Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah.

Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004).Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyaimakna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubunganhiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan ZAmvela, 2000; Yule, 1994). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) hiponim bolehdidefinisikan sebagai kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lainHubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atasmempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Superordinat atau hipenim ialahmakna umum iaitu merangkumi makna yang luas.Item-item leksikal yang di bawahnya pulamempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang diatasnya. Itemitemleksikal ini dik enali sebagai subordinat atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi, 2004;Jackson dan Z Amvela, 2000). Contoh:Hipernim : Kenderaan ( superordinat/makna am)Hiponim : Perahu,lori,van,bas,ke reta,kapal terbang( makna khas/superdinat)Abdullah Hassan (2005) telah membahagikan kata himponim kepada 2 bahagian iaitu:(i) (i) Hiponim Tulen - Struktur hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yangmempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataanlain.(Abdullah Hassan,2005).Contoh hiponim tulen dalam bahasa Melayu dapat dilihat dalam perkataan padi.Perkataan padi mempunyai dua perkataan dalam golongannya,iaitu beras dan nasi.Dalam hal ini makna beras dan nasi tercakup dalammakna perkataan padi dan mempunyai maksud kata yang tersendiri. (ii) Hiponim umum Menurut Abdullah Hassan (2005),hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataanyang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataanyang menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenisbunga.Ada bunga melur,bunga kemboja,bunga mawar,bunga raya,dan sebagainya.Perkataanbunga adalah umum.Oleh itu,perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bungatertentu bagi menamakan jenis bunga tertentu contohnya bunga mawar.Kesimpulanya ,

Hiponim boleh dimaksudkan sebagai kata yang merangkumi makna-makna yang terkandung di dalamnya.sesuatu konsep makna yang terkandung dalam sesuatu kata yang lebih besar. Oleh itu, hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan yang lain.

Contoh: Hiponim dari kenderaan ialah kereta, motorsikal, basikal, beca dan kapal terbang. Hiponim dari perabot ialah katil, meja, almari, meja kopi dan meja makan. Hiponim dari ikan adalah gurame, lele, paus, mujaer dan yu. Hiponim dari bunga ialah melati, kasut, orkid dan bunga kertas. Kambing, lembu dan rusa ialah hiponim dari binatang.

Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain. Umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, tahi ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros, melati. Contoh lain: Ikan: tenggiri, tongkol, bawal, kembung, bilis, belanak, buntal, parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi, gelama, duri.

You might also like