tempat lain, patah di tempat lain) Tindakan luar biasa otot seperti renjatan letrik.

Tanda dan gejala : 1.


2. 3. 4. 5. 6. 7.

Sakit di tempat yang patah Sakit bila ditekan Bengkak dan lebam kerana perdarahan berlaku Cacat atau berubah bentuk Anggota patah hilang fungsi asal kerana kecederaan saraf Pergerakan luar biasa Jika patah terbuka, terdapat luka dan kadangkala tulang mungkin terjulur keluar. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jangan gerakkan anggota yang cedera Kawal pendarahan jika ada Letak anggota yang patah dalam kedudukan anatomi seberapa yang boleh Pasang tuap kepada tempat yang patah dengan mengikat sekurangkurangnya di empat tempat dibahagian bawah & atas patah, sendi disebelah bawah & atas patah Jika patah terbuka, tutup bahagian luka dengan kain kasa Rawat untuk renjatan Bawa mangsa ke hospital secepat mungkin untuk rawatan

Tindakan Anda !

Jangan biarkan tulang yang patah


bergerak kerana ini mungkin menyebabkan kecederaan menjadi lebih teruk.

Jangan !

TERSELIUH

TERSELIUH BERLAKU JIKA SENDI


BERGERAK DALAM SATU PERGERAKAN YANG ABNORMAL DAN MENYEBABKAN KECEDERAAN PADA LIGAMEN DAN LAIN LAIN BAHAGIAN SENDI

TANDA DAN GEJALA:


RASA SAKIT PADA SENDI YANG CEDERA BENGKAK DAN LEBAM KERANA TERDAPAT PERDARAHAN HILANG UPAYA DISEBABKAN SARAF YANG CEDERA

PENGENDALIAN : REHAT DAN TINGGIKAN ANGGOTA YANG CEDERA

BUAT TUAMAN SEJUK DENGAN AIS BERBALUT KAIN BALUT ANGGOTA YANG CEDERA DENGAN PEMBALUT ELASTIK TUAMAN PANAS HANYA BOLEH DILAKUKAN SELEPAS 36 48 JAM SAHAJA AMARAN ! : JANGAN URUT SEMASA KECEDERAAN BERLAKU

Terbakar adalah salah satu kecederaan yang amat sakit. Ketenatan mangsa terbakar bergantung kepada beberapa faktor :
Luas permukaan badan yang cedera Tempat mana yang terbakar Darjah terbakar Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Terbakar boleh di kelaskan mengikut kedalaman kerosakkan kepada tisu.

Darjah pertama melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan
rasa sakit yang amat sangat

Darjah kedua lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna kemerahan gelap
dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit

Darjah ketiga semua lapisan kulit telah rosak. Kulit nampak terbakar hitam atau putih kering.pesakit
rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf rosak

Keadaan ketenatan mangsa juga boleh di sukat mengikut keluasan permukaan yang terbakar dengan mengunakan perinsip peraturan 9
Seluruh bahagian kepala dan leher - 9% Seluruh bahagian dada dan abdomen - 9% + 9% Seluruh bahagian belakang badan - 9% + 9% Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9% Kedua-dua bahagian kaki - 9% + 9% +9% +9% Anggota kemaluan - 1%

TINDAKAN ANDA

Rendam atau siram anggota yang cedera secepat mungkin dengan air sejuk sebanyak dan seberapa lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas dan kurang rasa sakit Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika ada pakaian yang melekat, gunting di sekeliling nya Tanggalkan segala bahan yang di perbuat dari logam yang di pakai seperti cincin, gelang, jam dan sebagainya, kerana ia boleh menyimpan haba. Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih Jangan ! gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera Jangan ! taruh krim, mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang cedera Pastikan mangsa boleh bernafas, jika mangsa mengalami kesesakan nafas atau saluran pernafasan tersekat, buka saluran pernafasan dan beri bantuan pernafasan jika perlu Kendalikan mangsa untuk renjatan Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa secepat mungkin ke hospital

Arus voltan tinggi (lebih dari 1000 voltan)


boleh menyebabkan pancaran. Arus eletrik boleh melompat (arcing) dan memancar daripada punca eletrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar dengan Arus voltan rendah (220 teruk dan kematian serta-merta . 240 voltan) biasa nya terdapat dalam bangunan yang akan Menyebabkan TINDAKAN ANDA: sentuhan dimana arus eletrik akan mengalir dari punca kedalam Ingat, bahan bukan pengalir tidak akan dapat badan mangsa dan menyebabkan banyak menyelamatkan pancaran punca kecederaan padaanda organ dari dalaman eletrik tersebut. Jangan bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum di sahkan selamat, jauhkan diri anda dari tempat kemalangan sekurang-kurang TINDAKAN ANDA: nya 18 22 meter. Hubungi penguasa eletrik tempatan supaya Matikan suis utama bekalan putuskan Jika eletrik tidak di dapat di lakukan, lepaskan Bila mangsa kawasan selamat, tentukan mangsa ada dari sentuhan dengan nadimengunakan dan nafas, jikabahan tiada, lakukan bukan CPR pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan Rawat mangsa untuk terbakar sebagainya Rawat untuk renjatan Tentukan nadi ke dan nafas,. Bawa mangsamangsa secepat ada mungkin hospital kalau tiada lakukan CPR Rawat kecederaan terbakar dimana arus masuk dan keluar Rawat untuk renjatan Bawa mangsa secepat mungkin ke hospital

Serangan sakit jantung berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke bahagian otot dinding jantung terhalang secara tiba-tiba, mungkin olih darah beku atau kolestrol yang menyumbat saluran darah jantung.

Kelengahan akan membawa maut. Apabila di serang serangan sakit jantung, setiap minit itu penting. Ketahuilah akan tanda-tandanya : 1. Sakit dada adalah seperti berikut : Perasaan kurang menyenangkan, terhimpit, sebak, rasa ketat atau pun sakit Ditengah dada dibelakang tulang dada. Ini mungkin merebak kebahu, tengkok, bawah dagu atau tangan Biasanya lebih daripada 2 minit. Kadang-kadang terasa sakit dan kadangkala tidak

Rasanya: Tempatnya: Masanya:

2.

Tanda lain serangan sakit jantung termasuklah Berpeluh Rasa loya Sesak nafas Rasa lemah badan

3.

Ramai pesakit menafikan yang mereka diserangi penyakit jantung

4.

Biasanya jika terasa perit seperti ditikam yang datang secara tiba-tiba (Kurang dari 10 saat), ini biasanya bukan tanda serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Risiko Serangan Sakit Jantung Bahaya serangan sakit jantung meningkat jika lebih banyak faktor risikonya : Faktor-Faktor Risiko Purata Risiko = 100 Tiada Rokok Rokok & Kolesterol Rokok, Kolesterol & Darah Tinggi Beberapa Faktor yang tidak dapat di ubah Keturunan Jantina (Lelaki) Umur bertambah 77 120 236 364 500

Beberapa Faktor yang dapat di ubah Merokok Darah Tinggi Paras Kolesterol yang tinggi Kencing Manis Badan Gemok Kurang Senaman Tekanan Mental Pengendalian

Jangan gerakkan pesakit (atau biarkan pesakit bergerak) kalau tidak perlu
Rihatkan pesakit dalam kedudukan yang paling selesa, duduk kalau boleh. Ini akan membantu nya bernafas

Longgarkan pakaian yang ketat di leher, dada dan pinggang. Sentiasa tenangkan pesakit Jika pesakit masih sedar dan ada membawa pil GTN (Glycerine Trinitrate). Letakan ubat tersebut di bawah lidah nya dan ulang setiap 5 minit jika pesakit masih lagi berasa sakit tapi jangan melebihi 3 biji. Awasi nadi dan pernafasannya setiap 5 minit. Bersedia melakukan CPR kalau perlu

Hantar pesakit secepat mungkin ke hospital untuk rawatan selanjutnya

AIDS - FAKTA MENGENAI PENYAKIT

PENDAHULUAN
Manusia mendapat penyakit sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Manusia mendapat penyakit AIDS sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit AIDS iaitu HIV. AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh kuman HIV. HIV adalah sejenis virus. Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus (HIV). Virus HIV digolongkan didalam kumpulan virus retrovirus. Ini bermakna virus ini sangat lemah dan tidak dapat membiak dengan sendiri. Semua virus jenis retrovirus perlu masuk didalam sel perumah (didalam hal kes AIDS ialah manusia) dan mencuri bahan genetik perumah berkenan untuk membiak. Maklumat yang ada menunjukkan virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun untuk menyebabkan penyakit AIDS. Maklumat yang ada juga menunjukkan hampir semua jangkitan HIV akan berakhir dengan AIDS. Walaupun begitu bukan semua tularan HIV menyebabkan jangkitan HIV. Ini bermakna didalam keadaan tertentu (ahli sains dan pakar perubatan masih tidak pasti apa kah keadaan "tertentu" berkenaan), virus HIV masuk kedalam badan manusia tetapi tidak menyebabkan penyakit. Laporan ada menunjukkan terdapat pesakit HIV kanak-kanak yang "sembuh" selepas 5 tahun dijangkiti HIV. Kanak-kanak berkenaan yang disahkan dijangkiti oleh kuman HIV selepas dilahirkan oleh ibunya yang juga dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit HIV kanak-kanak. Pemeriksaan lanjut menunjukkan kuman HIV tidak ditemui lagi didalam tubuh kanak-kanak berkenaan Laporan juga ada menunjukkan terdapat kes HIV dewasa yang telah dijangkiti selama melebihi 10 tahun tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS. Didalam satu kes yang melibatkan seorang dewasa wanita di Afrika. Kes satu lagi melibatkan penderma darah dan penerima darahnya. Jumlah sel CD4+ (yang biasanya dijadikan petunjuk keadaan kes-kes AIDS) juga berada di dalam keadaan normal.

SEJARAH
AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Ianya ditunjukkan oleh gejala kurang daya tahan melawan penyakit. Ia ditemui di kalangan lelaki yang dahulunya sihat. Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi opportunistik (selalunya radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carinii, mucosal candidiasis dan disseminated cytomegalovirus infection) dan Karposi sarcoma. Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila Centers for Disease Control (CDC) melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam Morbidity and Mortality Weekly Report (MMWR). Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang sama ditemui di kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan. Mereka-mereka ini menunjukkan sel T limfosit yang tidak bertindak balas dengan ransangan antigen dan mitogen (Sebagai pertahan utama tubuh, sel T limfosit akan menyerang semua bahan asing yang masuk kedalam tubuh samada ianya antigen atau mitogen). Beberapa lama selepas itu keadaan menjadi lebih jelas. Penyakit kurang daya tahan ini juga melibatkan beberapa kumpulan lain. Kumpulan berkenaan ialah pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit keturunan dimana tubuh secara semula jadi memusnahkan sel darah. Oleh itu darah perlu diberikan kepada pesakit

untuk terus hidup), penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati mengidap penyakit yang sama. Oleh itu sehingga pada masa berkenaan kumpulan-kumpulan dibawah didapati mengidap penyakit ganjil ini:

homoseks lelaki pendatang daripada palau Haiti pesakit hemofilia penerima darah pasangan seks pesakit ganjil berkenaan anak pesakit ganjil tersebut

Kajian seterusnya menunjukkan, penyakit ini disebarkan atau diperolehi melalui hubungan seks dan pemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti dan disyakki disebabkan oleh agen mikrob. Memandangkan keadaan ganjil ini adalah baru dan tidak pernah dilaporkan didalam sejarah ilmu perubatan moden, ianya di gelar Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) Diantara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakit AIDS ini. Pada tahun 1983, ahli-ahli sains dari Institut Pasteur Peranchis menjumpai sejenis retrovirus yang didapati daripada pesakit asimptomatik (tidak menunjukkan tanda atau simptom) yang mengalami lymphadenopathy (bengkak kelenjar linfa) seluruh badan dan tidak diketahui asal usulnya. Virus baru ini dinamakan LAV ( Lympadenopathy Associated Virus). Berlainan dengan retrovirus lain, virus ini didapati membunuh sel CD4 limfosit didalam kultur tisu. Pakar-pakar sains lain juga mengasingkan virus yang sama didalam pesakit AIDS dalam tahun 1984. Adalah jelas selepas itu bahawa virus ini adalah agen etiologi penyakit AIDS yang semasa itu ditemui di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika Tengah. Virus tersebut seterusnya dinamakan Human Immunodefeciency Virus (HIV). Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui pada tahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus ini dinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1. Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 dan HIV-2. AIDS : AGEN PENYEBAB( Virus HIV-1 dan HIV-2) - Maaf, bahagian ini sangat teknikal. Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Diantaranya ialah sel apakah yang yang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan genjala seperti selsema diawal jangkitan?. Dibahagian manakah didalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini ( sel darah periferal, tisu limfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)?. Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus berada didalam keadaan rihat atau tidak aktif?. Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan keadaan klinikal pesakit menjadi AIDS?. Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua keadaan ini?. Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfa secara mikro sukar atau tidak boleh diadakan didalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumat tentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku didalam tubuh manusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif. Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan reverse transcriptase untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuh manusia. Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik group specific antigen yang

dinamakan gag, polymerase (pol) dan envelope (env). Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh sejenis bahan genetik yang menghubungan pol dan env. HIV-1 mempunyai bahan genetik vpu, sementara HIV-2 mempunyai bahan genetik vpx. Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4. Untuk menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini misti melakukan satu proses yang dinamakan replication. Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan progeni yang mengandungi:

dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh nucleocapsid protin Gag; enzim (pretease, reverse transcriptase-RNase, dan integrase); membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.

Secara umumnya seseorang pesakit akan menjalani:


ujian ELISA sebagai saringan pertama ujian PA sebagai saringan kedua JIKA kedua-dua ujian diatas reaktif (menunjukkan tindakbalas positif), darah baru akan diminta daripada pesakit. Ujian ELISA dan PA kali kedua akan dijalankan. ujian WB di IPP ujian PCR jika berumur kurang daripada 18 bulan

Selepas doktor berpuas hati dengan semua keputusan ujian-ujian diatas, pesakit akan disahkan samada dijangkiti HIV atau TIDAK. Memandangkan virus HIV sangat spesifik kepada manusia, ianya tidak dapat dibiakkan didalam tisu haiwan lain. Oleh itu pengesanan virus dengan menggunakan kaedah haiwan yang disuntik oleh serum pesakit yang mungkin dijangkiti virus tidak dijalankan. Walaunpun begitu kaedah kultur tisu ada digunakan didalam penyelidikan. Sepasukan pakar dari Universiti Kyoto, Jepun dapat membiakan virus HIV didalam monyet dengan melakukan sedikit perubahan struktur genetik virus berkenaan. AIDS : TANDA KLINIKAL Tanda-tanda klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk mendiagnos AIDS. Mengikut kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS ialah : i. Susut berat badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan. ii. Demam berpanjangan melebihi 1 bulan iii. Cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan iv. Batuk berpanjangan melebihi 1 bulan v. Mendapat jangkitan kandidiasis oral vi. Mendapat jangkitan 'Kaposi sarcoma' vii. Mendapat jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh AIDS : RAWATAN

Tiada rawatan khusus untuk AIDS. Pengetahuan yang ada menunjukkan semua pesakit HIV akan berakhir dengan kematian. Terdapat beberapa ubat yang dapat mengelakkan jangkitan oputunistik AIDS. Ubat-ubat ini secara teorinya dapat memanjangkan jangka hayat pesakit AIDS. AZT adalah ubat yang mula-mula sekali dicuba terhadap pesakit AIDS. Secara teorinya AZT, sebagai penghalang enzim transcriptase, dapat menghalang virus HIV (sejenis virus DNA) menukarkan bahan genetik kepada DNA. Oleh itu ianya dapat menghalang pembiakan virus DNA. Maklumat yang ada sekarang menunjukkan AZT hanya dapat diberikan kepada orang tertentu sahaja. Mereka-mereka ialah yang mempunyai bilangan CD4+ kurang dari 400, ibu-ibu positif yang mengandung. Walaupun begitu AZT hanya didapati mempunyai kesan jangka pendik sahaja. Kesannya berkurangan semakin lama pesakit mengidap AIDS. Satu ujian klinikal mendapati pengambilan AZT dikalangan ibu mengandung dapat menggurangkan jangkitan HIV dari 30% ke 7%. AIDS : VAKSIN Maklumat yang ada menunjukkan vaksin AIDS berada diperingkat 'clinical trial' ( maklumat terakhir pada akhir 1995). Beberapa masaalah besar berkenaan vaksin AIDS ialah: i. Isu etikal. Adalah tidak etikal secara perubatan memberikan satu vaksin yang masih belum diketahui kesan nya kepada seseorang dan seterusnya mendedahkan orang berkenaan kepada penyakit merbahaya yang masih belum ada ubatnya (iaitu AIDS). ii. Virus HIV. Adalah diketahui dengan jelas sekarang bahawa terdapat beberapa jenis virus HIV. Disamping terdapat 2 kumpulan besar iatu HIV-1 dan HIV-2, terdapat perbezaan susunan struktur genetik dikalangan HIV-1 sendiri (setiap ahli didalam kumpulan berbeza dinamakan clad ). Oleh itu virus HIV yang menyebabkan AIDS di Amerika tidak serupa dengan di Asia yang juga tidak sama dengan di Afrika. Oleh itu vaksin HIV hendaklah di bentuk untuk setiap clad yang berbeza ini. iii. Calun. Sebagai sifat biologinya, vaksin digunakan untuk mencegah jangkitan. Oleh itu calun vaksin HIV adalah mereka-mereka didalam gulungan beresiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan, pelacur (dan pelanggannya) dan pengamal homoseks. Soalannya bilakan vaksin patut diberikan kepada gulungan ini. Memandangkan gulungan ini dianggap sebagai antisosial di sesetengah negara (juga di Malaysia), apakah pemberian vaksin kepada gulungan ini tidak disalah anggap sebagai menggalakkan kejadian antisosial.

Strok adalah kerosakan otak yang mengejut di sebabkan oleh arteri yang tersekat atau pecah. Sakit strok yang teruk boleh menyebabkan kematian ; yang kurang teruk akan menyebabkan anggota badan menjadi lemah atau lumpuh.

Tanda dan gejala


Bergantung kepada bahagian otak yang terlibat. Perubahan tahap kebolehan mental Kurang sedar Perubahan personaliti Bermasaalah memahami percakapan Lumpuh atau lemah di sebelah atau kedua- dua belah badan Lumpuh atau lemah secara mengejut di muka, lengan atau kaki

Nadi laju dan kuat Tarik-tarik atau sawan Sakit kepala yang amat sangat Hilang atau kurang penglihatan Saiz anak mata tidak sama Mulut atau mata "drooping" Ketidakbolehan bercakap Kesukaran bernafas Hilang kawalan pundi kencing atau usus Loya dan / atau muntah

TINDAKAN ANDA
1. Kekalkan saluran pernafasan terbuka 2. Lakukan hiperventilasi ke atas pesakit strok yang tidak sedar sekurang-kurangnya 20 kali seminit). 3. Biarkan pesakit berihat. Letak pesakit yang tidak sedar dalam kedudukan 3/4 tiarap (kedudukan pemulihan) Letak pesakit yang sedar atas belakangnya dengan kepala dan bahu diangkat sedikit untuk mengurangkan tekanan ke atas otak. 4. Lindungi pesakit dari kecederaan bila di angkat atau di gerakkan semasa konvulsi. 5. Jangan biarkan pesakit jadi terlalu panas. 6. Jangan beri apa-apa melalui mulut kepada pesakit.

Kecederaan sedutan boleh di sebabkan oleh : Tersedut haba Tersedut bahan kimia merbahaya, asap atau gas api yang lain Tersedut karbon monoksid

Saluran pernafasan sebelah atas amat senang tersekat selepas terdedah kepada udara yang amat panan. Membran mukus mungkin terbakar dan bengkak, akan menyekat saluran pernafasan Api menyebabkan masalah lain selain dari terbakar. Asap dari mana-mana kebakaran mengandungi bahan beracun. Bahan-bahan ini boleh membakar kulit, mendatangkan iritasi kepada mata, mencederakan saluran pernafasan, menyebabkan pernafasan terhenti dan kadangkala menyebabkan jantung terhenti. Tanda dan gejala sedutan asap Terbakar di muka Bulu mata dan hidung mungkin terbakar Deposit karbon dan radang di mulut dan tekak Nafas bernau asap Karbon terdapat dalam kahak Susah untuk bernafas Sakit dada Susah untuk batukRunsing dan resah gelisah Sejarah terdedah kepada asap atau semasa tidak sedar terdedah kepada asap atau api

TINDAKAN ANDA
Alihkan mangsa ke kawasan bebas asap kalau selamat untuk

bertindak demikian Pastikan tahap kesedaran mangsa jika dalam keadaan pengsan Letak mangsa dalam kedudukan pemulihan Sentiasa memerhati nadi dan pernafasan mangsa. Jika tiada Mulakan CPR Panggil bantuan perubatan secepat mungkin.

Karbon monoksid (CO) adalah gas yang tidak berwarna , tidak berbau dan tidak boleh di rasa yang di keluarkan oleh bembakaran bahan api organik. Punca biasa adalah pembakaran di dalam enjin otomobil, dapur kayu, arang barbecue. Bila pembakaran berlaku dalam ruang tertutup, CO boleh mencapai paras toksid dengan cepat. Gas ini sukar di kesan dan boleh memberi kesan kepada mangsa tanpa ia menyedarinya

Tanda dan gejala


Kesan keracunan CO paling di rasai di otak dan jantung, yang mempunyai aliran darah serta keperluan oksigen yang banyak.
Badan secara keseluruhan Sakit kepala Resah gelisah dan keliru Fikiran tidak menentu Dalam keadaan teruk mangsa mungkin pitam atau tidak sedar Pernafasan Sesak nafas Kadar pernafasan meningkat Sakit dada Dalam keadaan yang teruk, pernafasan mungkin terhenti Mata, telinga, hidung dan tekak Warna kebiruan terutama pada bibir Kulit Warna kebiruan pada kuku jari Kulit kelihatan pucat Sistem penghadzaman Rasa loya dan muntah Jantung dan saluran darah Denyutan jantung tidak teratur Nadi cepat Tekanan darah menurun

Sistem saraf Renjatan Sawan Dalam keadaan teruk mangsa akan koma Pada paras CO yang tinggi, kegagalan jantung dan paru-paru akan berlaku dan kematian mungkin berlaku. Anda harus mengesyaki keracunan karbon monoksid dalam semua mangsa yang tidak sedar yang di temui di tempat kebakaran.

TINDAKAN ANDA Pengendalian


Matlamat utama semasa mengendalikan mangsa adalah : Untuk mengurangkan paras karbon monoksid dalam darah Untuk meninggikan paras oksigen dalam darah Kendalikan seperti berikut : Tentukan anda tidak membahayakan diri sendiri semasa anda menghampiri tempat kejadian, gunakan alat pernafasan tertutup Alihkan mangsa dari punca karbon monoksid. Jangan berada di situ lebih lama dari yang perlu Lakukan tinjauan awal dan bantu yang mana perlu Beri mangsa 100% oksigen mengunakan topeng sehala dengan kadar 10 liter seminit Periksa untuk kecederaan dan beri bantuan secepat mungkin Bersedia untuk melakukan CPR jika nadi dan pernafasan terhenti Hantar mangsa secepat mungkin kehospital

1. Demam adalah tanda yang menunjukkan tindakbalas tubuh badan jika terdapat nya jangkitan kuman kepada tubuh badan kita. Suhu tubuh akan meningkat pada paras lebih dari suhu badan yang biasa ia itu 37 C. 2. Demam dalam keadaan sederhana tidak bahaya, tetapi jika suhu meningkat hingga 39 C atau berlaku kepada kanak-kanak adalah amat bahaya kerana boleh menyebabkan sawan jika di biarkan berterusan. Jika demam yang sederhana, tiada rawatan di perlukan. Sistem ketahanan Dalam tubuh badan kita akan bertindak melawan jangkitan kuman tersebut. Biarkan pesakit berehat dan kalau boleh minum, berikan minuman sejuk kepada pesakit. Jika demam masih berterusan, beri tuaman sejuk keseluruh badan terutama di bahagian dahi , leher, dada dan bahagian pelipat anggaran 5 10 minit atau badan pesakit mula terasa sejuk. Berhenti seketika tuaman sejuk tersebut. Jika suhu badan naik semula , mulakan tuaman sejuk tersebut . Jangan selimut atau pakai pakaian yang tebal kerana ini akan menyebabkan suhu naik semula. Paracetamol dalam sukatan yang biasa boleh di berikan untuk membantu menurunkan suhu badan pesakit. Tetapi jika demam masih berterusan, bawa pesakit kehospital untuk rawatan selanjutnya.

TINDAKAN ANDA

Jangan selimutkan pesakit Jangan gunakan pakaian yang tebal Jangan beri tuaman sejuk berlebihan

Mengapa Anda Perlu Mempelajari CPR


Dengan membaca manual ini anda dengan sendirinya telah mempelajari cara mengendalikan CPR. Mungkin seseorang yang anda kasihi di serang penyakit jantung atau pun pekerjaan anda lakukan memerlukan anda menyediakan diri untuk mengatasi sebarang kecemasan perubatan. Kemahiran CPR juga mungkin menjadikan anda seorang warga negara yang berguna. Walau bagaimana pun, ingatlah CPR boleh menyelamatkan nyawa . Kerja keras dan apa yang anda pelajari akan mendatangkan faedah. Pada tahun 1990, penyakit Jantung telah menyebabkan 900,000 kematian, 500,00 disebabkan serangan sakit jantung. Kebanyakkan daripada nya adalah kematian mengejut. Lebih kurang 2/3 daripada kematian adalah disebabkan serangan sakit jantung berlaku sebelum mangsa sampai ke hospital. Kebanyakkan daripada kematian ini boleh dielakan jika mangsa mendapat pertolongan segera, jika seseorang yang terlatih dalam CPR menjalankan langkah menyelamat yang betul sehinggalah para professional yang terlatih mengambil alih.

CPR Orang Dewasa (One-Rescuer CPR : Adult)


1. Penilaian - Tentukan mangsa tidak sedarkan diri

Assessment : Determine unresponsiveness - Tap and shout " Are you OK?" 2. 3. Cuba dapatkan bantuan dan panggil Ambulan Activate EMS system Betulkan kedudukan mangsa Position the victim Buka saluran pernafasan - Dongakkan kepala dan angkat dagu Airway - Open the airway (head tilt - chin lift)

4.

5.

Penilaian Pernafasan - Tentukan mangsa tidak bernafas - Dengar bunyi pernafasan, rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa, lihat pergerakan dadanya (5 - 10 saat) Breathing - Assessment : Determine breathlessness - Look at the chest for movement, Listen for the sounds of breathing, feel for breath on your cheek Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 kali pernafasan (1 1/2 - 2 saat setiap hembusan) If the victim is not breathing, give 2 slow breaths (1 1/2 - 2 seconds per breath) Penilaian Peredaran darah - Tentukan ketiadaan nadi karotid (5 saat) jika tidak pasti samaada nadi atau tidak teruskan CPR Circulation - Assessment : Determine pulselessness - feel for the carotid pulse. If not sure start CPR

6. 7.

8.

Jika tiada nadi, lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan keatas tulang sternum sedalam 1 1/2 - 2 inchi mengikut kadar 100 kali tekanan seminit di ikuti 2 hembusan pernafasan. Lakukan 5 pusingan 2 minitITsebelum periksa nadi

If no pulse, begin 30 chest compression - 1 1/2 - 2 inches at a rate of 100 per minute followed by 2 slow rescue breaths. Continue for five cycles for 2 minute before checking for pulse

9. Selepas 5 pusingan, periksa nadi semula. Jika tiada nadi teruskan pusingan semula sehingga perkara berikut berlaku : a. Sehingga Ambulan sampai b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil alih dari penyelamat c. Sehingga mangsa ada nadi dan nafas d. Sehingga penyelamat keletihan untuk meneruskan At the end of 5 cycles, check for return of pulse. If no pulse, resume CPR or until: a. Ambulance arrive b. somebody who knows CPR take over c. victim has pulse and breathing d. until the rescuer too tired to continue. 10. Hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali seminit If there is a pulse but no breathing, give 1 rescue breath every 5 seconds at the rate of times per minute 11. 12

Jika mangsa sudah mula bernafas - pastikan tahap kesedaran mangsa semula, jika masih tidak sedar diri, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan sehingga bantuan perubatan tiba. Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan If the victim is breathing, assess for unresponsiveness. If still unconscious, place the victim in the recovery position until ambulance arrive. Every 5 minutes always check for pulse and breathing.

CPR UNTUK BAYI (CPR FOR INFANT)


A. Saluran Pernafasan Air Way
1. Penilaian : Tentukan mangsa tidak sedar - gerakkan bahunya dengan perlahan Assessment : Determine unresponsiveness tap the shoulder gently 2. 3. Dapatkan bantuan call for help Buka saluran nafas - dongakkan kepala dan angkat dagunyaOpen the Airway Head tilt and Chin Lift

B.

Pernafasan
4. 5. Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. Rasa, dengar dan lihat pernafasan mangsa Breathing - Assessment : Determine breathlessness - look, listen and feel for breathing Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 kali bantuan pernafasan perlahan - lahan. Tutup mulut dan hidung bayi dengan mulut anda semasa hembusan di berikan If the victim is not breathing, give 2 gentle rescue breaths, Close infant mouth and nose together while giving rescue breath.

C.

Peredaran Darah
6. 7. Penilaian : Tentukan nadi brakial mangsa (Check for brachial pulse) Jika tiada nadi, mulakan tekanan dada. Bayangkan satu garisan antara kedua puting mangsa. Letak 2 jari dengan jarak satu jari di bawah garisan tersebut. Tekan dada 1/2 hingga 1 inchi dengan kadar tekanan 30 kali di ikuti 2 hembusan nafas. Lakukan 5 pusingan If no pulse, begin chest compressions. Imagine a line drawn between the nipples, and place your index finger below that line in the center of the chest. Place the middle and ring fingers next to the index finger. Use the middle and ring fingers to compress the sternum 1/2 - 1 inches with a compression ventilation ratio of 30:2 Continue for 5 cycle. 8. Selepas 5 pusingan, periksa nadi brakial semula. Jika masih tiada nadi, teruskan pusingan semula. Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada, beri bantuan pernafasan 1 hembusan setiap 3 saat dengan kadar 20 kali seminit After 5 cycles, check the brachial pulse. If the pulse return, check for breathing. If there is no breathing, give 1 rescue breath every 3 seconds - 20 times per minute 9. Jika mangsa mula bernafas, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan (If there is breathing, place in the recovery position

MANGSA TERCEKIK UNTUK ORANG DEWASA (ADULT CHOKING VICTIM)


1. 2. Tanya mangsa sama ada beliau boleh bercakap (Determine if victim is able to speak or cough) Jika boleh bercakap, galakkan mangsa batuk sehingga benda asing yang tersekat dapat dibatukan keluar (If the victim can speak, encourage the victim to cough out the foreign body by himself)

3.

Jika mangsa tidak boleh bercakap dan batuk, lakukan tekanan abdomen . Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua tangan anda di keliling abdomen nya. Buat genggaman pada satu tangan dan pegang genggaman tersebut dengan tangan yang satu lagi. Letak genggaman tersebut antara pusat dan tulang ulu hati dan tekan arah kedalam dan keatas. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, buat tekanan pada tengah - tengah dada arah kedalam (If the victim cannot talk to you or cough, stand behind victim and wrap your arms around victim's waist. Press fist into abdomen with quick inward and upward thrust. Perform abdominal thrust until the foreign body is expelled or the victim becomes unconscious)

4. 5.

Jika mangsa tiba - tiba pengsan - Secepat mungkin minta seorang panggil Ambulan If the victims suddenly fall unconscious, immediately asked somebody to call for the ambulance Buka mulut mangsa dengan teknik tekan lidah dan angkat dagu. Cuba korek keluar benda asing tersebut, jika tidak berjaya, cuba hembus nafas kemulut mangsa. Open the victim mouth using tongue and jaw lift technique. Try to sweep out foreign body using finger, if not success, Attempt rescue breathing. Jika saluran pernafasan mangsa masih tersekat, lakukan tekanan abdomen dengan berlutut sebelah menyebelah paha mangsa. Letak tumit tapak tangan antara pusat dan tulang ulu hati. Letak tangan sebelah lagi di atas tangan yang pertama dan tekan arah keatas

6.

Attempt rescue breathing, if airway is obstructed, perform abdominal thrust - kneel astride the victim's thigh. Place the heel of one hand on the victim's abdomen, place the second hand on top of the first. Press upward thrust

7.

Selang - seli teknik ini : Buka mulut mangsa, korek benda asing Beri hembusan semula Tekanan Abdomen

Repeat sequence until successful - Finger sweep, rescue breathing attempt and abdominal thrust 8. Lakukan sehingga benda asing tersebut dapat di korek keluar atau hembusan dapat diberikan

Repeat until the foreign body is out or able to give rescue breathing 9. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, lakukan tekanan dada Seperti CPR teknik

For victims who are in advanced pregnancy or are obese, perform chest thrusts. Press backward thrusts.

Bayi tercekik (Obstructed Airway Infant)


1. Penilaian : Pastikan tahap kesedaran (Assessment : Determine unresponsiveness) 2. 3.

Panggil Bantuan (Call out for help) Buka saluran pernafasan Dongak kepala, angkat dagu (Open the airway - Head tilt - chin lift) Penilaian : Pastikan mangsa bernafas Assessment : Determine breathlessness - look, listen and feel for breathing

4.

5.

Cuba beri bantuan pernafasan (Try to give rescue breaths) Jika tersekat, betulkan kedudukan kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. If obstructed, reposition the head and try to give rescue breaths Jika masih tersekat, panggil ambulan ( If still obstructed, activate the EMS) Beri tepukan belakang 5 kali dan tekanan dada 5 kali (Deliver 5 back blows and 5 chest thrusts) Lakukan teknik tekan lidah angkat dagu dan korek benda asing jika nampak Perform tongue - jaw lift and remove foreign object if you see one

6.
7. 8.

9.

10.

Cuaba lagi bantuan pernafasan, jika masih tidak boleh ( Try again to give rescue breathing, if still cannot) Ulang semula sehingga berjaya (Repeat the step until successful )

11.

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

NOTA PERTOLONGAN CEMAS

SITI NORHASIDAH BT MOHD YUSUF (PENOLONG PENGARAH LATIHAN) BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS TEL: 019-4274302 / 014-9060989, Email: shidah2008@hotmail.com
(Pen. Kanan Pentadbiran, SK Panggas / Jurulatih BSMM Pusat Kokurikulum UNIMAP)

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Bantuan Kecemasan Peranan Pasukan Bantuan Kecemasan Kit BantuanKecemasan Kemalangan Boleh Berlaku Bila-Bila Masa Penilaian Pesakit Penilaian Pantas Keseluruh Badan Man gsa Sistem Peredaran Darah Sistem Pernafasan Kulit Perdarahan Amputasi Renjatan Kecederaan Kepala dan Tulang Belakang Kecederaan Dada Kecederaan Abdomen Sistem Rangka Patah Kecederaan Sendi Terbakar dan Melecur Kecederaan Elektrik Serangan Sakit Jantung AIDS Fakta Mengenai Penyakit Keracunan Makanan m.s. 1 3 3 5 8 9 11 16 18 18 22 23 25 27 31 33 34 35 36 38 39 41 45

24. 25. 26. 27. 28. 29.

Menilai dan Mengendalikan Mangsa Strok Menilai dan Mengendalikan Mangsa Tersedut Asap Demam Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Tercekik

48 50 53 54 58

Menilai dan Mengendalikan Mangsa Keracunan Karbon Monoksid 51

You might also like