Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BMM 3107

LATAR BELAKANG

LINGUISTIK Perkataan linguistik berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar -benar wujud tanpa dipengaruhi oleh elemen-elemen agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah.

Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli linguistik adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan.

Beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik. Antara John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai the scientific study of language. David Crystal (1973) pula, menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik, manakala Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa manusia. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan linguistik sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan.

BMM 3107
PENDAPAT AHLI-AHLI LINGUISTIK FERDINAND DE SAUSSURE Ferdinand de Saussure (1857 1913) merupakan seorang ahli linguistik yang menimbulkan arah aliran kajian linguistik deskriptif. Pada awal penglibatan dalam keilmuan linguistik, beliau lebih cenderung dalam bidang linguistik sejarah dan perbandingan. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Linguistik, satu asas aliran linguistik tumbuh dengan pesat, iaitu linguistik formal atau struktural hasil daripada pemikiran yang digagaskan oleh beliau. Hashim Hj. Musa (1994) berpendapat bahawa aliran linguistik formal atau struktural ini bertujuan untuk membebaskan kajian linguistik daripada cengkaman kaedah historis (sejarah) dan komperatif (perbandingan). Oleh hal yang demikian, pemikiran beliau ini telah berkembang dengan pesat di seluruh Barat serta mendapat perhatian meluas dan menerima ikutan yang ramai hasil daripada pemikiran yang dibawa oleh Ferdinand ini.

Dalam bidang kajian linguistik struktural ini, Ferdinand menyentuh hal berkaitan unsur sinkronik dan diakronik. Sinkronik merupakan satu kajian bahasa yang wujud pada sesuatu masa, manakala diakronik ialah kajian bahasa yang lebih memfokuskan kepada aspek sejarah. Ferdinand mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronik) haruslah dibezakan daripada linguistik historis (diakronik) kerana kedua-duanya menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya dalam

menganalisis sesuatu bahasa. Beliau juga mengulas berkenaan tugas seorang linguistik yang seharusnya bertindak sebagai mendeskripsikan cara-cara seseorang itu bertutur dan menulis dalam bahasa yang dituturkan dan bukan memberi keputusan kepada kaedah atau cara seseorang itu harus berbicara.

Ferdinand menghuraikan bahasa merupakan sistem tanda yang terdiri daripada signifier dan signified, iaitu penanda dan petanda. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan dan wujud secara terikut. Apabila satu daripada unsurnya berubah, maka unsur yang lain juga akan berubah. Ferdinand berpendapat signifier merupakan citra bunyian dan bersifat fizikal serta dapat ditaakuli deria manusia, manakala signified ialah

BMM 3107
konsep yang tidak berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal. Hal ini bermaksud acuan persepsi atau idea yang terdapat dalam otak manusia yang pelbagai. Selain itu, Ferdinand juga menyebut signified melibatkan konsep mental, iaitu suatu perkara yang dipengaruhi budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat serta satu hak mutlak yang diperlukan untuk melakukan komunikasi signifikan antara individu dalam masyarakat tersebut. Dengan kata lain, signified bersifat arbitrari atau sewenangwenangnya diujarkan oleh individu tersebut.

Beliau juga berpendapat bahasa dibezakan antara hubungan sintagmatik dan paradigmatik dalam sesuatu bahasa. Hubungan sintagmatik merupakan peraturan penyusunan bahan bahasa menurut penyusunan secara linear atau mendatar, manakala hubungan paradigmatik ialah keterampilan memilih output bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam keperihalan keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi yang tertentu. Zulkifley Hamid (2012) berpendapat sintagmatik melibatkan aspek nahu dan paradigmatik pula melibatkan aspek kecekapan berbahasa.

Selain itu, Ferdinand juga menyatakan bahasa dibezakan antara sistem yang terdapat dalam akal budi pemakai sesuatu bahasa daripada suatu kelompok sosial, iaitu langue serta bahasa sebagai manifestasi kepada setiap penuturnya,

iaitu parole. Langue juga dikatakan sebagai sistem bahasa dan merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa. Sistem bahasa ini juga berbentuk abstrak yang digunakan sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat dan juga dikatakan terdiri daripada ciri-ciri parole yang umumnya dalam sekelompoknya. Ferdinand menyifatkan parole sebagai pertuturan yang konkrit yang terdiri daripada ciriciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan individu yang memperlihatkan kebebasan yang tersendiri. Hal ini juga bererti pertuturan sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat.

LEONARD BLOOMFIELD

Dalam sejarah perkembangan linguistik moden, kita dapat lihat beberapa orang tokoh yang menyumbang kepada pemodenan ilmu linguistik pada masa itu, sekali gus mempengaruhi ilmu kajian linguistik pada hari ini. Oleh itu, selain daripada Ferdinand de

BMM 3107
Saussure dan Edward Sapir, seorang lagi ahli linguistik Amerika yang menyumbang dalam pemodenan ini, iaitu Leonard Bloomfield. Leonard Bloomfield (1887 1949) merupakan salah seorang ahli linguistik struktural yang terkenal di Amerika Syarikat pada zamannya. Dalam pengkajian bahasa, Bloomfiled menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu dalam struktur bahasa. Beliau turut meneliti dua kejadian sejarah di Amerika, sehingga mencetuskan pemesatan perkembangan aliran struktural. Hashim Hj. Musa (1994) menyatakan, kajian sejarah yang dilakukan oleh Bloomfield ialah berkenaan wujudnya bahasa-bahasa orang asli di Amerika Syarikat yang begitu banyak dan pelbagai serta kegiatan penaklukan dan peperangan yang mengakibatkan kehilangan bahasa-bahasa tersebut ekoran kematian penutur-penutur jati bahasa itu.

Selain menjadi seorang ahli linguistik, Bloomfield juga terkenal dengan teori behaviorisme yang berakar daripada pemikiran Plato yang percaya bahawa proses bahasa ini berpunca daripada proses peniruan atau mimetic. Setiap perkataan yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu itu menyebut rumah, strukturnya mesti rumah, bukan hamuratau maruh. Beliau lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajian dan menyebabkan wujudnya Linguistik Deskriptif. Berkenaan bahasa dan struktur, Bloomfield mengetengahkan kaedah penganalisisan struktur ayat yang perlu ditentukan, iaitu kaedah pemenggalan berstruktur. Menurut Bloomfield, bahasa merupakan sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Hasil daripada analisis yang dilakukan pada bahasa adalah sama dan menemui hakikat bahawa hubungan bahagian bermula daripada fonem, morfem, kata, frasa dan seterusnya ayat. Hal ini juga dikenali sebagai Linguistik Taksonomi kerana mengkaji bahagian-bahagian bahasa dengan terperinci.

Pendekatan yang diambil oleh Bloomfield dalam asas kajian linguistik struktural bermula daripada perakaman bunyi-bunyi bahasa. Kemudian, berlakunya pengenalpastian bunyi-bunyi kepada bentuk-bentuk distingtif atau fonem berdasarkan rumus fonemik. Seterusnya, penelitian terhadap penyusunan fonem-fonem dan pencantuman yang membentuk unit-unti terkecil yang mempunyai makna. Pada tahap ini, proses ini membentuk morfem sama ada morfem tersebut bebas atau tidak bebas.

BMM 3107
Penelitian morfem-morfem yang dapat membentuk unit terkecil yang bebas boleh menjadi unsur atau komponen kepada ayat, iaitu perkataan. Dalam hal ini peraturan yang mengawal pembentukan morfem dan perkataan ialah rumus morfemik. Kemudian, penyusunan dan pencantuman perkataan-perkataan diteliti berdasarkan peraturan yang dikenali sebagai rumus sintaksis untuk membentuk ayat dan bahagian-bahagiannya, iaitu frasa dan klausa.

Dalam hal ini, hubungan antara anggota binaan sintaksis dilihat dari segi hubungan yang terdekat. Menurut Bloomfield, hubungan antara komponen binaan ayat tersebut boleh ditimbulkan daripada tahap yang paling rendah, iaitu satu hubungan yang paling rapat pada peringkat frasa yang paling kecil dan meningkat secara hieraki kepada hubungan kategori frasa dan klausa, dan sekali gus menjadi sebuah ayat yang lengkap dan tersusun.

EDWARD SAPIR Edward Sapir (1884 1939) merupakan seorang ahli linguistik Amerika yang pertama yang mengkaji dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Skop pengkajian yang dilaksanakan oleh Sapir ialah mengenai klasifikasi bahasa-bahasa suku etnik Indian di Amerika Syarikat. Dalam bidang linguistik, Edward Sapir menyumbang kepada aspek antropologi dalam bahasa yang dipertuturkan oleh manusia serta naskhah Language yang sebahagian besarnya meliputi tripologi bahasa. Linguistik Sapir tidak terhenti pada pengkajian struktur bahasa, tetapi juga meliputi beberapa lapangan, iaitu sastera, agama, budaya dan metodologi.

Edward

Sapir

juga

memperkenalkan

Hipotesis

Sapir-Whorf,

hasil

gabungan pemikiran dengan anak murid beliau, Benjamin Lee Whorf. Hipotesis SapirWhorf menekankan beberapa hubungan yang mempunyai peri penting dalam aliran linguistik yang dibawakan oleh mereka, iaitu bahasa, pemikiran dan budaya. Sapir dan Whorf tidak menulis hipotesis tersebut secara formal berserta formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi penulisan perakara-perkara berkaitan dengan linguistik, dan akhirnya mereka menemui dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka ini. Kedua-dua ahli linguistik ini bersepakat bersetuju bahawa budaya

BMM 3107
yang menentukan bahasa. Selain itu, Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan yang terkandung lambang dan makna pada setiap ujaran.

Dua idea tersebut ialah teori linguistik penentuan atau determinism dan relatif atau relativism. Teori linguistik penentuan ialah teori yang menyatakan bahasa yang digunakan oleh manusia akan menentukan kaedah untuk menginterpretasikan dunia sekeliling sesebuah masyarakat. Manakala, teori linguistik relatif merupakan teori yang lebih lemah menyatakan bahasa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam

mempengaruhi pemikiran manusia terhadap realiti dunia dan serta kehidupan sesebuah masyarakat.

Mengupas hal bahasa, Sapir berpendapat bahasa bersifat distingtif, iaitu membezakan makna daripada perkataan-perkataan yang diujarkan. Perbezaan makna ini lahir daripada interpretasi individu terhadap persekitaran seseorang individu tersebut. Selain itu, Sapir turut mengemukakan teori struktural yang menyentuh aspek struktur bahasa. Teori yang dikemukakan ini merangkumi pola dan pembinaan sesuatu ayat. Bahasa juga dikatakan sebagai satu aktiviti rohani, iaitu suatu proses kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau pemikiran melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu bahasa merupakan lambang jiwa, suatu tabiat manusia dan menjadi sifat sesuatu bangsa yang menjadi alat perhubungan antara satu sama lain.

BMM 3107

STILISTIK Stilistik berasal daripada Bahasa Inggeris, iaitu style yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan, linguistic yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus Bahasa

Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa. Menurut Bally, Jacobson, Leech, Widdowson, Levin, Ching, Chatman, Dalan dan lain-lain, mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi linguistik daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera.

Dalam erti kata lain stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi (Alias dan AbdullahYusof, 2007: 25).

Stilistik juga merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang perlu menentukan stail

pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu, baru muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik.

Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan sesebuah makna. Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea.

BMM 3107
Daripada itu, maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang

apabila berkomunikasi dengan orang lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.

Kesimpulannya, bidang stilistik terkandung di dalam ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku dalam kelompok sosial. Stilistik mempunyai gaya bahasa yang tersendiri bagi mengklasifikasikan sesuatu ayat, klausa, perkataan dan rangkaprangkap di dalam teks. Sungguhpun takrifannya hampir sama, namun ianya dibezakan dengan ciri-ciri yang tersendiri. DEFINISI DAN CIRI-CIRI STILISTIK

Stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku. (RobertSibarani et.al., 2003).

Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia

dituturkan.Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media (samada yang dituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada, laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status (bahasa diraja, slanga, jargona), dan modalitas (bahasa

syarahan, berjenakan,ceramah dan sebagainya). Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang ini.

BMM 3107
Contohnya:Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat muka kau!-

Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh, "rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya

Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati, dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi

Pendekatan stilistik membincangkan aspek tema yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural . Namun demikian , penelitian

menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengertikan, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. Penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperrlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman.

BMM 3107
STALISTIK DALAM KARYA SASTERA

Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), Gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya, susunan kata , frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. JENIS GAYA STILISTIK a. Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata untuk menggambarkan peristiwa tersebut amat jelas, tepat dan berkesan oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak,dan mesej. Contohnya Eh! Mak dah sudah makan ? Sikit sangat mak makan hari ini, tegur Ramli. b. Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang. Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami kerana menggunaakan kata-kata yang digunakan sehari-hari.

Penggunaan ayat pendek dan panjang mudah dikesan contoh : ayat pendek Salmah angguk-angguk. Ijai dah kenyang. ayat panjang Meskipun dia belum menyedari hakikat hidup ini, kesengsaraan hidupnya mengajar dirinya lebih cepat mengerti erti kehidupan. Penanggungan penderitaan itu amat dirasainya sebagai seorng abang yang baru berusia sepuluh tahun, belajar dalam darjah lima, di sekolah kebangsaandi kampungnya. c. Personifikasi Personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada

10

BMM 3107
sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007b; 87). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1026) pula mendefinisikan istilah personifikasi sebagai pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain yang mendapat kesan sastera atau seni. Contoh: Langit Changloon berwajah walang matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan d. Simile Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama. Perumpamaan ini secara jelas mengunkapkan sesuatu sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata seperti, umpama, bagai, laksana, macam dan sebagainya. membandingkan sesuatu. Contoh: Ayah mengangkat kening. Cakap macam orang surat khabar, katanya. Tujuannya adalah untuk

e. Metafora Metafora merupakan gabungan dua kata iaitu meta yang bermaksud memindahkan dan pherein bermakna membawa. Perkataan metafora berasal daripada bahasa Yunani. Perkataan ini biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak iaitu perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007a: 262). Gaya bahasa metafora ialah sejenis gaya bahasa perbandingan yang paling ringkas, padat, kemas dan teratur. Gaya bahasa ini tidak menggunakan kata seperti, umpama, bak, laksana, bagai dan sebagai. Oleh itu, metafora ialah pemakaian kata-kata untuk menyatakan erti

yang berbeza daripada yang sebenarnya, iaitu sebagai bahasa kiasan. Contoh: Panahan simpati

11

BMM 3107
Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu bertani. Emak memandangku dengan panahan simpati. f. Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara `berlebihlebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi

g. Sinkope Sinkof ialah pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan dengan menghilangkan huruf tengah bagi perkataan atau pewujudan kata singkat iaitu kata yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata, Contoh: Emak membebel kepada ayah. Katanya, anak dara tak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. Perkataan tak merujuk kepada perkataan tidak h. Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi. Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir i. Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak. Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

12

BMM 3107
j. Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan k. Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak Anaphora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA ! epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: di pundakku had sepiku

Repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya; orang berbunga dia berbunga l. Perlambangan Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam Contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

13

BMM 3107

14

You might also like