Jawapan Bagi 10 Soalan Bertulis Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke-13

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B.

PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010 25. a) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Senarai pegawai maklumat bagi setiap jabatan kerajaan Negeri Selangor Senarai ahli-ahli Lembaga Rayuan Bagaimana orang awam boleh mendapati butir-butir perhubungan setiap pegawai maklumat?

b) c)

JAWAPAN : a) Senarai Pegawai Maklumat bagi setiap jabatan kerajaan negeri Selangor sebagaimana yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke-11/2013 dan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1825 bertarikh 9 Mei 2013 adalah seperti berikut:PEJABAT DAERAH / TANAH BIL 1 2 3 4 5 6 7 AGENSI Pejabat Daerah dan Tanah Petaling Pejabat Daerah Pejabat Daerah Pejabat Daerah Langat Pejabat Daerah Langat Pejabat Daerah Pejabat Daerah Selangor dan Tanah Gombak dan Tanah Klang dan Tanah Kuala dan Tanah Hulu dan Tanah Sepang dan Tanah Kuala NAMA Pn. Syarifah Ainul Suhana binti Syed Mohd Taha Encik Hafez bin Abdul Aziz Cik Khairul Aizawati binti Khalid Encik Ahmad Fairuz Bin Mohd Yusof Puan Nor Azurah binti Nasir Encik Saiful Bahari bin Ruslan Encik Abd Razak bin Maksud

8 9

Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam

Encik Mohd Fareez bin Mohd Ariss Encik Mohd Faizul Fitri bin Muslil

PIHAK BERKUASA TEMPATAN BIL AGENSI 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Subang Jaya Kajang Selayang Klang NAMA Madiyan bin Baweh Tuan Hj. Ahmat Mohaayen bin Hj. Said Puan Nik Zalina binti Megat Muda Encik Kamaruzaman bin Salimin Puan Zulaina binti Abu Talib Encik Zaireezal bin Ahmad Zainuddin Encik Mohamad Yusof bin Sulaiman Puan Nor Suhaila binti Saat Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid Haji Sukimin bin Haji Saiman Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman En. Muhammad Hafiz bin Shaari

Majlis Perbandaran Ampang Jaya Majlis Perbandaran Sepang Majlis Daerah Kuala Selangor Majlis Daerah Sabak Bernam Majlis Daerah Hulu Selangor Majlis Daerah Kuala Langat BADAN-BADAN BERKANUN

BIL AGENSI 1 Lembaga Urus Air Selangor Perbadanan Kemajuan Negeri 2 Selangor Perbadanan Kemajuan Pertanian 3 Negeri Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam 4 Negeri Selangor Lembaga Perumahan dan Hartanah 5 Selangor Perbadanan Adat Melayu Dan 6 Waraisan Negeri Selangor JABATAN BIL AGENSI 1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Korporat) 2 Perbendaharaan Negeri Selangor (Bahagian Khidmat Pengurusan)

NAMA Encik Ishak bin Kamaruzaman Puan S. Normalis binti Abd. Samad Puan Noraini Binti Mohamad Ramlan Encik Sarwani bin Abd Jalal Puan Mufidah binti Mahfodz Encik Adnan bin Che Mud

NAMA Encik Muhammad Hanafi bin Ahmad Encik Zulkifli bin Osman

3 4 5

6 7 8 9 10 11 12 13 14

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Jabatan Pertanian Negeri Selangor (Bahagian Perkhidmatan) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (Bahagian Khidmat Pengurusan) Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Jabatan Mufli Negeri Selangor Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Jabatan Agama Islam Negeri Selangor Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Jabatan Perancang Bandar dan Desa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Encik Amirudin Bin Mad Yusof Encik Mohamad Idrus bin Ab. Hamid Encik Ahmad Fuad Bin Mustaffa

Puan Nor Hidayu binti Abd. Razak Encik Nurhelmi bin Ikhsan Datin Wan Rabiah Binti Wan Mohd Yusof En. Nurul Azhar bin Husin Encik Arzi Fareen bin Faisal Puan Jayamalar a/p S.Jaganathan Encik Rosly Bin Ahmad YM Raja Haniza binti Kamarudin Puan Noor Huda binti Roslan

b)

Senarai ahli-ahli Lembaga Rayuan (Badan Maklumat Negeri) sebagaimana kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-11/2013 adalah seperti berikut:Nama YBhg Dato Kamaruddin bin Mat Desa Encik Kuppusamy A/L Rengasamy Tuan Haji Nordin bin Saidin Tuan Abu Bakar bin Munir Puan Sonya Liew Yee Aun Pengerusi Ahli Ahli Ahli Ahli Jawatan

c)

Orang ramai boleh mendapatkan butiran perhubungan para Pegawai Maklumat yang telah dilantik bagi setiap Jabatan melalui laman web Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, maklumat berkenaan turut boleh diperolehi dengan menghubungi atau hadir terus ke Jabatan-Jabatan yang berkenaan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: PENYELENGGARAAN SUNGAI KAYU ARA 61. a) b) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Apakah rancangan keseluruhan JPS untuk menyelenggar a Sungai Kayu Ara? Senarai kepanjangan tebing sungai dan benteng konkrit yang telah dibina serta lokasi yang telah diperbaiki (sila nyatakan tahun).

JAWAPAN : a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah merancang program-program penyelenggara sungai di Sungai Kayu Ara yang mana ianya melibatkan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah sarap serta halangan-halangan yang menyekat aliran air sungai dari berlaku masalah banjir di kawasan penduduk setempat. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor turut merancang untuk menjalankan kerja-kerja pengukuhan tebing parit dan pembaikan struktur yang rosak di sepanjang Sungai Kayu Ara tersebut. Walaubagaimanapun, JPS Negeri Selangor sedang di dalam proses melantik kontraktor bagi menyiapkan projek terbengkalai menaiktaraf saluran Sungai Kayu Ara untuk dilaksanakan. b) JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling telah menaiktaraf Sungai Kayu Ara dengan membina struktur konkrit di beberapa bahagian yang kritikal di mana keutamaan diberikan di sekitar kawasan perumahan, komersial dan perindustrian. Pembinaan menaiktaraf sungai dijalankan secara berperingkat dengan anggaran panjang keseluruhan 12 km dan telah siap pada hujung Mei 2013 bagi mengatasi masalah hakisan tebing.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: BANJIR KILAT DAMANSARA UTAMA 97. a) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Senarai kawasan banjir kilat risiko sederhana dan risiko tinggi di DUN Damansara Utama. Apakah rancangan JPS untuk mengatasi masalah banjir kilat di setiap kawasan disebut di (a)?

b)

JAWAPAN : a) Kawasan yang berisiko banjir kilat sederhana di Dun Damansara Utama adalah di down stream di Kg Cempaka dan Sg Kayu Ara berhampiran TV3 yang mana ia berpunca dari aliran sungai yang lemah disebabkan sampah-sarap dan pokok yang tumbang. Kerja-kerja penyelenggaraan telah di jalankan dan telah siap pada hujung Mei 2013. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah merancang program-program bagi mengatasi masalah banjir di kawasan yang dinyatakan seperti di atas termasuk mengadakan kerja-kerja pembaikan struktur yang rosak dan pengukuhan tebing sungai di dalam kawasan Damansara Utama. Selain daripada itu juga, bagi mengatasi masalah banjir, kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan mendapan pasir serta kelodak yang mengakibatkan sungai menjadi cetek dan mengganggu aliran air. Justeru, kerja-kerja pembersihan dan pembuangan segala halangan seperti pokok-pokok yang tumbang serta sampah sarap turut dirancang untuk dijalankan bagi mengatasi masalah banjir berlaku.

b)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: PERMOHON AN GERAN TANAH DI KAMPUNG CHEMPAKA 119. a) b) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Senarai kesemua permohonan geran tanah di Kampung Chempaka Sila nyatakan sebab-sebab permohonan tertunggak di mana geran tanah masih belum dikeluarkan walaupun sudah lama memohon.

JAWAPAN : a) Dari tahun 2008 hingga kini terdapat 72 permohonan yang diterima dan telah diproses oleh pihak pentadbiran. 50 permohonan telah mendapat kelulusan manakala 5 permohonan lagi telah ditolak atas dasar tapak yang dipohon tidak diusahakan oleh pemohon. Terdapat baki 17 permohonan yang masih belum diangkat untuk kelulusan MMKN kerana pihak pentadbiran dalam proses menyediakan Kertas Ringkasan dan memerlukan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.

b)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: PERPARITAN 127. a) b) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Berapakah jumlah kepanjangan parit di DUN Damansara Utama? Berapakah jumlah kepanjangan parit yang telah diperbaiki /diperbaharui antara 2008-2013? Apakah peruntukan dan rancangan untuk menaiktarafkan perparitan?

c)

JAWAPAN : a) b) c) Panjang longkang = 323 km Jumlah kepanjangan parit yang telah dibaiki antara 2008 2013 = 18 km Ya. Peruntukan MARRIS dan projek pembangunan tahunan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: KERAJAAN TEMPATAN 147. a) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Sila bekalkan maklumat terperinci aduan MBPJ (tahun 2012) jenis aduan, tempoh respons dan tempoh penyelesai an. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan tahap servis kerajaan tempatan?

b)

JAWAPAN : a) Berikut adalah maklumat berkenaan aduan MBPJ (tahun 2012) :TEMPOH MAKLUMBALAS DIBERIKAN 48 JAM 48 JAM 48 JAM 24 JAM 24 JAM 48 JAM 48 JAM 48 JAM 24 JAM 48 JAM 48 JAM 48 JAM TEMPOH PENYELESAIAN 7 HARI 14 HARI 3 MINGGU SEGERA SEGERA 24 JAM 2 BULAN 3 BULAN 14 HARI 3 BULAN 3 BULAN 3 BULAN

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

JENIS ADUAN IKLAN/LESEN/ BANTING SALAHGUNA BANGUNAN/ PENEMPATAN SETINGGAN KERETA BURUK LAMPU ISYARAT LAMPU JALAN LAMPU TAMAN/ LAMPU LIMPAH GRATING GUARDRAIL/ HALANGA N JALAN JALAN ROSAK KEROSAKAN LONGKANG BESAR KEROSAKAN LONGKANG KECIL PENUTUP MANHOLE

BIL. 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

JENIS ADUAN BUNYI BISING PEMBAKARAN TERBUKA/ KACAU GANGGU ALAM SEKITAR ANJING LIAR ANJING PELIHARAAN KUCING LIAR NYAMUK SEMAK SAMUN DALAM KAWASAN RUMAH/ TANAH LAPANG PERSEORANGAN KEBERSIHAN JALAN LONGKANG TERSUMBAT RUMPUT PANJANG TANAH PERSENDIRIAN SAMPAH KEBUN/HARAM/RUMAH HALANGAN KENDERAAN, TEMPAT LETAK KERETA, SIARKAKI HALANGAN KENDERAAN /SIARKAKI KACAU GANGGU PENJAJA TANPA LESEN SAMBUNGAN HARAM/PROJEK PEMBANGUNAN/ PEMBINAAN HARAM CANTAS/ TEBANG POKOK PENYELENGGARA AN TAMAN/ PADANG

TEMPOH MAKLUMBALAS DIBERIKAN 24 JAM 24 JAM 24 JAM 48 JAM 24 JAM 48 JAM 48 JAM 24 JAM 48 JAM 48 JAM 24 JAM 24 JAM 24 JAM 24 JAM 24 JAM 48 JAM 48 JAM 48 JAM

TEMPOH PENYELESAIAN 3 HARI 3 HARI 3 HARI 3 HARI 3 HARI 5 HARI 14 HARI 3 HARI 3 HARI 14 HARI 24 - 48 JAM SEGERA SEGERA 48 JAM 48 JAM 14 HARI 1 BULAN 3 BULAN

BIL. 31 32 b)

JENIS ADUAN POKOK TUMBANG SAMPAH CANTASAN POKOK

TEMPOH MAKLUMBALAS DIBERIKAN 24 JAM 24 JAM

TEMPOH PENYELESAIAN SEGERA 3 HARI

Langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan tahap servis kerajaan tempatan adalah seperti berikut:i. Menumpukan Tugas Asas PBT. Menambahbaik sistem pengaud itan, pemantauan kerja dan pembayaran. Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) di Majlis Bandaraya dan Perbandaran. Menetapkan Tatacara Operasi Piawai untuk seluruh PBT dalam proses penguatkuasaan, permohonan permit dan lesen. Mengurangkan kontraktor dan menambahkan pekerja PBT. Mengenakan hukuman berat kesalahan kebersihan. Membina Imej Positif. Memaparkan gambar Datuk Bandar/Yang Di Pertua dan barisan Pengarah PBT di billboard (rekabentuk adalah seragam). Projek Padang Ceria: membina / menaiktaraf minima 500 set kelengkapan / peralatan taman / padang seluruh Selangor oleh PBT. Mengadakan telematch tahunan yang melibatkan keseluruhan warga PBT bersama persatuan penduduk mengadakan telematch. Mengadakan Perjumpaan Perbandaran Bulanan oleh Datuk Bandar/Yang Di Pertua. Mengadakan Facebook PBT dan Twitter PBT . Menyeragamkan kempen-kempen di PBT. Mendemokrasikan PBT. Mengadakan Siaran Secara Langsung Mesyuarat Bulanan. Fokus pada Majlis Bandaraya dan Perbandaran. Memaparkan minit Mesyuarat Bulanan di laman web. Selaras dengan Sek.27 Akta 171. Pemilihan Ahli Majlis Bandaraya dan Perbandaran. Melantik wakil NGO ke Majlis Daerah. Menghadkan tempoh penggal lantikan Ahli Majlis.

ii.

iii.

iv.

Meningkatkan Kebajikan Warga PBT.

Kajian ke atas mewujudkan pegawai kontrak dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi, bonus persembahan kerja dan peluang kenaikan pangkat yang lebih menarik. Mempertingkatkan kelengkapan keselamatan untuk penguatkuasa. Menaikkan elaun kerja tambahan masa yang lebih tinggi.Khusus pada penguatkuasa dan pekerja yang bertugas diluar pejabat. Kajian menggunakan software penilaian prestasi kerja.

v.

Menyempurnakan tugas tertangguh. Perlesenan 12 industri burung walit. (Bertemu dengan Persatuan Pengusaha) . RUU Fi Lesen. (Taklimat kepada Persatuan Perniagaan)

vi.

Projek Khas. Perkhidmatan Bas Bandar Percuma. Fokus pada Majlis Bandaraya dan Perbandaran mengikut keupayaan dalam menyediakan bas namun dapat memberi perkhidmatan terbaik dengan warna/design yang seragam. Menambahkan anggota penguatkuasa untuk kerja rondaan. Fokus pada Majlis Bandaraya dan Perbandaran. Melibatkan swasta menyertai projek pemasangan CCTV. Menaiktaraf pasar awam.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: ONE STOP CRISIS CENTER (OSCC) 175. a) b) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Sila nyatakan statistik kes OSCC sejak penubuhan ke 2013. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan OSCC di setiap hospital di Selangor?

JAWAPAN : a) Statistik kes OSCC dari tahun 2008 sehingga April 2013 adalah seperti berikut:

BIL JENIS KES

TAHUN 2008 2009 491 31 831 333 1,686 2010 539 25 1001 321 1,886 2011 493 34 1163 269 1,956 2012 452 30 1439 408 2,329 APRIL 2013 179 14 387 194 774

1. 2. 3. 4.

ROGOL LIWAT PENDERAAN LAIN-LAIN JUMLAH

465 20 727 389 1,601

b)

Penubuhan OSCC di hospital-hospital di negeri Selangor adalah wajar. Dari sebelas hospital, enam telah dilengkapkan dengan kemudahan dan perkhidmatan OSCC. Penambahan OSCC di hospital-hospital selain yang enam itu, di negeri Selangor adalah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerajaan negeri Selangor akan menggesa perkara ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR 192. a) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Sila nyatakan statistik kemiskinan, kemiskinan bandar dan kemiskinan papa kedana Negeri Selangor Nyatakan lokasi-lokasi tempat tinggal golongan miskin ini.

b)

JAWAPAN : a) Berdasarkan kepada bancian yang dibuat pada tahun terakhir 2007, 30% (1,530,629 orang) penduduk di Negeri Selangor berpendapatan kurang dari RM1,500.00 dari jumlah populasi di Negeri Selangor sebanyak 5,070,000. Daripada jumlah tersebut, 87.6% (1,340,831 orang) penduduk tergolong dalam kemiskinan bandar. Buat masa ini, tiada bancian khas dilaksanakan untuk mengenal pasti taburan dan lokasi penduduk miskin di Negeri Selangor. Walau bagaimana pun, berdasarkan Laporan Agihan Bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Selangor, taburan asnaf fakir dan miskin bagi tahun 2011 dan 2010 adalah seperti berikut :-

b)

TABURAN ASNAF FAKIR MENGIKUT DAERAH Bilangan Keluarga 2011 1,568 1,525 1,178 1,016 679 669 600 202 93 117 7,647 2010 1,863 2,192 1,277 1,456 686 1,011 494 107 280 64 9,430

Daerah Hulu Langat Kuala Selangor Hulu Selangor Kuala Langat Klang Gombak Petaling Sepang Sabak Bernam Desa Ehsan Jumlah

TABURAN ASNAF MISKIN MENGIKUT DAERAH Bilangan Keluarga 2011 2,080 1,260 964 1,049 1,670 1,235 2,489 462 2,543 321 13,983 2010 2,188 1,556 919 1,085 1,625 1,310 1,621 546 2,972 236 14,058

Daerah Hulu Langat Kuala Selangor Hulu Selangor Kuala Langat Klang Gombak Petaling Sepang Sabak Bernam Desa Ehsan Jumlah

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: URBAN MICROCREDIT SCHEME (SKIMSEL) 202. a) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Sila bekalkan laporan kewangan SkimSEL termasuk: jumlah peminjam, jumlah pinjaman, jumlah pendapatan dari penerimaan faedah, jumlah hutang luput, kos pentadbiran dll. Adakah skim ini self-sustainable seperti institusi mikcrokredit antarabangsa?

b)

JAWAPAN : a) Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2010 dan seterusnya dilancarkan pada 2 September 2010. SKIMSEL telah diamanahkan untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan di kampung-kampung tradisi sahaja.
Sehingga kini, SKIMSEL telah mempunyai sembilan (9) buah cawangan yang beroperasi di 9 daerah di negeri Selangor iaitu Cawangan Sabak Bernam, Cawangan Kuala Selangor, Cawangan Hulu Selangor, Cawangan Hulu Langat, Cawangan Kuala Langat, Cawangan Sepang, Cawangan Gombak, Cawangan Petaling dan Cawangan Klang. Semua pejabat cawangan beroperasi di Bangunan Pejabat dan Tanah Daerah masing-masing.

Jumlah dana yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada SKIMSEL adalah sejumlah RM50 juta. Sehingga 30hb April 2013, SKIMSEL telah menerima peruntukan dana sebanyak RM22.4 juta. Dengan dana yang ada SKIMSEL telah berjaya mengeluarkan pembiayaan mikrokredit dengan bilangan akaun pembiayaan sebanyak 16,099 berjumlah RM50,582,050.00 kepada 7,610 orang peserta atau sadiq. SKIMSEL sentiasa berusaha untuk mengekalkan kadar bayaran balik pembiayaan pada tahap 100 peratus (zero PAR) bagi operasi di semua cawangan. Sehingga kini, kadar bayaran balik SKIMSEL berada pada tahap 98.34 peratus.

Berikut adalah maklumat berkaitan sadiq dan pengeluaran pembiayaan mengikut daerah atau cawangan SKIMSEL:

CAWANGAN Sabak Bernam Hulu Selangor Kuala Selangor Hulu Langat Kuala Langat Sepang Gombak Petaling Klang SKIMSEL

SADIQ 1,144 1,059 1,223 1,281 1,159 832 187 357 368 7,610

BIL PEMBIAYAAN 3,093 2,297 2,368 2,279 2,338 1,981 302 827 614 16,099

JUMLAH PEMBIAYAAN 9,871,100.00 7,880,800.00 6,754,850.00 7,014,200.00 7,846,500.00 6,053,500.00 874,000.00 2,558,500.00 1,728,600.00 50,582,050.00

b)

Sehingga kini, SKIMSEL baru beroperasi lebih kurang tiga tahun, maka SKIMSEL masih belum mencapai tahap self-sustainable seperti institusi mikrokredit antarabangsa.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (DAMANSARA UTAMA) TAJUK: PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR 212. a) Bertanya kepada Y.A.B Dato Menteri Besar: Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosi program kerajaan dan meningkatkan imej Kerajaan Negeri Selangor? Sila berikan butir-butir. Apakah jumlah bajet iklan dan promosi? Nyatakan pecahan.

b)

JAWAPAN : a) Pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu (HBPB) dua kali setahun sebagai salah satu platform untuk mempromosikan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap jabatan atau agensi. Kaunter Program MES juga telah dibuka di perkarangan jabatan-jabatan/ agensi di bawah Kerajaan Negeri yang terpilih di samping mengedarkan risalah-risalah berkaitan dengan Program MES. Mempromosikan Program MES di billboard di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). b) Bajet adalah berdasarkan kelulusan peruntukan setiap tahun mengikut Jabatan masing-masing.

You might also like