Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI KE 2 (SEMINAR)

Tempat : Dewan Kuliah IPG Kampus Pendidikan Teknik Tarikh : 20 September 2011 Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Bagi tugasan Bina Insan Guru siri ke-2, saya dan rakan-rakan dari 2 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dikehendaki menganjurkan satu seminar di bawah Jabatan Hal Ehwal Murid Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Satu jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Nik Mohd Aidil Shahrin bin Nik Mukhtar bagi membuat perancangan dan persediaan untuk sesi ceramah tersebut. Segala persediaan telah dibuat dengan bantuan dari pihak Jabatan HEP terutamanya dari Bahagian Praktikum yang dikelolai oleh En. Isa dan diselia sepenuhnya oleh Pn. Jumiah. Seminar tersebut telah diberi tajuk Kerjaya Guru, Paksa atau Rela yang merupakan tajuk pilihan Pn. Jumiah. Setelah segala perancangan dan persedian dibuat, satu seminar telah dianjurkan dengan jayanya di dewan kuliah IPG Kampus Pendidikan Teknik pada 20 September 2011 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Jabatan HEP telah menjemput salah seorang NAZIR yang bertugas di putrajaya bagi menyampaikan ceramah. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Mustafa bin Atan yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Jemaah NAZIR Persekutuan. Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran pelajar pada pukul 7.30 pagi dan semua peserta mengambil tempat di dalam bilik kuliah. Semua mentor bagi 2 PISMP turut menghadirkan diri bagi memantau sahsiah mentee masing-masing. Program seminar ini telah dipimpin oleh Safuan Safri bin Saiful Bahari dan Hanis Izzati binti Ibrahim iaitu selaku Pengacara Majlis. Pada jam 8.00 pagi, program seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa yang dipimpin oleh Wan Mohamad Aiman bin Wan Zaidi. Selesai sesi bacaan doa, program diteruskan lagi

dengan ceramah Kerjaya Guru Paksa atau Rela oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Mustafa bin Atan yang juga merupakan Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia. Selesai sesi ceramah beliau pada jam 10.00 pagi, semua pelajar di berikan rehat selama satu jam iaitu sehingga jam 11.00 pagi. Seminar diteruskan lagi dengan bengkel iaitu setiap pelajar perlu menghantar wakil kelas masing-masing untuk membentangkan tajuk pembentangan yang telah diberikan semasa sesi ceramah. Selesai sesi pembentangan, Dr. Mustafa membuat sedikit ulasan. Selesai aktiviti pembentangan, sesi penyampaian cenderamata kepada tuan penceramah iaitu Dr. Mustafa oleh Ustaz Muaaz Muhammad selaku pengerusi seminar BIG. Para pelajar dan mentor bersurai tepat jam 12.30 tengahhari dan diharap para pelajar memperolehi ilmu yang boleh dimanfaatkan sebgai guru di sekolah nanti.

You might also like