Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

http://drsivarajan.blogspot.com/2013/03/contoh-soalan-pensejarahan-malaysia_12.

html
Tuesday, 12 March 2013

CONTOH SOALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA


Bahagian A 1. John Bastin, dalam syarahannya pada tahun 1959 menegaskan penulisan yang bertumpuan Asia atau Malaya (Malaya centric atau Asia-centric) tidak akan mudah dilaksanakan kerana banyak halangan. Bincangkan halanganhalangan tersebut dan reaksi sejarawan lain terhadap perbahasan beliau. 2. Penulisan sejarah kebangsaan bermaksud beberapa sejarah masa lalu disenyapkan, dipinggirkan atau dilenyapkan daripada menjadi sebahagian daripada naratif kebangsaan. Dengan merujuk kepada pernyataan ini bincangkan sejauh manakah sejarawan tempatan mampu membawa dimensi baru kepada penulisan sejarah kebangsaan. Bahagian B 3. Historiografi secara umumnya didefinisikan sebagai penulisan sejarah. Namun kadangkala penulisan sejarah tidak semestinya mengandungi erti sejarah sebagaimana yang difahami pada hari ini. Bahaskan pendapat tersebut berdasarkan rujukan terhadap mana-mana satu teks pensejarahan Melayu tradisional. 4. Ideologi asas atau etika politik yang ingin diterapkan oleh pengarang teks Sejarah Melayu ialah ketaatsetiaan mutlak dan mengelakkan rakyat daripada melakukan perbuatan derhaka. Berdasarkan contoh-contoh yang jelas, bincangkan sejauh manakah pernyataan tersebut benar? 5. Tulisan-tulisan pentadbir kolonial tentang orang Melayu mencerminkan sikap, motif dan justifikasi tertentu yang berkaitan dengan kepentingan dan kemaraan dasar-dasar kolonialisme di negeri-negeri Melayu. Ulaskan pernyataan tersebut berdasarkan beberapa tulisan yang dikemukakan oleh Hugh Clifford dan Frank Swettenham

http://drsivarajan.blogspot.com/2013/03/contoh-soalan-pensejarahan-malaysia.html
Tuesday, 12 March 2013

CONTOH SOALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA


Jawab EMPAT [4] soalan sahaja. 1. Euro-centric dan Malaysia-centric merupakan isu pensejarahan Malaysia yang agak berterusan. Bincangkan isu-isu tersebut dan sarankan cara-cara penyelesaian. 2. Zainal Abidin bin Abdul Wahid menganggap Sejarah Melayu sebagai karya yang amat penting dan menyumbang besar kepada pensejarahan Malaysia. Sejauhmanakah anda bersependapat dengan pandangan beliau.

3. Munshi Abdullah bin Abdul Kadir dikatakan telah memperkenalkan pembaharuan dalam penulisan sejarah Malaysia. Dengan merujuk kepada karya-karya tertentu, bezakan hasil pena beliau dengan hasil penulisan tradisional Melayu yang lain. 4. Berdasarkan kepada karya Isabella Bird (The Golden Chersonese and the Way Thither, 1883) dan buku Margaret Brooke (My Life in Sarawak, 1913), nilaikan sumbangan pengarang Barat berjenis pengembara dan penduduk sementara kepada pensejarahan Malaysia. 5. Buku-buku yang bercorak sejarah yang dikarang oleh pegawai pentadbir penjajah di Tanah Melayu, Sarawak mahupun Borneo Utara (Sabah) mempunyai matlamat tertentu. Berpandu kepada karya-karya spesifik, huraikan tujuan hasil penulisan tersebut dan sebab-musabab bertujuan sedemikian. 2/- 2 - [HSM 215] 6. Steven Runciman dan Robert Pringle yang merupakan sejarawan professional berbangsa Barat telah menghasilkan buku masing-masing tentang sejarah Sarawak. Sejauhmanakah karya-karya mereka mempamerkan keobjektifan. 7. Nilaikan sumbangan Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics (1972) dan Lim Teck Ghee, Peasants and their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-1941 (1977) kepada pensejarahan Malaysia. -- oo000oo

You might also like