Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALAN Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah akan mengadakan Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Perak Tengah. Pada 21 dan 22 April 2013, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah sekali lagi telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Perak Tengah di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Dato Sagor telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut bagi tahun ini. Pasukan sekolah telah mengambil bahagian di dalam kedua-dua iaitu kategori lelaki bawah 12 tahun dan kategori perempuan bawah 12 tahun. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang menyertai Kejohanan Sukan Bola Tampar. 2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah rendah lagi. 2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil. 2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta. 2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran. 2.6 Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid-murid. 3.0 RASIONAL 3.1 Dapat mengembangkan bakat baru dan yang sedia ada pada murid. 3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani untuk diserapkan dalam aktiviti luar sebagai satu pangalaman bagi murid-murid. 3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid. 3.4 Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah kejohanan dari awal hingga akhir. 4.0 BUTIRAN KEJOHANAN Tarikh Masa Tempat : 21 & 22 April 2013 : 8.30 pagi hingga 6.00 petang : SK Seberang Perak

5.0 SASARAN PESERTA Para peserta adalah dari kalangan ahli Kelab Bola Tampar sekolah dan juga murid-murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. 6.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN Pada kali ini kedua-dua pasukan bola tampar lelaki dan perempuan sekolah kita telah menunjukkan peningkatan yang baik serta telah memberikan saingan di dalam kejohanan bola tampar daerah kali ini. Perubahan yang drastik ini telah terbukti kesahihannya apabila kedua-dua pasukan bola tampar kita telah berjaya mendominasi kumpulan masing-masing sehingga layak ke peringkat akhir. Berikut merupakan keputusan setiap perlawanan mengikut pasukan lelaki dan perempuan: i) Keputusan Perlawanan Pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun Peringkat kumpulan: SK Dato Sagor Menang SK Dato Sagor Menang Lwn Lwn SK Changkat Lada 2 SK Sri Cempaka

SK Dato Sagor Menang SK Dato Sagor Menang

Lwn Lwn

SK Bota Kanan SK Bakong

i) Perlawanan Akhir SK Dato Sagor Lwn SK Seberang Perak Menang

ii) Keputusan Perlawanan Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun Peringkat kumpulan: SK Dato Sagor Menang SK Dato Sagor Menang Lwn Lwn SK Teluk Bakong SK Sungai Ranggam

SK Dato Sagor Menang

Lwn

SK Iskandar Perdana

ii) Perlawanan Akhir SK Dato Sagor Lwn SK Sri Cempaka Menang

Keputusan yang dicapai oleh S.K. Dato Sagor adalah: - Naib Johan bagi Pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun. - Naib Johan bagi Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun.

7.0 CATATAN / ULASAN Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam kedua-dua ketogeri iaitu katogeri lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun. Pasukan sekolah telah berjaya menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan jitu, namun nasib pasukan sekolah kita agak kurang baik kerana hanya sekadar dapat meraih tempat kedua dalam kedua-dua kategori yang telah dipertandingkan. Justeru, masih ada kelemahan dan kekurangan yang perlu di perbaiki untuk mempertingkatkan prestasi pasukan bola tampar sekolah. Latihan dan pendedahan yang maksimum perlu diberikan kepada pasukan bola tampar sekolah bagi menjana teknik, idea dan daya ketahanan mental yang mantap untuk berhadapan dengan pasukan lain pada masa hadapan. Oleh itu segala persiapan bagi kejohanan tahun hadapan perlu dipertingkatkan agar murid yang berbakat dan berpotensi dapat dikenalpasti terlebih awal seterusnya latihan dapat dijalankan dengan lebih awal dan efisyen. Selain itu pihak sekolah dan guru-guru juga perlu memberikan galakan dan motivasi yang berterusan kepada murid-murid melalui mdium masing-masing samada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan semangat dan minat mereka untuk berlatih dan bermain dengan bersungguhsungguh sekaligus dapat menaikkan nama sekolah dipersada sukan negeri mahupun negara. Disediakan oleh: ................ Disemak oleh: .....................................................

(Pn. Habsah Bt. Soid) Guru Penasihat Pasukan Bola Tampar S.K. Dato Sagor

(En. Khatta B. Jamaluddin) PK Ko-Kurikulum S.K. Dato Sagor

Lampiran

You might also like