Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS 26640 PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR 09-5461593

Ruj. Kami Tarikh Kepada, Ibu bapa/Penjaga Tahun 5&6, SK.Pulau Manis, 26640, Pekan, Pahang Darul Makmur. Tuan/Puan,

: CBA 5022/04/02/013/( 020 ) : 20 Mei 2013

MAKLUMAN KEM MOTIVASI & KEMAHIRAN MENJAWAB UPSR TAHUN 5&6 2013. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang satu kem perkhemahan motivasi dan kemahiran menjawab UPSR bagi murid-murid tahun 5&6 seperti butiran berikut: Tempat Tarikh Bilangan peserta Yuran : : : : : Taman Pertanian Kuantan,Pahang. 27,28 & 29 Mei 2013 (Isnin-Rabu) 20 orang murid tahun 5 & 6 2 orang guru pengiring RM 50.00 sahaja + RM3.00 ( makan tengah hari-Isnin)

3. Sehubungan itu, semua murid terlibat dikehendaki berkumpul di sekolah pada 27 Mei (Isnin) pada jam 9.00 pagi. Guru bertugas akan menguruskan pengangkutan pelajar semasa pergi dan balik dari kem tersebut. 4. Semua murid dikehendaki membawa pakaian dan peralatan yang sesuai bagi kem tersebut. (rujuk lampiran). Murid-murid di bawah pengawasan pengelola sepenuhnya sepanjang kem tersebut. Sekiranya Ibu bapa mempunyai urusan penting berkaitan dengan anak-anak sepanjang program ini berlangsung, ibu bapa diwajibkan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengelola. 5. Semua murid akan balik ke sekolah pada hari Rabu lebih kurang jam 3 petang. Diharapkan ibu bapa dapat menjemput anak-anak anda di perkarangan sekolah pada masa yang telah dimaklumkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. Terima Kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

..............................................
Sk : 1. Setiausaha PIBG 2. Fail Sekolah 3. PPD,Pekan.

SENARAI SEMAK ALATAN KEPERLUAN PERKHEMAHAN a. Alatan Penjagaan Diri 1. Ubat gigi 2. Berus gigi 3. Krim mandian / sabun 4. Syampoo 5. Tuala mandi b. Alatan Keselamatan / Ubatan 1. Panadol 2. Plaster luka 3. Minyak angin 4. Lampu suluh c. Pakaian 1. Pakaian solat - T-shirt / Baju Melayu - Kain pelikat - Telekung 2. Pakaian harian - T-shirt (3-4 helai) - T-shirt kokurikulum - Track bottom (3-4 helai) - Selipar - Kasut tracking / kasut sekolah Lain-lain
Plastik sampah (2 helai) Botol air

Peringatan:
Para peserta perkhemahan tidak dibenarkan sama sekali membawa mercun & peralatan elektronik seperti komputer riba (laptop), computer tablet (tablet PC), pembantu data peribadi (PDA), telefon bimbit, pemain mp3, i-pad dan sebagainya. Sekiranya murid ingin membawa kamera, risiko kehilangan dan rosak adalah tanggungjawab sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian sekiranya peserta tidak mematuhi larangan.

You might also like