Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Haiwan dan serangga pada kebiasaannya tidak akan menyerang manusia kecuali ia diganggu atau tercedera.

Sebenarnya akal dan fikiran kita boleh menghalang berlakunya sengatan dan gigitan.

Sengatan serangga dan hidupan laut akan mengakibatkan kecederaan yang ringan. Tetapi gigitan haiwan sentiasa memerlukan beberapa tahap rawatan perubatan kerana kuman terdapat dalam mulut semua haiwan. Rawatan perubatan diperlukan bagi memastikan mangsa terhindar daripada jangkitan tetanus (kancing gigi) dan rabbies (anjing gila).

SEKSYEN 68 Menangkap, memelihara, mengurung atau membunuh boleh didenda RM 3,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali SEKSYEN 69 Menangkap, memelihara, mengurung atau membunuh (betina) boleh didenda RM 6,000.00 atau 3 setengah tahun penjara atau kedua-duanya sekali

SEKSYEN 70 Menangkap, memelihara, mengurung atau membunuh (tidak matang) boleh didenda RM 5,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali

Pastikan keselamatan diri sebelum membantu mangsa. Rawat luka yang kelihatan atau gejala kesakitan. Kurangkan risiko jangkitan. Mendapatkan rawatan perubatan jika perlu. Catat jenis haiwan yang menyerang dan bentuk kecederaan.

Kuman terdapat dalam semua mulut haiwan. Gigitan gigi yang runcing dan tajam boleh menyebabkan luka berlubang dalam dan ini memudahkan kuman masuk ke dalam tisu-tisu. Luka yang serius memerlukan rawatan perubatan.

Matlamat rawatan:
Mencegah pendarahan Mengurangkan risiko jangkitan terhadap mangsa dan diri sendiri Mendapat rawatan perubatan

Cara rawatan:
Cuci luka bersih dengan menggunakan sabun dan air suam. Keringkan luka dan tutup dengan pembalut kecil yang steril. Dapat rawatan perubatan.

Sengatan lebah, tebuan dan penyegat menyebabkan sakit permulaan yang tajam dan perit diikuti oleh bengkak yang ringan dan rasa pedih. Sengatan yang berkali-kali mempunyai kesan kumulatif yang berbahaya termasuklah sengatan berlaku dalam mulut kerana bengkak yang timbul boleh menyebabkan saluran udara tersekat.

Cara rawatan:
Buang sengatan jika masih terlekat pada kulit dengan menggunakan penyepit. Tuam kulit dengan tekanan sejuk bagi melegakan kesakitan dan mengurang bengkak. Minta mangsa untuk berjumpa doktor jika kesakitan dan bengkak tidak berkurang. Bagi gigitan dalam mulut, berikan mangsa seketul ais untuk dihisap bagi tujuan mengurangkan bengkak. Beri keyakinan dan tenangkan mangsa serta terus dapatkan rawatan perubatan.

Patukan ular jarang mengakibatkan kematian dan mendatangkan kecederaan yang serius tetapi boleh mencemaskan. Catatkan rupa, bentuk dan jenis ular jika tahu yang menyerang supaya ubat anti bisa yang betul dapat diberikan. Laporkan kepada polis atau perkhidmatan penyelamat jika ular yang berkenaan masih bebas di persekitaran supaya dapat diambil tindakan seterusnya.

Pengecaman boleh dibuat dan ia bergantung pada jenis dan spesis ular.
Terdapat sepasang lubang patukan. Kesakitan yang kuat pada kawasan patukan. Bengkak dan merah di sekeliling kawasan patukan. Dalam kes serius pernafasan mangsa tercungapcungap. Rasa loya dan hendak muntah Pernafasan akan terhenti Pemandangan dan penglihatan kian kabur atau berpinar-pinar. Meleleh air liur dan berpeluh.

PENGENALAN KEPADA ULAR

Terdapat 2,700 spesis ular di rantau tropika dan iklim sederhana Malaysia: 136 spesis ular di air dan darat (Berbisa: 16 jenis di darat dan 21 jenis di air) Ular darat berbisa: 5 jenis (3 jenis katam, 2 jenis tedung) Ular air berbisa: 21 jenis Ular yang berbisa adalah jenis yang bertaring Daripada 136 spesis ular di Malaysia, 104 jenis adalah tidak berbisa (15 jenis hanya makan ular dan cacing, 71 jenis makan tikus dan katak, 18 jenis makan cicak dan burung)

SPESIS ULAR DARAT YANG BERBISA

Jenis ular yang berbisa adalah: CROTALINAE: Bentuk kepala bersegi tiga Ular Kapak: Bodoh Tokong Ekor Merah Gunung Sumatera Bakau Hidung Pipih

SPESIS ULAR DARAT YANG BERBISA Jenis ular yang berbisa adalah: ELAPINAE: Bentuk kepala pipih Ular Pantai Bintik Ular Senduk Ular Pantai Bintik Ular Tedung Selar Kecik Ular Katam Belang Ular Pantai Biru-biru Ular Katam Tebu Ular Pantai Belang Ular Katam Kepala Merah

SPESIS ULAR AIR YANG BERBISA Jenis ular yang berbisa adalah:

Bentuk ekor pipih macam pendayung Warnanya bergelang-gelang Habitatnya di celah terumbu dan di kuala sungai

Ular Laticauda Colubrina Ular Lapemis Hardwickii Grey Ular Laut Eydoux

CORAK PATUKAN DAN GIGITAN ULAR Spesis ular berbisa atau tidak berbisa boleh dikenali daripada corak dan bentuk gigitan ULAR TAK BERBISA ULAR BERBISA Mempunyai 4 barisan Mempunyai 2 barisan gigi yang hampir gigi kecil pada mulut sama besar di sebelah atas bersama sebelah atas, 2 taringnya, 2 barisan barisan gigi di gigi besar di sebelah sebelah bawah bawah

CORAK GIGITAN ULAR TIDAK BERBISA

TANDA-TANDA DIPATUK ULAR BERBISA

Sakit otot dan sendi Anggota badan terasa kebas Bengkak di tempat patukan Badan berasa lemah Sukar bernafas

Warna air kencing berubah Air liur mengandungi darah Otot kejang Terhenti pernafasan Kematian

TANDA-TANDA FIZIKAL PERACUNAN ULAR Berwarna jernih, pekat, tidak berbau, tiada rasa dan agak kekuningan Dalam keadaan kering, berbentuk gumpulan, berserpih-serpih dan berkilau Larut dalam air garam (air masin) Racun ular dapat dibezakan dari zatnya: Bersifat Neuro-toksin: bertindak terhadap saraf (Ular Senduk, Tedung, Katam, Pantai Laut) Bersifat Haemo-toksin: bertindak terhadap salur darah (Ular Kapak)

Baringkan mangsa dan minta mangsa supaya jangan bergerak serta bertenang. Jika boleh cuci luka sebersih-bersihnya dengan sabun dan air. Teguhkan dan ampu bahagian anggota yang tercedera. Dapatkan rawatan perubatan. Jangan gunakan TORNIQUENT atau potong bahagian luka atau cuba sedut keluar bisa tersebut.

You might also like