Pantun

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

DEFINISI:Karangan berangkap yang menyentuh keseluruhan aspek hidup masyarakat melayu zaman lampau Binaan bentuk pantun berdasarkan

keperluan-keperluan teknikalnya seperti rima, jumlah baris, jumlah suku kata, dan perkataan dalam baris

Jumlah baris dalam serangkap:

Terdapat pantun 2,4,6,8 hingga 16 baris. Pantun popular mengandungi 4 baris serangkap

Rima:

Bagi pantun 4 baris, rimanya ialah a-b-a-b. Terdapat juga rima selain daripada a-b-a-b tetapi masih terdapa pengawalan dalam rimanya

Jumlah perkataan dan suku kata:

Kebanyakan pantun mempunyai 4-5 perkataan dalam sebaris dan 8-12 suku kata. Lazimnya ada 8-10 suku kata sebaris

Maksud lengkap dalam rangkap:

Kecuali pantun berkait, setiap rangkap pantun mempunyai maksud yang lengkap

Terdapat pembanyang dan maksud:

Setiap pantun yang mempunyai pembanyang maksud iaitu sebahagian daripada jumlah baris keseluruhannya. Jika ada 4 baris serangkap, 2 baris awal ialah pembanyang dan 2 baris akhir ialah maksud.

Pantun agama dan kepercayaan Pantun adat dan resam manusia Pantun jenaka dan permainan Pantun kepahlawanan Pantun nasihat dan pendidikan Pantun budi Pantun teka-teki Pantun peribahasa dan perbilangan Pantun kias dan ibarat Pantun percintaan

Sebagai aktiviti masyarakat:i. Digunakan dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat Sebagai alat komunikasi: a) Untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan serta ucapan selamat dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi Sebagai alat hiburan atau jenaka: a) Pantun-pantun jenaka mempunyai nada usik-mengusik

Sebagai alat pendidikan: a) Mendidik secara kiasan ataupun berterus terang Alat menguji fikiran: b) Pantun teka-teki, peribahasa, dan juga yang terdapat dalam puisi adat atau teromba Alat mendapat ganjaran masyarakat: a) Menjelaskan tentang minda dan pemikiran masyarakat melayu, harapan, cita-cita, dan pandangan mereka.

MAKSUD:
Rangkap 1: Budi dianggap satu kebaikan, bahasa pula dianggap sebagai keindahan. Rangkap 2: Berhati-hati apabila berbudi kepada orang. Rangkap 3: Abang menyanyangi adik kerana berbudi Rangkap4 : Kalau ada umur yang panjang, budi yang diterima akan dibalas Rangkap5: Jika berbudi, budi itu akan dibalas

Tema : Nilai kebudian dalam kehidupan manusia Persoalan : Persoalan tentang membalas budi yang diterima. Budi yang diterima daripada seseorang itu akan cuba dibalas sekiranya ada umur yang panjang. Persoalan kedua ialah persoalan pandangan orang terhadap budi orang yang berbudi akan disayangi orang lain. Kebudian seseorang membuatkan orang lain terpikat kepada mereka

MESEJ:
Kita hendaklah berhati-hati apabila berbudi kerana ada waktunya orang akan mengambil kesempatan ke atas diri kita Jika boleh budi yang diterima daripada seseorang mestilah dibalas. Ini sebagai tanda terima kasih kita kerana kita pernah menerima budinya

NILAI:
Nilai baik hati. Memberi pertolongan kepada orang yang susah contohnya, berbudi kepada orang yang memerlukannya Nilai berhati-hati contohnya mempunyai sikap yang berwaspada atau berhati-hati apabila berbudi kepada orang

BENTUK:
Jumlah rangkap: kumpulan pantun ini mempunyai lima rangkap. Perkataan dalam sebaris: jumlahnya antara 3-6 perkataan. Suku kata dalam baris: jumlahnya antara 8-11 suku kata Rima: rima bagi kesemua rangkap ialah a-a. Jumlah baris dalam serangkap: kesemua rangkap mempunyai dua baris. Berbentuk distikhon

GAYA BAHASA:Perulangan: baik-baik bertanam ubi baik-baik menabur budi ada ubi ada batas ada budi ada balas Asonansi: a- baik-baik bertanam ubi I- baik-baik menabur budi Aliterasi: d- ada budi ada balas b- Baik-baik bertanam ubi

MAKSUD:Rangkap 1: Sudah menjadi lumrah hidup di dunia ini, orang lebih memandang kekayaan daripada budi. Rangkap 2: Apabila sudah menemui orang yang berharta, orang yang miskin dilupakan Rangkap 3: Sama ada budi itu dibalas atau tidak, orang yang berbudi dan menerima budi mestilah saling mengenang.

Rangkap 4: budi yang diberi tidak akan dilupakan dan sudah sebati dalam hati Rangkap 5: jika budi dan kekayaan ada pada seseorang, hidupnya akan sentiasa tenang dan dikenang oleh orang

TEMA DAN PERSOALAN:-

Tema : Pandangan manusia terhadap budi dan kekayaan contohnya ada manusia yang mementingkan budi dan ada pula yang mengutamakan harta dan kekayaan Persoalan : Persoalan tentang perbezaan sikap manusia contohnya ada manusia yang mementingkan harta kekayaan. Apabila sudah kaya, ia tidak mempedulikan lagi nasib orang yang tidak bernasib baik. Persoalan : tentang kedudukan seseorang dalam masyarakat contohnya masyarakat akan memandang tinggi kepada seseorang yang berbudi dan berharta.

MESEJ:Janganlah kita memandang rendah kepada seseorang kerana kemiskinan atau kelemahannya Kita hendaklah tahu mengimbangi antara kekayaan dan budi kerana ini akan menjadikan kita lebih dihormati. Kita mestilah menghargai budi seseorang kerana dengan bantuan yang diberikan akan memudahkan kita dalam sesuatu urusan.

NILAI:Nilai kemanusiaan iaitu kejujuran. Jujur menabur bakti dan tidak mengharapkan balasan Nilai kemanusiaan iaitu menghargai contohnya menghargai budi yang diterima. Mengingati pertolongan dalam jangka masa yang panjang.

BENTUK:
Jumlah rangkap: Mempunyai lima rangkap Jumlah perkataan dalam baris: Jumlah perkataan dalam barisnya ialah 4-5 perkataan. Jumlah suku kata dalam baris: adalah 9-10 Rima: kesemua rangkap mempunyai rima a-b-a b kecuali rangkap kelima a-a-a-a. Jumlah baris dalam serangkap: kesemua rangkap mempunyai empat baris. Berbentuk quatrin. Dua baris awal adalah pembayang maksud.

GAYA BAHASA:Pengulangan: Pengulangan epifora dan perkataan: baik bergalas baik tidak, buli-buli bertali benang, baik berbalas baik tidak. Aliterasi : k baik bergalas baik tidak a buli-buli bertali benang Asonansi : I baik berbalas baik tidak a sudah dapat gading bertuah

You might also like