Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1) KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH MENGIKUT PANDANGAN PELBAGAI AGAMA.

AGAMA ISLAM Menurut konsep perguruan dalam Islam, pendidik atau guru merupakan murabbi, mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama Islam. Guru juga dikelaskan sebagai: a) Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar b) Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah c) Al-mu'addi : mengajarkan adab dan budi pekerti d) Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan e) Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran f) Qudwatun hasanah : beri contoh yang baik Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. Wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah. Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu daripada guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan. Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan. Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsipprinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta). Guru menggembleng tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang. AGAMA BUDDHA

Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah Rahib atau disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan. Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi. AGAMA HINDU Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru, guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi. Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik, sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Mereka juga menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka. AGAMA SIKH Menurut agama Sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion keguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama Sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh. Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat Sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid-muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah-tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna,

berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran. AGAMA KRISTIAN Agama Kristian merupakan agama yang memberi kedudukan yang tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung. Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan syurgawi serta memberi nasihat kepada anak anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible. Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Tuhan lebih mengetahui tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas kebaikan kita tersebut. PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH Essensialisme Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley (1938). Antara pendidik yang tergolong dalam mazhab ini ialah : 1. Thomas Briggs. 2. Frederick Breed. 3. Isaac L. Kandel. Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai- nilai tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman (1958) ahli-ahli essensialisme meletakkan guru di tengah-tengah (pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat. Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus-

menerus. (James B. Conant dan Hyman George Rickover) mengatakan guru juga harus mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan atau ganjaran serta denda. Progresivisme Falsafah ini diasaskan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-an. Falsafah ini muncul daripada pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk pendidikan oleh John Dewey. Menurut falsafah ini, guru merupakan pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajarpelajar mengenali masalah- masalah yang dihadapi oleh mereka dalam persekitaran yang berubah. Hal ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan persekitaran yang baik dan selesa. Rekonstruktivisme Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi falsafah sendiri. Pelopor utama ialah George S. Counts (1899- 1974) dan Harold O. Rugg (1886- 1960). Kedua- duanya ialah penyokong pragmatisme John Dewey. Menurut falsafah ini, peranan guru bukanlah untuk menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan untuk menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Hal ini dapat membentuk kematangan di dalam pelajar dan mereka lebih mengenali diri sendiri. Di samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada para pelajarnya bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran yang baik di mana manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka. Eksistensialisme Falsafah ini berdasarkan Naturalisme Rousseau dan mazhab Humanis. Dipelopori oleh Carl Rogers(1902- 1987) . Menurut falsafah ini pula, sebagai manusia yang bebas, guru mestilah berusaha untuk mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat yang cuba menghilangkan sifat-sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan kebebasannya. Tugas ini adalah sangat berat tetapi sebagai seorang guru, kepercayaan masyarakat hendaklah dibalas dengan kejayaan. Oleh itu, seorang guru hendaklah sabar dan berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan yang diingini.

Di samping itu, falsafah ini menekankan guru untuk menghormati kebebasan pelajar seperti mana dia menilai dirinya sendiri. Hal ini memberikan kebaikan kepada guru dan murid-murid kerana saling menghormati antara satu sama lain. 2) CIRI-CIRI SEPADU DALAM KBSR. Pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan bagi mewujudkan kesepaduan JERI. 4 cara konsep ini berlaku melalui penggabungjalinan kemahiran, iaitu antara subjek (aktiviti menyanyi dalam PJ) dan dalam satu subjek (kemahiran bertutur, menulis dan mendengar), penyerapan iaitu pelbagai bidang ilmu ( math dalam seni) dan nilai (kerjasama, hormat). Kesepaduan juga berlaku antara kurikulum dan kokurikulum (kokurikulum pelengkap aktiviti kurikulum dalam kelas), pengetahuan dan amalan (ilmu dari sekolah diaplikasi dalam hidup) serta pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Selain itu, unsur merentasi kurikulum (unsur bahasa, alam sekitar, sains dan kemahiran berfikir). 3) KURIKULUM SEKOLAH PONDOK SEBELUM MERDEKA. Jika dilihat dari sudut struktur pendidikan, pembelajaran pondok adalah berbentuk tradisional. Tiada had umur, jantina atau kebolehan tertentu yang diselaraskan bagi calon-calon pelajar yang berkeinginan belajar di institusi ini kecuali dua perkara, iaitu boleh membaca tulisan Jawi dan boleh membaca alQuran. Setiap orang sama ada lelaki atau perempuan, tua ataupun muda berhak belajar di institusi ini. Tidak ada sebarang yuran pengajian yang dikenakan sama ada bayaran bulanan ataupun tahunan. Tempoh pengajian pula bergantung kepada keupayaan pelajar itu sendiri. Jangka masa minimum adalah dua tahun, manakala jangka masa yang paling maksimum adalah sepuluh tahun. Sistem penilaian seperti peperiksaan tidak diwujudkan sebaliknya seseorang pelajar dibolehkan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan kemampuannnya memahami pelajaran atau kitab yang baru dipelajari. Kebolehan akan dinilai dan akuan guru merupakan syahadah yang tidak ternilai dan tidak ditolak oleh mana-mana pihak pun. Bagi membuktikan kebolehan tersebut, pelajar hendaklah mempraktik dan mengamalkan setiap titis ilmu yang dipelajari. Bagi pelajar-pelajar yang agak lemah, mereka dikehendaki mengulangi semula pelajaran tersebut sehinggalan mereka boleh menguasainya dengan baik sebelum menyambung ke peringkat seterusnya. Jadi, jelaslah menunjukkan, bahawa tiada istilah keciciran dan tiada pula konsep mengejar gred dan mata dalam memperoleh sebutir syahadah dalam sistem pengajian pondok. Waktu pembelajaran di semua institusi pondok adalah hampir serupa. Para pelajar belajar tiga kali sehari; pagi, petang dan malam. Waktu pembelajaran untuk sesi pagi ialah seusai solat fajar sehingga jam 12.00 tengahari. Waktu untuk sesi petang pula adalah sebaik menunaikan solat Zohor sehingga masuknya waktu solat Asar. Manakala waktu pembelajaran pada sebelah malam bermula selepas menunaikan solat Maghrib sehinggalah waktu Isyak. Walaupun nampak tidak sistematik, para pelajar di institusi ini masih mampu meningkatkan pengetahuan

dan menguasai pelajaran agama yang diperolehi daripada para tok guru mereka berbekalkan semangat juang dan cintakan ilmu yang tinggi. Melalui perolehan ilmu ini, mereka semua layak mendapat gelaran alim ulama dan mampu untuk memegang jawatan sebagai muazzin atau bilal, tok imam, ustaz, kadi, ketua kampung, penggawa ataupun penghulu mukim. Apa yang pasti,masyarakat setempat sentiasa memandang tinggi terhadap golongan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi seperti mereka sebagai penyambung warisan alim ulama yang kian uzur dimamah usia. Pemeringkatan dari satu tahap ke satu tahap dinilai berasaskan kepada kitab-kitab yang dibaca oleh para penuntut ilmu. Murid-murid yang lebih tua atau senior akan menjadi kepala mutalaah atau pun guru penolong kepada murid-murid di peringkat permulaan. Disebabkan tidak ada peringkat-peringkat yang jelas dalam sistem pengajian pondok, maka tidaklah terdapat sistem penilaian seperti peperiksaan dan sebagainya. Mengenai mata pelajaran pula, ia meliputi bidang ilmu syarak dan ilmu alat contohnya Fiqh, Usul al-Fiqh, Tafsir, Hadis, Mustalah Hadis, Tauhid, Tajwid, Sirah dan Tasawuf. Manakala mata pelajaran dalam ilmu alat pula adalah merangkumi bidang-bidang Nahu, Saraf, Balaghah, ilmu Caruf, ilmu Qaurafi dan ilmu Falak. Pengajajian ilmu-ilmu ini dijalankan dalam Bahasa Arab kerana ia adalah satu langkah untuk memahami ilmu-ilmu agama. Namun begitu, aspek-aspek latihan untuk berkomunikasi seperti Insyak dan Mutalaah kurang diberi perhatian. Di samping itu, mata pelajaran umum dan bahasa asing seperti Bahasa Melayu juga tidak diajar dalam sistem pengajian pondok. Daripada maklumat di atas, kita dapat melihat bahawa tidak terdapat peringkat pengajian yang jelas dalam sistem ini. Oleh yang demikian, mata pelajarannya juga tidak berpandukan sukatan tertentu tetapi hanya bergantung kepada kitab-kitab mata pelajaran semata-semata. Semua kitab yang digunakan adalah berautoriti yang mana ia juga menjadi rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi umpama Universiti al-Azhar di Mesir. Kitab bagi mata pelajaran Fiqh pula adalah bersandarkan fahaman Imam Syafiie sahaja. 4) KEPENTINGAN PENYATA RAZAK DALAM MENYATUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MELALUI PENDIDIKAN Penyata Razak 1956 ialah laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, YB Dato' Abdul Razak Hussein. Tugas jawatankuasa ini adalah untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Antara cadangan penting termasuklah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penyata Razak mengemukakan 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Antara cadangan itu termasuklah: 1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah hendaklah berkelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan prauniversiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Laporan ini disusuli oleh Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961. 5) IMPLIKASI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KEPADA GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid. 3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa. 4. Membangunkan bakat kepimpinan murid. 5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar. 6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6) FPK SEBAGAI PANDUAN GURU DALAM MERANCANG AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unsur pertama dalam FPK ialah, pendidikan adalah satu usaha berterusan hal ini dapat dilihat dan dihayati dengan sistem pendidikan negara kita. Guru-guru perlu mengajar anak-anak muridnya menguasai belajar cara belajar untuk belajar sepanjang hayat bagi menjayakan unsur belajar sepanjang hayat. Konsep belajar cara belajar ini diterapkan oleh UNESCO (1995). Antara konsepnya ialah belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk membuat (learning to do), belajar untuk menjadi insane sempurna (Learning to Be) dan akhir sekali belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Unsur kedua dalam FPK ialah memperkembangkan potensi individu. Dalam diri manusia ini sebenarnya terkandung bakat yang terpendam, yang tidak disedari dan harus dicungkil. Guru bukan sahaja mencungkil bakat yang terpendam malahan memajukan serta membuka peluang kepada pelajar yang berbakat untuk menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa. Matapelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar. Matapelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan suluruh matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah teknik dan vokasiaonal. Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam proses P&P. Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui matapelajaran pendidikan jasmani. Bagi menguatkan fizikal sekolah sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum memulakan pelajaran. 7) CIRI-CIRI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggung-

jawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah". Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan peribadi muslim juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan. Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan cendiakawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan "Kamil" iaitu sempurna. Antara ciri-ciri tersebut adalah: 1. Mempunyai keimanan yang teguh. 2. Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya. 3. Mempunyai akhlak yang luhur. 4. Mempunyai sikap sosial yang baik. 5. Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi. 6. Mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi tanggungjawabnya. 7. Bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek seperti peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.

You might also like