Modul Fiqh Zakat - UIU 1022 Fiqh Ibadah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

MODUL ZAKAT FIQH IBADAH UIU 1022 PUSAT PENATARAN ILMU UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Oleh: Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan tentang pengertian zakat secara terperinci. 2. Menjelaskan serta syarat-syarat wajib zakat dan asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. 3. Membincangkan bentuk-bentuk harta yang diwajibkan zakat. 4. Mengetahui jumlah nisab dan kadar zakat kepada harta yang dikenakan zakat.

Pengenalan

Zakat merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam kepada ummatnya. Ia merupakan salah satu daripada rukun Islam yang perlu dilaksanakan tanpa ada keraguan padanya. Ia bertepatan dengan agama Islam yang mementingkan konsep tolong menolong (taawun) dan saling menjamin (takaful) dikalangan masyarakat Islam. Islam telah menetapkan peraturan khusus membabitkan harta orang Islam agar perkongsian harta berlaku secara adil. Ia bertujuan untuk memastikan kekayaan tidak hanya berlegar dalam kalangan orang kaya. Oleh itu, Islam menetapkan orang yang memiliki harta membayar zakat kepada golongan yang layak menerimanya.

Zakat bukan sahaja dapat melatih individu agar menjadi seseorang yang prihatin terhadap keperluan golongan yang memerlukan, tetapi merupakan salah satu bentuk instrumen bagi memastikan berlakunya keadilan sosial dalam masyarakat Islam. Perkara ini yang dilaksanakan dengan harapan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Pengertian Zakat

al-zakah menurut bahasa Arab mempunyai pelbagai definisi antaranya membersihkan sesuatu, menambahkan dan menyuburkan.

Dari segi istilah pula terutama dalam perbahasan fiqh, zakat merujuk kepada kadar yang ditentukan daripada harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat tertentu. Zakat dikategorikan sebagai ibadah maliah ijtimaiyyah iaitu suatu ibadah berkaitan dengan kehartaan dan hubungan antara masyarakat. Ia dinamakan sebagai zakat kerana beberapa sebab, antaranya:

Sesuai dengan maksud bahasa juga iaitu harta asal akan subur dengan keberkatan dan doa orang yang menerima pemberian zakat. Menyucikan semua baki harta daripada syubhat dengan pemberian kadar tertentu dari harta berkenaan yang menjadi hak penerima zakat. Menyucikan jiwa orang yang mengeluarkan zakat daripada sifat tamak dan cintakan harta, dan orang yang menerima zakat daripada penyakit hasad dengki dan sebagainya.

Dalil Pensyariatan Zakat

Hukum zakat adalah wajib dalam Islam berdasarkan dalil-dalil dalam al-Quran, alSunnah dan Ijmak Ulama. 1. Dalil al-Quran:

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat serta rukuklah kamu semua bersama-sama orang yang rukuk. (al-Baqarah, 2: 43)


Maksudnya: Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka . (al-Taubah, 9:103)

2. Dalil al-Sunnah:

Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam itu dibina di atas lima perkara, penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji di Baitullah, dan puasa Ramadan. (Muttafaqun Alaih)

Zakat disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua selepas Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Pensyariatan zakat ini berlaku sebelum pensyariatan solat.

Hikmah Pensyariatan Zakat

Diantara hikmah disyariatkannya zakat adalah :

a. Menguatkan kasih sayang antara orang kaya dengan miskin. Ini kerana fitrah jiwa manusia merasa senang dan berterima kasih terhadap orang yang berbuat kebaikan (berjasa kepadanya). b. Mensucikan, membersihkan serta menjauhkan jiwa dari sifat kikir dan bakhil. c. Membiasakan diri seorang muslim untuk memiliki sifat belas kasihan kepada saudaranya yang lain. d. Memperoleh keberkatan, tambahan dan gantian harta yang lebih baik dari Allah SWT. e. Sebagai suatu ibadah kepada Allah.

Hukum Bagi Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat

(i) Keengganan mengeluarkan zakat disebabkan oleh ingkar akan pensyariatan zakat.

Para ulama bersepakat mengatakan orang yang enggan mengeluarkan zakat dengan sebab ingkar akan pensyariatan dan kefarduan zakat adalah kufur dan terkeluar dari agama Islam dan dihukum sama seperti orang murtad.

(ii) Keengganan mengeluarkan zakat disebabkan oleh bakhil.

Orang yang mengiktiraf zakat sebagai salah satu rukun Islam tetapi enggan mengeluarkannya kerana kedekut atau bakhil dianggap fasik dan berdosa. Pemerintah Islam boleh mengambil zakat dari hartanya secara paksa. Sekiranya dia menentang, maka pihak pemerintah boleh memeranginya sebagaimana yang berlaku pada zaman Sayyidina Abu Bakar RA.

Syarat-Syarat Wajib Zakat

Syarat-syarat yang mewajibkan seseorang membayar zakat adalah: 1. Islam Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.

2. Cukup nisab Harta yang dimiliki sampai atau melebihi had minima yang telah ditetapkan (nisab). 3. Cukup haul Setahun qamariyah atas pemilikan nisab. Zakat hanya diwajibkan apabila harta yang mencukupi nisab kekal dalam jumlah nisab sepanjang setahun qamariyah (haul).

Kewajipan zakat tidak berasaskan kepada akal. Oleh yang demikian, kanak-kanak dan orang gila tetap dikenakan zakat jika mempunyai harta dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat. Wali kepada kedua golongan ini bertanggung jawab mengeluarkan zakat bagi pihak mereka.

Sifat-Sifat Harta Yang Diwajibkan Zakat

Harta yang diwajibkan zakat mesti mempunyai sifat-sifat tertentu, antaranya:

1. Pemilikan penuh harta.

Harta yang memenuhi syarat-syarat wajib zakat mestilah dimiliki sepenuhnya oleh pemilik dari segi benda dan manfaat. Harta berkenaan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak, dan dia boleh menguruskan harta berkenaan mengikut kehendaknya.

Antara harta yang tidak dikenakan zakat disebabkan tidak mempunyai pemilikan sempurna ialah:

a) Harta negara. Tidak dikenakan zakat kerana milik seluruh rakyat negara berkenaan yang dibelanjakan untuk kepentingan mereka. b) Harta waqaf yang diperuntukkan untuk faedah umum. c) Harta yang yang hilang, dirampas atau dicuri. Tidak dikenakan zakat kerana tiada pemilikan ke atas harta berkenaan.

d) Harta yang diberikan hutang kepada orang lain. Dikeluarkan zakat setelah pemilik menerima semula harta hutang tersebut atau yakin pemiutang akan menjelaskannya. 2. Harta berkembang (al-nama) Al-nama adalah harta yang berpotensi untuk bertambah atau berkembang. Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu hakiki dan taqdiri. Hakiki bermaksud harta itu bertambah melalui pembiakan dan perniagaan, manakala taqdiri bermaksud harta itu mampu berkembang di tangan pemiliknya atau wakilnya. Selain itu, harta yang boleh berkembang juga merujuk harta yang boleh mendatangkan hasil seperti penyewaan, upah, perolehan baharu (mal almustafad) dan sebagainya.

3. Cukup nisab (had minima)

Harta yang diwajibkan zakat jumlah harta yang telah sampai atau melebihi kadar minimum yang telah ditetapkan oleh Islam berdasarkan jenis harta tersebut.

4. Melebihi keperluan asasi.

Harta yang dikenakan zakat hanya melibatkan harta yang cukup nisab dan melebihi dari keperluan asasi pemiliknya. Keperluan asasi merujuk kepada keperluan pemilik dan orang di bawah tanggungannya seperti rumah, pakaian, makanan dan sebagainya.

5. Bebas dari beban hutang

Jika mempunyai hutang, harta yang dimiliki perlu ditolak kadar hutang yang perlu dilangsaikan. Sekiranya baki mencukupi nisab, maka wajib mengeluarkan zakat. Pengiraan pembayaran hutang serta baki harta yang tinggal hanya membabitkan pembayaran yang diwajibkan pada tahun berkenaan dan bukannya keseluruhan hutang.

6.

Cukup haul setahun qamariyah.

Harta yang bersifat modal diwajibkan zakat apabila berlalunya setahun penuh pemilikan. Binatang ternakan, wang, barang dagangan tidak berkembang ketika mula-mula dimiliki, dan hanya selepas setahun pemilikan lazimnya harta berkenaan akan berkembang. Syarat haul ini tidak dikenakan ke atas tanaman, buah-buahan dan galian iaitu harta yang bersifat pendapatan kerana bentuk-bentuk harta ini dikenakan zakat sejurus selepas pemilik menuai atau mendapat hasilnya.

Bentuk Harta Yang Diwajibkan Zakat

Bentuk-bentuk harta yang diwajibkan zakat adalah seperti berikut:

1.

al-Naqdan ( dua matawang)

al-Naqdan yang dimaksudkan adalah emas dan perak sama ada yang telah ditempa menjadi matawang (dinar dan dirham), atau dalam bentuk ketulan emas atau perak asal. Bagi matawang dicetak dalam bentuk kertas hanya sebagai gantian emas dan perak untuk kegunaan urusan jual beli juga diwajibkan zakat. Saham-saham yang mempunyai jaminan tetap yang ada ikatan dengan nilai sebenar emas atau perak juga dikategorikan dalam bentuk harta ini, dan turut dikenakan zakat.

Dalil kewajipan membayar zakat emas dan perak daripada al-Quran:

Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Taubah, 9: 34)

Dalil daripada al-Sunnah:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA berkata, bersabda Rasulullah SAW: Mana-mana pemilik emas dan perak yang tidak mengeluarkan zakatnya, pada hari kiamat akan dibuat baginya acuan daripada api neraka. Dia akan dibakar di atas acuan itu di dalam neraka jahanam. Muka dan belakangnya diseterika dengan acuan tersebut. Setiap kali sejuk akan diulang semula azab tersebut. Sehari pada hari itu sama dengan lima puluh ribu tahun dunia, sehingga diputuskan hukuman di antara manusia dan ditunjukkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka. (Muslim).

Nisab dan Kadar Zakat Emas dan Perak

Had minima (nisab) bagi zakat bagi emas ialah 20 mithqal (85 gram emas)

Nisab zakat bagi perak ialah 200 dirham (595 gram perak).

Oleh kerana pada zaman ini penggunaan matawang kertas lebih meluas digunakan, pemilik matawang hendaklah mengeluarkan zakat berasaskan nilai nisab emas.

Walau bagaimanapun, syarat diwajibkan zakat ke atas emas, perak dan matawang ini tertakluk kepada apabila sekurang-kurang jumlah minima kekal sehingga cukup haul (setahun hijriyyah).

Kekurangan nisab walaupun pada tempoh yang sekejap menyebabkan harta berkenaan tidak dikenakan zakat. Sekiranya, harta kembali bertambah mencukupi nisab, maka pengiraan haul bermula dari tarikh baharu apabila harta berkenaan mencukupi nisab.

Ketetapan ini berasaskan kepada hadith Nabi Muhammad SAW, Maksudnya: Apabila kamu memiliki 200 dir ham dan telah berlalu ke atas kamu satu haul (tahun), maka wajib padanya 5 dirham. Tidak wajib ke atas kamu mengeluarkan zakat emas sehinggalah kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan telah berlalu satu haul ke atas kamu, maka wajib padanya setengah dinar. Apabila lebih daripada itu, maka perkirakan dengan hal ini.

Apabila mencukupi nisab dan haul, kadar yang ditetapkan ke atas emas, perak dan matawang adalah sebanyak 2.5% daripada keseluruhan jumlah harta berkenaan. Ketetapan ini merujuk hadith Maksudnya Pada setiap perak itu wajib satu perempat daripada satu persepuluh (1/40 = 2.5%).

Isu zakat bagi perhiasan emas dan perak:

Dikecualikan perhiasan ini daripada dikenakan zakat atas dasar perhiasan tersebut tidak menjadi harta yang berkembang (al-nama). Pengecualian zakat bagi perhiasan emas dan perak tertakluk kepada syarat sekiranya pemakaiannya secara lazim dan dibenarkan syarak serta tidak keterlaluan pada pandangan uruf manusia.

Penggunaan emas dan perak secara haram, contohnya pemakaian cincin emas oleh lelaki dan menggunakan peralatan/perhiasan rumah seperti pinggan emas tidak dikecualikan harta ini dari dikenakan zakat. Walaupun elemen harta berkembang tiada disebabkan penggunaannya sebagai perhiasan, namun disebabkan penggunaan diharamkan maka ia bercanggah dengan tujuan pengecualian ini.

Berikut adalah nilai uruf barang perhiasan bagi negeri-negeri di Malaysia. 1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram. 2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram. 3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram. 4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000. 5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram. 6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram. 7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram. 8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram. 9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf. 10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram. 11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram. 12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram. 13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000. 14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram. 2. Binatang ternakan (al-anam).

Binatang ternakan yang dikenakan zakat merujuk kepada unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang disebut sebagai binatang ternakan (al-anam).

Dua syarat yang mewajibkan zakat ke atas binatang ternakan tersebut antaranya ialah saimah (dilepaskan bebas) dan tidak digunakan untuk menjalankan pekerjaan. Oleh itu, binatang yang digunakan sebagai kenderaan atau kegunaan dalam pertanian seperti membajak dan menyiram tidak dikenakan zakat.

Kadar Nisab dan Zakat bagi haiwan ternakan.

Jadual Nisab Dan Kadar Zakat Ternakan Unta

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Nisab 1-4 5-9 10 - 14 15 - 19 20 - 24 25 - 35 36 - 45 46 - 60 61 - 75 76 - 90 91 - 120

Bilangan/Kadar Zakat Tidak diwajibkan zakat 1 ekor kambing 2 ekor kambing 3 ekor kambing 4 ekor kambing 1 ekor anak unta (bint makhad) 1 ekor anak unta (bint labun) 1 ekor anak unta (hiqqah) 1 ekor anak unta (jazaah) 2 ekor anak unta (bint labun) 2 ekor anak unta (hiqqah)

Umur 2 thn 2 thn 2 thn 2 thn 2 thn 3 thn 4 thn 5 thn 3 thn 4 thn

Mulai 121 dikeluarkan tiap-tiap 40 ekor unta dan 1 ekor anak unta berumur 3 tahun (bint labun) dan tiap 50 ekor unta dikeluarkan 1 1 ekor unta yang masuk 4 tahun (hiqqah).

Lembu/kerbau

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8

Nisab 1-12 30 - 39 40 - 59 60 - 69 70 - 79 80 - 89 90 - 99 100-109

Bilangan/Kadar Zakat Tidak diwajibkan zakat 1 ekor lembu (tabi atau tabiah) 1 ekor lembu betina (musinnah) 2 ekor lembu (tabi atau tabiah) 1 ekor lembu (tabi atau tabiah) dan 1 ekor lembu (musinnah) 2 ekor lembu (tabi atau tabiah) 3 ekor lembu (tabi atau tabiah) 2 ekor lembu (tabi atau tabiah) dan 1 ekor lembu (musinnah) 2 ekor lembu (musinnah) dan 1 ekor lembu (tabi atau tabiah)

Umur 1 thn. 2 thn. 1 thn. 1 thn, 2 thn 2 thn. 1 thn. 1 thn, 2 thn

110-119

2 thn, 1 thn

Mulai 120 ekor lembu, setiap tambahan 30 ekor ditambah zakat 1 ekor lembu berusia setahun (tabi) manakala setiap tambahan 40 ekor ditambah zakat 1 ekor lembu berusia dua tahun (musinnah)

Kambing

Bil. 1 2

Nisab 1-40 40 - 120

Bilangan/Kadar Zakat Tidak diwajibkan zakat 1 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun) 2 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun) 3 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun) 4 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)

Umur 1 thn/2 thn 1 thn/2 thn

121 - 200

201 - 300

1 thn/2 thn

301- 400

1 thn/2 thn

Setiap 6 tambahan 100 ekor

Ditambah 1 ekor (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)

1 thn/2 thn

Dalil nisab zakat binatang ternakan ini merujuk Hadith Rasulullah SAW: Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengutuskan aku ke Yaman. Dia memerintahkan aku mengambil seekor tabi atau tabiah pada setiap 30 ekor lembu dan seekor musinnah daripada setiap 40 ekor lembu. (al-Tirmizi, Abu Dawud).

3. Hasil daripada tanaman dan buah-buahan

Hasil tanaman dan buah-buahan diwajibkan zakat adalah tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi bagi masyarakat dan boleh disimpan lama (tidak cepat rosak). Antara contoh buah-buahan dan tanaman yang menepati ciri-ciri berkenaan ialah ialah gandum, barli, tamar, kacang adas, kacang keledai, jagung dan lain-lain.

Dalil al-Quran tentang kewajipan zakat pada tanaman dan buah-buahan:


Maksudnya: Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya pada hari tuaiannya. (al-Anam, 6: 141).


Maksudnya: Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian hasil usaha kamu yang elok dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. (al-Baqarah, 2: 267).

Dalil al-Sunnah:

, :"

Daripada Abu Musa dan Muaz bin Jabal ketika diutuskan mereka berdua ke Yaman oleh Rasulullah SAW untuk mengajarkan manusia di sana suruhan agama, sabda baginda: Jangan kamu mengambil zakat kecuali daripada empat perkara berikut; barli, bijian gandum, anggur kering (zabib) dan kurma (tamar).

Bagi konteks masyarakat Asia khususnya Malaysia, diwajibkan zakat ke atas beras yang menjadi makanan asasi. Hasil tanaman seperti mentimun, tembikai, buah delima dan ulam (al-qadbu) tidak dikenakan zakat.

Nisab Zakat Tanaman dan Buah-Buahan.

Nisab bagi zakat tanaman adalah apabila hasil mencapai 5 wasq atau lebih (5 wasq bersamaan dengan 60 gantang). Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah 1 gantang bagi setiap 5 wasq. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW: Maksudnya: Tidak wajib zakat bagi yang kurang 5 wasq (al-Bukhari) dan dalam Hadith lain diriwayatkan Nabi telah bersabda Maksudnya: Tidak wajib zakat pada bijian dan kurma sehinggalah ia mencapai 5 wasq.

Kadar zakat bagi tanaman dan buah-buahan bergantung kepada cara tanaman dan buahbuahan tersebut disirami sama ada memerlukan tenaga dan perbelanjaan ataupun tidak. Kadar zakatnya adalah seperti berikut:

a. 1/10 atau 10 % daripada hasil tuaian - Tanaman mendapat siraman air hujan, air parit atau air bukit yang disedut oleh akar tanpa perbelanjaan oleh petani atau pekebun. b. 1/20 atau 5% daripada hasil tuaian - pengairan atau siraman tanaman berkenaan menggunakan tenaga dan perbelanjaan dari pekebun atau petani.

Hadith Rasulullah SAW: Maksudnya: Apa yang disiram dengan sungai dan awan dikenakan satu persepuluh dan yang disiram dengan alat pemutar separuh satu persepuluh. (Ahmad, Muslim, al-Nasaiy dan Abu Dawud). Dalam Hadith yang lain diriwayatkan : Apa yang disiram oleh hujan, mata air atau air yang ditemui dengan banyak, maka dikenakan satu persepuluh dan yang diairi dengan air jirusan, maka dikenakan separuh satu persepuluh.

Syarat-syarat khusus bagi zakat tanaman dan buah-buahan adalah seperti berikut: (i) Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang tahan disimpan lama. (ii) Tanaman tersebut adalah hasil usaha manusia dan bukannya tumbuh sendiri seperti tumbuh liar, dihanyutkan air dan sebagainya. Sekiranya nisab tanaman tidak mencukupi bagi hasil tuaian pada musim pertama, jumlah berkenaan perlu dicampurkan dengan hasil tuaian bagi musim kedua. Zakat dikenakan apabila gabungan jumlah hasil bagi musim pertama dan kedua mencukupi nisab. Pengeluaran zakat hasil tanaman dan buah-buahan tidak memerlukan syarat haul. Ia dikeluarkan apabila petani atau pekebun menuai atau mendapat hasilnya.

4.

Barangan perniagaan

Barangan perniagaan merujuk kepada barangan yang menjadi subjek pertukaran dengan niat mendapat keuntungan. Kewajipan zakat barangan perniagaan ini berasaskan dalil al-Quran:


Maksudnya: Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian hasil usaha kamu yang elok (al-Baqarah, 2: 267).

Syarat wajib zakat barangan perniagaan:

a) Barang tersebut dimiliki dengan akad pertukaran seperti jual beli, sewaan, mahar dan sebagainya. Harta yang diperolehi melalui perwarisan, wasiat atau hibah (hadiah) tidak perlu dikeluarkan zakat. b) Berniat sewaktu memilikinya untuk menjadikannya barang perniagaan, dan niat tersebut berterusan. Perubahan niat selepas memilikinya tidak mewajibkan niat. Sekiranya seseorang berniat untuk menggunakannya sebagai barangan perniagaan dan kemudian membatalkan hasrat tersebut, atau seseorang tidak berniat untuk

menjadikannya barangan perniagaan dan kemudian dia berniat sedemikian, maka zakat tidak wajibkan dalam kedua-dua kes berkenaan.

Kadar Nisab dan Zakat harta perniagaan

Nisab bagi zakat harta perniagaan adalah sama dengan nisab bagi matawang. Apabila nilai harta perniagaan sama dengan 20 mithqal (85 gram emas) atau 200 dirham (595 gram perak), maka peniaga wajib mengeluarkan zakat.

Nisab harta perniagaan dikira pada akhir haul atau tahun dari tarikh mula perniagaan. Bagi zakat harta perniagaan tidak disyaratkan mencukupi nisab dari tarikh awal memulakan perniagaan dan mencukupi nisab sepanjang tempoh setahun. Kadar cukup nisab dilihat apabila berlalunya setahun qamariyah.

Apabila cukup nisab, maka kadar zakat yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5% dari jumlah keseluruhan harta perniagaan berkenaan.

Syarat-syarat Zakat Harta Perniagaan:

(a) Barang perniagaan yang dikira untuk zakat tidak termasuk perabot atau mana-mana peralatan yang digunakan untuk membantu perniagaan. (b) Harta yang termasuk dalam pengiraan zakat adalah semua modal dan keuntungan. Zakat dikeluarkan dari jumlah gabungan antara modal dan keuntungan. 5. Madan (galian) dan rikaz (harta karun) Galian atau madan adalah hasil asal yang tertanam dalam perut bumi dan kemudiannya dikeluarkan samada emas, perak, besi, tembaga, minyak, permata dan sebagainya.

rikaz atau harta karun merujuk kepada barangan yang tertanam oleh manusia dalam perut bumi sebelum kedatangan Islam. Contohnya barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, cincin permata dan sebagainya.

Barangan yang ditanam oleh manusia pada zaman Islam yang disebut sebagai luqatah (barang yang hilang) yang mempunyai hukum khusus yang berbeza dengan rikaz.

Dalil kewajipan zakat galian dan harta karun berdasarkan hadith Nabi SAW.

Maksudnya: Daripada al-Harith bin Bilal, daripada ayahnya, Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil zakat galian al-Qabaliyah.

(Al-Qabaliyah merujuk kepada tempat yang bernama Qabal)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda: Pada rikaz itu wajib satu perlima (sebagai zakat). (Muttafaqun Alaih)

Nisab dan Kadar Zakat Galian dan Rikaz (harta karun)

2. Nisab bagi galian adalah sama dengan emas dan perak iaitu 20 mithqal (85 gram emas) dan 200 dirham (595 gram perak). Namun, tidak disyaratkan haul bagi galian, sebaliknya zakat dikeluarkan dengan segera apabila galian berkenaan diperolehi. Kadar yang ditentukan adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

3. Nisab harta rikaz juga sama dengan emas dan perak dan tidak disyaratkan haul. Ia wajib dikeluarkan apabila harta berkenaan dijumpai. Kadar zakat adalah 1/5 atau 20% dari jumlah keseluruhan harta perolehan tersebut.

6. Wang Simpanan

Wang simpanan diqiyaskan kepada emas.

Oleh itu seseorang yang menyimpan wang

samalah seperti menyimpan emas. Ia wajib mengeluarkan zakat apabila mencukupi syaratsyaratnya seperti cukup haul dan nisab.

Nisab bagi wang simpanan adalah sama dengan emas dan perak iaitu 20 mithqal (85 gram emas) dan 200 dirham (595 gram perak).

Bagi simpanan yang selalu keluar masuk juga diwajibkan zakat jika baki terendah sepanjang tahun itu ( haul ) masih mencukupi nisab.

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam samada lelaki atau perempuan kecil atau besar, hamba ataupun merdeka pada setiap kali menjelangnya Idul alFitri.

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu sha/gantang dari makanan yang mengeyangkan bagi satu-satu negeri.

Pengiraan kadar Zakat Fitrah: 1 sha / gantang = 4 cupak 1 cupak = 675 gram 1 gantang (4 cupak X 675 gram) = 2700 gram @ 2.7 kg

Sabda Rasulullah S.A.W.

Dari Ibnu Umar, Katanya : Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan , sebanyak satu sha tamar atau gandum keatas tiap-tiap orang Muslim merdeka atau hamba lelaki atau perempuan.

Syarat-syarat Wajib Zakat Fitrah:

1. 2.

Islam - tidak wajib ke atas orang kafir Hidup pada dua waktu (akhir Ramadhan dan awal Syawal). Oleh itu orang yang mati sebelum terbenamnya matahari akhir Ramadhan tidak wajib dikeluarkan zakat untuknya sebab ia tidak sempat hidup di awal syawal. Begitu juga tidak diwajibkan zakat ke atas kanak-kanak yang lahir selepas terbenamnya matahari akhir Ramadhan (awal syawal) kerana ia tidak sampat hidup di akhir Ramadhan.

3.

Mempunyai kelebihan harta daripada keperluan untuk dirinya dan orang-orang yang dibawah tanggungan (yang wajib dinafkahinya) pada malam hari Raya dan sepanjang hari Raya .

Waktu Membayar Zakat Fitrah:

1. 2. 3. 4.

Waktu Harus - Dari permulaan Ramadhan sampai hari penghabisan Ramadhan. Waktu Wajib - Dari terbanamnya matahari terakhir Ramadhan Waktu Afdhal - Sesudah sembahyang subuh sehingga sembahyang sunat Hari Raya. Waktu Makruh - Membayar fitrah sesudah sembahyang Hari Raya tetapi sebelum terbenam matahari pada Hari itu.

5. .

Waktu Haram - Iaitu dibayar sesudah terbenam matahari pada Hari Raya itu.

Pengertian Asnaf Zakat

Asnaf adalah jenis atau golongan yang berhak menerima zakat sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Zakat tidak boleh diberikan oleh pemerintah kepada golongangolongan selainnya atas pertimbangan sendiri. Golongan yang telah ditetapkan sebagai pihak yang berhak menerima zakat dinyatakan dalam al-Quran:

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orangorang fakir, dan orang-orang miskin, dan pengurus-pengurus zakat, dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan untuk orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai suatu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah, 9: 60)

Kategori Asnaf Zakat

Berdasarkan dalil al-Quran di atas, terdapat lapan pihak yang berhak mendapat zakat, iaitu: (1) Fakir (al-fuqara)

Fakir ialah orang yang tidak memiliki harta dan pekerjaan yang mampu memenuhi keperluan sehariannya. Walaupun mereka mempunyai mata pencarian, namun hasil pendapatan tidak dapat memenuhi separuh daripada keperluan asasi.

(2) Miskin

Miskin (al-masakin) ialah orang yang memiliki harta dan pekerjaan tetapi pendapatannya hanya mampu memenuhi lebih daripada sebahagian keperluannya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluannya hidupnya yang asasi.

(3) Amil

Orang atau petugas yang terlibat dengan pengurusan zakat dengan melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, mengawal, mencatat serta

membahagikan zakat. Mereka berhak memperoleh peruntukan tertentu daripada hasil pungutan zakat sebagai gaji dan sara hidup atau dalam bentuk lain yang munasabah.

Peruntukan zakat diberikan kepada mereka dalam kadar yang munasabah bersesuaian dengan pekerjaannya tanpa mengambil kira sama ada mereka adalah orang kaya atau miskin. Walau bagaimanapun, jika mereka telah menerima gaji melalui peruntukan lain dari Baitul Mal, mereka tidak lagi layak diberikan zakat.

(4) Muallaf

Muallaf bermaksud orang yang dijinakkan hatinya terhadap Islam. Merupakan orang yang baru memeluk Islam. Mereka berhak mendapatkan bantuan daripada zakat pada awal pengislaman mereka sehingga mereka mampu berdikari.

(5) Hamba (al-Riqab)

al-Riqab merujuk kepada hamba-hamba yang berusaha membebaskan diri dari perhambaan. Zakat diberikan kepada golongan ini untuk membantu mereka menebus diri dengan membayar jumlah wang tertentu sebagaimana yang dipersetujui dengan tuan mereka.

Oleh kerana hamba telah dihapuskan sejak lama dahulu, maka pengagihan zakat pada masa kini hanya dibahagikan kepada 7 bahagian.

(6) Orang Berhutang (al-Gharimin)

Al-Gharimin adalah orang menanggung hutang kerana kurang kemampuan. Syarat hutang berkenaan adalah keperluan yang membabitkan ketaatan kepada Allah SWT atau segala perkara yang harus. Oleh itu, hutang bagi maksud maksiat tidak termasuk dalam kategori ini. Zakat diberikan bagi membantu golongan ini melunaskan hutang mereka dan mencukupkan keperluan asasi mereka.

Begitu juga, zakat boleh diberikan kepada orang yang berhutang yang terdiri dari orang kaya sekiranya dia menggunakan hutang tersebut dengan tujuan mendamaikan pihak yang bermusuhan. Zakat boleh diberikan walaupun mereka mampu melunaskan sendiri hutang berkenaan.

(7) Pejuang di jalan Allah (Fi sabilillah)

Pejuang di jalan Allah dapat dibahagikan kepada maksud khusus atau umum.

a. Maksud khusus - merujuk mereka yang berjihad untuk menyebarkan agama Islam atau mempertahankan negara-negara Islam atau merebut kembali negara tersebut dari tangan musuh. Pemberian zakat yang diberikan boleh digunakan untuk membeli alat kelengkapan peperangan walaupun dia seorang yang kaya.

b. Maksud umum - merangkumi apa-apa perkara yang dilakukan dalam kerangka kebajikan untuk mencapai keredaan Allah. Termasuk dalam pengertian ini, ialah pusat-pusat yang berfungsi untuk menjalankan dakwah Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

(8) Musafir Dalam Perjalanan (Ibn al-Sabil)

Ibn al-Sabil merujuk kepada orang yang dalam musafir/perjalanan. Peruntukan kepada golongan bermusafir ini selari dengan galakan Islam terhadap perjalanan dari suatu tempat ke tempat yang lain bagi pelbagai tujuan seperti mencari rezeki, mencari ilmu, berjihad, menunaikan haji dan sebagainya. Oleh itu, mana-mana orang yang bermusafir dengan tujuan baik yang melebihi jarak perjalanan dua marhalah berhak mendapat zakat apabila terputus bekalan wang.

Asnaf-asnaf zakat dibahagikan kepada tiga golongan mengikut keperluan dalam menerima zakat.

1. Golongan yang memerlukan zakat untuk meneruskan kehidupan - orang fakir, miskin, hamba, orang berhutang dan musafir. 2. Golongan yang menyokong agama - muallaf dan pejuang di jalan Allah. Pemberian zakat kepada muallaf diharap dapat mendorong mereka ke arah mencintai Islam. Kemiskinan jiwa memerlukan dorongan material bagi menjadikannya terpaut kepada Islam. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang diharapkan dengan pemberian ini memeluk agama Islam atau memberi kesan kepada orang lain untuk memeluk agama Islam. Manakala, pejuang di jalan Allah diberikan zakat sebagai dokongan kepada usaha mereka menegakkan dan mempertahankan agama Islam.

3. Golongan yang mengendalikan urusan zakat - amil menggambarkan kepentingan golongan ini untuk memungut dan mengumpulkan zakat serta mengagihkannya kepada orang yang berhak.

PENILAIAN KENDIRI

1) Mengapakah ibadah ini dinamakan sebagai zakat? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

2) Senaraikan tiga hikmah pensyariatan zakat. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

3) Apakah hukum bagi orang yang enggan mengeluarkan zakat dengan sebab ingkar? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

4) Apakah syarat wajib zakat? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

5) Apakah yang dimaksudkan dengan haul? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

6) Apakah syarat-syarat khusus bagi mewajibkan zakat tanaman dan buah-buahan? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

7) Jelaskan perbezaan antara rikaz dan luqatah? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

8) Berapakah kadar zakat tanaman dengan air hujan? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

9) Apakah perbezaan antara asnaf fakir dan miskin? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

You might also like