Permohonan Sumbangan Komputer Riba

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kepada, YB SENATOR DATUK MAGLIN DCRUZ, PJN, SSA, NAIB PRESIDEN KANAN PPP MALAYSIA, MERANGKAP NAIB PENGERUSI

PPP SELANGOR SELAKU TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.

29hb OGOS 2010

Tuan, PERMOHONAN SUMBANGAN KOMPUTER RIBA UNTUK PELAJAR MISKIN CEMERLANG UPSR Merujuk perkara di atas, kami bagi pihak sekolah SJKT Saraswathy ingin meminta bantuan daripada pihak tuan untuk menyumbangkan 15 buah komputer riba bagi pelajar miskin cemerlang dalam peperiksaan UPSR. 2. Tujuan kami untuk memohon sumbangan ini ialah untuk memupuk pelajar-pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. Pastinya sumbangan ini akan menjadi suatu rangsangan yang kuat bukan sahaja bagi pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini, malah juga untuk generasi akan datang. 3. Dengan ini kami sertakan nama pelajar-pelajar sasaran untuk mendapatkan 7A dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadiahkan dengan laptop sumbangan pihak tuan. 4. Kami amat berharap bahawa pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan kami ini dan seterusnya akan membuat keputusan yang sewajarnya demi masa depan anak-anak kita. Segala pertimbangan pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. Terima kasih. 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas,

Pn M. Sivakami Guru Besar SJK (T) Saraswathy Sg Buloh, Selangor.

You might also like