Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGURUSAN KELAB SUKAN

Pengurusan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Merancang melibatkan proses menentukan objektifnya. Mengelola merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif. Memimpin - proses mempengaruhi murid murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat sukan.

Mengawal proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

PENUBUHAN KELAB
Dalam menubuhkan sesebuah pertubuhan di sekolah, pihak sekolah perlulah mengenalpasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria tersebut ialah seperti berikut; 1.Mengenalpasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik) Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek aspek kepakaran sedia ada daripada guru guru itu. 2.Kemudahan frasarana sukan yang ada di sekolah Frasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun atur program sukan khususnya sukan sukan yang sering menjadi amalan sekolah tersebut. 3.Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan.

4. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid murid Pemilihan jenis jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat di komuniti tersebut. Pemilihan sukan sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan menyeluruh murid murid. 5. Bilangan guru dan murid Bilangan guru dipengaruhi pengalaman guru tersebut samada sebagai seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih sebelum ini. Bilangan guru dalam satu satu jenis sukan dipengaruhi bilangan murid murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid murid dalam satu satu kelab sukan juga perlu dikawal agar tidak terlalu ramai ahli dalam kelab berkenaan.

ORGANISASI KELAB SUKAN


PENAUNG PENGETUA/GURU BESAR PENASIHAT PKKK PENYELARAS 1 GURU PENASIHAT KELAB SUKAN PENGERUSI MURID NAIB PENGERUSI MURID SETIAUSAHA MURID PENOLONG SETIAUSAHA MURID BENDAHARI MURID PENOLONG BENDAHARI MURID AJK MURID AJK MURID PEMERIKSA KIRA KIRA MURID AJK MURID AJK MURID PEMERIKSA KIRA KIRA MURID AJK MURID PENYELARAS 2 GURU PENASIHAT KELAB SUKAN

JAWATAKUASA BIDANG TUGAS KELAB


1. Pengerusi

2.

3.

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Setiausaha Menguruskan hal hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan kegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

4.

5.

Penolong Setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Bendahari Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab. Membuat dan menyimpan kira kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Menyediakan Penyata Kira Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

6. Penolong Bendahari Menjalankan tugas tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7. Ahli Jawatankuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 8. Pemeriksa Kira Kira Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang dirancang. Guru penasihat perlulah memberikan maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.

PENGDOKUMENTASIAN

CONTOH TAKWIM KELAB SUKAN BOLASEPAK


BIL TARIKH AKTIVITI / PERKARA CATATAN

1
2 3

20.01.11
30.01.11 16.02.11

Pendaftaran Ahli
Mesyuarat Agung Memperkenalkan permainan bolasepak secara teori dan menjalankan latihan asas.

Catatan: Aktiviti di atas adalah tertakluk kepada keadaan dari masa ke semasa.

Contoh laporan perjumpaan kelab sukan


1. 2. 3. 6. 8. Guru Penasihat yang hadir: Tarikh: Tempat: Kehadiran: Aktiviti yang dijalankan: 4. 5. 7. Hari: Masa: Bilangan ahli kelab:

9.

Pencapaian aktiviti

10. Komen guru penasihat: 11. Tandatangan: Guru Penasihat..( Setiausaha..( )

CONTOH LAPORAN TAHUNAN


LAPORAN KELAB SUKAN TAHUN 2011 Nama Kelab Sukan:. Guru Penasihat: 1: 2:.. Pengerusi: Naib Pengerusi: Setiausaha:.. Penolong Setiausaha:. Bendahari:.. Ahli Jawatankuasa: 1:. 2: 3: Keahlian KELAS L M P L C P L I P LAIN LAIN L P JUMLAH L P

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun.


Bil Tarikh Aktiviti/Perkara Catatan

1
2 3

20.01.11
30.01.11 16.02.11

Pendaftaran Ahli
Mesyuarat Agung Memperkenalkan permainan bolasepak secara teori dan menjalankan latihan asas

Pencapaian / Kekuatan: Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua ahli memberi kerjasama yang baik. Masalah: Ahli jawatankuasa masih tidak dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan yakin dan memerlukan banyak bimbingan.

Cadangan: Pihak sekolah dapat membekalkan seorang jurulatih yang bertauliah sekurang kurangnya sebulan sekali.
Disediakan oleh: .. ( Setiausaha ) Disemak oleh: ( Guru Penasihat)

CONTOH MINIT MESYUARAT


Tarikh: Masa: Hari: Tempat: Kehadiran: Tidak Hadir: 1. MINIT MESYUARAT KELAB SUKAN BADMINTON KALI KEDUA 2011 2 Mac 2011 2.30 petang Khamis Bilik Mesyuarat SSN 20 orang (Rujuk Lampiran) 2 orang.

Ucapan Pengerusi 1.1 Saudara Halim mengalu alukan kehadiran guru guru penasihat dan semua ahli serta mengucapkan ribuan terima kasih. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 2.1 Saudara Salim mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan. 2.2 Saudari Anisah menyokong. Tindakan: Makluman

2.

3.

Perkara berbangkit 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh pertandingan antara kelas ditunda pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Tindakan: Makluman 4. Tugasan Jawatankuasa 4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada 10 April akan diadakan pertandingan badminton antara ahli bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru. 4.2 Saudari Zafirah ditugaskan untuk membuat hebahan. Tindakan: Saudari Zafirah 5. Hal hal lain 5.1 Pengerusi mencadangkan agar aktiviti dilaksanakan dengan melibatkan semu ahli kelab. Tindakan: Makluman Mesyuaratditangguh pada pukul 3.30 petang. Disediakan oleh; Setiausaha

1 MURID 1 SUKAN
SEKIAN. TERIMA KASIH

You might also like