Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Sambutan Hari Guru 2008

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2008 PERINGKAT IPPM TEKS PENGACARA MAJLIS MASA 7.

45 pagi 8.00 pagi CUE Perarakan masuk pensyarah Ketibaan Pengarah PENGERUSI

Nyanyian Lagu Negaraku -Hadirin dipersilakan duduk.

Apabila VIP bersedia

-Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. -Hadirin sekalian, kita mulakan majlis dengan bacaan ummul furqan, Al-Fatihah. -Yang Berbahagia, Pn. Hjh. Noor hayatee Binti Md. Noor, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu -Yang Berbahagia, Madarsa, Timbalan Perempuan Melayu Datin Siti Hanifah binti Pengarah,IPGM Kampus

-Yang Berbahagia Dato Khamsiyah Bt Yeop, tetamu kehormat sambutan Hari Guru bagi tahun 2009. -Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Dolah, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Tn. Hj. Zaki bin Ab Majid Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Perempuan Melayu selaku ketua jabatan yang mengelolakan Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Guru. -Yang dihormati, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah-pensyarah, seterusnya guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu. Burung belatuk di punggur gaharu, Mencari rezeki tanpa bosan, Tuan pembentuk insan guru, Pemastian kualiti generasi wawasan. Pulau Cendana lautnya biru, Hutannya tebal indah suasana, Tuanlah juru bina insan guru, Tuanlah penggubal Pembina makna.

8.10 pagi

Bacaan doa

-Selamat datang ke Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Perempuan Melayu bagi tahun 2009.

-Bagi memulakan majlis, dijemput Ustaz untuk bacaan doa. Dipersilakan. Sebaik sahaja Ustaz turun dari -Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. pentas. -Majlis diteruskan dengan bacaan Rukun Negara, Ikrar Perkhidmatan Awam, dan Ikrar Integriti yang akan diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Zaki bin Abdul Majid, Ketua Jabatan Pengajian Melayu,IPGM KPM. -Oleh itu, majlis menjemput Tn. Hj. Mohd Zaki bin Abdul Majid untuk bacaan lafaz ikrar. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk bacaan lafaz ikrar. Setelah selesai bacaan lafaz -Majlis mengucapkan ucapan terima kasih. ikrar. -Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Perkhidmatan Awam. Hadirin diminta berdiri. 8.30 pagi Ucapan YDP -Hadirin sekalian dijemput duduk. -Bagi meneruskan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Saudari Azuanurhuda binti Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan. Setelah YDP turun dari pentas. -Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudari Azuanurhuda binti Abdul Rahman, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Kampus Perempuan Melayu yang telah menyampaikan ucapan. -Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pn. Hjh. Noor Hayatee binti Md Noor, Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu untuk menyampaikan ucapannya.

8.40 pagi

Ucapan Pengarah IPGM KPM

-Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Setelah Pengarah IPGM KPM -Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan duduk di tempatnya kepada Yang Berbahagia Pn. Hjh. Noor Hayatee binti Md Noor, Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu atas ucapannya sebentar tadi. Penyampaian cenderamata hadiah dan -Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaiian sijil dan hadiah kepada ..................................................................... ..... Hari -Kami mulakan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2009 peringkat IPGM Kampus Perempuan Melayu dengan Assalamualaikum w.b.r.t..... Ibarat siang disinari mentari, Ibarat malam diterangi bulan, Usahamu guru sentiasa diberkati, Mendidik anak bangsa penuh cabaran. -Selamat Hari Guru buat semua pendidik dan bakal pendidik IPGM KPM. 9.00 pagi Bacaan ikrar Hari Guru -Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Hari Guru yang akan diketuai oleh En. Fuad bin Sam. -Dengan segala hormatnya mempersilakan ........................ majlis

9.00 pagi

Pembukaan Guru

Sambutan

Setelah bacaan ikrar selesai

-Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk bacaan ikrar. -Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Fuad bin Sam atas bacaan ikrar sebentar tadi -Majlis kita teruskan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru Pembina Negara Bangsa -Semua hadirin diminta berdiri

Setelah selesai nyanyian

-Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga dewan atas nyanyian lagu-lagu sebentar tadi. -Semua dipersilakan duduk.

Bacaan perutusan Pengarah -Bagi meneruskan acara majlis, dengan segala BPG hormatnya, mempersilakan Dr. Hj. Mihat bin Dolah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk membacakan Perutusan hari Guru Pengarah BPG. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Sebaik sahaja Dr. Hj. Mihat bin -Terima kasih diucapkan. Dolah duduk semula. -Bagi menambah serinya lagi majlis kita, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Timbalan Pengarah Kampus Perempuan Melayu untuk membacakan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebaik sahaja Timbalan -Majlis mengucapkan terima kasih atas Pembacaan Pengarah duduk semula. Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa. Hadirin yang dihormati, -Acara majlis kita teruskan. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu Pembacaan Perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia. -Untuk itu, dengan segala takzimnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Pn. Hjh. Noor Hayatee Binti Md. Noor, Pengarah IPGM, Kampus Perempuan Melayu, untuk membacakan Perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan segala takzimnya dipersilakan. Sebaik sahaja Pengarah IPGM -Dengan penuh takzim, terima kasih kami ucapkan KPM duduk semula. atas pembacaan Perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia, oleh Yang Berbahagia Puan Hjh Noor Hayatee Binti Md. Noor, Pengarah IPGM KPM. 9.45 pagi Ceramah Hari Guru -Bagi meneruskan majlis, majlis dengan segala hormatnya menjemput Dato Khamsiyah Bt Yeop untuk menyampaikan ceramah hari guru yang bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa -Kini, majlis mempersilakan Dato Khamsiyah Bt Yeop. Dipersilakan.

Sebaik sahaja penceramah -Terima kasih diucapkan kepada Dato Khamsiyah jemputan duduk semula. Bt Yeop atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. -Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Pn. Hjh Norhayatee bt Md. Noor Pengarah IPGM KPM untuk tampil ke persada majlis bagi menyampaikan cenderamata kepada Dato Khamsiyah binti Yeop. Dipersilakan penceramah kita untuk menerima cenderamata daripada IPGM KPM. Terima kasih kepada pengarah dan juga tetamu kehormat kita. 10.45 pagi Persembahan pelajar

-Memburu gelama Di Tasik Bera, Berenang-renang di dalam tebat, Guru laksana nilam mutiara, Pemberi dorongan peniup semangat. -Bagi membuktikan penghargaan dan sanjungan yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah IPGM Kampus Perempuan Melayu, Majlis kini diteruskan lagi dengan persembahan daripada Guru-guru Pelatih PPISMP dan PISMP. -Persembahan dimulai dengan menjemput gabungan unit Sains dan Matematik Julai 2008 untuk mempersembahkan koir yang bertajuk .................................... Majlis mempersilakan.

Setelah persembahan tamat.

-Terima kasih atas persembahan tersebut. -Seterusnya, kita bakal disajikan dengan persembahan nasyid yang akan disampaikan oleh kumpulan Nur Iman. Buat pengetahuan hadirin, kumpulan nasyid Nur Iman telah berjaya mendapat naib johan pertandingan nasyid peringkat Belia Negeri Melaka yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah baru-baru ini . Kumpulan ini diketuai oleh saudari Athirah bt Sahabudin dibawah bimbingan En. Johan bin .............dan En. Abd Salam bin Mohamed Ibrahim. -Majlis mempersilakan

Setelah persembahan tamat.

-Terima kasih diucapkan atas persembahan nasyid yang menarik itu tadi. -Persembahan diteruskan lagi dengan menjemput saudari Nur Dalila binti Daud dari Unit PISMK Pra 2006 untuk mempersembahkan sajak yang bertajuk Terima Kasih Cikgu.................... -dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Setelah persembahan tamat

-Terima kasih atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. .. -Kini, tibalah kita ke persembahan yang ditunggutunggu. -Bagi menyemarakkan lagi majlis Sambutan Hari Guru pada kali ini, majlis mempersilakan wakil pensyarah Institut Perguruan Perempuan Melayu untuk menyampaikan persembahan -Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Setelah persembahan tamat.

-Jutaan penghargaan terima kasih kepada para pensyarah yang telah menyampaikan persembahan yang cukup menarik dan penuh bermakna sebentar tadi. -Majlis diteruskan lagi dengan membawa hadirin sekalian menikmati keindahan gurindam yang akan dipersembahkan oleh saudari Nur Dalila bt Khamis.. Terima Kasih buat saudari Dalila.. -Hadirin Sekalian. -Bagi meneruskan agenda majlis pada hari ini, pihak majlis menjemput Saudari Azuanurhuda binti Abdul Rahman, Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk memberi cenderamata Hari Guru kepada Pengarah/Tim. Pengarah. -Dijemput Pn. Pengarah untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata Hari Guru

Setelah persembahan tamat

Penyampaian cenderamata

-Dijemput pula Pn. Timb. Pengarah naik ke pentas bagi menerima cenderamata Hari Guru -Terima kasih diucapkan kepada Saudari Azuanurhuda binti Abdul Rahman, Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009/2010.

Penyampaian Hadiah kepada Pengarah/Tim. Pengarah

-Seterusnya majlis menjemput Saudari Azuanurhuda binti Abdul Rahman untuk mengiringi Pengarah (Pn. Hjh Noor Hayatee Bt. Md. Noor), dan Timb. Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu (Datin Siti Hanifah binti Madarsa) bagi menyampaikan hadiah hari guru kepada para pensyarah.

-Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pengarah/Tim. Pengarah IPGM KPM untuk menyampaikan cenderamata kepada pensyarahpensyarah IPGM Kampus perempuan Melayu melalui ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit masing-masing.

-Dijemput..............(ikut senarai)

-Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian Pengarah/Tim. Pengarah menyampaikan cenderamata.

Nyanyian lagu-lagu rasmi

-Tuan- tuan dan puan-puan sekalian, majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, tersilap bicara harap maafi, ketemu lagi, di lain acara.

-Sambutan Hari Guru bagi tahun 2009 peringkat IPGM KPM diakhiri dengan nyanyian lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Rasmi IPPM. -Hadirin dipersilakan berdiri.

-Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Mengharum wardah bingkisan puteri, 11.15 pagi Hiasan sanggul anggun melintang, Adunan indah jasa dan bakti, Guru Cemerlang, Negara Gemilang.

-Sekian, kami akhiri majlis dengan lafaz suci wabila............dan Selamat Hari Guru... -Majlis mengumumkan Puan Pengarah meninggalkan persada majlis. Jamuan -Semua Pensyarah dijemput ke perkarangan Anjung Tadbir untuk menikmati jamuan.

You might also like